Monday, July 4, 2011

Kuching, Sarawak - Taman Negara Bako & Gunung Santubong (Part 1)

Last weekend, 1-3 July 2011, aku bersama temanku menjejakkan kaki ke Kuching untuk menawan Gunung Santubong..Aku plan trip ni sebulan lepas, lepas aku balik dari NZ...Mengenangkan kesedihan aku tak dapat pg Gold Coast Marathon tahun ni....aku nak bawa diri pergi somewhere this year. Akhirnya aku decide untuk pergi ke Kuching, nak daki Gunung Santubong....tinggi betul cita-cita kan?

Malam tu aku tidur lambat sebab dok sibuk mengemas apa nak bawak keesokannya and aku tertidur lepas mengemas. Aku tersedar bila Si Kucingku call suruh aku bangun. Si MF dah mengamuk dengan aku sebab aku baru tersedar. Aku kelam kabut mandi and siap-siap. Pickup MF kat tepi simpang masjid and bawak die ke rumah aku.Park kat situ dan ktorang gerak ke stesen ERL Salak Tinggi. ktorang tak nak park kat LCCT sebab mahal, so aku decide, bayar RM5.50 seorang untuk naik bas ke LCCT. tiket bas tu RM2.50 jer sebenarnya. Tapi jadi RM5.50 sebab kene beli tiket ERL skali. Tu syaratnya. Tak kisahlah bersusah payah sikit.

Ktorang tak sempat nak kejar flight pukul 7.10, so kenelah tukar plan naik flight pukul 8.20 ke Kuching. Kami makan dulu di Marrybrown. Aku makan set Nasi Marrybrown, boleh tahan jugak rasanya, harga RM7.20. Cukuplah untuk mengisi perut.
Kami masuk ke Departure Hall, dan bersedia untuk berlepas


Aku dengan MF mengantuk tahap gaban, tapi ktorang still tak boleh tdo.

Kami sampai di Kuching pukul 10 lebih kurang. Plan nak naik shuttle ke Tune Hotel, tapi xde pulak. Orang kat kaunter suggest kami naik limosin jer...ceh, mcm byk duit kata hati aku...skali orang tu tambah lagi, same je harga mcm naik cab. 1 limosin RM 26 ke Tune Hotel. Kalau naik shuttle pun seorang kene RM 10. Aku pun terus proceed sebab nak cepat and MF pn xkesah...mcm Aiman tak kesah tu.

Perjalanan dari Airport Kuching (KIA) ke Tune Hotel lebih kurang 20 minit. Sampai Tune Hotel, ktorang lepaskan lelah dulu. Aku tanya boleh tak tinggalkan luggage kat situ dulu. Sebab check in pukul 2. Ktorang sampai situ awal lagi. Reception kata boleh tinggal dengan bayaran RM 2 1 beg, oklah tu.

Sebelum tu aku nak story pasal orang yang jaga booth kat KIA. Aku tanya orang ala-ala dari Pelancongan Malaysia, tapi jawapannya sangatlah tidak memberansangkan. Aku rasa tak patut orang tu dok situ. Aku tanya, sempat lagi tak kalau aku dengan MF nak ke Taman Negara Bako. Sekali orang tu menjawab, kalau sekarang, rasanya tak sempat dah, sebab kami selalu hantar orang ke Bako, naik bas pukul 7.30 pagi. Aku dengan MF dengar, macam sedikit kecewa. Apa yang kami nak buat hari ni? Rugilah sehari. Lepas ucap terima kasih pada orang Pelancongan tu, ktorang terus blah.

Berbalik pada cerita Tune Hotel tadi, ktorang pun packing barang-barang yang nak bawak ke Bako. Backpack besar tu kami tinggalkan saja di hotel. Aku bawak sehelai baju spare, sedikit makanan, air. Beg kami tinggalkan dengan bayaran RM 4 untuk 2 beg. Bergeraklah kami ke untuk mencari bas ke Bako. Dah alang-alang sampai, mesti nak pergi Bako jugak. Ada 2 bas untuk pergi ke Bako, satu bas berwarna hijau no. K6 dan bas Rapid Kuching untuk pergi ke Bako. Kalau Rapid Kuching dia lalu jalan belakang, tembus Pending. Kalau bas hijau, K6 lalu Petra Jaya semua, kalau tak silap akulah.
Masa aku sampai di Electra House, aku tanya pada driver2 van semua tunjuk bas Rapid Kuching yang berwarna merah kalau kami nak ke Bako.


Ni lah bas Rapid Kuching yang kami naik tu - ihsan Mr Google


Aku dengan MF pun memanjatlah tangga bas ni dan membayar RM3.50 seorang untuk ke Bako.
Masa naik tu tengok bas dah hampir penuh. Aku dengan MF pilih duduk kat belakang. Layan makan roti coklat Gardenia dulu. Teringat zaman dulu2 naik bas.
Aku dan MF ketiduran dalam bas nak tunggu sampai ke Bako. Penat n ngantuk deh....
Dalam pukul 12 lebih barulah kami sampai ke Bako..Biasalah naik bas berhenti-henti. Ada satu famili cina and mat saleh yang turun ke destinasi yang sama dengan kami.



Ambik sebijik, kepala buaya menanti kedatangan kami....


Sebaik tiba di Jetty Bako, kami segera ke kaunter yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk. Kami perlu mengisi borang untuk memasuki Taman Negara Bako, macam borang kebenaranlah. Tu kan Taman Negara, bukannya boleh masuk sesuka hati. Tulis nama, no IC and kene inform samada kita nak bermalam di sana atau tidak.

Lebih kurang 15 minit kemudian kami bersama 1 couple Chindian dari Taiping menaiki boat ke Taman Negara Bako. Leih kurang RM12 untuk seorang per way. Masa tu lebih kurang pukul 12.30 hari dengan matahari tegak di kepala.
Kami tidak bermalam di sana memandangkan trip kami kali ini untuk menawan puncak Santubong pada keesokkan harinya.

How to get there?

To/From BakoBy bus – Petra Jaya Transport(red) bus No. 1 departs from the open air market near Electra House in the city centre. RM3.50 one way, journey time 45 min. Driving car or take shuttle van from Kuching (usually more expensive). Last bus from Bako to Kuching is 5pm.

Entrance fee?

RM10 per person, not sure for foreigners. Boat costs RM47 per way and maximum for 6 person.

Accommodations?


For bookings call the Forest Rangers Office at the Kuching Visitor's Information Centre at Tel No: (+6) 082 - 248088






Nampak tak signboard AWAS DANGER yang ada gambar buaya tu?
Confirm rasa cuak kan?

Wajah ceria aku di atas boat, dalam hati takutlah jugak dah la tak ade life jacket
Buatnya terbalik, free je jadi makanan En Buaya

Permandangan di atas boat menyusuri sungai ke Taman Negara Bako
Aku bile nampak batang-batang pokok dalam air, mesti rasa risau dah...hehe

Permandangan Gunung Santubong dari jauh

Gunung Santubong semakin jelas kelihatan


Permandangan di tepi Taman Negara Bako, laut yang menghijau
menambahkan keindahan alam

For readers from outsider who read my blogs can get info in English from the link that I paste. Hopefully this link can help you to find info about Taman Negara Bako and how to get there.

7 comments:

  1. boleh tolong emel dan ceritakan sedikit pada saya tips dan bagaimana untuk saya menyewa bot dari terminal bot ke taman negara bako? dengarnya harus berkongsi bot dengan penumpang lain

    saya akan ke kuching beberapa hari lagi. kalau sis boleh berikan sedikit panduan, saya berterima kasih

    emelkan pada saya di charming_lead@yahoo.com

    terima kasih banyak sis

    ReplyDelete
  2. Hi Tini...

    sy dh reply info kt email awk...hrp2 dpt membantu...

    1 way dr jeti ke Taman Negara Bako = RM 47....

    maximum 1 boat = 6 orang...

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..

    entry u ni sampai sini jer ke??

    ReplyDelete
  4. zila...salam perkenalan...ampun yer...ade jugak org yg baca entry sy rupenye...hehe...byk lg yg perlu ditulis...sblm ni broadband sy byk prob skit..lmbt sgt nak upload gmbr...nak bt kat ofis serba salah pulak...

    lps taman negara bako...sy pergi ke gunung santubong pulak...

    nway zila...terima kasih yer kerana mengomen...

    ReplyDelete
  5. Heheh....saya ni suka explore blog2 yg ownernya sama minat ngn saya..leh lah share pape yg patut..i polo

    Selalu2 update yer blogggg...

    ReplyDelete
  6. zila...

    peringatan yg berguna dari zila...hehe...
    pdhal byk gak tmpt sy dh pg...nz, aussy, london, german, china...tp xsempat n kemalasan melanda...nak tarik pembaca, mestilah kene update slalu kan...thanks zila...

    ReplyDelete
  7. Assalam, seronok bace cerite2 akak nie..saya plan nak pergi sarawak jan 2014, teringin nak pergi gunung santubong tp tak jmp plak entri akak pasal gng santubong tu..boleh tlg bg info tak? :)

    ReplyDelete