Thursday, November 17, 2011

26 Fakta @ Auta Tentang Seorang Kaki Travel

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan assignment yang aku teringin nak submit pada Fatt tentang 26 fakta or auta about seorang kaki travel. Aku cuma nak share pengalaman aku yang tak seberapa dalm dunia travel ni untuk pembaca-pembaca lain yang baru start nak travel dengan cara backapackers.

Part I 

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Kalau orang first time tengok aku memang kerek seh. Tapi skali dah sembang, mak aih, ramah la pulak.
Aku pesyen skali cakap susah nak stop. Aku start active dengan dunia cyber ni dalam tahun 2006, melalui Forum Cari. Kat situlah dunia aku. Dari situ aku bangun dari mimpi lena aku. Aku start berblog tahun lepas. Masa tu aku memang tak reti pon pasal-pasal blog bagai, tapi nak try gak. Haha. Lepas dapat semangat dari Zila, I love travel and Fatt, barulah terkedek-kedek nak jadi aktif. Aku guna nama Nice to see, nice to eat sebab sambil kita travel, mesti banyak benda baru yang kita belajar dan makan. Blog ni basically about travel and food lovers. Aku memang suka travel dan masak. Memang kegilaan aku. Aku kerja kat mana? Biarlah rahsia. Nanti letih nak menjawab call pulak. Ceh!!! Perasannya.Apa-apa pun, dengan travel dan masak, dapat menghiburkan hati aku. Ibarat terapi untuk aku.


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Aku sebenarnya mula travel dari usia 3 bulan, ikut kata mak akulah. Sebabnya, arwah abah berasal dari Langkawi, Kedah dan mak aku pulak dari Kuching, Sarawak. So, kalau nak balik kampung mestilah kena travel jauh seh. Aku bersyukur kerana aku dibesarkan dari dua negeri yang berbeza adat, budaya dan makanannya juga. Tapi kadang-kadang kesian dengan mak aku dulu tak boleh balik kampung selalu sebab tiket mahal. Sejak kecil, aku memang suka sangat naik kapal terbang, duduk kat tepi tingkap.Tapi masa kecil-kecil, naik flight untuk balik Kuching ajelah. Tak pernahlah p oversea. Kalau secara tak rasmi tu, lepas sempadan masuk Bukit Kayu Hitamlah. Trip pertama aku ke oversea adalah pada tahun 2010, masa tu aku pergi Beijing, China dengan kawan-kawan ofis. Best sangat masa tu sebab boleh pegang dan rasa snow. Tapi sejuk sangat-sangat la. Ada peristiwa pahit suatu ketika dulu yang menyebabkan aku simpan cita-cita untuk travel oversea. Aku nak jadi berani dan independent. Aku selalu kata pada diri aku, aku mesti dapat travel suatu hari nanti. Dulu-dulu, masa zaman u, aku hanya mampu dengar dan lihat kawan-kawan yang pergi travel oversea dengan family or kawan-kawan. Aku hanya mampu berangan masa tu. Bagi aku, orang kaya-kaya jer boleh travel oversea sebab banyak duit. Tapi sekarang, alhamdulillah.Dengan adanya AAX, everyone can fly extra long. Hehehe...
 
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Aku akan travel secara traveller kalau aku yang kuarkan budget sendiri. Tapi kalau disponsor, aku mahu jadi tourist. Tengoklah keadaan mana yang applicablekan? Tapi aku prefer traveller sebab lagi adventure and thrill. Tapi kadang-kadang nak jugak rasa dipempered sekali sekala.


4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Masa aku pergi Beijing dulu, aku guna travel agent sebab ikut korang. Tulah yang pertama. Lepas tu aku ikut trip company, kena follow the rules gak, tapi kitaorang redah jugak sendiri. Aku sekarang lebih prefer redah sendiri/backpackers, lagi enjoy rasanya walaupun kadang-kadang berselisihan faham jalan mana nak follow kan. Nak travel sendiri ke China, belum confident lagi, takut kena goreng kaw-kaw pulak. Mungkin after dah tour tempat-tempat lain, baru berani kot. Tapi bab-bab berjalan jauh, silap naik tren, sesat barat itu memang aku dah lalui.

5. Siapakah travel partner anda? 
Travel partner aku, aku masih belum ketemu. Tapi kalau teman panjat gunung tu adalah. InsyaALLAH lepas nikah, suami akulah jadi partner aku nanti. Sekarang aku prefer sorang-sorang, senang sikit nak bergerak. Dan paling penting, aku tak suka travel partner yang kaki shopping, sebab aku memang tak suka nak wasting time p menjengah kawasan-kawasan shopping. Sebab ape? Aku dah la budget traveller, ajak aku pergi tengok tempat-tempat shopping, mau tak tergugat iman aku. So, baik jangan pergi dengan orang kaki shopping macam ni. Aku prefer partner yang tak kesah, maksud aku jenis sempoi. Jalan jauh tak kesah, tak memilih menu makan waktu travel (bukan yang haram ya), kesimpulannya jenis tak kesahlah dan sama kepala or ada kimia. Tu yang penting.

Part II 

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara
Kali pertama aku travel ke oversea adalah pada tahun 2010 ke Beijing, China dengan kawan-kawan ofis. Aku teruja sangat bila dapat tengok dan rasa salji dengan mata kepala aku sendiri. Paling tak dapat dilupakan makan stimboat dalam musim winter, memang terbaeklah.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

a) Alhamdulillah, seluruh Malaysia telah ku jejaki biarpun tak habis di sekitar pelusuk ceruk lagi.
b) Beijing, Tianjin - China
c) London - England
d) Hamburg - German
e) Gold Coast - Australia
f) South Island - New Zealand

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Tidak

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa 


Untuk orang yang pernah sampai sini mesti tau di mana tempat ni kan?

Lake Tekapo, NZ menjadi tempat yang aku ingin pergi sekali lagi atau berkali-kali nanti. Aku rasa macam berada di dunia lain saat berada di NZ. Cantiknya tempat ni memang Subhanallah. Tapi tiada tempat boleh lawan rumah Allah.

London Bridge is falling down, falling down.

London adalah tempat idaman aku sejak dari kecil dulu. Aku selalu berangan-angan nak jejak kaki ke sana. Sampai aku pernah bagitau Mr. L, saya teringin nak rasa macam mana angin di Kota London. Trip aku ke sana cuma transit jer hari tu. Tapi aku berjaya menjejaki London Bridge and Tower Bridge, simbol London biarpun terpaksa menapak jauh gile. Kalau sampai London, tapi tak sampai London Bridge, belum lengkaplah trip seseorang tu.

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan 
a) Paris
b) Mekah, Madinah
c) Osaka, Jepun

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti 

a) Semasa di London - first time aku travel ke oversea secara solo.Memang masin mulut aku nak pergi London sorang-sorang. Amekaw!!!
b) Semasa di Hamburg - naik basikal bersama mamat Spain round-round bandar Hamburg dan dinner di kedai Indian Food bersama.
c) Semasa di Gold Coast - Aku dapat habiskan Half Marathon buat kali pertama dalam hidupku dalam masa 3 jam. Tulah hadiah kedua paling hebat lepas Mr. L call aku sebelum aku naik flight ke Gold Coast.(Biarlah rahsia antara kami)
d) Semasa di Beijing - malam sebelum balik, salji turun dengan lebatnya. Dapat jugak merasa main salji sebelum balik.


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
a) Paling tak boleh lupa - aku kena saman dengan polis NZ sebab ada orang report kata aku drive macam orang mabuk. Sebabnya aku angkat lampu tinggi masa drive dari Milford Sound ke Queenstown. Jalan gelap dan selekoh, aku tak familiar. Memang aku maki hamun la orang yang report tu. Tak pasal-pasal melayang duit RM300 kat situ.
b) Ketika d Hamburg - akibat lapar, aku dah terlupa ingredient dalam pasta. Aku boleh belasah makan tak ingat dunia. Masa tu aku first day seminar. Lepas 2 hari baru aku tau makanan tu mengandungi rencah-rencah ba alif ba ya. Patutlah sedap bangat.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Aku akan mencuba kalau makanan tu Halal dan nampak ok di mataku. Janganlah suruh aku try ulat sagu kot.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya

 The best Vege Beriyani in Hamburg. Sejak pertama kali merasa kesedapan Vege Beriyani, aku akan cari setiap kali travel ke oversea. Aku mesti nak try makanan India ni. Tapi setakat ni, masih belum ada yang menandingi Vege Beriyani di Hamburg. I miss it very much!!

 Prawn Fettucini, aku makan semasa di Gold Coast - di sebuah restoran Itali sebagai celebrate dinner we finish our Marathon. Rasa dia memang superb. Cukup rasa.


The best Fish and Chip with Oyster and Crab semasa di Gold Coast juga.


Part III 

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Beg troli aku slalu bawak time balik kampung jer. Kalau travel, aku prefer guna backpack. Paling tak tahan, beg tu lagi besar dari tuan. Over kan? Tuan dah la kemetot. Beg ni aku pesan dari kawan aku yang pergi course di Beijing juga.

Mak dah tak sempat snap gambar beg-beg mak di tengah malam ni hah.. Last minit siapkan homework.

Beg ni aku dah 2 kali ke trip ke Gunung Kinabalu, London-Hmaburg. Trip-trip lain, aku guna beg pack yang kecil skit dari beg ni, tapi beg tu dah sedikit buruk. Memang tak sempat snap picture pagi-pagi buta ni ha.

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
1) Ubat-ubatan - aku memang ada penyakit gastrik dari kecik, so beware!!!
2) Yasin -sebagai pendamping diri.
3) Camera dan phone


18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
1) Toiletries
2) Pencil case
3) Laptop


19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Ambil gambar adalah wajib..Tulah kenang-kenangan yang paling berharga. Aku baru berjinak-jinak dengan penulisan poskad dan update blog. Lepas ni tak boleh malas-malas update blog. Internet pun dah ok sekarang. Alhamdulillah.


20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Frankly speaking. Aku adalah seorang yang malu-malu kucing untuk ambil gambar sebab aku tak fotogenik. Tapi kadang-kadang kalau aku nampak gambar aku dah start comei, aku pun mulalah over acting.


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah

 Ada gaya nenek tua pegang tongkat sakti tak? Tengah gigih memanjat Gunung Kinabalu.

Nenek dah sampai puncak. Alhamdulillah.

Dah sampai atas, wajib posing macam ni yer.

Snorkelling kat Sapi, Manukan dan Mamutik di Sabah.

Nenek dah sampai London - posing kat depan Madame Tussaud ni hah..Posing depan pintu jerlah. Nak masuk dah tutup, lepas tu tak mampoo pulak tu.

Tengok - nenek posing diva kat James Park London.

 Sungguh-sungguh nenek cium bunga kat sini tau.


Nenek posing atas Tower Bridge London. Penat sebenarnya sebab jalan jauh cari London Bridge. Akhirnya nenek ketemu jua.

 Comel tak nenek buat piece?


 Memori daun pisang - nenek kayuh gerek dengan boypren Spain kat Hamburg.

Muka nenek control jelita. Snap sendiri ok!!

Semasa nenek di Gold Coast, abaikan orang belakang. Yang penting fokus kat nenek!!!

 
Nenek control penat walaupun kepenatan berlari 21km sebab nak ambil gambar.


Ada berani nak pegang ketam besar bagak ni?

 Nenek siap pergi Junggle Trekking tu kat Mt Cook, NZ. Muka nenek gayat sebab naik atas jambatan gantung yang tinggi. Kalau jatuh, tak balik Malaysia aku tau.

Lepas trekking peluh-peluh, bukak habis sweater. nak tunjuk macho konon.

Teruja betul tengok snow di Beijing.

Nenek di tembok besar China

Nenek over excited lagi tengok snow.

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Aku memang pengumpul souvenir. Especially Fridge Magnet sebab murah dan cantik-cantik belaka. Tapi hobi baru aku sekarang bertambah pada poskad dan t shirt.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Aku selalu akan belikan beg yang murah-murah, Fridge Magnet dan tshirt kepada mak dan adik aku. Yang lain-lain cikadak-cikadak jer yang aku bagi. Tapi dengan adik sepupu aku yang masih sekolah, aku bagi hadiah koala sekor kecik-kecik tu sebagai pemangkin semangat untuk study hard supaya boleh p jalan oversea.
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Aku suka kumpul flyers untuk rujukan masa hadapan.

Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

1) Hamburg, German - Aku yang pada mulanya ragu-ragu dengan tempat ni, akhirnya jatuh cinta dengan Hamburg. Orang-orang di sini kebanyakannya baik-baik even mereka tak boleh or kurang fasih berbahasa Inggeris. Mereka akan cuba membantu selagi boleh. Yang paling aku respect dalam menjaga kebersihan. Masa aku naik feri untuk pulang ke hotel, aku nampak seorang lelaki bertindik dengan pakaian rock menghisap rokok. Lepas habis rokok tu, dia pun menenyeh puntung rokok di atas lantai. Lepas tu dia mengutip puntung rokok itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Kalau kat Malaysia, memang sah-sah buang merata-rata dah.

2) South Island,New Zealand - Bila sampai di sini, aku seolah-olah terbuai dengan keadaan sekeliling, especially apabila tiba di kawasan kampung seperti di tepi lereng-lereng bukit. Rasanya macam duduk di dunia lain, bukan di muka bumi. NZ sangat-sangat cantik. Suasana sangat tenang dan damai.

3) Beijing, China - Penduduk di sini agak sedikit kasar walaupun bukanlah semua. Kita kene selalu berhati-hati dengan rakyat tempatan kerana kebanyakan mereka menipu untuk mencari sesuap nasi. Namun tak dapat dinafikan China adalah negara yang menarik untuk dikunjungi dan makanan-makanan juga sedap.

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel 

Saya berangan untuk travel ke seluruh pelusuk dunia selagi saya mampu dan diizinkan ALLAH.InsyaALLAH. Dengan travel kita akan lebih memahami dan menghargai bumi ciptaan tuhan ini.


Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
 Inilah cop Immigresen yang paling kemas dalam pasport aku dan yang pasti dengan cop ini, aku officially telah menjejak kaki ke New Zealand.


Akhirnya aku sampai juga ke London, cop ini mengesahkan kedatanganku di sini. Penuh kisah dka dan luka sebelum aku dapat jejak kaki ke London. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


9 comments:

  1. wah sal...teringt aku memori daun pisang mengayuh beskal dgn cik abe G...hahahaha....best kan? lalalala....

    kemain lagi ko dah sampai puncak kinabalu siap posing maut lagi...jeles mak! *tangan ke dada mata ke atas*

    pasni ko rajin2 le update blog dgn cerita jalan2 ko ye...oh ye, pebende yg ko nak tanya aku tu? bila nak email? aku cek takde ni ha....

    last but not least terima kasih sbb sudi menjawab secara marathon soalan2 ni. memula aku ingt ko tak sudi tp sorila aku tatau ko sibuk....terima kasih tau! ailebiu! :)

    ReplyDelete
  2. Fatt...

    Terima kasih sudi selit blog aku yg ntah ape2 ni yer. Nak la tunjuk bukti aku kayuh beskal, kang korang kata aku tipoo lak, nak bg best story jer..Tapi mmg best kayuh beskal keliling bandar, sebab ko boleh tgk tmpt tu dgn lebih jelas n most penduduk di Hamburg, cycling ok!!

    bile ko dh smp puncak kinabalu, ko harus over acting sbb xde sape pun nak marah posing ko mcm mane pun...sbb seriously bkn sng utk smp di puncak gunung kinabalu yg tertggi di Asia ni tau. nnt ko dh naek atas, harus posing mcm ni tau!!!

    Fatt..tenet aku dh ok...seronok sgt..dh dpt connect dr hset to laptop. InsyaAllah, dpt lah aku update cerita-cerita lama aku dulu tu...soalan yg aku nak tanye, adalah nak mntk tangguh submit entry nilah fatt sbnrnya...hehe sebab byk sgt mslh yg aku hadapi spnjg nak submit entry ni.

    last but not least to, thanks jgk kt ko sbb slalu bg encourage kt aku dlm dunia blog ni. sbb tulah sungguh2 aku bt entry ni...

    ReplyDelete
  3. nak panggil apa eh?
    ishh tak terpikir nak baring camtuh kat puncak kinabalu...
    good view..and good picture..tersengeh aje..ceria gitu...
    (pss..ada kacukan cina ker???)...

    ReplyDelete
  4. Hi Sal! :D

    Gambar kat puncak kinabalu tu memang mengancam ok! Cik fatt kalau ada kategori gamba paling best i nak vote gambar tu :D

    ReplyDelete
  5. Kak Anash,

    Sy tau akak berjiwa muda n u r very rockkkkkkkkkk....tp xsedap pulak nak ckp aku ko..hehehe. akak blh pggl sy sal jer...

    yg pose sy mcm ikan dugong tu bkn kt atas puncak yer...tu mase odw turun...org lain pakat2 dh turun..ktorg dok terhegeh2 amek gmbr..sy antara yg terlewat.bkn sng nak smp atas tu, tu yg sy pose xsedar diri...

    akak mesti cuba lg tau utk menakluki puncak kinabalu ni...feel die...pergh!!!!wa cakap lu...hahaha...

    akak...sy ni melayu jer...xdok cina2 ni..gmbr tu muka masih suci..la ni jerawat penuh muka dah...

    sy dh baca blog akak...sbb tu sy akak akak ni rockers....tp akak mmg best la...

    Fird...

    Terima kasih atas pujian...gmbr org len lg cun cik fird..muke dh la xfotogenik...mase tgh pnjt..muka sy pucat rasanya...kurang O2...dh smp puncak br boleh tersengih2 mcm kerang busuk...

    ReplyDelete
  6. salam akak err nice to see nice to eat (panjang beno nak tulis...)

    gambar makanan akak bubuh nih memang marvellous lah. ni rasa nak keluar jordan nih. sob3..

    kenapa saya rasa macam familiar eh dgn blog nih. ermmm..(tgh fikir lagi, tak jumpa jawapan lagi.. hehe)

    ReplyDelete
  7. ainul...
    akak ade baca blog awk jgk...awk blh pggl blog akak T&F lovers je..

    xpyh la tgglkan jordan...untung dpt belajar kt sane...xmcm akak dulu..hehe...

    nnt awk pg travel..awk blh jer try mknan2 tu nnt..tp seyes..susah nk jmp vege beriyani kt msia...so benda tu wajib bile akak travel...

    nnt recall blk bile awk igt psl blog akak..mgkn akak suke post blogkt page masakan kot...thanks ye singgah sini...

    ReplyDelete
  8. Wuahhhhhh terposing sakan di Puncak Kinabalu!
    Kak Anash, awat tak posing camtu gak kat puncak kinabalu tu? ke masa tu dah pengsan? hehehehe.

    Anyway memang sangat energetic dan kental jugak macam Fatt.!

    ReplyDelete
  9. Janggel,

    Sampai skrg masih teringat-igt memory kt puncak Kinabalu...perjalanan 0.5km rasa separuh mati sbb penat (kekurangan oksigen)...masa turun dh lupa semua sbb seronok sgt dpt smp puncak...

    sy xsekental Fatt...masih byk yg perlu dipelajari..yg pntg hati kena jd kering sekali sekala, walaupun kdg2 ht slalu jgk menangis...hehe

    ReplyDelete