Tuesday, March 13, 2012

AIR ASIA X SUSPEND SERVICES TO CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

The latest news yang aku dengar.

"The current four times weekly flights between Kuala Lumpur and Christchurch will be suspended with the last flight on 30 May, 2012 (from Kuala Lumpur) and 31 May, 2012 (from Christchurch). "

Lain-lain no comment. Aku sangat sedih dengar news ni...

Tuesday, February 28, 2012

Transportation ke airport KLIA & LCCT

Entry kali ni aku nak sentuh pasal transportation ke KLIA/LCCT.
Mungkin ramai yang dah tau pasal ni or mungkin masih ramai yang belum tahu tentang perkhidmatan ERL ke LCCT.

Aku harap info yang aku sampaikan dapat membantu ramai pembaca yang masih keliru dengan budget yang mereka perlu sediakan untuk ke LCCT.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pergi dan balik dari LCCT/KLIA untuk ke KL, antaranya :

  1. Naik cab (slalunya business man yang naik ni sebab senang, terus sampai ke hotel) – budget besor, RM85 sehala. Boleh refer di sini - Taxi/LIMO
  2. Naik Skybus warna merah or bas warna kuning yang agak slow – harga RM9, ni memang menjadi pilihan ramai sebab murah dan senang, refer sini ye - Skybus
  3. Naik shuttle ERL – harga depend pada tempat, ramai yang masih keliru sebab ingat mahai bebonor naik ERL ni. (ni komen aku slalu dengar)
  4. Parents, sedara-mara or kawan yang datang pick up dari airport – paling terbaiklah, modal belanja makan or buah tangan.
Untuk aku, aku slalu guna pakai naik shuttle ERL and kawan pick up. Kalau dah takde orang n aku pulak travel tak lama, aku prefer tinggalkan kereta di ERL station. Sebab nanti senang nak balik, tak menyusahkan orang nak pergi amek.

Sejak 2010, syarikat KLIA Express memperkenalkan perkhidmatan bus shuttle dari Stesen ERL Salak Tinggi ke LCCT. Sebelum ni aku nak sentuh apa beza perkhidmatan KLIA Express & KLIA Transit.

KLIA Express

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 28 minit dari KL Sentral ke KLIA, non-stop tren. Transport paling laju untuk ke airport dari KL. 1 way tiket berharga RM35 untuk dewasa, dan RM15 untuk kanak-kanak.


KLIA Transit

Perjalanannya sedikit lambat sebab tren ni berhenti di beberapa stesen, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi. Harga bagi perkhidmatan tren ni lebih murah berbanding KLIA Express. Untuk ke LCCT, penumpang akan turun di stesen Salak Tinggi. Shuttle bus untuk ke LCCT akan menunggu di depan stesen. Perjalanan ke LCCT dari stesen ERL Salak Tinggi akan mengambil masa lebih kurang 15 minit – 20 minit.

Shuttle bas untuk ke LCCT

Senarai harga tiket ERL untuk ke LCCT



Segala info berkaitan dengan perkhidmatan KLIA Transit & KLIA Express, korang boleh bukak link ni, KLIA Ekspress/Transit. Korang boleh check bila jadual perjalanan untuk memudahkan perjalanan korang. Aku harap info ni dapat membantu.

Tiket bas dari ERL Salak Tinggi ke LCCT - RM5.50, harga termasuk tiket ERL dari Putrajaya ke Salak Tinggi dan tiket bas (update 25 Nov 2012)


P/S: Gambar-gambar dalam ni aku ambil dari google yer.

Wednesday, February 22, 2012

Mount Kinabalu Spirits!!!!!!!!



Patutnya aku masukkan enty ni minggu lepas, tapi sebab aku tersangat bizi bee. Aku baru boleh post entry ni.

Semalam ade seseorang sms aku suruh aku tengok 8TV, rancangan travelling. Tapi topik semalam adalah pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Aku sempat tengok sekejap rancangan tu even dengan keadaan tv rumah aku yang agak berbintik-bintik. Sorry guys, rumah aku takde Astro. Masa aku tengok tu, rancangan tu tinggal 5 minit lagi nak habis.

Aku cuma sempat tengok bila dah sampai di puncak. Ayat yang keluar dari mulut pendaki masa tu, “Kerja gila apa yang aku buat ni?”

Sebab apa aku cakap macam tu, sebab aku pun buat ayat yang sama ok! Memang aku rasa gila kot masa tu. Dah la penat gaban, macam-macam rasa masa tu, mual, loya, semua ada. Kenapa aku rasa macam tu, cuba imagine korang berada di tempat yang tinggi, bukan dalam kapal, sebab dalam kapal kita dah di’pressurize’kan. Bila makin tinggi, kandungan oksigen makin kurang. So, akan muncullah pelbagai simpton yang lebih dikenali sebagai “Altitude Sickness/Mountain Sickness”. Antara simptonnya adalah seperti rasa mabuk, mual, pening, muntah, mengantuk dan keletihan yang amat sangat.

Aku mula hilang selera makan masa di Laban Rata, tekak aku dah start rasa mual. So aku cuma makan kismis dan kurma untuk dapatkan tenaga. Ada kawan aku muntah-muntah di sepanjang jalan. Tapi Alhamdulillah, dia berjaya juga sampai puncak dengan rasa nak terbunuh jer.

Aku tak pernah rasa penat yang amat sangat macam tu. Jalan tak sampai 10 tapak, aku dah berhenti. Penguat aku lagi satu, aku cuba minum air ORS – garam untuk penyakit Cherry Berry tu.

Guider aku tak memang tak nampak rupa, sebab die hanya akan jaga orang yang di depan dan di belakang sekali sahaja. Sedangkan aku duduk di tengah-tengah. Aku ingat aku yang ketinggalan jauh, rupa-rupanya tak la jauh sangat. Ada lagi yang di belakang.

Masa naik dari Laban Rata lebih kurang pukul 2 pagi, keadaan sangat gelap gulita n kami hanya berpandukan headlamp di kepala. Dalam hati aku berdoa, janganlah aku ternampak benda pelik-pelik dalam gelap tu. Kalau tak mau aku pengsan. Aku hanya mengikut kaki melangkah. Habis panjat tangga, part pegang tali pulak. Aku hanya ikut arahan guider, suruh ke kiri, aku ke kiri, suruh ke kanan, aku ke kanan. Tak taulah apa ada di kanan dan kiri.

Lepas part tali, kami sampai di Sayat-Sayat Hut. Masa ni lah ko nak buat keputusan untuk proceed or tak. Siapa yang ada masalah lutut, berehatlah di sini..Sebab lutut anda memerlukan 3-4 jam untuk naik dan turun dari puncak. Masa ni jugak, ada sesetengah orang akan rasa mengantuk yang amat sangat. Tu juga simpton Altitude Sickness. Lepas dari Sayat-Sayat Hut, tiada lagi pondok untuk berteduh. Tu adalah pintu terakhir untuk sampai di puncak. Di Sayat-Sayat Hut, ada seorang yang akan jaga pintu masuk untuk ke puncak. Kalau cuaca buruk, pintu akan ditutup. Sebab sangat-sangatlah merbahaya kalau nak juga mendaki kalau cuaca kurang baik. Sebab angin terlalu kuat di atas sana dan jalan akan jadi lebih licin.

Langkah demi langkah, puncak masih tidak kelihatan. Masya Allah, jauhnya wei..Bila nak sampai ni? Kami akan bertanya mana-mana guider sama ada masih jauhkah lagi perjalanan ke puncak? Jawapan yang akan kami terima lebih kurang macam ni, “ Kamu jalan sikit lagi, nanti kamu akan nampak puncak.”

Dalam hati aku pun dah start sumpah seranah. Jalan-jalan, tak nampak jugak. Aku asyik berhenti sebab penat. Tiba-tiba ada seorang Mat Salleh ni tarik tangan aku, untuk bagi semangat pada aku. Aku ni pun boleh pergi jer turut die tu. Bila aku dah betul-betul tak larat, aku ucapkan thanks pada dia. Serius aku tak nampak siapa muka Mat Salleh tu.

Di pertengahan jalan ke puncak, ada juga beberapa group berhenti. Mungkin berehat seketika dan ada yang berhenti untuk muntah-muntah dulu. Kami sampai di signboard terakhir, 0.5KM lagi ke puncak. Hati aku dah rasa terubat sikit. Dah nampak puncak di depan mata. Nampak berbalam-balam lampu dari headlamp bergerak-gerak ke puncak.

Signboard terakhir sebelum sampai ke puncak - dah siang baru nampak clear


Akhirnya, itulah pendakian terakhir untuk sampai ke puncak. Masa tu aku jumpa balik kawan-kawan aku yang aku ingat dah laju ke depan semuanya. Semangat aku yang hilang kembali semula lepas aku jumpa balik kawan-kawan aku. Kami lama-sama memanjat untuk sampai ke puncak. Ya Allah, hanya Tuhan jer yang tau perasaan aku mase tu.

Gambar kami di puncak - aku boh gambar reramai yer.

Nanti aku sambung story mory pasal ni lagi. Nak releasekan stress dengan masukkan entry ni. Semoga semangat Kinabalu menyerap balik dalam diriku.

Monday, February 20, 2012

Telekung Siti Khadijah yang DA BOMB!!!!!!!!!

Baru aku perasan, tetiba ramai yang view page aku especially page yang berkaitan telekung Siti Khadijah.

Aku pun tengok jugak edisi Nona semalam yang menyiarkan tentang telekung Siti Khadijah. Alhamdulillah makin berkembang sekarang. Actually aku dah pernah 2 kali membeli telekung Siti Khadijah ni. 2 kali beli pun dah kecoh kan? Aku hadiahkan untuk mak aku sempena bulan Ramadhan tahun lepas, yang kedua untuk makcik aku yang pesan. First time aku tengok telekung ni memang jatuh cinta. Memang berangan-angan untuk jadikan hadiah pada hari istimewa sebab bagi aku ia sangat-sangatlah spesel. Kain yang sangat sejuk, selesa n paling penting tak jarang. Mungkin harganya sedikit pricey untuk aku, tapi tak rugi pun kita membelinya. Beg tangan Gucci, Long Champ pakat boleh beli. Telekung mahal sikit tak boleh ke? Aku cakap macam ni sebab aku jarang sangat membeli barang mahal-mahal or branded. Sebab tangan aku terketar-ketar nak beli barang mahal. Tapi untuk telekung ni, aku tak ralat. Sebab aku sangat-sangat puas hati dengan kualiti n kainnya.

Telekung ni pun di’design’kan sendiri oleh tuan punya butik ni, iaitu Puan Padzilah Enda. Kilang telekung ni sebenarnya hanya dibelakang rumah beliau iaitu di Sungai Merab, Bangi. Kain-kain pula diimport dari Indonesia dan dijahit 100% di sini.  Skali cuba mesti nak lagi.

Baru-baru ni ade kawan aku belikan aku telekung dari Indon, bagi aku agak mahal n aku tak puas hati sebenarnya. Sebab kainnya sedikit jarang. RM90 kot. Semua dah ok, tapi bab kain tu macam jarang sikit, terus aku rasa tak puas hati. Tapi aku just bayar jerlah n tak cakap ape-ape.

InsyaALLAH mak aku akan ke Umrah beberapa bulan lagi n dia dah siap-siap suruh aku carikan dia telekung. Mungkin telekung Siti Khadijah akan menjadi pilihan lagi. Yang penting semoga mak selesa untuk buat ibdah di sana. Memang dalam hati meronta-ronta untuk beli, tapi memikirkan pitih, kita dahulukanlah keperluan mak.

Aku bagi link untuk sesiapa yang nak view page telekung Siti Khadijah ni,  FB Siti Khadijah. Website Siti Khadijah tengah jam sebab ramai sangat yang view page ni. Kalau rasa tak mampu, jangan risau. Aku akan bagi tips untuk dapat telekung ni dengan harga yang sedikit murah dari biasa.

Tips untuk dapat telekung murah:

1) Selalu view page Siti Khadijah, normally every month akan ade promotion untuk telekung-telekung ni.
2) Big sales selalunya akan dibuat pada sebelum awal musim Haji & Umrah – kene tengok calendar ye.
3) Pada hari-hari kebesaran bulan-bulan Islam, sebelum puasa, Maulidur Rasul, Awal Muharram – tapi tak sehebat promotion musim haji n umrah kot.
4) Paling best, beli masa clearance sales – masa ni dieorang nak habiskan stok-stok lama. Boleh dapat harga murah, RM150 untuk sepasang telekung. Tapi risiko susah untuk dapat size yang kita nak kan.
5) If korang terbekanan kat telekung yang display pun korang boleh dapat telekung tu dengan harga murah, RM200 untuk sepasang (aku pernah beli telekung display sebab aku nak sangat kain yang macam aku beli sebelum tu) - tapi lepas tu korang kenelah rajin sikit basuh dulu telekung tu sebelum pakai sebab mungkin ada kotor-kotor sikit, kata telekung display, mesti orang dok try-try.

Semoga tips-tips ni dapat membantu kawan-kawan untuk dapat telekung idaman dengan harga yang lebih murah.

Jom kita LIKE page Telekung Siti Khadijah beramai-ramai. Tak rugi pun yer.

Wednesday, February 15, 2012

About Pizza

14 February 2012

Sila jangan salah faham dengan entry ini ye. Dah lama aku biarkan rumah ku ini bersawang. Aku kebizian dengan hal kerja. Masih terasa kepenatan “lagjet”. Masih cuba adjust time tidur yang kucar kacir. Siang mengantuk, malam mataku akan terkebil-kebil. Maaf pada kawan-kawan yang cuba contact aku. Nanti aku akan reply. Masa korang contact tu memang aku berada di luar kawasan. Aku masih penat lagi dan otak aku masih letih untuk berfikir. Balik opis, kerja dah siap menanti selambak di atas meja. Big boss dah kasi warning awal, minta siap cepat sebab kitaorang nak gunakan extension yang ada untuk maksimumkan time servis untuk burung besi tu.

At the same time, aku dilanda sakit gigi akibat wisdom tooth yang tak cukup ruang untuk keluar. Mungkin minggu depan aku akan buat sesi mencabut gigi aku. Biar pun aku ketakutan.

Semalam jugak aku redeem kupon Groupon aku untuk bermanja-manja di spa. Tulah sape suruh last minute booking kan? Bulan 11 tahun lepas aku beli kupon ni sebab teringin nak berspa-spa bagai. Semalam aku sempat buat sauna, facial n foot spa jer. Body scrub n massage tak sempat nak buat. Apa komen lepas buat spa? As usual dieorang akan promote aku suruh buat macam-macam. Huh, menyampahnya. Terus aku dah takde mood nak buat spa-spa lepas ni kalau asyik dok kene promote jer.

Lepas habis spa, aku cepat-cepat nak blah. Nak solat maghrib dulu n lepas tu nak cari makan la ape lagi. Perut pun dah lapar. Cadangnya shoot ke Alamanda jer sebab berdekatan. Sampai surau, hish, tak ramai orang? Selalu sesak giler kalau time maghrib. Misi seterusnya nak makan popia kat foodcourt. Skali aku lalu, aku nampak papan tanda, Renovation!!!!!!!!!! New look in May 2012. Patutlah Alamanda sangat lengang, rupe-rupenye foodcourt tutup.

Adoi, mane tempat nak makan ni? Setelah buat timbang tara, aku pilih untuk makan di Pizza Hut sebab ade promotion 50% dine in. Sebelum tu aku masuk Carrefour sebab nak beli jambu sedap kat dalam tu. So, nak hilangkan lapar, makan jambu dulu.

Aku cekalkan hati untuk makan di Pizza Hut sorang-sorang. Orang datang nak makan pizza beramai-ramai, ini datang sorang-sorang. Dalam hati aku, ape ku kesah.

“ Adik, ade tempat duduk untuk sorang tak?” Dialog aku pada budak Pizza yang nampak lembut sikit.

Budak pizza tu nampak gelabah sikit, mungkin pelik kot aku nak makan sorang-sorang. Siap nak offer aku meja yang 4 orang lagi. Padahal ade jer meja untuk couple.

Tapi budak tu memang nice sangat layan aku. Terima kasih yer dik, jangan risau. Akak dah biasa sengsorang.

Lepas die suruh aku tengok menu, die pergi layan meja lain dulu. Aku decide untuk amek offer yang 50% dine in tu. So, untuk hari Selasa, menunya adalah, personal supreme pizza & cheesy meatball (kalau tak silap). Personal pan pizza cuma berharga RM6 jer. Lepas tu aku add on soup of the day n plain water. Nampak kedekut kan? Memanglah aku kedekut, sebab aku bukan jenis minum air bergas or air ais or minum dengan banyaknya ketika makan. Lagipun aku dah terbeli air jambu kat Carrefour tadi.

Credit to goggle

Mula-mula soup dulu sampai. Sebab lapo, aku belasah hirup sup dulu. Perut aku dah separa kenyang. Bile datang pizza. Aku dah agak dah mesti tak habis punye nanti sebab perut aku dah semakin kenyang ni.

Personal Supreme Pizza

Ops, lupe pulak nak story. Mase aku pilih seat couple tu, aku duduk di tengah-tengah family yang datang bertiga, mak ayah n anak yang masih kecil. Orang datang ramai-ramai baru happening nak makan. Dieorang dah start pandang-pandang aku. Pelik sangat ke kalau makan sorang? Minded orang kita ni. Kena ubah sikit yer. Dalam hati aku, aku punye sukelah aku nak makan sorang pon. Aku buat derk jer.

Dieorang blah lepas pizza aku sampai. Aku pun menikmati pizza dengan slambernya. Wah, lame betul tak makan pizza. Tengah-tengah makan, dah habis 1 slice. Ade 1 couple masuk. Unik aku tengok dieorang ni. Lelaki India, perempuan Cina. Aku suke tengok couple macam ni. Lepas order, perempuan Cina tu keluar kejap. Tinggal lelaki India tu.

Skali lelaki tu tegur aku, “ Makan sorang ke?” Aku tergamam.

Aku balas balik kata ya n bagitau sebab foodcourt tutup. Tak tau mana nak pergi, so makan sinilah. Lepas tu aku pulak slamber cakap, Celebrate Valentine kat sini ke?

Rupa-rupanya dieorang ni ofismate, saje nak release tension. Yang terharunya aku siap ajak aku join dieorang lagi. Very 1 Malaysia. Aku Cuma cakap terima kasih. Lagipun aku dah nak balik sebab takut lewat sangat, aku kene ikut jalan jauh. Tak boleh short cut.

Cuma apa yang aku nak cakap, nampak Looser sangat kah aku makan sorang-sorang? Dulu aku slalu berfikir macam manalah tengok orang boleh makan sorang-sorang, takde bf or kawan kat sisi. Tapi itu fikiran aku 7-8 tahun lepas. Lepas aku dah belajar lawan perasaan tu, aku jadi makin relax untuk kemana sorang-sorang. Mungkin sebab perempuan, orang tengok teruk sangat kot. Mungkin orang fikir, kesiannya dia ni, takde boyfriend or kawan agaknya.

Hi ladies kat luar sana, tolonglah jangan sempitkan minded korang untuk buat ape saje mesti kene ade bff ke, bf ke, untuk slalu ade di sisi korang. Even aku dh berdua, aku masih relax n cool untuk pergi tengok wayang, makan, pergi kenduri kawen, jogging keseorangan. Sebabnya, Mr L aku kerja shift. Takkanlah aku nak 24 hours kepit dengan die. Bile die takde, aku tak boleh pergi mana-mana ke? Aku lagi ramai kawan lelaki dari perempuan. Tapi atas dasar hormat n tak nak jadi isu, aku senang untuk makan sorang-sorang. Tu jer prinsip aku.

Jangan anggap diri sendiri teruk sangat kalau takde bf or bff nak temankan awak. Buktikan awak boleh hidup sendiri n berdikari. Yang penting, slalu ingat jaga maruah diri sendiri dan keluarga. Patuhi larangan agama & jangan pakai pakaian yang ,menjolok mata sebab bakal mengundang bahaya. InsyaALLAH anda akan selamat even berseorangan.

**Total aku spend makan pizza semalam RM10.80 = 1 personal pan pizza, soup of the day & plain water+ service & gov charge.

Friday, January 13, 2012

Simple Chicken Roasted with Nasi Ayam Hainan

Bismillahirrahmanirrahim....

Lepas dah semuanya dah teratur skit. Aku pun dah habis exam, loan pun dah submit. So rasa kuranglah sikit pressure tu. So ape lagi, decided untuk masak-masaklah. Terfikir-fikir apa lah yang nak masak. Awal-awal pagi dah blogwalking blog orang. Skali ternampaklah menu Simple Roast Chicken dari blog Cakeworm, by Kak Edi, sifu cupcakes aku dulu. Fuih, very the simple ayam ni, tak payah nak tumbuk-tumbuk bawang putih, halia, bawang semua. Ni kalau orang tak reti masak pun boleh buat. Sebab semua bahan-bahan adalah bahan asas jer. Tak susah nak cari pun.

Aku pun cepat-cepat bersiap nak ke Tesco, nak beli ayam sekor. Aku suka pilih ayam yang agak kecik, sebab aku tak suka ayam yang gemuk sangat (lemak jer lebih pon)...Dah pilih, timbang dan suruh orang tesco belah ayam tu jadi 4. Quarter chicken la. Aku pun ambil 2 ketul ayam bahagian kepak. Lepas tu pergi cari lemon dan terus balik.

Aku suka combination 3 warna yang sangat ceria ni, Merah, Kuning dan Hijau.

Simple Roast Chicken..(Resepi asal dari Jamie Oliver/Naked Chef)
Rujukan : Cakeworm by Kak Edi
Resepi yang Kak Edi tulis dalam English. So saya letak 2-2 version ye, English n Malay.

1. Lemon*
2. Salt and pepper*
3. Thyme or rosemary
4. Garlic (unpeeled)
5. Olive oil
6. About 1 tablespoon butter
7. 1 large onion-sliced
* i found Lemon and pepper seasoning by McCormick (this cost rm10.90 at giant). I used this. short cut!

Clean the chicken, drizzle olive oil on yr roasting pan, smear thyme all over and then place the unpeeled garlic, butter and onion. Place the chicken, coat with lemon juice and zest (if u're using fresh ones), salt and pepper (the seasoning has lemon, salt and pepper altogether, senang!). Drizzle more olive oil on the chicken. Roast, for my oven, i roast it for 1 hour, api atas bawah, at 180C.

Bahan-bahannya:
  1. Sebiji lemon
  2. Garam dan lada hitam – secukup rasa ya. Lada hitam tu saya tumbuk sendiri.
  3. Daun thyme atau rosemary - beli di kedai bahan-bahan kek murah sikit harganya
  4. 10 ulas bawang putih (tak perlu buang kulit ya) – saya ketuk-ketuk sikit dengan pisau
  5. Minyak zaitun seelok-eloknya – minyak bunga/sayur pun boleh
  6. 1 sudu besar butter
  7. 1 biji bawang besar - dihiris besar
*Optional: Saya letak 1-2 sudu besar madu
*Kak Edi guna Lemon and pepper seasoning by McCormick (harga RM10.90 di giant). Nak guna ni pun boleh.

Cara-caranya:
  1. Bersihkan ayam yang kita beli tadi, lepas tu perah lemon pada seluruh ayam bersama lada hitam, garam dan madu.  
    Perapkan bersama.
  2. Sementara perap tu, boleh lah kita letak minyak zaitun dalam bekas pembakar (saya guna bekas kaca yang memang
    untuk bakar), taburkan daun thyme atas minyak. Kemudian masukkan bawang putih, butter dan bawang besar.
  3. Masukkan ayam dalam bekas tadi dan lumurkan minyak zaitun skali lagi di atas ayam dan taburkan daun thyme.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10-15 minit pada suhu 180C api atas bawah. Kemudian bakar ayam selama 1 jam.
Takkan nak makan ayam jer kan. So sementara menunggu ayam masak, proses memasak nasi pun bermula.
Resepi ni ikut resepi Nasi Ayam Hainan kak ita. So, ayam ala-ala western, di makan bersama nasi ala-ala Chinese.

Letakkan minyak dan daun thyme sperti di atas.

Kemudian letakkan bawang putih bersama kulitnya sekali, butter dan hirisan bawang besar.

Akhir sekali letakkan ayam, sapukan minyak sekali lagi dan daun thyme. Sedia untuk dibakar.

P/s : Mintak maaf yer, takde gambar ayam lepas bakar. Boleh tengok gambar Chicken Roasted bersama nasi jer.


Untuk resepi Nasi Ayam Hainan ni, saya cuma gunakan ayam ni untuk nasi dan sup.




Resepi ni hasil terjah dari blog Kak Ita.
Rujukan : Ros dari Bukan Sekadar Masakan 

Bahan A ~ Ayam
1 ekor ayam – saya guna 2 ketul sayap n leher ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ~ dipotong nipis
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam
Aku letak jer semua bahan sekali lepas tu rebus sampai mendidih. Sempoi...
Bahan B ~ Nasi
2 cawan beras biasa atau beras jasmine ~ kuantiti beras ikut isi rumah
2 sudu besar minyak – aku guna minyak sapi
2 biji bawang putih
2 inci halia ~ dihiris nipis
1 sudu besar minyak bijan – aku tak guna minyak bijan sebab takde
2 helai daun pandan ~ disimpul (ni pun takde, rumah bujang katakan)
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah (aku pun guna rempah tumis ni)
secubit garam

Beras di cuci bersih – air basuhan beras yang pertama boleh digunakan untuk mencuci ayam (aku dah basuh beras awal-awal tadi)
Masukkan beras dalam periuk nasi bersama daun pandan
Ketepikan

Panaskan minyak dan tumis rempah tumis
Masukkan bawang putih, halia, and masak hingga agak garing
Bahan ni kita bahagi 2
separuh bahan tumis digunakan untuk masak nasi
separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,
Setelah di keluarkan separuh bahan tumis untuk sup, 
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi ke dalam periuk
Masak sekejap hingga didih
Kemudian kita curahkan dalam periuk nasi
masak nasi seperti biasa


Bahan C ~ Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
*Carrot - optional
*1 sup bunjut - optional
Secubit garam

Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih
Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi,
Rasakan garamnya.
Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Bahan D ~ Sambal Lada( Resepi asal)
1 biji capcicum merah ~ ita letak 5 biji cili merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ~ agak2
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Resepi sos aku sangat sempoi. (Resepi aku) – nak cepat
3 biji bawang putih – ditumbuk hancur
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar perahan lemon.
½ cawan air panas

Masak semua bahan di atas hingga kuah sos pekat.


Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan nasi bersama ayam, hirisan tomato dan timun. Wallaweiiiii..
Selamat mencuba!! 

P/s: Emosi sangat terganggu saat ini. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau ringankanlah dugaan hambaMu ni. Aku dah buntu sekarang Ya-Allah.

Tuesday, January 10, 2012

New Year's Story

Gambo ihsan dari Cik Guggle

Dah hampir 10 hari dalam bulan Januari 2012 ni baru aku nak ucapkan Happy New Year 2012. Maafkan aku sebab terlambat. Aku tersangat busy menjelang tahun baru 2012.

Actually, banyak benda yang terjadi di saat-saat hampir bertukar tahun ni. Beberapa minggu sebelum 2012, aku dapat email berkenaan exam aku DCAM. Confirm aku kena seat for the exam on early January. Uwaaaaaaaa...Orang sibuk nak ber’new year’, tapi aku sibuk nak ber’exam’.

Dalam masa yang sama juga, ada auction yang kami take note, 30 Dec 2011, 9 Jan 2012 & 11 Jan 2012. Kerja aku sepanjang bulan 12 tahun lepas, check browser iProperty & Mudah.com. Semuanya sebab nak usha-usha rumah yang kami boleh masuk auction. At the same time, budak-budak ofis aku pulak mintak tolong aku carikan rumah sewa untuk dieorang jugak.

Tengah mencari-cari, ada iklan rumah di Kota Warisan untuk dijual. Kami siap pergi usha-usha lagi. Lokasi dia memang aku sangat-sangat puas hati lah. Tapi yang sedihnya, market value adalah rendah dari yang sepatutnya. We have to let go. Takde rezeki.

Aku teruskan activity searching aku. Nampaklah beberapa spot best. Tup-tup nampak few houses kat area Salak Tinggi untuk dilelong. Ape lagi, terus masuk dalam list. Next step pergi usha-usha rumah tu. Lepas usha, pergi bank tanye market value.

Rumah pertama yang kami tengok, rumah tu adalah rumah semi d yang dilelong pd 254k. Kawasan rumah tu memang idaman Mr L sebab tanah luas katanya. Second choice rumah teres 2 tingkat yang baru 2 tahun diduduki. Tulah advantagenya. Starting lelong 170k.

Next step, Mr L pergi tanya market value. Katanya rumah tu boleh pergi sampai 250k sebab rumah baru. So target kami, rumah tu mesti bawah market value kalau nak beli.

Menjelang hari kejadian, aku dengan tertekan dengan exam, tertekan dengan auction lagi. Aku tak berharap kami akan menang kali ni. Sebab aku dah pernah pergi auction untuk rumah area Enstek dulu. Bayangkan hampir 20 orang yang masuk auction mase tu, lepas tu muncul isu kaveat pulak. Memang aku terkejut beruk mase tu. Dah la first time, kena angkut cash yang banyak lagi, nak menghadapi ulat-ulat lagi, Mr L kat Mekah pulak masa tu. Beratnya tanggungjawab aku mase tu. Tapi kenangan manisnya, tulah first time aku bertemu dengan MF, teman dari alam maya. Tak sangka melekat sampai sekarang pulak. Kalau ingat memang gelak dekah-dekah. Macam pergi blind date pulak.

Mr L dah plan baik punya untuk pergi auction, dah siapkan bank draft. Tapi 2 hari sebelum hari kejadian, dia kena task yang banyak pulak. Balik kerja pagi, terus pengsan. Dia bagitau aku, boleh ke aku temankan dia pergi auction sebab dia takut tak boleh drive sebab ngantuk.

Pagi Jumaat yang barkah tu 30 Dec 2011, aku bangun awal dari biasa, siap-siap dan pergi ambil Mr L. Aku yang drive ke Shah Alam. Auction pukul 10.30, tapi kami kene register awal. Kami sampai awal, dah breakfast dulu. Nota n soalan exam ade je kat tangan aku, tak mo buang masa. Dengan kaki terhincut-hincut sebab muscle aku terkoyak skit, gagahkan diri jugak teman Mr L.

Bile pergi auction, aku akan berpakaian macam orang pokai takde duit. Sebab aku tak nak ulat-ulat datang kacau aku, nak offer itu ini. Dalam pukul 9 lebih, kami register untuk bidding.

Ulat dah start offer Mr L macam-macam. Tapi Mr L berkeras untuk masuk bidding jugak. Tak sampai 10.30 kami dipanggil masuk. Debor weh...Sebab aku teringat kes dulu, auction rumah di enstek. Ade bape orang jer yang masuk bidding untuk rumah ni. Seyes aku tak nak berharap. Nanti berharap kami sendiri yang akan kecewa. Aku redha, dapat or tak, lain cerita.

Gambo rumah Cik Google lagi

Rumah ni dilelong pada harga 170k, tapi starting price untuk bid adalah 190k (Bank dah mark up 20k untuk bayar baki hutang tertunggak+cukai tanah,pintu, bil api air). Setiap kenaikan minima adalah 10k. At last kami dapat rumah tu dengan harga 210k. Waktu auctioner announce rumah tu dapat kat Mr L, aku macam dalam mimpi, aku masih blur. Sampai Mr L cuit aku baru aku tersedar.

Lepas tu kami keluar sekejap untuk bagi laluan pada pihak bank sediakan dokumen. Ada drama sebabak pulak lepas kami menang rumah tu. Kalau aku rajin nanti, aku cite. Lepas drama tu, kami rasa sedikit tergugat.

Memang banyak risiko-risiko ambil rumah lelong ni, tapi semuanya kita harus kaji n study. Apa-apa pun, carilah rumah, kereta or barang-barang yang kita boleh ukur di badan sendiri. Bukan ukur di badan orang. Siapa yang tak nak rumah besar, kereta besar, tapi check kewangan kita dulu, mampu atau tak. Bila tak mampu, tapi kita nak jugak, then kita mula skip bayaran bulanan rumah tu dan mula jadi hutang tertunggak, maka lama-kelamaan rumah kita pun boleh dilelong.

Rumah ni bukannya boleh dilelong sehari dua, tapi kadang sebab dah berbulan-bulan tak bayar. Lepas tu sebab bank dah tiada kepercayaan lagi pada peminjam tersebut.


Kenapa rumah lelong yang jadi pilihan kami? Aku pada mulanya takut dengar istilah lelong. Sebab rumah lelong ni slalu digambarkan sebagai rumah yang buruk, usang, rosak teruk dan sebagainya. Siapa yang nak rumah yang buruk, huduh. Kita sebagai manusia normal, mesti nak rumah yang baru siap, cantik, ikut pilihan dan citarasa kita.

Lepas tu, korang tengok pulak harga rumah sekarang ni? Susah nak dapat harga rumah bawah 200k even setingkat. Sekarang harga rumah di area Selangor mencecah 300k - 400k ke atas. 500k,600k pun dah melambak sekarang. Banyak pasangan yang combine loan untuk masa sekarang. Bayar rumah saja dah beribu-ribu, masuk loan kereta lagi. Apa lagi, masyaALLAH. Menjelang 2012, harga rumah akan meningkat lagi 10%. Korang bayangkan macam mana. Meningkat lagi harga rumah, maka makin banyaklah rumah yang akan dilelong.

Aku n Mr L sama-sama kerja swasta. Memang susah skit untuk dapat loan kalau nak cari rumah yang over dari budget kitaorang. Bank kalau dengar kerja gov, hepy. Tapi kalau swasta, nak tengok slip gaji dulu, apa lagi hutang yang kita ada, berapa anggaran rumah yang kita nak beli. Kami target rumah yang bawah market value, so senang nak buat loan n yang paling penting kata Mr L, rumah tu dah siap dibina, kita tak risau rumah tu tak siap or terbengkalai. Cuma cons nya, kami kena laburkan cash yang banyak untuk beli rumah lelong. Tapi untungnya di kemudian hari. Apa yang aku tulis ni adalah pendapat aku n knowledge berkenaan rumah yang amat cetek ilmunya. Mula-mula memang aku kurang percaya dengan rumah lelong, tapi lepas aku sendiri kena turun auction, merasai pengalaman auction tu. Aku bukan turun auction bodoh-bodoh gitu jer, tapi aku memang study and buat research berkenaan rumah-rumah lelong ni. If tak study, takkan aku nak redah menonong jer. Tapi study and research tak memadai kalau tak buat praktikalnya. Aku tau pengalaman aku masih terlalu sedikit, tapi tak salah kalau aku share.

Malamnya aku masih lagi blur, mungkin banyak sangat bebanan dalam fikiran. Keesokkan harinya, kami pergi ke pejabat pemaju perumahan yang buat projek perumahan rumah tersebut. Saja nak tanya-tanya berkenaan rumah yang yang kitaorang menang lelong tu.
Dari hasil risikan yang kami dapat, tapi bukan berkenaan rumah yang kami menang, tapi berkenaan rumah baru. MFCB Developer will launch new phase houses in Taman Mawar @ Bandar Baru Salak Tinggi. Starting price RM298k for terrace double storey house with 4 rooms. Aku tak ingat berapa kaki persegi. MFCB will launching the new houses in March or April 2012. Untuk rumah yang tengah bina sekarang iaitu Taman Mawar Amelia, masih ade lagi few houses yang tinggal, semuanya End Lot and Corner Lot. Tapi harga dah mencecah RM380k. 

Info berkaitan rumah :
3) MFCB - antara pemaju yang boleh diyakini memandangkan dieorang ni terlibat dengan bisnes oil & gas.

Dalam pada masa yang sama, aku masih lagi fikir pasal rumah. Malam New Year aku rasa tak tenang. Padan muka sendirilah kan, sapa suruh amek exam dekat-dekat dengan New Year. Mase tengah jam road block malam tu, baru aku teringat yang lesen aku dah mati. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii...............Semua aku dah lupa, pressurenyaaaa.......

Mr L dah start prepare dokumen untuk submit loan. Kitaorang kene cepat, sebab masa yang diperuntukkan adalah 120 hari dari tarikh lelong untuk dapatkan loan bank, nak setelkan baki loan. Malam sebelum exam, aku tak boleh tidur, dapat semangat kobar-kobar pulak. 5 Jan 2012, Mr L teman aku pergi exam, sebabnya kami akan terus ke bank lepas tu untuk submit loan.

Terima kasih Cik Google

Debor aku nak pergi exam. Rasa macam nak give up pun yer jugak. Aku buat setakat mana yang aku mampu. MCQ beb, mana boleh goreng. Jawapan semestinya mau accurate. Lepas habis exam, Mr L dah separuh pengsan sebab tak tidur malam, baru habis shif teman aku pergi exam pulak (die tidur dalam kereta ok..bukan hantar aku sampai ke exam hall, malulah aku kalau gitu, nampak macam very tak independent pulak)

Kami ke Pejabat Pos dulu sebab nak renew lesen aku. Aku jadi pending renew lesen sebab pejabat pos penuh dengan orang-orang kaya yang nak update ASB. Last-last aku cancel sebab kalau aku tunggu, urusan bank aku tak berjalan lah nampaknya.

Lepas tu gagah ke JPJ tengok orang ramai ke tak.. Ramai jugak, jadi pemandu haram lagi aku. Singgah ke KWSP untuk ambil latest statement akaun. Photostat semua dokumen yang baru dapat. Yang lain-lain aku dah setel copy di ofis bersama pengesahan majikan lagi.

Aku terlupa, sebenarnya, aku n Mr L sama-sama beli rumah dalam 1 masa. Aku ambil rumah setingkat yang berharga 100k dan Mr L ambil rumah lelong yang berharga 210k. So, 2 loan kena submit dan asing-asing ya. Tapi Mr L tak dapat surat pengesahan dari majikan lagi, so akulah yang kena proceed dulu.


First bank yang kami terjah adalah CIMB bank, bank dari zaman aku sekolah lagi sampailah sekarang. Tengok berapa yang dieorang boleh tawarkan. Market value untuk rumah aku adalah 120k-130k. Tapi aku dapat dalam 100k. So aku ada extra 20k lebih kurang la. CIMB mintak aku buat salinan saving-saving aku di tempat lain sebagai dokumen tambahan.

Habis CIMB, kami bergegas ke RHB bank pulak. Tengok pulak berapa rate yang best untuk home loan. RHB pulak suruh aku isi borang pasal Health Condition dan satu surat yang ditandatangan oleh si pembeli dan si penjual, kira kena jumpa owner asal rumah tulah. Last untuk hari ni, Bank Islam. Bank Islam pulak suruh aku listkan hutang-hutang yang aku ada sekarang, keretalah apa lagi. Lain bank lain caranya Aku dah tahap mamai masa ni. Otak aku dah sangat-sangat letih. Semalam perah otak tak tidur malam, hari ni kejar pergi sana sini, memanjat tangga bank.

Apa yang aku dapat simpulkan, buat masa sekarang, aku tak nak komitmen bulan aku terlalu tinggi. Aku nak bayaran bulanan aku adalah rendah-rendahnya buat masa ni. Nanti dok kalut bayar rumah, macam mana nak saving untuk travel pulak. Dah setel semua, aku nak cepat-cepat balik, nak mandi semua. Malam tu aku tidur awal sebab kepenatan.

Meh aku listkan dokumen untuk submit loan pada bank supaya semuanya lengkap. Bila dokumen dah lengkap, memudahkan pihak bank untuk proses borang kita tu.
  1. Salinan IC depan belakang
  2. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terakhir
  3. Surat pengesahan dari majikan – kalau probation or status kontrak memang susah la, kena cari gerantor pulak.
  4. Salinan statement bank – untuk tengok gaji masuk
  5. Salinan KWSP yang terbaru – nak tengok berapa jumlah dalam akaun kedua kita
  6. Salinan geran atau SMP – untuk rumah aku pakai salinan geran sebab rumah ni dah habis bayar
  7. Surat dari majikan terdahulu – kalau kita pernah tukar kerja sebelum ni
  8. Borang EA (borang cukai)
  9. Salinan simpanan-simpanan dalam akaun lain – ASB, Tabung Haji, AHB, Sijil Premium (sesetengah bank mintak untuk tengok kita ni jenis menyimpan or tak and nak tengok strong tak financial kita
And paling penting skali, sila mintak HR company anda sign dan cop setiap dokumen yang kita nak submit pada bank. Jangan lupa bawak original copy sebagai bukti semua salinan yang kita berikan. Bila semua dokumen dah lengkap, proses pinjaman tu agak mudah. Tak payah nak pergi 2,3 kali ke bank nak submit itu ini. Last-last orang bank pun jadi fedup.

Proses loan ni mengambil masa lebih kurang 2 minggu atau 10 hari bekerja. Pihak bank akan call kita untuk bagitau samada loan kita approved atau tak. Seelok-eloknya, kita submitlah loan untuk beberapa bank skaligus. Jangan malas atau nak senang-senang dulu, submit kat satu bank yang kita dengar atau konon-kononnya percaya boleh bagi rate paling rendah. Skali bank tu tak approve or tak bagi feedback baru kita kelam kabut nak submit pada bank lain. Dah jadi 2,3 kerja. Jangan pemalas yer. Biar penat skali, dari penat berkali-kali.


P/S: Untuk Lynd yang amek exam GRE pada 30/12/2011, aku selalu doakan hang berjaya and dapat sambung PHD di oversea nanti. To my BFF, Nurhikmah Farahzana yang ada interview SPA pada 5 Jan 2012 yang lalu, aku selalu doakan ko berjaya.