Wednesday, February 15, 2012

About Pizza

14 February 2012

Sila jangan salah faham dengan entry ini ye. Dah lama aku biarkan rumah ku ini bersawang. Aku kebizian dengan hal kerja. Masih terasa kepenatan “lagjet”. Masih cuba adjust time tidur yang kucar kacir. Siang mengantuk, malam mataku akan terkebil-kebil. Maaf pada kawan-kawan yang cuba contact aku. Nanti aku akan reply. Masa korang contact tu memang aku berada di luar kawasan. Aku masih penat lagi dan otak aku masih letih untuk berfikir. Balik opis, kerja dah siap menanti selambak di atas meja. Big boss dah kasi warning awal, minta siap cepat sebab kitaorang nak gunakan extension yang ada untuk maksimumkan time servis untuk burung besi tu.

At the same time, aku dilanda sakit gigi akibat wisdom tooth yang tak cukup ruang untuk keluar. Mungkin minggu depan aku akan buat sesi mencabut gigi aku. Biar pun aku ketakutan.

Semalam jugak aku redeem kupon Groupon aku untuk bermanja-manja di spa. Tulah sape suruh last minute booking kan? Bulan 11 tahun lepas aku beli kupon ni sebab teringin nak berspa-spa bagai. Semalam aku sempat buat sauna, facial n foot spa jer. Body scrub n massage tak sempat nak buat. Apa komen lepas buat spa? As usual dieorang akan promote aku suruh buat macam-macam. Huh, menyampahnya. Terus aku dah takde mood nak buat spa-spa lepas ni kalau asyik dok kene promote jer.

Lepas habis spa, aku cepat-cepat nak blah. Nak solat maghrib dulu n lepas tu nak cari makan la ape lagi. Perut pun dah lapar. Cadangnya shoot ke Alamanda jer sebab berdekatan. Sampai surau, hish, tak ramai orang? Selalu sesak giler kalau time maghrib. Misi seterusnya nak makan popia kat foodcourt. Skali aku lalu, aku nampak papan tanda, Renovation!!!!!!!!!! New look in May 2012. Patutlah Alamanda sangat lengang, rupe-rupenye foodcourt tutup.

Adoi, mane tempat nak makan ni? Setelah buat timbang tara, aku pilih untuk makan di Pizza Hut sebab ade promotion 50% dine in. Sebelum tu aku masuk Carrefour sebab nak beli jambu sedap kat dalam tu. So, nak hilangkan lapar, makan jambu dulu.

Aku cekalkan hati untuk makan di Pizza Hut sorang-sorang. Orang datang nak makan pizza beramai-ramai, ini datang sorang-sorang. Dalam hati aku, ape ku kesah.

“ Adik, ade tempat duduk untuk sorang tak?” Dialog aku pada budak Pizza yang nampak lembut sikit.

Budak pizza tu nampak gelabah sikit, mungkin pelik kot aku nak makan sorang-sorang. Siap nak offer aku meja yang 4 orang lagi. Padahal ade jer meja untuk couple.

Tapi budak tu memang nice sangat layan aku. Terima kasih yer dik, jangan risau. Akak dah biasa sengsorang.

Lepas die suruh aku tengok menu, die pergi layan meja lain dulu. Aku decide untuk amek offer yang 50% dine in tu. So, untuk hari Selasa, menunya adalah, personal supreme pizza & cheesy meatball (kalau tak silap). Personal pan pizza cuma berharga RM6 jer. Lepas tu aku add on soup of the day n plain water. Nampak kedekut kan? Memanglah aku kedekut, sebab aku bukan jenis minum air bergas or air ais or minum dengan banyaknya ketika makan. Lagipun aku dah terbeli air jambu kat Carrefour tadi.

Credit to goggle

Mula-mula soup dulu sampai. Sebab lapo, aku belasah hirup sup dulu. Perut aku dah separa kenyang. Bile datang pizza. Aku dah agak dah mesti tak habis punye nanti sebab perut aku dah semakin kenyang ni.

Personal Supreme Pizza

Ops, lupe pulak nak story. Mase aku pilih seat couple tu, aku duduk di tengah-tengah family yang datang bertiga, mak ayah n anak yang masih kecil. Orang datang ramai-ramai baru happening nak makan. Dieorang dah start pandang-pandang aku. Pelik sangat ke kalau makan sorang? Minded orang kita ni. Kena ubah sikit yer. Dalam hati aku, aku punye sukelah aku nak makan sorang pon. Aku buat derk jer.

Dieorang blah lepas pizza aku sampai. Aku pun menikmati pizza dengan slambernya. Wah, lame betul tak makan pizza. Tengah-tengah makan, dah habis 1 slice. Ade 1 couple masuk. Unik aku tengok dieorang ni. Lelaki India, perempuan Cina. Aku suke tengok couple macam ni. Lepas order, perempuan Cina tu keluar kejap. Tinggal lelaki India tu.

Skali lelaki tu tegur aku, “ Makan sorang ke?” Aku tergamam.

Aku balas balik kata ya n bagitau sebab foodcourt tutup. Tak tau mana nak pergi, so makan sinilah. Lepas tu aku pulak slamber cakap, Celebrate Valentine kat sini ke?

Rupa-rupanya dieorang ni ofismate, saje nak release tension. Yang terharunya aku siap ajak aku join dieorang lagi. Very 1 Malaysia. Aku Cuma cakap terima kasih. Lagipun aku dah nak balik sebab takut lewat sangat, aku kene ikut jalan jauh. Tak boleh short cut.

Cuma apa yang aku nak cakap, nampak Looser sangat kah aku makan sorang-sorang? Dulu aku slalu berfikir macam manalah tengok orang boleh makan sorang-sorang, takde bf or kawan kat sisi. Tapi itu fikiran aku 7-8 tahun lepas. Lepas aku dah belajar lawan perasaan tu, aku jadi makin relax untuk kemana sorang-sorang. Mungkin sebab perempuan, orang tengok teruk sangat kot. Mungkin orang fikir, kesiannya dia ni, takde boyfriend or kawan agaknya.

Hi ladies kat luar sana, tolonglah jangan sempitkan minded korang untuk buat ape saje mesti kene ade bff ke, bf ke, untuk slalu ade di sisi korang. Even aku dh berdua, aku masih relax n cool untuk pergi tengok wayang, makan, pergi kenduri kawen, jogging keseorangan. Sebabnya, Mr L aku kerja shift. Takkanlah aku nak 24 hours kepit dengan die. Bile die takde, aku tak boleh pergi mana-mana ke? Aku lagi ramai kawan lelaki dari perempuan. Tapi atas dasar hormat n tak nak jadi isu, aku senang untuk makan sorang-sorang. Tu jer prinsip aku.

Jangan anggap diri sendiri teruk sangat kalau takde bf or bff nak temankan awak. Buktikan awak boleh hidup sendiri n berdikari. Yang penting, slalu ingat jaga maruah diri sendiri dan keluarga. Patuhi larangan agama & jangan pakai pakaian yang ,menjolok mata sebab bakal mengundang bahaya. InsyaALLAH anda akan selamat even berseorangan.

**Total aku spend makan pizza semalam RM10.80 = 1 personal pan pizza, soup of the day & plain water+ service & gov charge.

No comments:

Post a Comment