Sneak Peek Langkawi Story – Cable Car
Dah balik Langkawi a week before, aku balik lagi next weeknya. Sebab apa? Ketagih nak makan sambal kerisik Maksu yang sedap sangat tu.
Aku sampai Langkawi dalam pukul 1.00 tengah hari Sabtu 2 minggu lepas. Cousin aku amek kat airport, terus hantar ke rumah makcik aku tak jauh dari Ayer Hangat.
Aku yang kebetulan tak breakfast, memang reserve perut aku untuk lunch ikan bakar + sambal kerisik...Memang terbaik!!!!!!!
Oleh sebab kereta makcik aku masuk workshop, aku tak kemana-mana pun hari tu. Mak aku pulak cakap nak buat karipap sebab dah lama tak makan karipap. Harus la buat sekilo tepung sebab rakyat jelata ramai kat rumah makcik aku nih.
Karipap yang aku uli and kelimkan (aku makan dekat 7 ketul) |
Esok paginya aku sibuk prepare spaghetti pulak untuk tuan rumah. Maklumlah semua bercuti sebab Israk Mikraj. Bahan-bahan aku dah angkut siap-siap dari KL.
Tengah harinya barulah aktiviti kami menjengah Kuah lagi. Apa lagi, usha barang-barang kat kedai Haji Ismail Group n RAMs lagilah. Seperti biasalah, aku mengangkut coklat yang di’order’ oleh customer tegar. Malam tu aku naik last flight lagi, delay lagi sampai pukul 11.20 malam.
Oleh sebab Langkawi ni kampung aku, aku tak terlalu excited nak Le Tour keliling pulau.. Sebab bagi aku semuanya sama. Kata kampung sendiri kan...Tapi aku masukkan sikit info and gambar masa farewell kawan aku di Langkawi dulu.
Pemandangan dari atas Gunung Mat Cincang |
2 tahun lepas aku ke Langkawi, masa tulah first time aku naik cable car. Kalau harap mak aku, memang die tak naklah..Pergi dengan kawan-kawan, barulah best sikit nak naik cable car. View kat atas tu memang cantik. Tiket untuk naik cable car ni RM 15 untuk dewasa (sila tunjuk MyKad ya) dan RM 10 untuk kanak-kanak.
Air Terjun di tepi-tepi gunung |
Tenang tengok warna hijau dan biru.. |
Sambil-sambil naik Cable Car, boleh singgah kat Air Terjun Telaga 7 untuk mandi manda. Air Terjun Telaga 7 ni memang famous sebab airnya laju dan banyak...Tak kurnag juga famous dengan cerita misteri Telaga Tujuh.Cuma nak kene mendaki tinggi sikit sebelum boleh mandi manda. Sebelum sampai tempat Cable Car, boleh berkelah kat tepi Pantai Kok yang cantik. Boleh makan laksa, rojak n minum air kelapa kat tepi pantai...Tulah tempat favourite family aku untuk berkelah. Boleh kata setiap minggu atau 2 minggu skali makcik-makcik aku akan berkelah kat sini.
Sejarah Telaga Tujuh - sumber dari Wikipedia
Telaga Tujuh - sumber dari Misteri Telaga Tujuh
Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, 23 kilometer dari Pekan Kuah, Telaga Tujuh adalah keindahan dan keajaiban geografi dimana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Lagenda ada menyatakan tempat ini adalah tempat pari-pari bersiram dan bermain-main. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau yang menyenangkan ke seluruh kawasan sekitar.
Telaga Tujuh - sumber sini
Pantai Kok
The beach along Pantai Kok is dominated by mostly high-end upscale resorts like the Sheraton and Tanjung Sanctuary. The beach is beautiful with clean sands and clear waters but it’s the tourist attractions, as well as the relative peace and quiet, that makes this place so popular.
Lined with a thoroughly modern marina, Pantai Kok, on the western part of the island approximately 12km north of Pantai Cenang, fronts a beautiful bay surrounded by limestone hills and verdant jungle. On the waterfront, at Teluk Burau, is the spanking-new Telaga Harbour Park, a yachting marina with a string of shops, bars and restaurants, plus a petrol station, bank and post office. Additionally it has several recreational attractions including a cable-car ride to the peak of Mat Cincang Mountain and the Telaga Tujuh Waterfalls.
Pantai Kok’s relatively undisturbed locale as well as its verdant greenery makes it doubly popular – especially if you love nature or want a quieter holiday destination.
|
Pantai Kok - sumber sini |
No comments:
Post a Comment