Monday, December 5, 2011

Nasi Arab Cik CT & Kerabu Tomato

Menu yang sesuai untuk lunch atau majlis-majlis keramaian.

Jemput makan yer kawan-kawan semua.

Nasi Arab Cik CT dan Kerabu Tomato – hasil dari perjumpaan dengan Kak Teh di Aussy. Sampai bincang bab resepi tu kat sana.
Original resepi oleh : dec_sc_girl@myresepi.com,
Boleh rujuk resepi asal di sini ya: Nasi Arab Berempah
Untuk dec_sc_girl, saya mintak tumpang tulis resepi di sini ya. Supaya senang untuk saya buat rujukan.
Resepi asal untuk 3 orang makan, saya tambahkan lagi untuk 5 orang makan. So bahan-bahannya pun pandai-pandailah kita agak. Kalau kurang nanti, tak cukup berempah pulak rasanya.

Bahan-bahan ( 3 orang ) – bahan-bahan lain perlu ditambah juga untuk menyesuaikan dengan ayam dan nasi

  • 6 ketul ayam – saya guna seekor ayam, dibelah 4.
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 3 cawan beras basmathi - saya guna 4 cawan beras
  • 5 cawan air - saya guna 6 cawan air, extra untuk sup
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 biji bawang besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar rempah kurma - saya guna sepeket untuk tambahkan rasa rempah.
  • Garam dan gula secukup rasa
*** saya tambah fresh mushroom button dan kismis dalam nasi ni.

Cara-cara

  1. Bawang merah,bawang putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan-bahan rempah kasar dan bawang yang terdapat dalam sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cawan sup bagi menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yang dikisar tadi.Tumis sebentar dan masukkan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dengan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun. (saya makan dengan kerabu tomato dan sup berempah rebusan ayam tadi).
Resepi Kerabu Tomato Cik Mat
Resepi asal boleh refer sini yer, Kerabu Tomato Cik Mat Gebu
Cik Mat, saya tumpang letak resepi di sini yer. Maafkan saya kalau banyak sangat ubah suai pada bahan-bahan.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato (mat guna 4 biji) – saya guna 2 biji
100 g ikan bilis yang telah dibersihkan – takde ikan bilis, so saya tak letak
3 biji limau kasturi, ambik jusnya – saya guna 1 ½ biji limau nipis
1 camca besar gula
50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar – saya guna daun sup
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)* - saya guna 2 biji cili merah
5 biji cili padi hijau*(*dihiris)
½ biji capsicum hijau – dipotong dadu
1 biji timun – dipotong dadu, buang bahagian tengah, ambil bahagian luar sahaja.
*** saya guna bahan yang ada saja dan gunakan sambal belacan ready made yang dah ada.
Gaulkan semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi dan siap untuk dimakan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk dulu sebelum makan.

No comments:

Post a Comment