Dah masuk 10 hari di bulan
Mei, tapi takde posting apa-apa pun. Mintak maaf tuan tanah sangat busy. Dengan
kurang sihat nya, lepas tu kene ulang alik training di KL. Tak sempat jenguk
blog. Tapi sempat jugak buat sardine puff sebab teringin sangat nak makan. So
enjoy the recipe.
Sedap makan panas-panas.
Close up
Jemput makan.
Pastry@kulitnya:-
2 cawan tepung gandum
2 sudu mentega
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
Cara-caranya:
1.Gaul tepung dan mentega hingga rata.
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli adunan tadi hingga jadi doh.
3.Biarkan seketika -rehatkan doh
Untuk inti:
Sedikit minyak
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang putih dipotong halus untuk menumis
2 sudu besar sos cili1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang putih dipotong halus untuk menumis
1 sudu kecil gula
Secubit garam
¼ cawan air.
1 biji kuning telur (untuk disapu pada atas puff)
Cara-caranya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Masukkan sardin yang telah dilenyek.Gunakan kuah sardin untuk melembutkan ikan. Buang tulang sardin sebelum dilenyek.
3.Kacau sehingga naik minyak dan masukkan sos cili.
4.Kacau lagi dan masukkan gula dan garam sebagai perisa. Masukkan sedikit air supaya sardine tidak terlalu pekat.
5.Last sekali masukkan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu dan tutup api. Sejukkan seketika.
Selamat mencuba.
p/s : Puff yang saya buat ni memang kurang berminyak. Sesuai
untuk sesiapa yang nak berdiet.
Alahh klau mcm ni perlu beli oven dulu lah
ReplyDeleteNsmpak sedap dan soft je kt lidah aduh terliur lah pulak