Monday, November 14, 2011

I'm Exhausted

Saya kepenatan!!!


Image from google


2 minggu lepas aku ada course. Course kali ni aku belajar subjek Basic Electronic. Tengah-tengah course, sambung cuti Raya Haji (lupa diri kejap nak ambil exam). Lepas balik, sambung masuk course dan Jumaat lepas 11.11.11, hari exam ku. Ada dua debaran di pagi tersebut. Debaran exam dan nak buat follow up untuk ultrasound. Alhamdulillah semuanya positive.




Image from Google



Hari Sabtu pulak, aku kena attend course lagi. Kali ni course CPR. Sampai ke petang juga habisnya. Lepas habis course, bergegas balik untuk berjumpa geng skool kat Subang Galaxy. Malamnya masak Macaroni Bakar lagi untuk kawan-kawan. Last-last tidur terbongkang semuanya. Hari Ahad, masak macaroni bakar lagi di rumah Lynd di Damansara. Nak belajar katanya. Malam semalam pukul 8.30 gegas balik ke Sepang. Aku sangat letih. Weekend lepas sangat pack.


Aku masih belum fully prepare untuk travel next week. Banyak sangat halangan dan dugaan kali ni. Banyak betul dugaan di bulan 11 ni. Aku rasa tertekan sangat. Dengan masalah internet tak boleh connect kat laptop aku lagi. Buat aku rasa nak tikam-tikam jer Smart Phone aku.

Last but not least. Pose from Vegas, kucing Lynd.


Hi..Nama saya Ron Juan Vegas

No comments:

Post a Comment