Showing posts with label Cook - Recipe - Dessert. Show all posts
Showing posts with label Cook - Recipe - Dessert. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Puding Jagung Lemak Berkrim



Masuk hari ni, inshaALLAH hari ke 7 kita berpuasa. Seminggu dah yeahhhhh...Hari ni sempat menyediakan Puding Jagung, kalau orang kampung cakap kuih jagung jer...Gigih or gagah buat lepas sahur pagi tadi. Nanti boleh la makan time berbuka...Tak la kalut malut sangat nanti. Oleh sebab Supermeng Malaya pun asyik import retis jer jadik tukang masak kat rumah dia, so DATT pun tak nak kuranglah menunjukkan skill sebagai orang Malaysia ni dalam bidang masakan.

Jemput tengok dulu..Jamah belum boleh lagi..



Senang jer buat puding ni. Tak payah nak beli-beli kat PARAM, Do it Yourself boleh makan ramai-ramai. Jangan tergoda yer. Puding ni dah selamat dalam peti ais kat rumah. Nanti sebelum berbuka, potong dan boleh makan.
 

PUDING JAGUNG LEMAK BERKRIM

Resepi : Ana Elianas
Tukang masak today : DATT


Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy – I guna 1 ½ biji jagung biasa yang direbus sekejap
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu) – setujuk!!!!
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat).
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam. (I masuk dalam tupperwear jer)
4. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

Geram tengok butir-butir jagung dalam puding ni. Buat sendiri lagi sedap, jagung banyak, susu pun lebih.

Thursday, July 11, 2013

Ayam Percik dan Bubur Jagung Simple.


Selamat Berpuasa untuk semua pembaca..Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan bererti untuk kita semua. Jom kita sama-sama tingkatkan amalan kita pada Ramadhan kali ini, insha-ALLAH.

Hari pertama berpuasa, tuan tanah berpeluang balik awal sebab training habis awal. So as reward, sempatlah masak something untuk hari ni. Malas nak ke Param (singkatan Pasar Ramadhan) sebab malas nak bersesak-sesak, lepas tu tak tau menu tu sedap or tak dan paling penting tak nak terjebak dengan membeli yang bukan-bukan. Sebab sebelum berbuka, mata yang terlebih lapar, tapi perut tak mampu nak sumbat.

Jom kita check it out resepi 1 Ramadhan. Kot-kot takde idea nak makan apa esok boleh cuba resepi ni. Sebenarnya dah banyak kali buat menu ni, tapi tak sempat-sempat masuk blog. Ni baru berkesempatan.

Resepi ayam percik mudah dari blog Ana Suzana.
 
Bahan-bahan
½ ekor ayam, ambil bahagian drumstick sedap sikit. Cuci bersih-bersih.
2 biji bawang besar – saya tukar pada 8 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
2 batang serai – 1 batang di blend, 1 batang lagi diketuk
2 cm halia
1 sudu kecil biji ketumbar – saya tak letak
4 ulas bawang putih – 2 biji bawang putih
sedikit air utk blender
*3 sudu besar cili blend
1 kotak santan 200ml
Garam secukup rasa
*1 inci gula merah
1 keping asam keping – saya tak letak pun
 
For me, less is more. Untuk ayam percik tak perlu terlalu banyak perencah. Cukuplah rasa rencah yang original.
Cara-caranya.
  1. Masuk ayam dalam kuali
  2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
  3. Masukkan juga serai yang diketuk tadi.
  4. Masukkan santan kotak.
  5. Lepas tu baru masukkan cili blend dan bolehlah dibuka api dapur. Tapi sederhana.
  6. Kacau-kacau ayam supaya sebati dengan kuah. Terbalik jugak ayam-ayam tu sebab takut masak sebelah jer.
  7. Masukkan garam dan gula Melaka sebagai bahan perasa.
  8. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..
  9. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..
  10. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..(Saya bakar untuk sejam dengan suhu 200 celsius sebab nak bagi ayam lagi garing, kalau anda suka yang moist terpulang pada selera masing-masing)
  11. Selepas ayam dibakar, bolehlah tuangkan kuah percik di atas ayam tersebut.
Set ayam percik bakar bersama nasi kukus.
 
    Lagi dan lagi.

    Jomlah cuba.




Nasi pulak, saya masak guna kaedah kukus untuk dimakan bersama ayam percik. Nasi kukus ayam percik, pasti tak kecewa punyalah. Cuma takde sambal belacan je kan? Kalau boleh buat lagi sedap. Saya tak boleh makan sambal belacan, sebab tu skip.
 
Tak lupa jugak dessert untuk sejukkan tekak. Bubur jagung simple. Tak perlu nak bersantan-santan. Mungkin setengah orang kata ni resepi pemalas, tapi yang penting rasanya memang owesome okay! Mak saya selalu buat masa saya kecil-kecil. Sedap bangat. Sebab tu saya rasa kurang gemar kalau makan bubur jagung yang bersantan. Rasa muak jer. Tapi bubur jagung ni, tak rasa muak dan sedap sangat dimakan sejuk-sejuk.
 
Balik dari terawih, bukak peti ais makan dessert yang sejuk ni memang best giler.
 

Resepi bubur jagung simple.
Bahan-bahan 
2 biji jagung, dipotong untuk mendapatkan isinya sahaja.
Air 900 ml
4 sudu besar gula
Secubit garam.
Sehelai daun pandan* - kalau takde pun takpe.
Cara-caranya: 
Masak semua bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih. Tutup api dan bairkan sejuk. Dah sejuk masukkan dalam peti ais, untuk dinikmati selepas berbuka. Bubur jagung ni banyak kegunaannya. Kalau dah tak nak makan bubur tu, esok boleh buat pudding jagung, tak pun cucur jagung. Kreatif kan? Kalau bubuh santan, susah sikit nak modified jadi benda lain. Lagipun ayam percik dah bersantan, so bubur tak payah lah nak letak santan.
 
Selamat mencuba semua.
 
 
p/s : saya mintak maaf kalau korang rasa terliur tengok gambar ni di siang hari. Saya cuma nak share resepi.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 

Friday, April 19, 2013

Dadih Susu Tepung Coffemate

Sekarang dah masuk bulan 4, cuaca pun makin panas walaupun sekali sekala hujan. Bahangnya tetap terasa. Bila cuaca macam ni, mesti terasa nak makan benda-benda yang sejukkan tekak. Betul tak?
Aku sebenarnya lebih suka makan jelly kelapa dari makan dadih kalau cuaca panas-panas. Tapi first time aku rasa dadih home made buatan kawan aku, aku terus jatuh cinta. Sebab rasanya sedap sangat. Lain dari dadih-dadih biasa. Rupa-rupanya, resepi dadih ni guna coffee mate dan susu tepung, bukan dadih instant yang dalam peket tu..
Selain tu, nilah juga kali pertama aku berjaya buat agar-agar. Kalau sebelum ni asyik tak jadi jer, padahal agar-agar tu basic masakan orang kata. Anyway, jom tengok resepi mudah ni. Memang terbaek........Kawan aku cakap nak bagi resepi tapi dia terlupa, so aku google dan terjumpa resepi yang sama macam yang kawan aku explain.
 DADIH SUSU TEPUNG - resepi asal dari mothercooks 

2 cawan susu tepung - aku pakai susu everyday
1 cawan coffemate
3 cawan air suam
7 gm agar-agar
1 liter air
100 gm gula pasir
Cup plastik secukupnya

Cara-cara:

1. Masak agar-agar dengan 1 liter air hingga agar-agar hancur.
2. Kemudian masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur.
3. Bancuhkan susu tepung dan coffeemate dengan 3 cawan air suam hingga sebati. Tuangkan kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati.
4. Tapiskan agar-agar dan tuangkan ke dalam cawan plastik. Bekukan dalam di dalam peti ais.

Memang sedap sangat dimakan ketika sejuk. Rasa sejuk jer masuk dalam tekak.



p/s : Tips memasak agar-agar selain agar-agar serbuk. Rendam dulu agar-agar supaya lembut sebelum dimasak. Ini untuk memudahkan agar-agar cepat larut ketika memasak.
Aku dapat 22 bekas kecil untuk satu adunan ni.
Selamat Mencuba! :)



Apa lagi, cepat-cepatlah buat, mesti dah terliur kan?