Monday, September 10, 2012

Langkawi Story Part 2

Kilim Geopark Mangrove Tour

Lupa nak bagitau, kat Fish Farm ni juga ada disediakan restoran seafood. Selalunya dah termasuk dalam package Mangrove Tour yang mahal-mahal sikitlah. Oleh sebab kami ni budget, jangan verangan la nak makan kat sini. Dapat tour pun dah murah, ada hati nak makan kat sini lagi. Kami bawak stok-stok makanan kami sendiri jer. Benda-benda ringan je, malas nak makan heavy. Buatnya laut beralun jap lagi, jenuh muntah dalam bot pulak nanti

Gambar Restoran Terapung kat Fish Farm (ni fish farm kat area Sg Kilim, tak jauh dari Galeria Perdana)


Masa on the way ke Gua Buaya, hujan turun di tengah jalan. Suasana mula kecoh sikit sebab ada yang dah basah, kene tempias. Bila dah makin lebat, semua diam. Tau pun budak-budak ni takut. Kalau tak tak reti nak duduk diam. Kami menyusuri Sungai Kilim perlahan-lahan sebab laluannya agak sempit. Masa ni aku rasa jauh jugak nak sampai ke Gua Buaya ni.

Oleh sebab air pasang, kami tak dapatlah nak berjalan-jalan dalam Gua Buaya ni. Dapat tengok dari luar jer. Gua ini dipanggil Gua Buaya kerana bentuknya seolah-olah seperti buaya. Bukannya ada buaya kat sini. Kalau ade, sumpahlah kitaorang tak pegi.


Agak ramai jugak orang yang pergi Mangrove Tour walaupun time-time raya ni. Kebanyakannya orang luar, mungkin dari Iran, Tehran. Adalah beberapa keluarga Melayu jugak yang beraya atas bot macam kami ni. Sepupu aku menggelarkan kami Orang Asli Langkawi sebab dah sah-sah kami ni nampak macam orang kampung yang nak pegi menjala ikan. Lepas tu aku tengok orang lain yang datang sini kebanyakan berpakaian kemas, kami pulak pakai Track Bottom, T-shirt and selipar.(padahal dah prepare kalau cuaca hujan)

Kami singgah sekejap jer di Gua Buaya...Lepas tu kami bergerak ke Jetty di Kilim yang tak jauh dari Galeria Perdana. Aku hanya tunggu atas bot sementara yang lain-lain turun pergi menunaikan “nature call”. Sambil-sambil tu sempat beli buah-buahan topup bekalan. Langit semakin cerah. Dalam 10 minit kemudian, kami mula bergerak ke tempat helang.

Ada sebuah bot sedang menunggu helang-helang turun makan. Ada cara nak panggil helang-helang ni makan, iaitu dengan menghamburkan air dari enjin bot. Dalam masa yang sama, kulit-kulit ayam dibuang ke dalam air. So, bile helang tu dapat isyarat ada makanan, dia akan turun dan menangkap makanan tersebut. Nampaknya helang-helang ni macam malas jer nak turun, mungkin dah kenyang kot.



Nak panggil burung helang turun makan
 

Burung helang yang berterbangan
 
Kami mula bergerak perlahan-lahan menuju ke Gua Kelawar pulak. Untuk masuk ke sini, dikenakan bayaran RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Kalau nak sewa lampu picit pun RM1. Dari luar dah terbau bauan  hangit tahi kelawar di dalam gua. Dengan bantuan lampu picit, dapatlah aku tengok kelawar-kelawar yang tergantung di atas dinding gua dan melihat batu-batu stalaktit (kalau salah eja aku mintak maaf ye) yang terhasil akibat titisan air.

Entry fees

Snap dari luar Gua




View dari dalam gua
   
Sign @ Bat Cave
  

Kalau air tak naik, boleh guna laluan sini jugak untuk masuk ke gua

Kalau air tak pasang @ hujan, boleh buat tour dari jambatan di luar, boleh lalu celah-celah hutan dan baru masuk ke dalam gua.


Budak-budak ni yang terlebih happy

                           

Teringat masa pergi Milford Sound dengan cuaca gloomy macam ni.
Kami tak lama kat sini sebab masing-masing dah tak sabar nak ke pulau. Gambar atas ni masa kami on the way balik dari Gua Kelawar.

Sebelum aku terlupa, aku masukkan sekali gambar puncak Gorilla. Kalau dari sisilah.


Puncak Gorilla@Babun



P/s : Sikit lagi aku akan sambung untuk Part 3. Sorry kalau post kali ni agak panjang.

Friday, September 7, 2012

Tempat-tempat yang boleh Transit sebelum/selepas ke Airport.

Tempat menunggu yang sesuai sebelum pick up orang kat airport – LCCT@KLIA.

Masjid KLIA

Masjid KLIA @ Masjid Sultan Abdul Samad - image dari abunuha.wordpress.com (boleh refer sini untuk tengok gambar-gambar lain yang leibh menarik lagi)

Atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samad. Terletak sebelum roundabout ke LCCT dan tak jauh dari susur keluar Tol Highway Elite.

Kalau dari Shah Alam nak ke LCCT, keluar dari tol Elite, jalan depan sikit akan nampak Masjid KLIA di sebelah kiri. Di situ juga ada landmark bangunan Malaysia Airport Berhad yang agak besar. Siap boleh nampak air pancut lagi di tepi jalan tu.

Kat tepi Masjid ni jugak tengah didirikan Kompleks Tabung Haji yang terbaru untuk menggantikan Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya tu. Lepas baca review aku ni, korang dah tau la mana tempat nak lepak sebelum pick up or hantar orang ke airport.

Boleh lah nak lelap-lelap mata kejap kat sini sejam dua kalau orang yang korang tunggu tu lama sangat delaynya. Condition masjid ni sangat best. Tenang jer mata memandang. Telekung-telekung pun bersih sebab selalu ditukar.

DOWNTOWN KLIA

Pintu Gerbang Downtown KLIA

Ada beberapa kedai makan yang best kat sini antaranya kedai Mawar Putih kalau aku tak silap la. Sementara nak tunggu kawan2 ke, family korang ke sampai di KLIA, bolehlah makan-makan kat sini dulu. Ada kedai mamak, kedai Cina and kedai Seefood jugak. Harga makanan kat sini reasonable jugak especially kat kedai makan Mawar Putih. Sebabnya, kat sini ramai pakcik-pakcik teksi datang makan. Makanan kat situ memang best pun. Dah lama tak makan kat situ, teringat sup tulang yang sedap...

Restoran Chinese Muslim Cuisine yang agak femes juga terdapat di DOWNTOWN KLIA ni - blog zana-norzana

McDonald  Drive Thru @ Petronas KLIA


Gambar sisi jer dapat

 McD ni terletak di seberang jalan kalau kita menuju ke KLIA (kira arah bertentangan). Di depan Petronas tu ada stesen Minyak Shell.
Boleh singgah selepas balik dari KLIA sebelum masuk Highway Elite. Kot-kot la kalau korang teringin nak makan fast food ditengah-tengah malam buta.


McDonald  Drive Thru @ Shell Kota Warisan

McDonald Kota Warisan from fadzil.com

McD ni terletak sebelum traffic light bawah jambatan @ simpang sebelum kita ke KLIA @ LCCT. Belum sampai ke Masjid KLIA lagi ye. Ni kalau korang guna Highway Max yang keluar kat Putrajaya tu. Orang dari Putrajaya pun mesti pakai jalan ni untuk ke airport.

Korang boleh tapau McD kat sini siap-siap sebelum pergi airport (tak nak kene tax mahal sangat kan). Boleh tapau banyak-banyak kalau nak naik flight pergi oversea.

Kat Kota Warisan ni jugaklah terletaknya Stesen ERL Salak Tinggi tapi kene masuk ke dalam sikit.

Surau Maybank @ LCCT

Klinik Perubatan PUSRAWI - kat sebelah kiri nilah terletak surau Maybank sebelum ke LCCT
Sorry kualiti gambar agak kurang memuaskan.

Ni antara port menunggu yang agak femes. Banyak kereta yang menunggu di tepi-tepi jalan sebelum ambil passenger kat LCCT. Surau ni terletak di tepi jalan sebelum sampai ke traffic light LCCT. Nak senang nampak, surau ni terletak di sebelah PUSRAWI. Depan sikit korang akan nampak bangunan Maybank di tepi jalan. Kat celah Maybank tu ada foodcourt yang dibuka 24 jam. Tapi tak banyak kedai la macam kat Food Garden LCCT.

P/S: Aku akan ambil gambar yang lebih jelas kalau ada kesempatan nanti. Kebanyakkan gambar ni aku ambil dari google dan aku dah letak link blog tersebut.

Thursday, September 6, 2012

Langkawi Story Part 1

Kilim Geopark Mangrove Tour  

Sedang orang lain tengah sakan beraya ziarah rumah sedara-mara, aku dengan cousin-cousin sekalian dah ada planning baik punya. Mula-mula aku takut cadangan aku ni tak dapat sambutan. Skali jeng-jeng disambut penuh oleh semua. Yang join trip ni adalah kanak-kanak dan belia-belia muda remaja (mudalah sangat). Makcik-makcik sekalian boleh berehat di rumah (deme semua puasa 6 termasuklah mak aku). Memandangkan Makcik aku yang masih dalam edah kerana pakcik aku baru meninggal bulan 7 yang lepas. Seminggu sebelum puasa hari tu.

Sebab itulah kami tak beraya kemana. Sekadar menziarahi kubur dan pergi melawat adik arwah ayah aku yang kurang sihat. Selebihnya duduk di rumah dan menunggu tetamu datang.

Plan bermula masa kami berkumpul pada hari Raya Pertama. Aku ni memang teringin sangat nak ke Mangrove di Kilim Geopark tu, tapi takde geng katanya. Sebenarnya alasan lain, aku tak cukup pitih la kalau nak pergi sorang-sorang. Tak happeninglah...Dengar cite orang pegi Mangrove ni macam best jer. Buat malu kaum je  kan sebab tempat sendiri tak habis jelajah, sibuk pergi tempat orang.

Kengkonon jer nak pergi Mangrove awal sebab tak nak kene panas( matahari tegak atas kepala). Alih-alih, dekat pukul 11 baru gerak dari rumah. Nak ke Mangrove ni ada 2 jalan. Satu terletak di Kilim, tak jauh dari Galeria Perdana Tun Mahathir. Satu lagi  boleh ikut jalan ke Tanjung Rhu. Memandangkan rumah makcik aku terletak di Ayer Hangat, mestilah pilih jalan yang paling dekat, iaitu Tanjung Rhu. Kami pergi seramai 14 orang, 9 dewasa dan 6 kanak-kanak ribena yang tahap hyperactive(anak buah aku la tu)
 

Rate:
Package A:
MYR 250.00 per boat for 2 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park
Package B:MYR 350.00 per boat fo 3 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park

Package C:MYR 450.00 per boat fo 4 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park
> Tanjung Rhu View
> Fish Feeding at Dangli Island
  • The Tour :The boat can easily accommodate 8 - 10 adults. If you comes within that number, it is very economically for you. But you are a group of 14 or so, you have to take another boat. Cost for one boat is MYR300.00 and with online booking with us, it is only MYR280.00 per boat (two hours tour).
  • Tour Schedule :Our service start as early as 0900 hrs and last call is at 16:00 hrs. The trip can last from one hour to four.
  • Food :You're advise to bring your own light meal and drink. You can always get it from there, since there are many shop and restaurant around the jetty.
Refer dari Holiday in Malaysia: -

View sekitar jetty.


Package List untuk tour - sorry sebab gambar tak clear


Ada papan tanda je




Makcik aku suruh Paksu aku ikut sekali memandangkan adanya kanak-kanak ribena seramai 6 orang. Takut ada pulak yang terjun sungai. Masa nak naik bot pun dah kecoh gile. Lepas semua dah naik bot, kami semua meluncur laju ke Fish Farm dulu. Tak jauh pun dari jeti, boleh nampak sebenarnya.

Atas bot. Sengih sebab lawak dengan kerenah budak-budak ni.

Muka penumpang yang dok belakang

Aku excited betul tengok ikan-ikan dalam sangkar tu. Paling takut tengok ikan yu dok pusing-pusing. Tapi reminder ye: Ikan yu ni tak boleh nak pegang-pegang bagi makan. Kalau ikan pari tu boleh. Sebab tulah ikan pari kat sini gemuk-gemuk belake. Kami diberi 2 bekas makanan untuk diberikan pada ikan pari. Makanannya terdiri dari ikan-ikan yang dipotong halus.

Ikan Yu yang berenang sakan
 

Actually ni first time aku tengok ikan pari hidup. Selalunya aku tengok yang kat pasar jer. Yang dah dipotong-potong tu.  Lalu lagi ke nak makan lepas ni? Lepas tu dengar pulak cite ikan pari ni adalah sumpahan kerana kecurangan seorang perempuan lalu dia disumpah menjadi ikan. (Cite dongeng jer kot). Lagi satu, kalau korang nak tau, ikan pari juga ada darah period. Sebab tulah ikan pari ni kadang-kadang baunya agak hancing/hanyir. Tips penting kalau nak beli ikan pari, janganlah beli ikan pari yang terkena air hujan sebab baunya sangat hancing. Nilah petua dari arwah ayah aku yang diperturunkan turun temurun memandangkan kami ni adalah keturunan nelayan.

Rupa sebenar ikan pari
Lepas tu ada pulak cerita dalam Mastika kata ada orang pernah tuuuutt dengan ikan pari. Lepas aku dah tengok rupa sebenar ikan pari ni, baru aku tau kenapa ada jugak manusia bongok yang sanggup buat macam tu.Tapi makanan feveret aku masihlah ikan pari bakar cicah sambal kerisik. Kata orang pulau. Dari kecik dah diajar makan macam ni.
Ikan pari yang dalam sangkar ni adalah ikan pari paya bakau, sebab tulah dia boleh hidup kat kawasan sungai ni.


Tengah kusyuk dengar budak ni bercerita - ada 2 ekor ikan pari dalam cage ni, sekor jantan nama Johnny dan sekor lagi betina yang aku tak ingat nama.

 Dia terangkan macam mana nak bagi ikan pari ni makan.
Letakkan makanan pada tangan dan masukkan ke dalam mulut ikan. Nanti pari tu akan sedut makanan tu.

Masing-masing terjua nak try bagi makan ikan pari.


Adik sepupu aku tengah ajar anak buahnya nak bagi makan ikan.

Geli sangat rasa bila tangan kita disedut oleh mulut pari.



Tuesday, September 4, 2012

Homemade Meatball Ikea

 

Homemade Meatball Ikea


Sejak dari sebelum puasa teringin sangat nak makan Meatball Ikea...Tapi sebab sibuk sangat, tak sempat nak ke Ikea. Bulan puasa memang takkan pergilah jawabnya. Perasaan teringin tu terbawa-bawa sampai lepas raya. Nak drive ke Ikea pun malas jugak. Aku google resepi-resepi di internet. Boleh try ni nampaknya.

Oleh sebab kemalasan melanda, aku malas nak refer resepi nak buat meatball dalam internet. So aku just try and error.  Aku akan link kan beberapa resepi yang aku refer dari internet sebagai bahan rujukan. Aku refer di sini

Kalau tak nak buat Meatball sendiri, boleh beli yang readymade. Ada yang kata Meatball Marina yang paling best compare dengan jenama-jenama lain kerana rasanya lebih menyerupai Meatball Ikea.

Resepi meatball boleh refer sini 

Bahan-bahannya: Boleh dapat lebih dari 30 biji
Daging kisar  Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu)
Bawang putih – optional, aku tak letak pun
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
Bread crumb – takde so aku guna biskut Cream Cracker yang diblend
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur yang dikocok dahulu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.

Aku pernah buat meatball sebelum ni, tapi guna kaedah bakar. Hasilnya meatball aku rasa kering dan kecut. So aku rasa nak cuba kaedah kukus pulak dan ternyata hasilnya memuaskan hati sebab nampak meatball aku agak kembang.

Dah siap meatball, aku nak buat gravynya pulak. Resepi ni dah siap-siap google dalam internet. Takdelah susah mana pun.

Untuk resepi gravynya boleh refer sini pulak dan ketik sini - terima kasih ya pada suraya sulatin & wildcutecat sebab sudi kongsi resepi kuah meatball yang sedap sangat nih...

Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit – next time aku rasa nak blend jer senang then tumis sampai masak.
sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*
sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. So, dapatlah makan homemade meatball Ikea tanpa perlu ke Damansara. Aku dah buat frozen meatball ni dalam fridge. Kalau teringin nak makan, keluarkan dari peti ais, reheat dan boleh makan terus.

Perbezaan Bawang Besar

Oleh sebab ada beberapa kekeliruan di sini, aku terdetik nak letakkan perbezaan antara bawang besar biasa dan bawang besar Holland untuk mengelakkan kekeliruan.

Bawang besar yang color kuning ni dipanggil sebagai bawang besar Holland. Aku lebih suka menggunakan bawang ni sebab kurang sikit rasa pedih mata ketika nak potong. Lagi satu, bagi pendapat aku, rasanya lebih sedap. Bawang besar Holland ni lebih sesuai digunakan untuk masakkan western/barat contohnya macam spagetti bolognese, lasagna sebab rasanya lebih manis dan kurang pedas. Makanan western mana ada pedas-pedas.
Dari segi harga, bawang Holland sedikit mahal berbanding bawang besar Bombay/biasa.

Bawang besar Holland berwarna kuning/hijau

Gambar di bawah ni adalah Bawang Besar Bombay, bawang besar yang color merah tu. Kalau potong, kena berhati-hati sikit sebab gas dia sangatlah memedihkan mata. Bawang ni selalu digunakan sebagai ramuan dalam masakan kampung/local contohnya macam sambal tumis, sambal kerisik. Ini kerana rasanya yang lebih pedas sesuai untuk masakan melayu dan india.  Tapi jangan makan bawang besar ni terlebih banyak ye, sebab nanti bau badan terlebih kuat pulak.

Bawang besar Bombay - warna merah
Sumber gambar di atas adalah dari google. Harap penerangan di atas dapat membantu adik-adik atau kawan-kawan yang baru nak belajar memasak tentang kekeliruan antara bawang-bawang tersebut.

Tuesday, August 14, 2012

Instant Pizza Beef Keema Masala MyChef

Instant Pizza My Chef - Resepi ke-3 untuk My Chef Challenge


Taraaaaaaaa - dah siap untuk di makan...

Saya guna kuah Bolognese yang sama dengan Lasagna. Boleh refer sini. Sebab tak sabar nak makan lasagna, saya buat dulu instant pizza sambil tengah masak sos putih. Senang jer, ambil jer roti pita. Kemudian sapukan dengan kuah Bolognese. Letak cendawan button, tabur mozzarella cheese dan renjis sedikit dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Siap masuk dalam oven, bakar dengan suhu 180 C untuk 20 minit. Sedia untuk dihidangkan. Aku makan panas-panas lepas masak sebab tak sabar nak rasa keenakkan kuah Bolognese Beef Keema Masala dari MyChef.

Tak lupe jugak product dari MyChef

Before baked
  **Dah nama pun instant pizza, kebetulan ada cendawan button dan mozzarella cheese yang ada di rumah saya. Saya guna pakai saja bahan yang ada. Untuk menyedapkan lagi pizza bolehlah letak cili capsicum traffic light tu, hirisan nenas, buah zaitun yang dihiris, cheddar/parmesan cheese dan sedikit bawang Holland di atas pizza. Mesti lagi meriah pizza tu kan. Tak payah nak uli-uli tepung, guna jer roti pita. Dapat dah pan pizza sebiji.

Kalau nak senang lagi, reheat jer Beef Keema Masala dari MyChef lepas tu boleh terus buat instant pizza ni. Menu yang senang sangat untuk orang bujang macam saya dan untuk ibu bapa yang sibuk menguruskan anak-anak. Tak susah-susah nak pergi pizza hut.

Kalau guna 1 kotak Beef Keema Masala ni boleh dapat banyak biji pizza rasanya. Apa lagi jomlah kita try.

Ready to ngappppppppp....Ampunkan saya......

Monday, August 13, 2012

Lasagna My Chef

Lasagna Beef Keema Masala MyChef - harap sesiapa yang singgah sudi like my entry ni kat fb
Lasagna Beef Keema Masala MyChef

Terima Kasih Chef Liza dan My Chef

Saya sebenarnya agak fail kalau masak lasagne ni sebenarnya. Rasa susah sangat nak menjadi. Sebab lasagna saya selalu mengeras. Lepas dah tau tips, saya rasa confident nak cuba. Sebelum ni rasa dah putus atas takut lasagna saya jadi keras lagi. Puncanya sebab saya letak keeping-keping lasagna yang keras tu terus dalam bekas pembakar. Lepas saya dah cuba rendam, nampak lembut jer kepingan tu. Senang nak susun.

Kuahnya pula mestilah saya gunakan dari produk MyChef. Memang sedap sangat Beef Keema Masala Chef Liza ni. Saya bagi 6 bintang pada Chef Liza. Memang menepati rasa dari India. Tak sabar nak rasa nasi beriani Chef Liza pulak. Mesti sedap gilos ni.

Kebetulan hari ni ada majlis berbuka bersama kawan-kawan di ofis, saya saja cuba masak lasagna ni. Dalam hati nervous takut tak jadi. Ternyata kuah Bolognese dari Beef Keema ni memang sedap sangat. Tak payah nak beli daging hancur atau tambah rempah bagai. Semua dah cukup rasa. Cuma saya tambah beberapa bahan lagi sebab nak banyakkan adunan, maklumlah nak makannya ramai.

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan :

Untuk sos merah/bolognese –
1 kotak Beef Keema MyChef
2 ulas bawang putih – dipotong halus
1 biji bawang Holland – dipotong dadu
1 biji tomato – dipotong dadu
1 tin cendawan button
1 sudu besar sos tomato
¼ cawan sos cili
½ cawan susu
½ cawan air
Secubit garam


Antara bahan-bahan untuk menyediakan lasagna


Tak lupa juga bawang putih, bawang Holland dan tomato.


Sos yang menjadi pilihanku


 Jangan tinggal Beef Keema Masala ye - main ingredient ni..


Cara-caranya:
Masukkan 1 sudu besar minyak masak.
Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga layu
Masukkan tomato yang dipotong dadu, dikacau hingga sedikit layu.
Masukkan Beef Keema ke dalam kuali dan di kacau rata.
Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau lagi.
Masukkan susu, air dan cendawan button ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.
Rasakan dan masukkan secubit garam, tutup api.

Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.

Beef Keema Bolognese yang tengah mendidih atas dapur.


Bahan-bahan:

Sos putih –

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu fresh/full cream/low fat
1/2 cawan mozzarella/cheddar/parmesan cheese
1 sudu kecil lada hitam
½  sudu kecil lada putih
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk oregano – optional

Cara-caranya:

Panaskan mentega di dalam periuk.
Masukkan tepung gandum dan dikacau rata
Masukkan susu, kacau lagi dan masukkan cheese. – kacau semuanya supaya sos tidak berketul
Tambah lada putih dan hitam ke dalam sos dan masukkan secubit garam.
Tutup api dengan segera bila sos mendidih.


Sos putih - yummih

***Rendam beberapa kepingan lasagna ke dalam air biasa selama 15 minit, untuk melembutkannya.

Sapu mentega/minyak ke dalam bekas pembakar.
Susun kepingan lasagna ke dalam bekas.
Tuangkan sos merah ke atas kepingan lasagne
Taburkan cheese ke atas sos merah – optional

Dah buat satu lapisan - sila tengok kepingan lasagna yang dah lembut tu.
Lapiskan pula dengan sos putih tadi.
Ulangi langkah di atas untuk lapisan seterusnya sehingga ke lapisan terakhir.
Taburkan mozzarella/cheedar cheese di atas lapisan sos putih.
Taburkan sedikit lada hitam dan serbuk oregano atas cheese - optional
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 C.

Selepas dibakar

Captured dari dekat - jangan p jilat skrin pulak

Aku sempat menjamah lasagna ni masa sahur pagi tadi. Emmmmmmm....Sedapnya...Sebelum bagi orang makan, kita kenelah testing dulu. Alhamdulillah menjadik. Terima kasih Chef Liza and terima kasih myChef. Kerja memasak menjadi semakin mudah dengan produk myChef.