Image from Mr Google
Saya nak ucapkan terima kasih pada pengunjung-pengunjung yang telah melawat blog saya. Terutama pembaca dari facebook yang menjenguk link saya di ruangan Kongsi Resepi. Terima kasih banyak-banyak ya. Blog saya adalah berkaitan dengan travel n foods basically. 2 benda yang saya sangat suka iaitu travel dan memasak (mencuba resepi-resepi kegemaran dan nampak menyelerakan). Saya masih dalam tahap merangkak dalam dunia blog ni. Terlalu banyak yang saya perlu belajar untuk memantapkan diri saya dalam dunia blogger.
Buat masa sekarang saya perlukan kekuatan untuk kumpul info-info tempat-tempat yang saya pernah pergi sebelum ni, contohnya Beijing, London, Hamburg (Germany), Gold Coast(Aussy) dan Christchurch (NZ). Terlalu banyak gambar yang perlu dipilih dan paling penting apa yang saya nak karang. Harap satu hari nanti saya dapat share semuanya dalam blog saya.
Mood travel akan datang tak lama lagi, insyaALLAH. Sekarang masih dalam plan. Semoga semuanya dipermudahkan. Akan saya sharekan jurnal perjalanan saya nanti dan insyaALLAH saya akan bergerak secara solo. Tapi saya tidaklah sehebat dan seberani blogger lain, terutamanya teman yang banyak bagi semangat pada saya, fatt. Traffic blog saya juga banyak disumbangkan dari blog kak leez, terima kasih akak.
Memang tak sabar nak tunggu hujung bulan 11 nanti. Harap-harap saya dapat mengharunginya nanti.
sal,
ReplyDeleteko keluarkan sume citer jenjalan ko & resepi2 yg ko penah buat...share some tips...kdg2 keyword yg kita gunakan bleh drive traffic ke blog..pastu slalunya kalau ko buat ejaan penuh lagi senang...kalau ejaan mcm shortform kdg2 susah. tu jelah tips dari aku. sama2 kita kikis duit nuffnang...hehehe :D