Tuesday, June 26, 2012

Sneak Peek Langkawi Story

Sneak Peek Langkawi Story – Cable Car

Dah balik Langkawi a week before, aku balik lagi next weeknya. Sebab apa? Ketagih nak makan sambal kerisik Maksu yang sedap sangat tu.
Aku sampai Langkawi dalam pukul 1.00 tengah hari Sabtu 2 minggu lepas. Cousin aku amek kat airport, terus hantar ke rumah makcik aku tak jauh dari Ayer Hangat.
Aku yang kebetulan tak breakfast, memang reserve perut aku untuk lunch ikan bakar + sambal kerisik...Memang terbaik!!!!!!!

Oleh sebab kereta makcik aku masuk workshop, aku tak kemana-mana pun hari tu. Mak aku pulak cakap nak buat karipap sebab dah lama tak makan karipap. Harus la buat sekilo tepung sebab rakyat jelata ramai kat rumah makcik aku nih.

Karipap yang aku uli and kelimkan (aku makan dekat 7 ketul)

Esok paginya aku sibuk prepare spaghetti pulak untuk tuan rumah. Maklumlah semua bercuti sebab Israk Mikraj. Bahan-bahan aku dah angkut siap-siap dari KL.
Tengah harinya barulah aktiviti kami menjengah Kuah lagi. Apa lagi, usha barang-barang kat kedai Haji Ismail Group n RAMs lagilah. Seperti biasalah, aku mengangkut coklat yang di’order’ oleh customer tegar. Malam tu aku naik last flight lagi, delay lagi sampai pukul 11.20 malam.

Oleh sebab Langkawi ni kampung aku, aku tak terlalu excited nak Le Tour keliling pulau.. Sebab bagi aku semuanya sama. Kata kampung sendiri kan...Tapi aku masukkan sikit info and gambar masa farewell kawan aku di Langkawi dulu.


Pemandangan dari atas Gunung Mat Cincang

2 tahun lepas aku ke Langkawi, masa tulah first time aku naik cable car. Kalau harap mak aku, memang die tak naklah..Pergi dengan kawan-kawan, barulah best sikit nak naik cable car. View kat atas tu memang cantik. Tiket untuk naik cable car ni RM 15 untuk dewasa (sila tunjuk MyKad ya) dan RM 10 untuk kanak-kanak.



Air Terjun di tepi-tepi gunung


Tenang tengok warna hijau dan biru..

Korang boleh refer sini untuk dapat lagi info tentang Cable Car

Sambil-sambil naik Cable Car, boleh singgah kat Air Terjun Telaga 7 untuk mandi manda. Air Terjun Telaga 7 ni memang famous sebab airnya laju dan banyak...Tak kurnag juga famous dengan cerita misteri Telaga Tujuh.Cuma nak kene mendaki tinggi sikit sebelum boleh mandi manda. Sebelum sampai tempat Cable Car, boleh berkelah kat tepi Pantai Kok yang cantik. Boleh makan laksa, rojak n minum air kelapa kat tepi pantai...Tulah tempat favourite family aku untuk berkelah. Boleh kata setiap minggu atau 2 minggu skali makcik-makcik aku akan berkelah kat sini.

Sejarah Telaga Tujuh - sumber dari Wikipedia

Telaga Tujuh merupakan tujuh kawasan tadahan air yang satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air di Pulau Langkawi.Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mujarab yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Telaga Tujuh - sumber dari Misteri Telaga Tujuh


Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, 23 kilometer dari Pekan Kuah, Telaga Tujuh adalah keindahan dan keajaiban geografi dimana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Lagenda ada menyatakan tempat ini adalah tempat pari-pari bersiram dan bermain-main. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau yang menyenangkan ke seluruh kawasan sekitar.
 
Telaga Tujuh - sumber sini


Pantai Kok

The beach along Pantai Kok is dominated by mostly high-end upscale resorts like the Sheraton and Tanjung Sanctuary. The beach is beautiful with clean sands and clear waters but it’s the tourist attractions, as well as the relative peace and quiet, that makes this place so popular.
Lined with a thoroughly modern marina, Pantai Kok, on the western part of the island approximately 12km north of Pantai Cenang, fronts a beautiful bay surrounded by limestone hills and verdant jungle. On the waterfront, at Teluk Burau, is the spanking-new Telaga Harbour Park, a yachting marina with a string of shops, bars and restaurants, plus a petrol station, bank and post office. Additionally it has several recreational attractions including a cable-car ride to the peak of Mat Cincang Mountain and the Telaga Tujuh Waterfalls.
Pantai Kok’s relatively undisturbed locale as well as its verdant greenery makes it doubly popular – especially if you love nature or want a quieter holiday destination.
Pantai Kok - sumber sini

Friday, June 22, 2012

Short Trip to Langkawi

Last 2 weeks, aku balik ke kampung. Entah macam mana plan berubah dan tiba-tiba aku decide nak ke Langkawi dari Sungai Petani and balik KL dari Langkawi. Ni semua gara-gara nak hantar maksu aku balik setelah beberapa hari bercuti ke rumah aku. Maka bersiap-siaplah kami untuk ke Langkawi. Dulu-dulu kami naik kereta. Tapi sekarang keadaan tak sama dah. Back to basic.

Dari rumah nak ke stesen bas di Sungai Petani, jiran sebelah rumah aku hantar. Save duit teksi kat situ. Masa kami sampai, dah nampak bas ke Alor Setar. Apa lagi, cepat-cepatlah pergi ke tempat beratur. Takut penuh. Tapi sebab dah start sekolah di Kedah ni, tak la ramai orang tunggu bas.

Dalam pukul 10.50 pagi, bas bergerak dari Sungai Petani ke Alor Setar. Naik bas henti-henti Transnational no. 518.  Adik sepupu aku teruja sangat nak naik bas. Kami semua tertidur, dia boleh terkebil-kebil atas bas. Pukul 12.10 kami sampai di Pekan Rabu. Tunggu bas untuk ke Kuala Kedah pulak. Lebih kurang 30 minit bas pun sampai. Angkutlah beg-beg besar naik atas bas lagi. Bas ke Kuala Kedah ni buruk sikit. Lepas tu dapat pulak tiket bas yang kecik-kecik macam dulu-dulu. Memory remains. Rasa nostalgia sangat sebab dah lama tak naik bas. Last aku naik bas pergi Kuala Kedah 10 atau 11 tahun lepas, zaman sekolah dulu.


The famous Pekan Rabu, Aloq Setaq.

Lebih kurang pukul 12.55 kami sampai di Jetty. Aku beratur untuk beli tiket ferry ke Langkawi. Tengah aku beli tiket tu, tetiba ade sorang lelaki cina approach mak aku and tanya mak aku nak ke Langkawi ke? Skali lelaki cina tu bagi tiket ke Taman Burung di Langkawi untuk 6 orang. Rezekilah tu. Die ni antara geng2 motor besar yang buat tour ke Langkawi. Dieorang tak sempat pergi, so bagilah tiket tu pada sape-sape. Tiket tu expired bulan September.

Ferry kami ke Langkawi gerak pada pukul 1.40. Kami dapat seat depan, no. 13-15.Akulah yang terlupa nak mintak seat belakang. Sekali beralun kuat wa cakap lu. Masa aku pergi ni, laut memang bergelora teruk sikit sebab bulan penuh – ikut bilangan hari dalam bulan Islam. Bila bulan penuh, air akan naik lebih dari biasa. Aku dah cuak sebab dah lama tak naik ferry ke Langkawi ni. Janganlah aku mabuk laut pulak.

Dalam pukul 3, kami sampai di Jetty Langkawi. Paksu aku jemput di jetty and kitaorang pergi cari kedai nak isi perut dulu sebab lapar tahap gaban. Lepas makan, aktiviti merayap Ismail Group sebab nak beli coklat untuk wedding my bff, Imah nanti. Lepas tu jumpa dengan cousin aku pulak. Kami sambung merayap ke Rams, sepupu aku nak tengok cadar...Sebab cantik, aku pun tolong belikan bed cover untuk Imah. Harganya berpatutan, corak n warnanya memang menepati tema majlis Imah nanti.

Dalam pukul 6, kami singgah makan di sebuah gerai di Kuah, betul-betul tepi laut...Memang bestlah...Skali tak lama lepas tu, tengok langit gelap semacam. Macam nak hujan lebat dah ni. Kami pun cepat-cepat blah sebab takut hujan lebat turun nanti tak sempat lari. Gerak dari Kuah ke Ewa, rumah maksu.


Ferrero untuk hantaran Imah

My favourite
Ewa terletak tak jauh dari Ayer Hangat. Di situ juga terdapat pantai yang terkenal iaitu Pantai Pasir Hitam. Di Ewa terdapat juga satu-satunya kilang simen di Langkawi.


Once upon a time in Langkawi - 2010

View from Cable Car 

Sampai rumah pun dah Maghrib. Aku mandi, berkemas-kemas dan bersolat. Lepas solat, kami gerak ke Airport Langkawi. Sangkaan ku mengatakan flight delay malam ni. Memang ternyata benar. Flight delay sampai pukul 12.20. Hmm, pukul satu jugaklah aku sampai LCCT nanti.

Dah masuk departure Hall, dengar announcement lagi. Flight delay sampai pukul 1.00 pagi. Semua orang dah mengeluh. Budak-budak dah mula menangis. Aku dah amek port tido sebelum flight sampai. Ting tong pukul 1.30 jugak aku naik flight. Last-last aku sampai rumah pukul 4 pagi. Dah sampai LCCT, perut kelaparan pulak mintak diisi sebab stranded lame sangat kat airport.

Sempat buat puding triffle untuk adik sepupuku sebelum balik asrama

Sempat singgah sekolah lepas balik dari Sekolah Agama Yan - disini aku mengenal erti hidup jauh dari ibu bapa. 5 tahun yang penuh dengan kenangan

Nilah short trip aku dari KL – Penang – Sungai Petani – Alor Setar – Langkawi – KL (within 3 day 2 night)

Tiket bas dari Sungai Petani ke Pekan Rabu :
Dewasa – RM 6.70 x 3 = RM 20.10
Kanak-kanak = RM 3.40
Total = RM 23.50

Tiket bas dari Pekan Rabu ke Kuala Kedah:
Dewasa – RM1.50x3 = RM4.50
Kanak-kanak = RM 0.80
Total = RM 5.30
Kalau naik cab, 4 orang RM 18-20

Tiket ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi:
Dewasa – RM 23 x 3 =RM 69
Kanak-kanak = RM15 (kalau tak silap) – yang ni aku tak beli sebab ferry tak penuh. Skiplah.

Total tambang untuk ke Langkawi :
RM 23.50 + RM5.30 + RM 69 = RM 97.80

Tips : Pilih seat di belakang untuk mengelakkan mabuk akibat alun yang kuat.

Wednesday, June 20, 2012

Rumah Baru

Update dari cerita tahun lepas...refer sini!!!!

Gambaran rumah aku dari blog kak moon

Hari ni, officially dapat masuk rumah baru setelah berbulan-bulan menahan sabar.
Condition rumah, mestilah hazabedah...Luar maintain cantik, dalam??? Ada sofa buruk, rak kat dapur.Setiap bilik ada sampah...Kat tingkat atas penuh dengan plastic sampah...Dinding yang penah diduduki kanak-kanak, mestilah penuh dengan contengan. Ni katanya dah kemas rumah? Penuh dengan sampah sarap.
Banyak sangat alasan nak keluar dari rumah. Padahal dah duduk free selama lebih 10 bulan. Nasiblah Mr L agak penyabar dari aku, kalau aku dah lama aku potong api air suruh blah...

Mungkin ada setengah orang berpendapat, padan muka sapa suruh cari rumah lelong. Lepas tu owner sendiri pulak yang duduk situ..Memang tak larat bergaduh, banyak sangat alasannya. Tapi mana nak dapat dah rumah harga 210k untuk rumah seluas 22x75, dua tingkat, 5 bilik sekarang ni. Rumah ni baru siap tahun 2009. Setakat nak make over rumah tu dari tunggu rumah baru yang belum tentu siapnya dengan harga yang melampau-lampau, bersyukur kami dapat rumah yang dah siap.

 Tadi aku sempat balik waktu lunch semata-mata nak jengah rumah baru. Tak kisahlah aku mengantuk ke ape, janji aku nak tengok jugak rumah lelong yang Mr L dapat tu...Memang kene make over rumah tu sebelum Mr L duduk situ. Mak dia dah bagitau officially nak beraya di rumah baru..So, aku kena tolong Mr L siapkan rumah tu sebelum raya.

Major things yang kene buat:
Pasang grill
Cat rumah – kalau suruh kedai cat, upahnya RM1200 untuk rumah double storey 5 bilik. (Jawabnya kene cat sendiri la)
Pasang kipas-kipas yang tak pernah dipasang oleh tuan rumah – orang wiring yang buat
Tukar lampu-lampu buruk – mungkin boleh buat sendiri

Optional :
Kitchen cabinet
Awning

Tadi Mr L dah tukar tombol pintu. Kunci rumah pulak tuan rumah lama bawak lari dengan alasan pintu rosak. Padahal tak nak jumpa orang sebab takut kene tuntut duit bulan ni. Sorry gambar tak sempat snap, teruja tengok rumah baru.

P/s : 2 minggu berturut-turut aku ke Langkawi..Memang keje gilos. Rumah Mr L dah setel, rumah aku tak setel lagi. Lawyer buat hal pulak dengan rumah aku.Lembs nak mampus.


Wednesday, June 6, 2012

Kuburkan aku di mana aku meninggal

Sekadar nak share bahan bacaan dari blog seorang teman...mungkin boleh tambah ilmu kita sikit....
ni aku copy and paste dari blog kawan aku, boleh refer sini...Imaan Kami

 Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary).

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!). Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan? Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah.
Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab

Lagi satu, kalau berkesempatan jomlah kita dengar ceramah di radio IKIM setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10-11 pagi...
Update :
Isnin = Ustaz Muhammad – pengacara rancangan USRAH TV9 (ustaz ni memang kelakar tapi ceramahnya memang penuh dengan ilmu)
Rabu = Prof Dr Muhaya – seorang pakar mata di Prince Court, penceramah, pendakwah dan pensyarah perubatan
Aku akan update penceramah-penceramah pada hari lain setelah mendapat info penuh.