Tuesday, December 31, 2013

Sebelum 2013 berakhir



Mungkin sebelum-sebelum ni aku jugak lalai tunai kewajipan, tapi aku harap permulaan tahun baru nanti ianya akan sentiasa menjadi amalan.

Tahun 2014 yang bakal menjelang, akan lebih penuh dengan cabaran. Mungkin dengan berzakat, kita rasa hidup kita akan lebih berkat walaupun barang-barang semakin mahal serba serbi.

Kehadiran 2014 ni pasti mengajar kita supaya lebih berjimat cermat, almaklumlah nak jadi traveller tegar. Aktiviti yang satu tu memang susah nak dilupakan. Yang lain-lain tu aku rasa boleh lagi kot. Tengok movie, window shopping, makan luar, beli barang-barang tak perlu.

Amacam ayat-ayat awal aku tadi, mesti macam serius kan? Ada gaya ayat-ayat nasihat ustazah tak? Sempat lagi kalau sesiapa rasa nak tunaikan zakat untuk tahun ni sebelum 2013 berakhir, sebab pejabat zakat dibuka sampai pukul 8 malam.

Nanti kalau dapat claim tax korang jugak yang untung. Dari pi bayar tax, baiklah cover kat zakat..Barulah tak rasa nak mengungkit kan..

“Sesungguhnya zakat itu dapat memelihara keselamatan harta benda kita selain menyucikan hati”.

***Lepas ni marilah kita rajin amalkan solat sunat Dhuha dan Surah Al-Waqiah (dalam 10 minit dah boleh habis). Semoga dengan kedatangan dugaan ekonomi dalam tahun 2014 dapat kita hadapi dengan hati terbuka dan kita dapat teruskan aktiviti travel kita.

4 comments:

  1. DATT...rindu sama kamu...lama kita tak berceloteh..oh ye sebut pasal zakat..alhamdulillah JM buat potongan gaji...berkenaan Amalan solat dhuha tu dah buat tapi ada gak hari yg missed....akan cuba peraktikkan baca surah al-waqiah..ramai yg ckp bagus amalkan surah tu tapi tak buat2...hai..apa nk jadi JM ni kan

    ReplyDelete
  2. thanks peringatan yg sgt baik utk semua...semoga makin gigih utk travel dlm keadaan kegawatan ekonomi malaysia ni...nilai ringgit menurun sgt...

    ReplyDelete
  3. Sebagai manusia, kita nie mmg tak akan terlepas dari lalai menunaikan kewajipan kan? Bagus jugak ingat mengingatkan sesama kita.

    By the way, Happy New Year and Happy Travelling!

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru 2014! Akemashite Omedeto Gozaimasu~ ;3

    ReplyDelete