Last 2 weeks, aku balik ke kampung. Entah macam mana plan berubah dan tiba-tiba aku decide nak ke Langkawi dari Sungai Petani and balik KL dari Langkawi. Ni semua gara-gara nak hantar maksu aku balik setelah beberapa hari bercuti ke rumah aku. Maka bersiap-siaplah kami untuk ke Langkawi. Dulu-dulu kami naik kereta. Tapi sekarang keadaan tak sama dah. Back to basic.
Dari rumah nak ke stesen bas di Sungai Petani, jiran sebelah rumah aku hantar. Save duit teksi kat situ. Masa kami sampai, dah nampak bas ke Alor Setar. Apa lagi, cepat-cepatlah pergi ke tempat beratur. Takut penuh. Tapi sebab dah start sekolah di Kedah ni, tak la ramai orang tunggu bas.
Dalam pukul 10.50 pagi, bas bergerak dari Sungai Petani ke Alor Setar. Naik bas henti-henti Transnational no. 518. Adik sepupu aku teruja sangat nak naik bas. Kami semua tertidur, dia boleh terkebil-kebil atas bas. Pukul 12.10 kami sampai di Pekan Rabu. Tunggu bas untuk ke Kuala Kedah pulak. Lebih kurang 30 minit bas pun sampai. Angkutlah beg-beg besar naik atas bas lagi. Bas ke Kuala Kedah ni buruk sikit. Lepas tu dapat pulak tiket bas yang kecik-kecik macam dulu-dulu. Memory remains. Rasa nostalgia sangat sebab dah lama tak naik bas. Last aku naik bas pergi Kuala Kedah 10 atau 11 tahun lepas, zaman sekolah dulu.
The famous Pekan Rabu, Aloq Setaq. |
Lebih kurang pukul 12.55 kami sampai di Jetty. Aku beratur untuk beli tiket ferry ke Langkawi. Tengah aku beli tiket tu, tetiba ade sorang lelaki cina approach mak aku and tanya mak aku nak ke Langkawi ke? Skali lelaki cina tu bagi tiket ke Taman Burung di Langkawi untuk 6 orang. Rezekilah tu. Die ni antara geng2 motor besar yang buat tour ke Langkawi. Dieorang tak sempat pergi, so bagilah tiket tu pada sape-sape. Tiket tu expired bulan September.
Ferry kami ke Langkawi gerak pada pukul 1.40. Kami dapat seat depan, no. 13-15.Akulah yang terlupa nak mintak seat belakang. Sekali beralun kuat wa cakap lu. Masa aku pergi ni, laut memang bergelora teruk sikit sebab bulan penuh – ikut bilangan hari dalam bulan Islam. Bila bulan penuh, air akan naik lebih dari biasa. Aku dah cuak sebab dah lama tak naik ferry ke Langkawi ni. Janganlah aku mabuk laut pulak.
Dalam pukul 3, kami sampai di Jetty Langkawi. Paksu aku jemput di jetty and kitaorang pergi cari kedai nak isi perut dulu sebab lapar tahap gaban. Lepas makan, aktiviti merayap Ismail Group sebab nak beli coklat untuk wedding my bff, Imah nanti. Lepas tu jumpa dengan cousin aku pulak. Kami sambung merayap ke Rams, sepupu aku nak tengok cadar...Sebab cantik, aku pun tolong belikan bed cover untuk Imah. Harganya berpatutan, corak n warnanya memang menepati tema majlis Imah nanti.
Dalam pukul 6, kami singgah makan di sebuah gerai di Kuah, betul-betul tepi laut...Memang bestlah...Skali tak lama lepas tu, tengok langit gelap semacam. Macam nak hujan lebat dah ni. Kami pun cepat-cepat blah sebab takut hujan lebat turun nanti tak sempat lari. Gerak dari Kuah ke Ewa, rumah maksu.
Ferrero untuk hantaran Imah |
My favourite |
Ewa terletak tak jauh dari Ayer Hangat. Di situ juga terdapat pantai yang terkenal iaitu Pantai Pasir Hitam. Di Ewa terdapat juga satu-satunya kilang simen di Langkawi.
Once upon a time in Langkawi - 2010 View from Cable Car |
Sampai rumah pun dah Maghrib. Aku mandi, berkemas-kemas dan bersolat. Lepas solat, kami gerak ke Airport Langkawi. Sangkaan ku mengatakan flight delay malam ni. Memang ternyata benar. Flight delay sampai pukul 12.20. Hmm, pukul satu jugaklah aku sampai LCCT nanti.
Dah masuk departure Hall, dengar announcement lagi. Flight delay sampai pukul 1.00 pagi. Semua orang dah mengeluh. Budak-budak dah mula menangis. Aku dah amek port tido sebelum flight sampai. Ting tong pukul 1.30 jugak aku naik flight. Last-last aku sampai rumah pukul 4 pagi. Dah sampai LCCT, perut kelaparan pulak mintak diisi sebab stranded lame sangat kat airport.
Sempat buat puding triffle untuk adik sepupuku sebelum balik asrama |
Sempat singgah sekolah lepas balik dari Sekolah Agama Yan - disini aku mengenal erti hidup jauh dari ibu bapa. 5 tahun yang penuh dengan kenangan |
Nilah short trip aku dari KL – Penang – Sungai Petani – Alor Setar – Langkawi – KL (within 3 day 2 night)
Tiket bas dari Sungai Petani ke Pekan Rabu :
Dewasa – RM 6.70 x 3 = RM 20.10
Kanak-kanak = RM 3.40
Total = RM 23.50
Tiket bas dari Pekan Rabu ke Kuala Kedah:
Dewasa – RM1.50x3 = RM4.50
Kanak-kanak = RM 0.80
Total = RM 5.30
Kalau naik cab, 4 orang RM 18-20
Tiket ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi:
Dewasa – RM 23 x 3 =RM 69
Kanak-kanak = RM15 (kalau tak silap) – yang ni aku tak beli sebab ferry tak penuh. Skiplah.
Total tambang untuk ke Langkawi :
RM 23.50 + RM5.30 + RM 69 = RM 97.80
Tips : Pilih seat di belakang untuk mengelakkan mabuk akibat alun yang kuat.
langkawi..??? last aku g masa ikut ang balik laa baya ooi.. teringin nak jejak lagi..tp bila ada peluang selalu abeskan kt kampung aloq staq jaa..huhu.. pastu nampak mcm dah impossible nk heret 2 kenit ni..
ReplyDeleteLea,
Deletetunggu 2 kenit tu jd anak dara...boleh shopping sama2 dgn maknya lg best...nsb hg dh smp langkawi..jiran sebelah rumah aku pn xpernah smp kt langkawi..hg bygkan? aku blk pn xpg mana2...balik rumah makan ja...mls nak p mana2..kt kg sendiri kan?