Tuesday, February 28, 2012

Transportation ke airport KLIA & LCCT

Entry kali ni aku nak sentuh pasal transportation ke KLIA/LCCT.
Mungkin ramai yang dah tau pasal ni or mungkin masih ramai yang belum tahu tentang perkhidmatan ERL ke LCCT.

Aku harap info yang aku sampaikan dapat membantu ramai pembaca yang masih keliru dengan budget yang mereka perlu sediakan untuk ke LCCT.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pergi dan balik dari LCCT/KLIA untuk ke KL, antaranya :

  1. Naik cab (slalunya business man yang naik ni sebab senang, terus sampai ke hotel) – budget besor, RM85 sehala. Boleh refer di sini - Taxi/LIMO
  2. Naik Skybus warna merah or bas warna kuning yang agak slow – harga RM9, ni memang menjadi pilihan ramai sebab murah dan senang, refer sini ye - Skybus
  3. Naik shuttle ERL – harga depend pada tempat, ramai yang masih keliru sebab ingat mahai bebonor naik ERL ni. (ni komen aku slalu dengar)
  4. Parents, sedara-mara or kawan yang datang pick up dari airport – paling terbaiklah, modal belanja makan or buah tangan.
Untuk aku, aku slalu guna pakai naik shuttle ERL and kawan pick up. Kalau dah takde orang n aku pulak travel tak lama, aku prefer tinggalkan kereta di ERL station. Sebab nanti senang nak balik, tak menyusahkan orang nak pergi amek.

Sejak 2010, syarikat KLIA Express memperkenalkan perkhidmatan bus shuttle dari Stesen ERL Salak Tinggi ke LCCT. Sebelum ni aku nak sentuh apa beza perkhidmatan KLIA Express & KLIA Transit.

KLIA Express

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 28 minit dari KL Sentral ke KLIA, non-stop tren. Transport paling laju untuk ke airport dari KL. 1 way tiket berharga RM35 untuk dewasa, dan RM15 untuk kanak-kanak.


KLIA Transit

Perjalanannya sedikit lambat sebab tren ni berhenti di beberapa stesen, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi. Harga bagi perkhidmatan tren ni lebih murah berbanding KLIA Express. Untuk ke LCCT, penumpang akan turun di stesen Salak Tinggi. Shuttle bus untuk ke LCCT akan menunggu di depan stesen. Perjalanan ke LCCT dari stesen ERL Salak Tinggi akan mengambil masa lebih kurang 15 minit – 20 minit.

Shuttle bas untuk ke LCCT

Senarai harga tiket ERL untuk ke LCCT



Segala info berkaitan dengan perkhidmatan KLIA Transit & KLIA Express, korang boleh bukak link ni, KLIA Ekspress/Transit. Korang boleh check bila jadual perjalanan untuk memudahkan perjalanan korang. Aku harap info ni dapat membantu.

Tiket bas dari ERL Salak Tinggi ke LCCT - RM5.50, harga termasuk tiket ERL dari Putrajaya ke Salak Tinggi dan tiket bas (update 25 Nov 2012)


P/S: Gambar-gambar dalam ni aku ambil dari google yer.

38 comments:

  1. Terima kasih atas info yang sungguh membantu ni. Nak kena tahu juga, selalu suruh teman serumah aje yang hantarkan. Buatnya dia takde, jenuh terkebil2 nak ke KLIA/LCCT sendiri ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Jan kan klu sy xsilap..hehe...

      xpelah...at least kt nmpk byk option yg ade kan? xlah terikat dgn satu2 benda jer n tgk pulak mcm mane situation kt...

      sy pn kdg2 dtg n balik sendiri jer...xsemua time org available nk tlg hntrkan...

      Delete
  2. besok saya akan ke kl, dulu kawan-kawan kat kl ambik, tapi nom telefon mereka dah habis. adakah bus warna merah tu ada dekat station airport juga?and adakah bus to akan ke tempat perhentian langit langi hotel?reply to my email maulanacilik@gmail.com tq

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terima kasih atas info , first time nak ride with ERL this dec. tapi tak tahu cara guna. and boleh tak kalau saya nak daatkan info macam mana kalau saya dari pekeliling nak ke LCCT dengan cara yang pantas dan kalau boleh letak la sekali farws, boleh saya buat kira-kira ;)send by email pun takpe info tu ;D zakirfitri@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Zakir,

      Ada 2 pilihan transport yang en boleh pilih kalau dari pekeliling nak ke LCCT.

      1.Boleh naik Monorail di jejantas tepi stesen bas pekeliling tu menuju ke KL Sentral. Harga dalam RM2.50. Dari KL Sentral, en boleh pilih nak naik bas atau ERL pulak. kalau naik bas ke LCCT, harga RM9 untuk bas yang berwarna merah (SKYBUS), dan untuk bas yang berwarna kuning, harganya RM8. bas ni lambat sikit. Kalau naik ERL pulak dari KL Sentral ke LCCT harganya RM12.50. en boleh refer link ni juga, - http://seuntaimadah.blogspot.com/2011/11/panduan-ke-lcct-dari-hentian-bas.html

      2.En boleh naik STAR LRT yang terletak di Pekeliling tu (Stesen Titiwangsa) terus menuju ke Bandar Tasik Selatan. Tapi En kene betul-betul tengok LRT yang menghala ke Sri Petaling. Harga pulak saya tak pasti. Tapi tak lebih dari RM4 rasanya. Dari Bandar Tasik Selatan, en boleh tanya orang macam mana nak ke Stesen ERL di arah bertentangan. Kalau naik ERL dari Bandar Tasik Selatan ni, harganya saya kurang pasti. En boleh refer link ni. - http://raihalism.blogspot.com/2011/02/terminal-bas-macam-airport.html

      Saya harap info di atas ni dapat membantu perjalanan en nanti. yang penting, saya harap en dapat buat web check in siap2 sebelu berangkat ke airport.

      Delete
  4. hi en zakir fitrie,

    terima kasih sudi singgah..sorry lambat nak reply. nanti saya update info macam mana nak naik dari pekeliling untuk ke LCCT dengan cara mudah dan pantas...

    ReplyDelete
  5. thanks maybe boleh cuba benda alah ni

    ReplyDelete
  6. Terima kasih.

    Memang tengah cari iNFO tentang BAS itu...

    Terima kasih sekali lagi.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahadher,

      sama-sama. Memang tujuannya untuk membantu..

      thanks sudi komen yer..

      Delete
  7. klu dr lcct p paka terngganu mcm mn plk eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ami Yan,

      saya pun tak tau nak jawab macam mana sebenarnya. tapi saya cuba yer. selebihnya harap boleh cari sendiri. kalau tak silap saya, takde bas direct dari LCCT ke paka terengganu.

      apa yang u boleh buat, u naik bas/ERL(bas+ERL la) ke KL Sentral, then naik LRT ke PWTC/Pekeliling untuk terminal bas ke pantai timur.

      Mungkin boleh juga naik LRT dari Bandar Tasik Selatan untuk ke destinasi tadi.

      sy mintak maaf sbb sy kurang arif pasal ni..hrp dpt membantu walau tak banyak

      Delete
  8. Hello,

    Anyone need taxi going to lcct/klia/outstation can call me directly or fill up the booking form at my website thanks

    Call/sms/whatsapp us at +60164128076 for Taxi LCCT KLIA2 limousine and Car Service

    Or email me at adfunk@icloud.com

    Or you can easily filled up the reservation form

    ReplyDelete
  9. Adam Muhammad,

    pls dont repost same comment thru my blog. pls respect others privacy.

    ReplyDelete
  10. thanks..selama ni tak tau pun ade bas KLIA Transit tu

    ReplyDelete
  11. Hi fatin..

    Jgn risau..bas mmg tggu jer passenger tren kt situ..sy pn naik erl mggu ni..good luck eh.

    ReplyDelete
  12. Terbaik la...thanks bg kami pngetahuan tntang ini...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... nak tumpang tanya. Sy nak naik erl dari bts ke klia. Setelah sampai di stesen erl klia, adakah saya perlu naik teksi ke klia? Stesen erl klia memang dekat ke dgn klia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalamm..sorry lmbt reply..klu naik erl kt klia xssh pun sbb erl tu mmg btl2 dlm klia..cuma tgkt bwh jer..puan perlu naik atas jer utk ke terminal..

      Delete
  14. salam, tumpang tanya pasal bas dari salak tinggi ke lcct tu.boleh tau jadual paling awal bas bertolak.bukan apa nak naik flight pukul 7:10 so nak rancang perjalanan awal2.thanks yer

    ReplyDelete
  15. Salam YY,

    sorry lmbt reply...sy confuse sikit dgn soalan YY tu..dari salak tinggi ke lcct tu maksudnya dr stesen ERL salak tinggi atau btl2 dr town salak tinggi?

    klu dr ERL salak tggi, bas mmg dh ade pg2 tu..dlm pkl 5 pg..tp klu dr town salak tinggi xsempat kot klu YY naik flt pkl 7.10..sbb bas warna hijau tu gerak dr komuter nilai pkl 5 pg, lps tu br ke salak tggi...lps salak tinggi ke klia then baru pg LCCT...

    komuter nilai -> salak tinggi -> KLIA -> LCCT..

    ReplyDelete
  16. terima kasih sgt sebab reply. sorry for the confusion. nak tanya yang dari erl salak tinggi ke lcct. owh.so pagi2 mmg dah ada yer.so sempatlh kalau nak naik.bas dia bergerak setengah jam sekali yer ke bila org penuh baru gerak

    ReplyDelete
    Replies
    1. YY,

      pagi2 mmg dh ade..sbb first tren dr kl sentral pkl 4.30, so dlm pkl 5 bas dh sedia menunggu di luar stesen..

      bas tu akan trs gerak lps ERL smp...dlm 10-15 minit...xtggu pun bas tu penuh atau tak...tp skrg bas selalu penuh sbb ramai org yg menggunakan perkhidmatan ni..klu xde ape2, pkl 5.30 dh blh smp epot...

      tp ape2 pun sy nasihat YY bt online check in dulu siap2...

      Delete
  17. Nak tanya macam mana cara nak ke ke lcct dari ktmb kl sentral ?,,sebab saya dari perak menaiki train ke ktmb kl sentral dari ktmb batu gajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hazkie gudson,

      boleh naik bas warna merah/kuning dr lcct untuk ke kl sentral...xpun boleh jugak naik erl...inshaALLAH smp lah anda ke lcct/kl sentral..

      Delete
  18. Salam,
    Tumpang tanya, mcmna caranya kalau saya dari klia nak ke tune hotel? (transit semenatra flight esoknya).Mohon jasa baik info.TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Maimunah,

      sorry lmbt reply...klu dr KLIA, boleh naik bas airport liner yg warna hijau tu then turun di lcct..kt lcct ade shuttle tune hotel utk ke tune hotel tu...xpun, boleh naik bas airport shuttle (warna hijau jugak) utk ke tune hotel..

      Delete
  19. Nak tya klu dari nilai ke klia ada train transit ke??klu bas paling awal pkul berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi BudaKampung,

      nilai ke klia takde train transit..kalau bas paling awal mungkin pukul 6 pagi...ape2 boleh check kt website bas airport liner untuk tengok jadual bas..

      Delete
  20. nak tanya..kalau dri TBS ada tak perkhidmatan skybus ni??kalau ada agak2 bas paling awal pukul brape yer??

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum.
    macam mana nak contact u? Coz i need to ask where to go after I reach LCCT...my flight is tomorrow morning and this is my first time to fly back alone.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Nak Tanya lcct tu Klia ke? If i turun kat klia then nak pergi ke kL sentrel boleh naik sky bus kan ? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Natie Bella,

      Dah berzaman br nak reply..klu dr klia pn ade bas jgk pg kl sentral..airport coach klu xsilap...

      Delete
  24. Thanks for you full post, its really helped me for Lcct klia transfer .

    ReplyDelete