Langkawi lagi daa....(mesti korang naik menyampah dah kot)
30 June 2012 – aku dapat call yang mengatakan pakcik aku yang di hospital agak kritikal. Pakcik aku ni merangkap abang ipar arwah ayah aku, yakni suami kakak pada arwah ayah aku la. Malam tu aku bergegas balik ke Langkawi lagi. Kelam kabut nak kejar itu ini. Alhamdulillah selamat sampai ke Langkawi jugak.
Keesokkannya barulah aku dapat jumpa makcik aku di rumah (sebab malam aku sampai tu dia masih di hospital menjaga pakcik aku). Makcik aku sempat beli breakfast untuk kami yang di rumah.
Nasi Lemak Ikan Bilis - ada layer surat khabar |
Nasi Lemak Gulai Ikan - bungkusan sepenuhnya menggunakan daun pisang |
Makcik aku beli beberapa bungkus nasi lemak dengan kuih. Mesti ada yang cakap, setakat nasi lemak tak payah la cerita. Aku amek sebungkus. Skali masa bukak, aku nampak nasi lemak kuah merah (nasi lemak yang biasa kita makan la)..Terus aku bungkus kemas-kemas balik n amek yang lain pulak. Aku amek bungkusan yang takde lapisan surat khabar. Lepas aku bukak, yeahhhhhhh...Nasi lemak gulai ikan kembung...Lamanya tak makan...dah bertahun-tahun rasanya...
Close up nasi lemak gulai ikan rempah giling - ikan nya sepotong kecik jer. |
Kalau tak silap aku, hanya di Langkawi jual nasi lemak gulai ikan @ nasi lemak kari ikan. Kari ikan bukan sebarang kari, tapi guna rempah giling. Tu yang buat gulai tu rasa lain. Nasi lemaknya pulak rase tak terlalu berlemak. Just nice makan dengan kuah gulai. Kari kalau guna rempah giling, memang lain rasanya dari guna serbuk kari..Lepas tu makcik aku beli kuih apam lenggang dengan apam cawan...Orang utara tak sebut apam, tapi apom.
Kuih apam @ apom - yang kuning tu sebenarnya apam lenggang |
Nasi lemak gulai ikan ni memang favourite arwah ayah aku. Aku tak sure sampai bila makanan tradisi langkawi ni akan mampu bertahan. Orang pure langkawi jer yang slalunya tau makanan lama-lama ni.
Nasi lemak ikan bilis dan nasi lemak gulai ikan berharga RM1.00..Kuih pulak 3 biji seringgit..
Lepas breakfast, kami bersiap-siap untuk ke hospital. Waktu melawat pada hari biasa adalah pukul 12.30 hingga pukul 2 petang dan pukul 4.30 hingga pukul 7 malam.
Pakcik aku agak teruk pada hari Ahad yang lalu, sebab asmanya datang serentak dengan penyakit kulit yang dialaminya sekarang. Tambah pula dia mengalami pendarahan dalam perut yang menyebabkan kehilangan darah. Kulit pakcik aku melepuh dan menggelupas seperti bersalin kulit. Aku hanya mampu berdoa semoga dia kembali sihat seperti sedia kala.
Oleh kerana keadaannya agak teruk, doctor nasihatkan pakcik aku supaya berehat di ICU selama 3 hari, untuk pulihkan antibody badannya yang sangat lemah. Kuman dah menyerang dalam darah n buah pinggang. Aku harap semoga pakcik aku dapat sihat kembali seperti sedia kala...aminnnnnn.....
No comments:
Post a Comment