Thursday, August 29, 2013

Restoran PIZZA-PIZZA, CYBERJAYA



Pernah dengar nama PIZZA-PIZZA tak? Kalau TUPAI-TUPAI tu mesti selalu dengar kan? Kalau search kat Google pun tak banyak review. Nak tahu apa itu PIZZA-PIZZA? PIZZA-PIZZA ni adalah sebuah restoran western kepunyaan orang Arab. Aku first time tengok nama PIZZA-PIZZA ni kat facebook. Senior aku yang bagitau kata pizza kat restoran ni sedap and highly recommended. Aku ni pantang sikit kalau dengar kedai-kedai western yang sedap dan harga yang berpatutan. Start dari tu aku terus google, tapi tak banyak yang aku jumpa pasal restoran ni. Gambar-gambar yang aku tengok terus buat aku tempting. Siyes terliur beb.
 
 
Akhirnya, masa birthday aku last June hari tu. Aku gigih cari restoran ni kat Cyberjaya. Kata ada orang nak belanja, aku pun suggest la tempat ni padahal tak tau sedap or tak. Takut indah khabar dari rupa. Sesat jugaklah mula-mula tu. Dah habis pusing roundabout sana sini, salah masuk jalan. Akhirnya nampak signboard PIZZA-PIZZA. 

Tengok kedai macam lengang jer, start rasa tak sedap hati. Masuk kedai, pekerja bagi menu. Banyak jugak menu-menu pizza yang menarik, macam kat Dominos. Aku tak tau nak pilih apa, last-last tanya orang kedai pizza apa yang paling special. Dorang pun suggest pizza yang selalu orang order adalah pizza Pizza-Pizza.


Macam kelakar pulak dengar nama tu. Siap ada harga package lagi tu, RM22 untuk large pizza dengan 2 tin soft drink. Janganlah korang compare size large pizza kat PIZZA-PIZZA dengan Dominos pulak. Beza dari segi rupa, rasa dan size tau. Tak kan makan pizza jer, mesti nak order pasta jugak. Aku pun tambah lagi order, spaghetti meatballs.

Spagetti meatball sampai dulu. Apa lagi, pelahap dulu spaghetti. Spaghetti digoreng dengan kuah Bolognese dan kemudian dibakar dengan cheese pulak. Siyes sedap. Tak lama lepas tu, datanglah pizza yang kami order. 


WOW!!!!!!!!

PIZZA-PIZZA - credit to blog Naughty Lady


Tu yang keluar dari mulut aku. Sebab ape, pizza tu penuh dengan topping. Nampak sangat sarat, panas-panas lagi. Walaupun size large tak sebesar pizza Dominos, tapi aku rasa cukup kenyang kalau makan pizza ni.Topping tu ada beef pepperoni, daging cincang, capcisum, buah zaitun pun banyak, sos tak terlalu masam dan yang paling istimewa, extra cheese. Tak payah mintak extra macam kat Pizza Hut atau Dominos. Roti pulak tak terlalu tebal dan lembut jer. 


Spagetti Blognese - credit to blog http://secretwordofwanli


Tinggal dulu spaghetti, bantai makan pizza pulak. Untuk aku, aku bagi 10/10 markah. PERFECTO! Aku cuma pernah try pizza ni di tiga jenis kedai jer, Pizza Hut, Dominos dan PIZZA-PIZZA. Yellow Cab aku tak pernah try. Tapi bagi aku pizza kat PIZZA-PIZZA ni sangat-sangatlah terbaik. Terus Dominos jatuh nombor 2. Pizza Hut, campak jauh-jauh.


Last-last, tak habis pun pizza tu. Siap tapau bawak balik. First time pergi, aku tak boleh nak bagi review atau ambil gambar dulu sebab dah tak sempat. Nafsu tahap haloba mengatasi segalanya. Balik dari situ, esok-esok aku terus promote kat kawan-kawan aku. Semua rasa teruja. Tambah-tambah kawan aku yang kene posting Singapore 2 bulan mase tu.


Balik dari Singapore terus ajak aku pergi kedai PIZZA-PIZZA. Second time aku ke sini, bulan puasa hari tu. Ade buffet Ramadhan uols. RM25 jer satu kepala. Siyes murah. Kami pergi berlima. Kali ni kami try nasi Arab pelbagai jenis pulak, lasagne, pizza dan salad-salad ala-ala Arab. Semua sangat-sangat puas hati. Nasi Arab pulak super duper sedap kalau compare dengan Restoran Saba dan Dima. Sebab nasinya dry (ikut tekak aku la). Aku tak suka yang berminyak atau penuh dengan minyak sapi sebab lepas tu aku straight rasa nak tidur jer. Yang pasti, nasi Arab kedai ni memang tak muak. Actually, kedai PIZZA-PIZZA dan Kedai Sultan yang disebelahnya adalah owner yang sama. Aku baru tau masa datang buffet hari tu.


Kedai PIZZA-PIZZA special untuk western food, dan kedai SULTAN special untuk nasi-nasi Arab. Kalau nak selesa, boleh lepak kat kedai SULTAN. Nanti dorang akan hantar pizza dari kedai sebelah. Kawan-kawan aku sampai teringat-ingat kesedapan makanan kat situ. Nasi Arab tu kalau tak makan dengan lauk pun dah sedap. Tu menunjukkan betapa sedapnya nasi tu.


Malam tadi, kunjungan aku buat kali ketiga di kedai PIZZA-PIZZA. Kawan-kawan aku request nak makan pizza lagi. Kali ni betul-betul balas dendam. 6 orang pergi, kami order 3 large pizza, 1 set Chicken Mandi, 1 set Lamb Mandi, air teh arab dua teko dan 1 gelas besar banana shake. Hambikk ko...Giler melantak.

PIZZA-PIZZA


Masa nasi sampai, kawan-kawan aku dah macam orang kebuluran serbu makanan tu. Lepas tu baru pizza sampai. Apa lagi, masing-masing pelahap macam 10 hari tak makan. Semalam barulah aku sempat snap-snap gambar sebelum makanan tu kene serang dengan Piranha. 

CHICKEN LOVERS
 
Tak ingat nama
 
Lamb and Chicken Mandi - sambal tomato tu sedap, rasa pedas-pedas macam makan air asam

Apa lagi, jomlah try makan kat sini. InshaALLAH takkan mengecewakan anda. 



Address: No 42-G, Block F, Neocyber, Lingkaran, Cyberpoint Barat. 63000 Cyberjaya.

You may call for delivery service: 03-83193230 / 03-83193231 (FREE DELIVERY SERVICE) – siap ada free delivery lagi.

Signboard Pizza-Pizza

Pilihan Menu

Promotion - siyes berpatutan
 Boleh click FB Pizza-Pizza


p/s : Aku tau isu ni agak sensitif untuk setengah orang, tapi aku harap pembaca-pembaca blog aku ni open minded orangnya. Owner kedai ni adalah Iranian. So basically menu-menu kat sini adalah berasaskan makanan Iran. Mungkin ada yang kata tak baik kita pi sokong kedai Iran sebabkan keganasan yang berlaku di Egypt sekarang. Mungkin ada yang bagi pendapat semua Iranian ini adalah Syiah. Aku tak paksa korang untuk terima atau bangkang apa yang aku tulis. Cuma aku harap kornag berfikirlah secara waras. Aku tak dapat apa-apa pun dari review ni, cuma nak kongsi tempat makan menarik jer di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
 

Thursday, August 22, 2013

Motivasi atau MOTIBASI?



Minggu lepas aku dipaksa oleh kawan aku ke MABECS. Ada sesiapa pernah dengar? Kalau student-student yang berhajat nak sambung study, ada sesetengah datang sini untuk mintak free consultation. Free OK. Tapi tak ramai orang yang tau pasal MABECS termasuklah aku. Mesti uols ingat aku nak pergi obersea jugak sambung belajar. Ye dok?

Muahahahahhaha...Tu cita-cita lama yang tak kesampaian. Result aku masa degree tak se gah mana..So jangan ceritalah nak dapat sponsor untuk pergi ke sana. Aku pergi ke MABECS sebab kene temankan kawan. Macam cite budak SPM pulak kan, nak kene teman-teman. 

Terkasima rama-rama masa mula-mula sampai kat MABECS tu..kagum sekejap rasa.  Sebenarnya aku ada 2 orang kawan yang nak sambung study kat oversea. Sorang nak sambung MASTER, dan sorang lagi nak buat PhD katanya. Masing-masing sibuklah amek paper EILTS, PTE, GRE, ape tah lagi mak nenek namanya. 


Korang tau sebab ape kene amek paper-paper ni? Gara-gara result SPM untuk BI yang tercatit GCE O tak menepati ciri-ciri universiti kat UK atau US. Masing-masing dapat gred cangkul (jangan kata orang, paper awak pun sama..so taulah kan kenapa aku tak dapat further study obersea). Senang cite, mat saleh tak yakin dengan tahap kefasihan dan kepetahan bahasa Inggeris kawan-kawan aku nilah.

Yang kawan aku nak buat PhD ni, 6 kali kene reject dengan U dari US. Last-last berpatah arang untuk sambung ke UK kalau boleh. Aku ni antara orang-orang yang tadah telinga dengar rintihan dan luahan perasaan mereka sambil bagi semangat. Aku cakap, mungkin ada sesuatu yang buruk yang bakal terjadi untuk dia kalau dia pergi ke sana. So, bersabarlah. (Cakap senang la der...Orang tu dah habis ribu riban amek exam semata-mata nak p US). Aku pujuk lagi, mesti ada hikmahnya nanti yang kita tak nampak. Aku maklumkan kawan aku, US ni negaranya memang terdedah dengan natural disaster, contohnya taufan la, putting beliung la, gempa bumi la, itulah inilah. Tu ALLAH nak pelihara supaya hang tak pergi tempat-tempat macam tu (amacam, dah jadi setazah tak aku?).

Yang nak buat Master ni pulak, dah dapat biasiswa dari MARA, tapi kene reject dengan university sebab result PTE masih tak cukup power. Dalam masa 2 bulan ni dah 4 kali reseat paper PTE. Ni pergi MABECS untuk buat rayuan terakhirlah yang mana mampu.  Patutnya end of next month dah boleh fly ke UK. Tapi selagi semua tak lepas, MARA tarik balik biasiswa, visa pun tak dapat buat, BTN pun tak dapat pergi. Last resort fly tahun depan. Yang  paling best lagi, tarikh last day pun dah dapat. 

Walaupun aku takde kene mengena pasal nak pergi study ni, aku jadi terjebak sebab aku ni jadi tempat luahan perasaan dalam beberapa tahun kebelakangan ni. Tak pasal-pasal aku tau pasal exam-exam bagai ni. Tapi mereka-mereka inilah juga yang dengar cerita tentang exam-exam aku jugak. Mereka cuba untuk faham walau tak faham.

Aku sebagai kawan, hanya mampu mendoakan mereka, dengar kisah mereka dan berharap sangat-sangat agar mereka dapat apa yang dicita-citakan. Kot-kot esok aku pergi UK nun, ada jugak rumah or bilik nak menumpang.
Yang si bakal PhD sanggup ke Ipoh untuk ambil exam wiken ni nanti. Yang si bakal Master tengah consider untuk last attempt exam PTEnya next week. Doakan aku juga berjaya untuk paper aku jugak lepas ni..Walaupun aku tak join dorang untuk study di UK nun, tapi exam-exam yang aku seat pun based on UK jugak(nak jugak konon ada nama UK).
Semalam lepas kerja, aku dengan kawan-kawan ofis yang se-click nak merasa makan sup sedap kat pasar malam yang aku selalu pergi. Tengah dok kira sapa yang ada, sapa yang takde. Tiba-tiba ada seseorang menegur aku di pasar malam. Aku siyes tak ingat siapalah orang tu. Setelah sesi recall, akhirnya baru aku ingat. She is my classmate almost 15 years ago(exact tak payah tau, nanti korang p kire pulak).

Ayat yang paling tak tahan, “Aku baca blog ko, cuma tak follow jer.” Terus mata hitam aku jadi besar masa tu aku rase lah. Malu pun ade, segan rasa nak sorok dalam beg jer masa tu. Siyes malu sangat-sangat. Last-last aku ajak die lepak sekali makan sup untuk second round. Aku dengan dia dulu sekolah rendah di Kedah sama-sama. Masa tu mak dia ustazah kat sekolah aku. Lepas sekolah menengah masing-masing bawak diri. Hilang habis semua.

Sampailah satu masa, kami terserempak di food court. Tapi masing-masing tak berani nak tegur. Takut salah orang...Malu derrrrrrrrrrrrrrr....Tapi saling dok pandang. Last-last, facebook penyambung ukhuwah. Tapi sebab aku tak aktif facebook satu lagi dah, maka lost contact lagi. Malam tadi kami bertukar-tukar nombor phone. Kebetulan juga semalam, kira reunionlah sebab most of kawan ofis aku ni pernah belajar dengan kawan lama aku ni. Pernah jadi sekelas lagi. So taklah segan sangat. Kawan aku tu pun ala-ala lone ranger macam aku.

Masa tu jugak topic nak sambung study keluar.  Aku tanya pada kawan aku tu, tak sambung ambil exam ke? Sebab dia dalam bidang tersebut, so normallah aku tanya macam tu. Aku cuba ajak kawan aku ni sambung study jugak, at least adelah kawan jugak nanti. Mana kita tau kan. Aku bagitau dia, apa yang aku buat sekarang, bukanlah sebab ikut orang atau sebab aku dikelilingi dengan orang-orang tertentu. Aku nak sangat sebab inilah cita-cita aku dari dulu, cuma aku tersalah arah. Tapi semua ada hikmahnya. Something happen for a reason.

Hi Rihul, I know you will read this. Aku tujukan entry ni untuk ko. Ko untung sebenarnya sebab ko dah masuk dalam bidang ni. Cuma ko kene tambah sikit kebolehan ko untuk bersinar lagi. Trust me, you can do it my dear! 

That’s the reason I’m still here until I pursue my dreams. 

Jawapan kepada semua persoalan. Kenapa dan mengapa? Sebenarnya rezeki kita dah ditentukan oleh penciptaNya. Tapi tak salah untuk kita terus berusaha.


Nilah cita-cita aku. bukan sebab rupa si pelakon dalam you tube ni. 10 tahun dulu takde pun pendedahan macam ni. Tapi sekarang semua di hujung jari. (kat ofis aku kene block, tak boleh bukak)

p/s: InshaALLAH end of this month aku ada wiken getaway. Middle of Sept pun aku akan ada road trip. Semoga semuanya dipermudahkan.
p/s: Ramai kaum non-bumi yang datang ke MABECS mintak free consultation, hope lepas ni ramailah geng-geng bumi pun datang sini untuk dapat rujukan dan pandangan untuk masa depan anda.