Friday, March 3, 2017

KIA ORA NEW ZEALAND 2017


Assalammualaikum,

Tengok-tengok dah masuk tahun 2017. Konon nak update dari tahun lepas.

Tahun 2016 memang tahun agak busy untuk aku..Dengan kehadiran orang baru dan dalam masa yang sama struggle untuk bisnes. Aku rasa non-stop aku bekerja. Di tambah dengan zaman gawat sekarang.

Bak kata guru bisnes aku, tiga tahun pertama adalah saat paling getir untuk kita sacrifice dalam bisnes. Fasa start up, fasa ikat perut.. Masa ni tengok orang travel, pejam mata rapat-rapat sambil buat tak layan...

Eh, tahun 2017 tak busy ke? Busy jugak sebenarnya, tapi sebab dah ada partner, boleh la share busy tu sikit...cewahhhh...

Sebenarnya rindu nak update blog, tapi asyik tak menyempat...(alasan lagi)

Alhamdulillah, kedatangan tahun 2017 membawa semangat baru dalam diri aku.. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga menjejak kaki ke NZ setelah bertahun-tahun merindui...

Ramai jugak blogger dah publish cerita tentang NZ. 

Plan asal aku nak ke Perth dulu sebenarnya..Ingat tahun-tahun depan baru nak ke NZ untuk trip. Tapi entah macam mana terjebak booking tiket ke NZ. Tapi kali ni aku cuma ke North sahaja.

Flight aku dari KLIA2 pukul 11.10 malam, 14 Feb 2017 yang lalu.. Naik Air Asia jer beb.
Berdebar rasa sebab dah lama tak travel jauh dan membawa si kecik berdua.. Takut anak tak boleh tidur dalam flight..Meraung ke dalam flight non stop. Tak ke haru tu...

Flight dari KUL ke Gold Coast ambil masa dalam 7 jam 45 min. Kami sampai di Gold Coast lebih kurang pukul 9.55 pagi (timing di Malaysia lebih kurang 7.55 pagi)

Cantiknya pantai di Gold Coast, terus datang rasa rindu nak marathon di sini macam dulu..

Aku ingat kami tak payah turun di Gold Coast kalau ke NZ, tapi salah...Kami kena transit di airport Gold Coast sebelum sambung flight ke Auckland.

Kena angkut budak-budak, lalu kastam untuk scan dan masuk semula dalam flight. Masa kami ada cuma sejam..Nak pergi toilet pun tak boleh tau. Masuk balik dalam flight terus pergi toilet.

Flight dari Gold Coast ke Auckland ambil masa cuma 2 jam 45 min. Cuaca agak gloomy semasa perjalanan ke Auckland. Kami touch down di Auckland lebih kurang pukul 4.25 petang, waktu New Zealand, beza 5 jam lebih awal dari Malaysia.

Pukul 6 lebih baru kami settle urusan dengan imigresen dan kastam. Kami naik shuttle service ke bandar. Kos naik shuttle, 17 NZD untuk seorang. Anak sulung dah lebih 2 tahun, maka kena full charge. Total kami bertiga 51NZD.

Kami menginap di Princeton Apartment di Auckland. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Lepas check in, kami solat jamak takhir lepas tu pengsan..Jetlag katanya. Lepas tu tengah malam bangun ikut timing Malaysia. Tengah malam tu lah kami makan meggi, biskut apa yang ada. Anak-anak pun bangun sekali.

Sebab aku pergi time summer, subuh masuk awal dalam pukul 5 lebih..Lepas Subuh aku sambung tidur sekejap kemudian bangun balik. Hujan tak berenti dari pagi... 

Kami siap-siap barang dan ready untuk check out. Kena pindah hotel lain pulak malam ni. Plan kami hari ni cuma berjalan-jalan di sekitar Auckland..Aktiviti bebas. Malas nak rushing dan paksa diri sebab kita bawa anak-anak kecil kan.

Kami tinggal barang di hotel dulu dan plan untuk ke Queen Street. Tak jauh dari Princeton Apartment. Kami singgah makan di Pita Pit, restaurant Halal di seberang jalan. Lepas tu baru ke Queen Street. Hujan renyai-renyai tapi memang boleh basah. Aku dukung baby dalm baby carrier dan husband aku bawak anak sulung dengan stroller. Memang mencabar la aku cakap, berjalan dalam hujan.

Kami bercadang nak naik bas HOP ON HOP OFF dari tak boleh ke mana-mana. Kami tunggu bas di CIVIC Theater, Queen Street.

 

3 comments:

  1. Replies
    1. TQ John...

      Saya tak pergi South..just pergi North jer. Tengok gambar kat your blog rasa nak pengsan sebab cantik sangat..

      Delete
  2. amboi seronoknya... cerita bagi detail sikit.. teringin jugak rasanya nak fly ke NZ ni.

    ReplyDelete