Tuesday, September 27, 2011

Blueberry Cheese Cake

Entry masak-masak during weekend.


Weekend hari tu aku busy sediakan tempahan Cheesecake and Chocolate Moist.

Memang tercabar iman aku memproses Cheesecake ni. Rasa nak menangis pun ada. Tapi aku tak nak give up. Aku akan try lagi sampai berjaya, InsyaALLAH.

Terima kasih pada Zai yang sudi menempah kek dari saya. Katanya anak saudaranya suka gile makan Chocolate Moist yang ditempah sebelum raya hari tu.


Ni untuk Mr LAE bawak balik pasir mas - experiment
Komen die: Kalau letak topping mesti lagi menarikkan? - Maksudnya kurnag manislah tu and kurang rasa cheese. Aku dah panik masa tu. Alamak macam mana tu?


 Blueberry Cheesecake - RM30
1st attemp Zai punya Blueberry Cheesecake - senget benget skit sebab takde acuan Spring Form


2nd attemp Blueberry Cheesecake dari pandangan sisi


 Chocolate Moist RM30 = 1.5kg
Moist Chocolate Cake yang dikukus dulu 50 minit dan dibakar dalam oven 20 minit.

Resepi Cheesecake aku ambil dari internet : Cotton Soft Japanese Cheesecake  by ALMA


Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake: (Saya copy paste dari link atas yer)

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan c/chs tadi dengsn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu,
    tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan 
    tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek
    dalam tin kek.
  4. Bakar kek dalam kira-kira sejam dengan cara au bain-marie (waterbath) pada suhu 160 C. Boleh refer sini macam
    mana waterbath tu : Waterbath technique . Kalau aku, aku bakar sejam untuk api atas bawah then biarkan 20 minit
    untuk api bawah sahaja, untuk  pastikan semua bahagian kek tu betul-betul masak semuanya.
  Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment