Friday, December 16, 2011

Travelogue Melbourne/Sydney - Day 1 (Part 2)

Hujan renyai-renyai. Aku rasa rushing sangat time ni, sebab aku kalut nak ke Malaysia Hall. Dalam website kata ofis akan tutup pada pukul 4.00 petang. Sekarang dah pukul 3.30.

Plan asal aku, nak naik bas no. 400 dari T3, Sydney Domestic Terminal ke Randwick Junction, jalan sikit sampailah Malaysia Hall yang terletak di Alison Road. Route ni lagi murah, lebih kurang 5.70 AUD.

Tapi kalau nak cepat, aku kena naik tren dari Airport sampai Central Station n naik bas no. 372 ke Alison Road. Tapi naik tren memang mahal la, 3x ganda harga dari bas. Banyaknya tapi....

Aku berfikir-fikir, nak gamble naik bas or naik tren. Naik bas memang lambat skit, tapi murah. Naik tren cepat tapi mahal n yang pasti aku dah kesuntukan masa. Dah berjanji dengan orang kan?

Akhirnya aku decide untuk naik tren sebab lebih cepat n aku pujuk hati aku, balik nanti aku naik bas lah dari Malaysia Hall ke Airport. Masa tu at least aku dah familiar dengan transportation kat sini kot, tu tanggapan aku.

Aku bayar duit tren, 15.00 AUD hanya untuk ke Central Station yang hanya 10 minit. Yang jadi masalah bila aku convert jadi RM. Memang rasa tak sangguplah kan. Dalam hati berkata, kat UK pun tak mahal macam ni. Mahal betul la Sydney nih. Lepas dah dapat tiket, aku turun escalator untuk tunggu tren. Aku bertanya kepada local sama ada tren yang aku tunggu ni betul atau tak n ada seseorang hamba Allah yang ingin membantuku sebab dia pun nak ke Central jugak. Sementara tunggu tren, aku habiskan baki donut tadi sebab aku tengok ada sorang minah saleh ni makan chips yang besar-besar and panas dalam keadaan sejuk n lapar ni. Dia pun selamber jer duduk. So aku pun selamberlah duduk jugak.


Sempat snap sikit jer gambar sementara tunggu tren.

Lebih kurang 10 minit kemudian, tren pun sampai. Owh...Ni lah tren yang Fatt bagitau ada 2 tingkat tu. Aku nak duduk tingkat atas, tapi trip aku sekejap jer. Minah saleh yang nak tolong aku tak bagi aku naik atas, sebab takut aku hilang gamaknya. Takpelah tak de rezeki nak duduk tingkat atas.


View dalam tren 2 tingkat

Lebih kurang 10 minit aku pun sampai Central Station. Aku pun say thank you n mencari arah untuk tunggu bas. Tren ni kat level atas, aku kena turun tangga n tanya pada orang kaunter di mana tempat untuk aku dapatkan bas. Aku kena lalu satu tunnel yang panjang lebih kurang 200m untuk tunggu bas. Dalam tunnel ni, ada ukiran-ukiran di dinding. Ada jugak orang cari makan sebagai pemuzik jalanan. Bila lalu tunnel ni, memang mengingatkan aku suasana di Hamburg. Aku rasa aku duduk di German. Aku tersedar bila aku nampak AUD and bukan Euro. Aku kena melintas jalan untuk tunggu bas. Kebetulan masa aku sampai, aku nampak bas 372 berhenti betul-betul di depan aku. Aku tak boleh terus naik bas sebab hari ni weekdays (Jumaat). Aku kena beli tiket sebelum naik bas. Tiket kaunter terletak di belakang tempat menunggu bas tadi. Tapi aku kena menapak lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai dengan anak gajah di depan dan belakang.

View dalam tunnel - penuh dengan lukisan yang agak cantik, tapi ada jugak yang gatal conteng.

Transit Shop - tempat beli tiket time weekdays n siang, terletak di belakang bus stop.

Tiket bas untuk ke Malaysian Hall di Alison Road costly about 3.30 AUD. Lepas dah beli tiket, aku pun duduk menunggu bas. Tetiba aku nampak ada sorang budak remaja ni dok mintak duit kat orang sekeliling. Muka dia macam muka tak makan or tengah gian. Aku pun dia mintak sekali. Aku cuma geleng-geleng kepala. Haish, bandar besar macam ni pun ada pemintak sedekah macam ni ke? Aku beredar bape langkah dari situ. Takut jugak kot-kot dia keluarkan pisau ke ape ke. Manelah tau kan. Dalam hati aku berdoa semoga bas cepat sampai. Aku risau Malaysia Hall dah tutup masa aku sampai nanti. Hujan, sejuk, letih, lapar, semua ada masa ni. Memang letih sangat sebenarnya.
Lebih kurang pukul 4.10, bas 372 pun sampai. Aku beratur n cepat-cepat naik. Aku nak duduk sebab aku dah tak larat nak berdiri.

Masa on the way, ada sorang makcik bertudung naik bas. Muka dia macam orang kita. Ada seat kosong tepi aku. Aku offer makcik tu duduk. Dia dapat agak aku nak turun kat Malaysia Hall. Aku mati-mati ingat dia orang kita, tapi bukan, mungkin orang Indonesia yang dah lama duduk sana. Dia bagitau aku, lepas traffic light tulah Malaysia Hall n dia tolong tekan loceng untuk aku berhenti. Aku ucap terima kasih n senyum padanya sebab tolong aku. Orang berbudi, kita berbahasa.

Dalam hujan renyai yang semakin lebat, aku cuba berlari-lari supaya aku tak kuyup. Alhamdulillah, nampak pejabat Malaysia Hall masih terang. Nampak Puan Nurhani @ Kak Nani dari luar. Dia tolong bukakan pintu untuk aku. Aku bersalam dengan dia dan mintak maaf atas kelambatan aku. Dia seorang yang peramah n baik. Aku introduced nama aku, isi buku tetamu n bayar deposit penginapan. Deposit 100AUD, bayaran penginapan 2 malam = AUD 24 n AUD 15 once off payment untuk sekali menginap. Total semua 139 AUD.

Bilik aku no. 32, 2nd floor. Masuk Malaysia Hall kena bukak kasut yer, macam masuk rumah kita jugak. Aku nak cepat-cepat naik bilik sebab dah letih. Nak rest, nak makan, nak shower, nak titun...

Lepas letak barang-barang, aku gagahkan diri untuk snap photo sebelum aku kucar kacirkan bilik ni. Toilet ada dalam bilik. Bagi aku sangat selesa. Alhamdulillah. Dapat jugak berjimat duduk kat Malaysia Hall ni. Lepas dah ambil gambar, aku turun nak cari makanan kat kitchen. Aku dah lapar giler. Siang semalam masa kat Malaysia, aku cuma makan mee goreng masa minum petang. Malam dalam flight cuma makan Chicken Penne, tapi tak habis pun. Semua tak de selera. Bayangkan lapar aku macam mana sekarang ni? Rasa nak makan orang tau tak?


Ada 2 katil bujang dalam bilik - aku pilih katil dekat dengan tingkap.

Ada tv jugak, syukur Alhamdulillah dapat juga aku menumpang teduh.

Katil aku di Malaysia Hall - ceewah....


Aku dah tak sabar-sabar nak tunggu nasi goreng aku ni. Dalam hati aku kata, mesti banyak nasi dia nanti. Makan kat oversea kan big portion. Berangan lebih nampak....10 minit lepas tu aku tunggu nasi goreng aku siap. Bau tak boleh blah...

Nasi Goreng Kampung makan time panas-panas, kebulur tahap dewa n cuaca sejuk - memang terbaekkkkk n sangat-sangat sedap.
Hasil dari Malaysia Hall kitchen - AUD6

Tarrrrrrrrraaaaaaaaaaaaa...Nasi goreng aku dah siap......Mengancam seh. Budak tu siap wish “ Enjoy your meal!!!!!” English die very fluent. Lepas dia masuk balik kitchen, aku dengar slang kelantan keluar.............Argggggghhhhhhhhhhh.....Kalau hensem, putih, kacak, pandai masak.........kenapa mesti orang negeri ni jugak???????Owh.....aku memang tak boleh jauh dengan orang Kelantan, di mana saja ku berada, orang Kelantan mesti bersamaku.

P/S : Jangan marah orang kelantan, aku sangat suka makanan Kelantan terutamanya nasi kerabu n laksam. Aku berkawan dengan ramai orang  Kelantan n baik dengan mereka. Tapi aku takut dengan lelaki Kelantan sebab tak mahu dipermainkan. Tapi sejauh mana kita lari, sejauh mana kita tak suka, akhirnya itulah yang kita dapat, kerana Mr L ku adalah orang Kelantan. Masin mulut aku, skali memang aku yang dapat lelaki Kelantan itu.

Nanti aku sambung lagi...Ada 1 part lagi tak habis dalam siri ni.



6 comments:

  1. Sal,
    aku ada reply komen aritu tapi tak tau ko sempat baca ke tak. aku rasa nanti kita jumpa je lah, bleh borak2 pjg.

    ko tak citer katne ko pegi makan, tetiba ada terus nasik goreng. hehe..kedai katne tu? dlm msian hall jgk ke? aku dulu nak jgk dok cni tapi kwn aku suh duduk umah dia..huhu..tapi thn ni kwn aku balik dah, pastu berganti dgn cousin aku plak, dia pun belajar kat sana..4 tahun lagi. nampak gaya cam aku berpotensi ke sana lagi le...accom ditanggung bereh...tapi tulah, aku pun dah jemu sbnrnya dgn sydney...mcm takde apa sgt nak tgk..kecuali 3 sisters dgn blue mountains je yg aku tak pi.

    anyway, part yg last tu...ko sama jek mcm aku tapi aku sume kenal dgn org negeri tu yg bermasalah. hjg2 mesti dorg buat taik smpai aku dah chop dorg ni. entahla weh...aku smpai fobia kalau dgr org kelantan sbb dah 4 org aku kenal (baik kawan, mahupun ehemmmm) sume takleh pakai...lg satu org sana mmg pesen suka cari org negeri dia jgk buat laki/bini. aku ckp dr pglmn aku...peh...aku rasa buang masa tul kwn dgn dia...sakit hati jgn ckp la kan. anyway, aku hrp mr.L ko ni lain dari yg lain...klu dia buat ko camtu aku tlg marahkan..hehehe :P

    ReplyDelete
  2. Fatt...

    nanti kita ngedate ya...

    mungkin aku terlupa sebab banyak sangat nak cerita. Aku order nasi goreng tu kat kitchen malaysia hall...seriously sedap mgkn sebab aku sgt2 kebulur time tu. tp bg aku puas hatilah..

    untunglah ko fatt ade kwn, lps ni ade cousin pulak...pg tmpt org ni yg pntg accomodation...bg aku lah...lg satu..sydney ni mmg semua serba serbi mahal..bkn sydney jer...aussy semualah...utk transport jer..bukan main mahal lg...

    pasal org negeri tu aku mmg fhm...sbb byk kwn dgn org sanalah aku xnak kawen dgn org sana...sbb aku asyik disogokkan dgn ayat2, ore kelate klu nak cr bini, mesti ore negeri kelate gok. yg pompuan mmg ramai kawen dgn org luar...bile aku dh lali sgt dgn benda2 ni semua, so aku hindarilah dgn mencari org utara...tp aku terkena sebaliknya pulak..org utara yg buat aku jd fobia...klu ko fobia dgn org kelantan n aku pulak fobia dgn org utara..mungkin teori aku yg xbape betul ni mengatakan ko akan dpt org utara nnt..mulut aku kdg2 masin jgk fatt...haha...tp lupe pulak, ko nak anak mata biru kan nnt?ada mr german kan?

    mr. L aku ni dah tau aku ni gengster.sblm in relationship dgn aku die tau aku ni awek genster yg dlm hatinya ada taman...hahaha..mcm siot jer ayat aku...

    suatu hari nnt fatt...aku yakin seseorang yg amat special sdg menunggu ko...mgkn di atas puncak kinabalu...hanya Dia yg menentukan segalannya...

    ReplyDelete
  3. Aussie mmg mahai..sy perhatikan harga brg cam digit kita..kalo convert berganda..tp uk brg2 dia kalo convert sama harga ngn benda jual kt malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila,

      sorry br sempat emreply...bz skit td..

      aussy mmg mahal la..compare ngn europe..kt uk blh dpt 1 plate 5pound, klu kt ozy..mau cecah 10aud..

      Delete
  4. salam . info yg menarik .. btw .. kamu kt sydney stdy ke ? kt u mne ? actually ade nak buat trip n projek di OZ .. plan kt melbourne ,, kamu ade x contact num or email student malaysia yg study kt sne ? bcoz ,, ingt nk wt collebration .. sng ckt .. o klu kt sdyney pon ade ... boleh jgk ?
    tq =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ainroslan,

      sy bukan student or study di sydney. sy ke sana cuma utk tgk tmpt org..

      sy mntk maaf sbb xdpt nak tolong sbb sy pun xde contact no student kt sana..ape kata awk try contact warden-warden tk malaysia hall sydney or melbourne and hopefully u can discuss about your collebration with them. Hopefully they can help you.

      sorry..

      Delete