Monday, June 3, 2013

Willkomen June

2 bulan ni aku rasa hidup aku up and down. Mungkin ujian untuk aku dalam mensucikan dosa-dosa yang ada. Lepas kena angin medu, aku demam dan sakit tekak. Sakit tekak yang amat sangat. Dah baik sakit tekak, aku kene flu pulak. Memang banyak dugaan untuk aku. Dalam pada tu jugak, mood aku untuk travel terus merudum jatuh. Yup, aku betul-betul takde mood.
Masuk bulan 5, aku busy dengan training. Berulang tiap-tiap hari ke KL. Ni pun pengajaran untuk aku. Bersyukur aku berada di tempat sekarang, kurang jam, kurang tekanan. Hari terakhir aku training, aku berada dalam insiden yang paling aku tak boleh lupa.
Sepanjang almost 10 tahun menggunakan ERL, kali pertama aku berdepan dengan situasi tu. Aku terperangkap dalam ERL.  As usual petang tu, aku berlari-lari mengejar train. Umat manusia pulak ramai giler. Aku cuba jugak untuk masuk sebab aku tak nak tunggu next train lagi. Sumbat macam ikan sardine. Last-last aku betul-betul berdiri rapat di belakang pintu ERL. Tersepit di antara 2 lelaki di kanan kiri. Sesak sangat dalam ERL tu. Dah macam komuter jadinya.
Lepas lalu stesen komuter Serdang, ERL mula bergerak perlahan dan tiba-tiba berhenti. Ada announcement. Tren ini mengalami kerosakan teknikal. Ya Allah, dengan panasnya, dengan tersepitnya. Macam-macam rasa dalam tu. Dah ada bau-bau sikit, kata dah petang kan. Nak gerak ke kiri kanan pun tak boleh.
Brother sebelah aku asyik mintak maaf kalau terlanggar aku. Rasa macam tak cukup nafas dalam tu. Kami hanya memandang sayu(sebenarnya geram) jer pada komuter yang lalu dari Serdang. Masing-masing dah start buat dialog, mesti kene kutuk dengan orang naik komuter sebab ERL rosak kat tengah-tengah jalan.
2,3 kali announcement ulang benda yang sama. Kerosakan teknikal, sila tunggu announcement seterusnya, sampai orang naik fedup. Entah-entah ERL ni rosak sebab overload kot.Sangkalku dalam hati. Ramai sangat yang naik time ni.
Tanpa announcement seterusnya, ERL mula bergerak 15 minit kemudian. Fuh, bertabahlah nak sampai ke Putrajaya.Nak tunduk pun tak boleh. Gerak sikit-sikit boleh lah. Kalau ada yang kentut bau telur tembelang dalam ni mesti ramai yang pengsan.Sampai di Putrajaya, ramai umat manusia keluar, legalah sikit.
Dari nak cepat, terus jadi lambat. Tulah kisah aku naik ERL selama seminggu tu.
Dalam bulan 5 jugak, aku boleh dikatakan asyik berulang ke airport dalam masa 2 minggu. Kejap ke LCCT, kejap ke KLIA. Pickup orang lah, hantar oranglah. 1st May, aku hantar adik aku balik kampung ke Kuching naik Malindo Air. Aku beli tiket dia dengan harga RM78 per way. Tiket balik pulak dia dapat RM68. Total tak sampai RM150. Beli pulak tiket dalam masa terdekat.
Lepas adik aku, hantar kawan aku ke KLIA lagi sebab nak ke Amsterdam. Adik aku pulak balik dari Kuching next weeknya, cousin aku pulak call mintak tolong pickup dia lagi di KLIA.
Aku sempat lagi hantar cousin aku balik di LCCT sebelum aku sambung training di Subang untuk 3 hari. Penutup cerita airport aku, aku pick up kawan aku kat LCCT sebab dia baru balik duty travel.
Siyes rasa penat sangat berulang ke airport. Tapi dah tanggungjawab. Kalut-kalut macam tu, adik angkat aku pulak call bagitau yang dia dah register masuk UNITEN. Tu pun buat aku terkejut. Semua datang serentak. Nak tak nak, aku kene jugak pergi tengok dia. Ops terlupa, aku ade hantar die ke KLIA malam sebelum ke LCCT (last day aku jadi driver tak bertauliah di airport) sebab dia nak balik Penang lepas orientasi.
Dalam kalut-kalut macam tu, Alhamdulillah ada juga rezeki untuk aku. Terima kasih Ya-ALLAH. Aku muhasabah diri, banyak kesilapan yang aku buat sebelum ni yang aku sedar atau tak sedar, aku banyak lalai dalam jalankan tanggungjawab aku. Oleh itu, Allah bagi ujian untuk aku sedar dan kembali ke jalanNya.




5 tahun lepas, aku pernah menangis di Anjung Tinjau KLIA ni. Bila aku pandang kapal terbang di sekeliling aku, aku jadi sayu dan sedih. Sejak kecil aku memang suka tengok kapal terbang. Segala-gala tentang kapal terbang. Aku pernah bercita-cita untuk jadi seorang juruterbang.
Lepas SPM, aku tersalah pilih jalan. Aku sedar masa aku dah 3rd year kat U. Kalau aku nak quit masa tu dan ikut kata hati aku, aku fikir, aku dah kecewakan parents aku. Aku kuatkan semangat untuk gembirakan hati parents aku dengan habiskan degree. Lepas habis degree, aku akan cuba perjuangkan kembali cita-cita aku itu.
After 5 tahun, aku berdiri lagi di sini. Tapi keadaannya berbeza. Alhamdulillah, aku dah berjaya capai sikit-sikit impian aku biar tak sepenuhnya lagi. Aku dapat melihat tempat orang, aku dah jejak ke tempat impian aku. Cuma, aku belum berkesempatan jejak ke tanah suci lagi.  Buat masa sekarang, aku terlalu ingin untuk sampai ke sana. Moga-moga termakbul doa hambamu ini Ya-ALLAH.



Aku pernah bercita-cita untuk bekerja di sini. Tapi hanya tinggal impian. ALLAH knows better.

Aku mahu mulakan bulan ini, sebagai permulaan untuk aku. Tambah lagi, hujung bulan ni usia aku akan menginjak lagi ke satu angka. Sudah masanya untuk aku serius tentang perjalanan yang akan aku lalui. Aku juga bertekad untuk teruskan perjalanan cita-cita aku yang selama ni aku rasa nyaris-nyaris atau nyawa-nyawa ikan dah nak terkubur. Wake up dear.
Di bulan ini juga, bermulalah perjalanan aku sebagai auditor, sebagai trainer dan sampingan-sampingan yang lain lagi. Redha ajelah. Aku akan lalui semua di depan aku ikut flow yang telah ditetapkan. Tak perlu nak soal apa-apa lagi, kerana kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. DIA dah plan yang terbaik untuk hambanya.

Aku pernah berjanji, jika aku dapat sampai ke negara ini lagi aku akan jejak kaki ke sini. Ya, akhirnya aku sampai jugak di Masjid ni. Di sini aku berdoa semoga impian dan cita-cita aku tercapai. Rasa sayu hati melihat masjid di negara yang masyarakat Islamnya adalah kaum minoriti. Semoga ALLAH sentiasa memelihara masjid ini.
Last but not least, jemput kawan-kawan blogger, yang selalu atau sudi singgah blog aku ni untuk LIKE page aku ni di FB. (Sempat lagi tu nak buat online bisnes).

https://www.facebook.com/#!/YayaBoutiquesCollection

p/s : Until today, aku tak pernah jejak ke terminal satelit di KLIA ataupun naik aerotrain kat situ.

 

15 comments:

  1. every big step
    comes from little step
    even little we know
    that this steps do not lead to our dreams
    but
    it meant for us...
    only Allah knows better

    go girl go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak anash...

      thanks for your words. it mean a lot to me...
      Only Allah knows better.

      Delete
  2. sabor... kang tetiba tuhan bagi rezeki, naik muntah lak ulang alik klia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...semoga ALLAH bagi rezeki lebih...skrg dok hntr org jer kt klia tu...hehehe...sbb aku asyik naik kt lcct jer..

      Delete
  3. insyaALLAH. salah satu wishlist aku nak naik MAS yg boeing baru tu. lawa livery dia. one of my fav. dah bosan dh naik AirAsia je manjang! hahaha

    papepun, perenggan last tu takleh lah. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha ALLAH...dpt jugak naik nnt kan?

      aku usha2 dulu skrg ni...

      sempat lagi nak promote kan? hahahaha...

      Delete
  4. Wlcome Jun..bye2 mei yg penuh dgn dugaan tu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      thanks very much...bye2 mei yg penuh dgn kenangan dan dugaan..

      Delete
  5. Biasalah setiap org punyai cabaran, dugaan dan ujian yg berbeza2. Cuma cara kita hadapi itu yg penting...

    Duluuuu...tiap2 minggu aku naik aerotrain...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB,

      kdg2 ase tak kuat dh nak hadapi semua ni...rasa nak give up..tp lps tu slow2 build semangat utk cuba naik balik..

      oo...keje kt klia eh? tettttttttttttt....

      Delete
    2. aishhh....xla duluuuu selalu gi singapore boleh kata tiap minggu gi sana...ada keje kat HQ, hehehe...

      Delete
  6. tanpa dugaan kita tak tahu kat mana tahap keupayaan kita.. once kita dah berjaya overcome semua tu, baru kita sedar yang kita sebenarnya mampu dan kuat..

    be strong, dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne,

      terima kasih byk2 for your support. u understand what i feel at that moment coz with have same interest, same passion..

      kdg2 kt xsedar masa tu, after kt dh overcome n we realize, we are very strong actually..

      smg berjaya jugak anne capai your dreams..

      Delete
    2. we are in the same shoes actually, even though different size and color. i know how bad u feel because i had that feeling long time ago. by right, had gone through so many obstacles along the journey & now i'm taking a little break for giving chances to another opportunity.

      accept the challenge and moves along the path... no matter how slow it will takes, but make sure it keeps moving. go ahead..

      many thanks jugak.. =)

      Delete
  7. semoga tabah dalam menghadapi apa jua cabaran. Memang terasa peritnya tapi sebaik saja kita berjaya hadapinya, kita akan rasa lega. Allah duga sedikit untuk memberi kita lebih banyak....jangan sedih ye dear..

    ReplyDelete