2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan untuk tahun 2013. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ni.
Ada beberapa story aku nak update sepanjang bulan June yang lepas. Aku bersyukur sebab aku pass 2 test penting yang aku lalui sepanjang bulan Mei dan yang baru lepas baru-baru ni.
Aku pass test untuk auditor course. Syukur sangat-sangat sebab untuk freshie seperti aku ni, takde pengalaman langsung, agak blur mula-mulanya dan akhirnya aku lepas. Walaupun banyak dugaan untukku ketika itu. Bila dah pass, layaklah aku untuk dapat sijil dan dengan sijil tu bolehlah aku pergi lebih jauh lagi.
2 hari sebelum birthday aku bulan lepas, aku memberanikan diri re-seat balik paper yang aku pernah sangkut dulu. Ni 3rd attempt aku. Yang aku cerita aku betul-betul rasa nak give up dah. Tapi kali ni, aku usaha dan selebihnya “I LET GOD!” (berserah pada ALLAH). Kalau fail lagi, ambil lagi, aku dah set mind aku. Tak nak over stress, tension kecewa bagai nak gila lagi.
Aku sanggup pergi exam kat tempat lain sebab yang dekat kawasan aku ni dah full. Takpelah aku cakap, just try. Aku awal-awal pagi dah pergi ke tempat exam. Alih-alih ada drama pulak kat situ, kata tempat exam kene pergi tempat lain. Tak pasal-pasal tebalkan muka menumpang orang. Malu tak payah cakaplah. Dah la tak kenal, boleh pulak nak ride orang.
Pergi tempat satu lagi, kata exam kat tempat tadi lagi. Malu lagi aku. Buat tak reti jer lagi. Start pukul 8.45 orang dah start ramai. Ada 10 calon exam pagi ni. Boleh kata antara mereka tu memang dah kenal, sebab selalu bertembung time exam. So bile dorang nampak aku, dorang macam curious sikit.
Aku buang perasaan malu tadi, buat biasa-biasa. Dalam hati pulak fikir. Ok jugaklah aku pergi exam tempat lain, sekurang-kurangnya aku makin kenal ramai orang. Exam kali ni based on online. Paperless, tak macam sebelum-sebelum ni. Berdebar sepanjang 65 minit seat untuk exam tu. Perasaan bercampur baur.
Habis exam, aku bergegas balik sebab petang tu kami ada kenduri arwah di surau. Aku yang kene sediakan menu, nasi lemak rendang daging. Nasiblah mak aku dah siapkan kuih awal-awal masa aku pergi exam tu. Tak lah kalut sangat.
Petang ni nak jadikan cerita almost seluruh Bandar Kuching black-out. Kelam kabut dibuatnya. Dengan hujan lagi. Masya-ALLAH. Dugaan, dugaan. Tapi akhirnya semua selamat. Masuk waktu Isyak, keadaan kembali seperti sedia kala. Orang pun makin ramai ke masjid.
Aku memang penat gile hari tu. Malam sebelum test aku tak boleh tidur. 2,3 malam dah macam tu. Takut punye pasal. Lepas exam berkejar ke sana ke mari nak siapkan masakan. Malam tu memang rasa penat gila. Tapi hati aku tergerak nak check email kalau-kalau result dah keluar. Rupa-rupanya ada. Berdebar sangat-sangat nak check.
Aku berdoa dalam hati, aku tawakal padaMu Ya ALLAH. Sekali aku jeling pdf attachment tu mengatakan aku PASS. Siap keluar markah lagi berapa. Aku rasa nak lompat kalau boleh masa tu. Malam tu aku tidur tersengih-sengih gamaknya. Rasa hilang debaran di dada. Bagi aku, itulah hadiah paling bermakna untuk aku menjelang birthday aku untuk tahun 2013 ni.
Aku memberanikan diri lagi untuk register beberapa paper yang lain. Aku ada 10 paper lagi untuk aku complete semuanya. Bagi aku sekarang, USAHA dan terus USAHA dan last sekali tawakal kepada ALLAH.
p/s :Tak sempat nak cari pantai weekend hari tu sebab cuaca di Kuching asyik hujan jer. Takpelah, tak rejeki.
Alhamdulillah..usaha tangga kejayaan..Tahniah
ReplyDeleteJM,
Deleteterima kasih byk2 sebab selalu support sy..