Friday, November 4, 2011

Kek Lapis Cheese Persona & Tony Roma's Mont Kiara

Minggu ni saya ada training, minggu depan pulak ada exam. Data internet pulak ada kat handset, tak jadikan modem lagi pada laptop. Hati meronta-ronta nak update blog.

Kek Lapis Cheese Persona yang tak persona oleh saya.

Kak Ita, mintak maaf lagi yer kerana rupa kek ni agak huduh berbanding dengan kek akak.

Tapi tak dapat dinafikan rasanya sangat-sangatlah sedap mengikut kata orang yang merasainya.

Suprise birthday kek untuk my best friend, Lynd. Dia memang sangat suka cheesecake.

Happy Birthday untuk Lynd & Tariq


Kek ni dibawa khas dari Sepang ke 1 Mont Kiara dalam perjalanan sejam lebih, dengan hujan lebat, kilat menyambar, guruh sabung-menyabung, sesat barat lagi. Akhirnya selamat tiba dan macam tulah rupa keadaannya.
InsyaALLAH akan ada proses pemulihan di masa akan datang.

Tapi kek ni memang sedap sangat biarpun rupanya agak kacau bilau dengan tangan saya. Gabungan cream cheese dan biskut marie sangat bersesuaian.

Next time saya akan kurangkan toping atas cheese tu


Rupa yang tidak memberangsangkan, tapi soal rasa, lidah tak boleh bohong.


Resepi asal oleh Ryoazhar, tapi resepi ni saya tumpang dari rumah Kak Ita.

Kak Ita, saya tumpang share disini ya.

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
by : Ryoazhar

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) – saya guna brand Tesco jer (tapi sebenarnya jenama Lee juga ya)
500 ml susu segar,dipanaskan – saya guna susu segar yang dicampur dengan susu coklat

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) – saya guna 270g cream cheeseTartura (extra free 20g)
10 ml susu segar – saya guna 15 ml susu segar
1/2 cawan gula halus – saya guna ½ cawan gula halus+1 sudu besar gula halus

Sediakan loyang berukuran 9x9 – saya guna loyang 8x8
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti
Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak – jangan lupa bubuh butter saya (jangan jadi macam saya, lapisan roti merie melekat di bawah)

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan

Panaskan susu segar, padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat
Dan terus susun dalam loyang
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese
Tekan2 sikit permukaan tu
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment