Saturday, September 15, 2012

Fruit Castard Tart

Salam semua n selamat bercuti. Mesti ramai dah plan nak pergi mana-mana kan? Aku pun dah plan, tapi semuanya nampak tak jadi. Last minit nak ikut orang pun aku tak dapat join, sorry sangat-sangat. Kesimpulannya kalau nak pergi holiday ni kalau boleh kita well plan dulu. Tapi kadang-kadang kita dah plan awal, ada pulak yang cancel. Memang very the moody kan. Another side, mungkin ada hikmahnya. We left the story behind. Move forward. Hehehe...
Last Thursday, hari terakhir aku berpuasa 6. Alhamdulillah, syukur I can make it for this year. So the next day tu, iaitu hari Jumaat semalam aku pun bawakla something ke ofis, kengkonon nak beraya. Sebab masa orang sibuk bawak kuih ke ofis, aku tak bawak. Puasa katakan. Semalam la hari nak menghabiskan kuih raya. Aku bawak Fruit Castard Tart ke ofis.
To Zila, Travel and Food, sorry sebab lambat upload resepi. Semalam busy sikit. As I promised, saya postkan resepi tu di sini ya. Untuk aku yang tak pernah buat Fruit Tart ni, aku rasa sangat puas hati sebab walaupun orang kata angkat bakul masuk sendiri, memang sedap sangat ok!!!!Puas hati. Sebabnya crust tart ni tak keras, rasa rapuh n castardnya tak terlalu manis. Really nice.
Aku terjumpa resepi ni dari blog MiSzLullaBy (ML), Doctor Chef. Dari blog ML ni jugak aku jumpa tuan punya resepi asal tu iaitu Cik Sweety (selamat berkenalan ye). Your fruit tart is really nice. Lupa pulak nak mention, tart yang aku buat ni bukan tart yang comel-comel tu. Ni guna loyang yang besar je, sebab nak cepat n takde acuan tart yang kecik-kecik tu. Cepat sikit siapnya..hehehe...femalas.  So, jom kita tengok resepi kat bawah ni.

Ni hasil yang aku buat last weekend lepas

Rujukan: Blog MiSzLullaBy

Bahan-bahan:
(untuk kulit tart)
125 gm butter - 1/2 buku butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur (gred A)
400 gm tepung gandum - 3 cup

Cara mengadun:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang sangat)
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan nipis. Kemaskan tepinya dan potong lebihan adunan di sekeliling acuan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tart dan sejukkan.
Bahan-bahan:
(untuk kastard)
300 ml susu segar
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Cara mengadun:
1. Gaulkan dan bancuh semua bahan.
2. Jerang atas api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya tidak bergentel.
4. Tuangkan dalam kulit tart yang telah sejuk dan hiaskan dengan buah anggur, kiwi dan strawberry.
5. Sapukan sedikit jeli apricot supaya nampak berkilat. (aku tak buat pun yang ni, sebab takde)
Tart yang aku bawak ke ofis.
Selamat bercuti dan selamat mencuba.


4 comments:

  1. Just finished eating my fruit ..hahahahah. nape kastart sy berketul2 ek? Rasa sedap dh..

    ReplyDelete
  2. hi zila..

    sorry lmbt reply..tak sempat sblm ni. awak kacau dulu x tepung, susu, gula n telur sebelum masak?

    mase masak pn kene sentiasa kacau...kalau tak nnt jd berketul...xpe, nnt next time boleh try lg yer....terima kasih kerana mencuba...

    ReplyDelete
  3. bole tahan bape lame ek???/////

    ReplyDelete
  4. Hi ayong,

    terima kasih ye sudi jd follower sy.

    tart ni kalau boleh jgn biar sgt kat luar, sebab kastard tu ada susu.takut tak tahan.tp klu simpan dlm peti ais, boleh tahan lama sikit.

    ReplyDelete