Wednesday, October 9, 2013

Journey to LONDON



Ini cerita beberapa tahun yang lepas. Tempat ni memang jadi idaman aku dari kecik lagi. Kalau tak silap tahun 1995 atau 1996. Masa tu tengah famous dengan cerita Cinta Korporat kat TV3. Terus aku angan-angan nak sambung study kat oversea kononnya. Tapi tak kesampaian. Rezeki sambung kat Malaysia jer.  Tapi aku memang berazam nak jejak kaki ke London jugak satu hari nanti.
Panjang kisah nak cerita, tapi aku takde mood. Apa-apa pun aku bersyukur sebab aku dah sampai ke tempat yang jadi idaman aku. Aku dah jejak kaki ke London 2 kali. Pertama kali musim summer dan yang kedua musim winter. Lepas tu terus rase tak nak pergi dah.  Cukuplah buat masa ni.

Trip aku yang pertama tu, aku pergi under company. Aku cuma transit sehari di London sebelum ke Hamburg, Germany. Aku tak lepaskan peluang sehari tu untuk explore sekitar London. First time jugak aku merasa siang yang panjang dan malam yang pendek. Lepas tu tingtong kepala otak nak adjust time tidur.

Apa-apa jom layan gambar di London. Nanti ada masa, aku sambung cerita aku.

Cantik sangat awan nano ni..langit biru + awan putih

Kawasan-kawasan gurun sahara.

Peta dunia.

Laut atau tasik yang membiru

Ala-ala snow cap mungkin tengah lalu banjaran Himalaya

Almost arrive to Stansted. Hijau....

 Welcome to Stansted London


                                              Bilik @ Raddison Blue Stansted Airport

 
Tilam memang empuk. Menggugat iman untuk teruskan misi jalan-jalan di London. 



Muzium Lilin - Madame Tussaud LONDON. Tak jauh dari Baker Street.

Bukti aku sampai London. Takut korang kata aku tipu pulak. Posing jer lebih, masuk idok pun. Mahal

Tempat bas Easy bus berhenti, nak naik tube ke Victoria Station.

Muzium Penyiasat terkenal - Sherlock Holmes
VICTORIA STATION - stesen keretapi utama di LONDON nih..

Queen Elizabeth jemput aku breakfast dengan dia.


Tengok boleh, pegang jangan.
Bunga-bungaan di James Park..

Rasa nak guling-guling jer kat sini
The Caves of the Golden Roses.

Snow White
Lepas breakfast sempat tengok Changing Guard
BIG BEN - LONDON

Eyes of London

Parliament House
Semua orang ingat ni LONDON BRIDGE

TOWER BRIDGE - LONDON
WUDUK Stone @ Heathrow London.

Susah nak berwuduq dengan air, boleh guna debu-debu halus.
So, I end the story here. Nanti kalau kerajinan tahap dewa, aku akan letak cerita penuh kat sini..

11 comments:

  1. Replies
    1. MKL,

      batu tu untuk tayammum, pengganti air utk wuduk..

      Delete
  2. Mid 90s mmg banyak sangat citer yg membuatkan rase nak terbang blajar ke oversea kan.. during my time it was Cinta Antara Benua ... berangan je bile tengok citer tu.. seb baik Mara bagik terbang walaupun time recession...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra,

      mmg berkobar2 rase nak pergi oversea kan mase tu..untung azra dpt further study sane..

      Delete
  3. Don, saya pergi aritu, tak nampak laut dan banjaran tu sume... yang nampak cuma putih je... kapal terbang naik betul2 tinggi... ntah sampai kelangit ketujuh ke hapa... hehe.. bila masuk ruang udara German baru kapal terbang rendah dan nampaklah bumi German... saya turun di Heathrow. Saya pun merancang untuk kesana lagi... saja-saja selagi abang ada kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sweetie..

      setau sy utk comercial flt blh naik smp max 42000 ft..lbh dr tu military punye..klu xsnap gmbr kt atas tu mmg boring sgt nk hbskan 14 jam dalam flt..xlarat dh nak tawaf sana sini..

      slagi ade peluang n kudrat..pergilah kak..tak rugi kt pg tgk tmpt org supaya kt lbh menghargai tmpt kt..

      Delete
    2. Betul Don... tapi ada org tanya kenapa pergi tempat2 camtu... kan lebih baik pergi Mekah... Pada saya pergi Mekah tu lain... bukan setakat sediakan duit tambang dan makan minum tapi lebih dari itu... apa2pun saya ingin tour seluruh Europe suatu hari nanti. Impian saya ingin sampai ke Austria dan Vienna..

      Delete
    3. Kak Sweetie,

      mgkn btl jgk pendapat setengah org tu..klu ade rejeki lbh, boleh jek pg ulang umrah berkali-kali...tp awas, tkt jd takbur pulak nnt sbb dpt pg sana byk kali kan...bg sy, bumi ALLAH ni luas utk kt mengembara...yg pntg niat kt nak tgk tmpt orang dan sekaligus bg keinsafan pada diri kt..
      selagi abg ada kat sana, kak sweetie pergilah jln2 kat sana..kurang2 ade jgk bodyguard yg blh teman...caiyok kak sweetie, u can do it...

      Delete
  4. Wahh..dah jejak kaki 2 kali...tahun bila DATT sampai ke sana...cam dah lama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      adalah beberapa thn sudah..mase AA masih terbang ke sana..

      Delete
  5. wah..dah sampai London..bestnye..
    London termasuk my wishlist place nak pegi

    ReplyDelete