Thursday, January 30, 2014

Syukur Alhamdulillah.


Semalam aku tak pasti lagi permohonan unpaid leave aku  berjaya or tak. Sekali petang semalam, boss aku email kata HR dah luluskan. Syukur alhamdulillah…Hati rasa berbunga riang. So minggu depan, aku tak payah lagi pergi kerja..Boleh tengok cinta jangan pergi lagi….hehehe…

Tapi, boleh pulak company aku buat condition that I must be contactable and can assist from home if anything related to my job. Rasa grrrrrrrrr jugak… Unpaid ok. Asal kene buat keje. Tapi fikir-fikir balik, biarlah dari tak diluluskan dan aku kene mengadap ofis untuk 2 bulan tuh..

Layanz jerlah…Biar company terhutang dengan aku dari aku terhutang dengan dorang. Banyak cantik muka2 junior sebab aku as senior kene assist dorang kalau ade ape-ape. Aku pun ada belang aku, jangan ingat semudah itu aku nak bagi. Learn from scratch ok. Dulu aku survive takde senior pun, semua buat sendiri. Sorry kadang aku label budak-budak u zaman sekarang, pointer memang tinggi. Tapi no creativity and energetic to learn something new. Semua kene suap-suap sampai kenyang.  Lepas tu boleh pulak jawab tak tau atau lupa. Jawapan kalau macam tu memang tak layak nak jadi engineer sebenarnya.

Sorry aku terbebel pagi-pagi ni. Ni semua luahan perasaan aku. Sebab kes-kes dorang ni, aku jadi super duper busy 3-4 bulan ni.  Sampai aku naik stress yang amat. So dalam 2 bulan ni aku harap aku dapat baca dan tulis blog aku macam biasa balik. Rindu sangat-sangat.

Tambah pulak pagi-pagi ni aku terbaca blog Fatt, Backpackers Busuk after her long hiatus. Macam-macam tanggapan orang kata, kengkonon dia dah kawen, lepas tu busy dengan family. Aku yang baca terus sentap tetiba. Macam kene mengena dengan aku jer. Sapa makan cili terasalah pedasnya. Hiks. Ya aku tau aku pun buat blog ni sunyi sepi.

Yup dua bulan tu memang busy dengan preparation nak kawen, lepas tu majlis, lepas tu honeymoon. Lepas tu kerja aku terus bertimbun-timbun, ikut husband pulak dan aku kurang sihat. Semua tu buat mood aku ke laut dan tambah makin stress bila fikir pasal kerja yang terlalu banyak.

After 5 years 6 month since aku grade, nilah aku bercuti panjang. Aku tak merasa cuti lama dulu sebab aku betul-betul struggle cari kerja untuk support family aku. Aku tak boleh too choosy memilih kerja. Mungkin lepas ni aku boleh buat decision untuk bukak bisnes or work from home. Tak mustahil kan?

Anyway, untuk new follower yang sudi follow blog aku, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tuan rumah betul-betul busy 3/4 bulan lepas. Janganlah segan-segan nak komen yer. Saya tak makan orang. Selamat berkenalan semua.

7 comments:

  1. Congrats on ur wedding. Terlambat berbulan2 kan wishnya. Decision dulu has shaped who u are now. Insha Allah banyak lagi 'rainbow' await u.

    Ada kawan selalu cakap bila aku down "Niat baik Allah selalu akan tolong, sabar lah". Cheer up!

    ReplyDelete
  2. Salam! miss u ntah beberapa bulan dah... hehehe... saya pun teruk gak kerja sejak masuk tahun baru ni... sampai nangis sorang2 dlm kete. Tak sihat! .... demam-demam ke? ooo itu petanda 'orang baru' nak datang.

    ReplyDelete
  3. DATT, lama betul JM tak singgah sini dan borak2 kan..ke DATT yg dh lama tak update blog :-)

    unpaid for two month tu...lbest tu dpt rehat lelama..kalau duit byk JM pun nak apply unpaid leave pastu gi bercuti hahah..tapi kat opis ni kalau nk apply tu perlu beri reason yg munasabah kalau x mmg tak lulus...selamat bercuti DATT..dan rajin2 update blog eh..

    ReplyDelete
  4. DATT..lama betul kita tak berborak2 kat sini..maybe dh lama tak update atau JM dh lama tak singgah sini..

    Selamat bercuti coz dh lulus unpaid leave tu..best kan kalau tak perlu pikir pasal kerja ni..klaua tak..stress jek

    ReplyDelete
  5. Hehee lumrah kerja memang bertimbun-timbun, congrats on getting your unpaid leave, lepas ni boleh sambung travel berteman sempena musim bunga ;)

    ReplyDelete
  6. wahh sonoknyer nak kawenn tuu.,tahniahhh., ehHHee

    ReplyDelete
  7. Datt,
    thanks for the lovely poskad. Sorry lambat komen di sini

    please update your blog on new 'life a a wife'..
    hehe

    ReplyDelete