Sunday, October 21, 2012

Ia ringan,ia comel...Itulah dia...


Macam ape-ape je tajuk tu kan... Takpelah, nanti korang baca taulah ape sebenarnya.

Dah masuk 21 hari bulan 10 baru nak post entry. Nampak sangat busy mengalahkan pak menteri. Nak buat macam mana, aku memang busy. Niat nak menulis tu memang ade, tapi tak menyempat jer. Yang aku sempat blogwalking, tu pun time time opis. Kejap-kejap nak release tension, sebab dateline banyak sangat nak kejar...

Back pada apa yang aku nak sampaikan hari ni. Aku dah lama berkira-kira nak beli mende alah ni. Tapi hold memanjang. Jadi tak jadi. Kejap nak, kejap tak nak. Lepas tu aku asyik pikir-pikir jer. Minggu lepas aku g survey harga mende ni, nak bagi puas hati. Hmm, boleh tahan jugak harganya, yang baru RM1049. Ok, dah dapat range harga. Aku pergi tengok kt Mines jer. Tak boleh turun kl, hujan lebat. Takut banjir pulak. Balik tu berangan tak habis-habis.

Malas nak amek port sebab tak nak ingat sangat. Masuk keje hari isnin, aku jadi busy 2x ganda. Tak teringat sangat dah. Start hari Rabu, Khamis, penyakit meroyan balik. Mula teringat-ingat. Start survey-survey balik. Makin tengok, makin tak tahan, tak boleh jadi ni. Aku check-check kat Mudah, ade beberapa stok yang menarik minat aku. Aku sms, ada yang reply, ada yang tak. Tapi kebanyakan dah sold out.

Pagi Jumaat tu aku busy dengan keje aku, dalam hati nak jugak check lagi. Jap-jap lagilah. Tips nak cari barang kat Mudah ni, try survey dalam seminggu. InsyaALLAH dapatlah cari apa yang kita nak tu. Cari orang takde ye, cari barang jer boleh ye. Ni tips dari pakar, bukan aku. Dulu-dulu aku tak caya sangat dengan Mudah ni, tapi sejak perniagaan online makin femes, aku yakin but not 100% la. Curious sikit-sikit tu normal la ye.

Aku bukak Mudah lagi dengan harapan, dapat cari barang yang aku nak. Tak banyak pilihan. Kebanyakkan yang aku sms semalam. Alih-alih around 12 tu, aku refresh. Nampak stok baru. Aku cepat-cepat sms, takut terlepas lagi. Harga nampak sedikit tinggi. Lebih sikit dari budget, tapi stok baru ni. Interior memang dah cun, tapi jangan mudah terpedaya. Aku pujuk hati. Mesej masuk, stok masih available. After few discussion, aku rase aku nak sangat. Tup-tup dapat harga pun boleh tahan. Den terus confirm. Janji hari ni aku pick up.

Petang tadi, Alhamdulillah. Akhirnya jadi milik aku.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Taraaaa.........

Acer Aspire One D270 Balloon Edition

Keyboard yang menarik

Main reason aku beli netbook ni sebabnya aku rasa senang nak bawak sana sini. Tak rasa nak patah bahu bawak laptop aku yang ketinggalan zaman tu. Laptop aku zaman 2006 kot. Aku bukanlah seorang yang jenis up to date dengan gadget. Aku akan pakai sampai lebam. Selain tu, aku memang nak gadget yang baterinya long lasting, ringan, senang nak bawak sana sini. Lagi satu harga murah. Nak beli apple sebijik memang tak mampu la aku. Mampu berangan jer. Lepas ni boleh la aku angkut gadget ni sana sini, nak tengok movie dalam flight ke. Nak menaip ke. Syukur alhamdulillah. Aku tau sekarang orang semua tengah gile dengan tab, tapi bagi aku, belum masanya lagi kot. Tengoklah nanti-nanti kalau dah turun harga...Boleh difikirin...
















2 comments:

  1. comel lah gmbr balloon tu, hehe... samalah, i pun mesti guna sampai nazak.. Alhamdulillah, takat ni masih boleh buat tak kisah dengan gadget kat pasaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne,

      thanks for drop by here.sy pn xpenah tgk yg acer kuarkan acer edisi balloon ni.xkisah la, janji boleh guna sudah..

      Delete