Tuesday, September 4, 2012

Homemade Meatball Ikea

 

Homemade Meatball Ikea


Sejak dari sebelum puasa teringin sangat nak makan Meatball Ikea...Tapi sebab sibuk sangat, tak sempat nak ke Ikea. Bulan puasa memang takkan pergilah jawabnya. Perasaan teringin tu terbawa-bawa sampai lepas raya. Nak drive ke Ikea pun malas jugak. Aku google resepi-resepi di internet. Boleh try ni nampaknya.

Oleh sebab kemalasan melanda, aku malas nak refer resepi nak buat meatball dalam internet. So aku just try and error.  Aku akan link kan beberapa resepi yang aku refer dari internet sebagai bahan rujukan. Aku refer di sini

Kalau tak nak buat Meatball sendiri, boleh beli yang readymade. Ada yang kata Meatball Marina yang paling best compare dengan jenama-jenama lain kerana rasanya lebih menyerupai Meatball Ikea.

Resepi meatball boleh refer sini 

Bahan-bahannya: Boleh dapat lebih dari 30 biji
Daging kisar  Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu)
Bawang putih – optional, aku tak letak pun
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
Bread crumb – takde so aku guna biskut Cream Cracker yang diblend
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur yang dikocok dahulu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.

Aku pernah buat meatball sebelum ni, tapi guna kaedah bakar. Hasilnya meatball aku rasa kering dan kecut. So aku rasa nak cuba kaedah kukus pulak dan ternyata hasilnya memuaskan hati sebab nampak meatball aku agak kembang.

Dah siap meatball, aku nak buat gravynya pulak. Resepi ni dah siap-siap google dalam internet. Takdelah susah mana pun.

Untuk resepi gravynya boleh refer sini pulak dan ketik sini - terima kasih ya pada suraya sulatin & wildcutecat sebab sudi kongsi resepi kuah meatball yang sedap sangat nih...

Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit – next time aku rasa nak blend jer senang then tumis sampai masak.
sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*
sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. So, dapatlah makan homemade meatball Ikea tanpa perlu ke Damansara. Aku dah buat frozen meatball ni dalam fridge. Kalau teringin nak makan, keluarkan dari peti ais, reheat dan boleh makan terus.

Perbezaan Bawang Besar

Oleh sebab ada beberapa kekeliruan di sini, aku terdetik nak letakkan perbezaan antara bawang besar biasa dan bawang besar Holland untuk mengelakkan kekeliruan.

Bawang besar yang color kuning ni dipanggil sebagai bawang besar Holland. Aku lebih suka menggunakan bawang ni sebab kurang sikit rasa pedih mata ketika nak potong. Lagi satu, bagi pendapat aku, rasanya lebih sedap. Bawang besar Holland ni lebih sesuai digunakan untuk masakkan western/barat contohnya macam spagetti bolognese, lasagna sebab rasanya lebih manis dan kurang pedas. Makanan western mana ada pedas-pedas.
Dari segi harga, bawang Holland sedikit mahal berbanding bawang besar Bombay/biasa.

Bawang besar Holland berwarna kuning/hijau

Gambar di bawah ni adalah Bawang Besar Bombay, bawang besar yang color merah tu. Kalau potong, kena berhati-hati sikit sebab gas dia sangatlah memedihkan mata. Bawang ni selalu digunakan sebagai ramuan dalam masakan kampung/local contohnya macam sambal tumis, sambal kerisik. Ini kerana rasanya yang lebih pedas sesuai untuk masakan melayu dan india.  Tapi jangan makan bawang besar ni terlebih banyak ye, sebab nanti bau badan terlebih kuat pulak.

Bawang besar Bombay - warna merah
Sumber gambar di atas adalah dari google. Harap penerangan di atas dapat membantu adik-adik atau kawan-kawan yang baru nak belajar memasak tentang kekeliruan antara bawang-bawang tersebut.

16 comments:

  1. salam kenal...saya follow blog ni... thanks for the receipe... lps ni bolehla mkn meatball buatan sendiri pulak...;)

    ReplyDelete
  2. Cik Puan Izan,

    salam kenal. terima kasih follow blog sy yg xseberapa ni. sy pn dh bt meatball ni n frozenkan.sng...xpyh nak beli2 dh...

    ReplyDelete
  3. Salam..pas ni nk cuba resipi ni.nmpak menarik. ;)

    ReplyDelete
  4. Kak... saya guna resepi akak ni tau..
    terima kasih sebab sudi kongsi..
    izinkan saya untuk post kat blog sya ya.. =)

    tq... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kella,

      thanks sudi cuba resepi ni..akak pun refer dari blog orang jugak...hehe..post jer kat blog kella, benda yang baik2 apa salahnya kt berkongsi ramai2...terima kasih sekali lg kella..

      Delete
  5. Sis sorry nak tanya...bawang besar hijau?konpius plak saya bawang apa eh huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ashypink,

      sorry ye sebab buat sis keliru bile saya tertype bawang besar hijau. It should be yellow. Anyway saya dah letak note perbezaan antara bawang besar biasa(Bombay) and bawang besar Holland.

      thanks ye sebab sudi singgah...

      Delete
  6. susu apa ye sis? susu segar ker susu manis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi adik2 VEF 3056,

      cantik blog awak ye...untuk masakan western, tak pernah orang gunakan susu manis dalam masakan.sebab ni negeri orang putih takde susu manis, selalunya orang guna kan fresh milk..paling tidak pun susu ideal. susu manis memang tak sesuai melainkan untuk buat kek coklat...harap info ni dapat membantu ye...terima kasih sudi mencuba...

      Delete
  7. bawang holland dapat maintain shape (tak lembik) jadi sesuai di gunakan untuk sup, tom yam dan lain2 masakan yg memerlukan heating yang lama

    hi...cakap pasal meat balls IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

    Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung dan gerai....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

    Jangan lupa follow jugak yer blog saya kalu sudi...TQ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheikh Papa,

      dashyatnya posting psl makanan...terliur tgk..
      terima kasih sudi singgah..nnt boleh refer blog papa untuk tengok tempat makan best..

      Delete
  8. Assalam
    terimaksih kerana berkongsi recipe..family suka
    dengan rasa meatballs dan sosnya..baru terasa mcam makan kat ikea..padahal belum pernah makan kat sana pun..ini ada recipe dah tak payah pergi ikea dah..hehe..

    ReplyDelete
  9. salam nak tanya..yang daging burger tu memang pakai daging burger la ek? bukan daging kisar?

    ReplyDelete
  10. hi syazwani..

    wsalam..sy tak faham part mane ade mention daging burger? setau sy buat meatball ni mmg guna daging kisar..

    ReplyDelete
  11. salam. tq for ur recipe. nak cuba tapi nak tanya dulu, bread crumbs tu brapa banyak ye untuk portion ni?

    ReplyDelete