Showing posts with label Travel - Japan - Visa. Show all posts
Showing posts with label Travel - Japan - Visa. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Tak habis-habis lagi cerita visa rupanya

Konniciwa!!!!

Sambungan dari entry sebelumnya : A Step to Japan Visa Application

Dalam hati berdebar-debar. Dari mula submit visa sampai dah dapat visa. Cuak tak habis-habis. Rasa susah sangat nak pergi Jepun ni. Sebab nak apply visa tu leceh sangat aku rasa. Yelah aku bukannya pokcik kaya yang simpan $$$ yang banyak dalam bank. Dah kata kaki berjalan, asyik labur ke sana sini jer. Betul ke nak buat keputusan nak pergi Jepun ni? Duit cukup ke tak nak pergi? Soalan tu jer yang bermain-main di fikiran aku.

Tapi aku rasa boleh kot, walaupun perasaan was-was tu sentiasa ada.

Aku print bank statement dari cimbclicks, gagah pi CIMB KLIA yang beroperasi 24 hours mintak cop dan sign.

“Encik, saya nak mintak pengesahan ni untuk bank statement saya.”
“Nak buat apa?”
“Saya nak submit untuk Visa Jepun.”

Mesti orang tu ingat aku ni tak boleh tunggu siang nak mintak sign. Masa dah suntuk. Esok aku dah nak pergi submit semua dokumen untuk visa.

Orang bank tu pun bagi pada manager dia suruh cop sambil-sambil tu dia tanya aku.

“Pergi Jepun buat apa? Study?”
“Eh, tak la. Pergi travel.”

Tak lama lepas tu dah siap bank statement aku. Gigih pulak aku pergi cari kedai gambar untuk pose-pose Visa Jepun ni.

Aku tarik nafas lega bila dah siap semua dokumen. Itinerary pun aku hentam tengok kat internet, aku copy and paste. So bolehlah submit. Aku tetap berdebar sebab, bank statement aku cuma ada 4xxx. 5k pun tak sampai. Lepas ke aku nak pergi ni? Kawan aku yang duduk kat Jepun tu kata macam ni,”Hang kena ada 10 ribu dalam akaun kena tunjuk kat depa.”

Puas aku tanya en google, berapa limit yang kena ada untuk ke Jepun ni. Tapi kebanyakkannya memang takde yang fix. Ada yang submit 6k, 7k. Yang aku pernah baca kalau tak silap 2k++ pun ade, macam tak caya yer. Tak pe, next time kita try. Amacam, berani tak?????

Aku tak cakap dengan kawan aku pun, yang duit aku tak cukup 10k. Diam-diam dah la. Kalau tak approve, dok diam-diam kat rumah. Ikat kaki kat tiang, tak payah pergi mana-mana.

Aku tak cukup masa sebenarnya nak pergi ke Japan Embassy tu, so aku plan nak cuba tanya ke travel agent. Yang aku dengar, lebih kurang RM80 kot untuk apply Visa Jepun ni. Boleh consider lagi la.

Since aku ada urusan di bank sekejap, aku singgah ke travel agent untuk tanya pasal Visa Jepun ni. Dokumen semua dah masuk dalam sampul surat besar.

Skali orang kat travel agent tu bagitau untuk apply Visa Jepun dorang nak charge RM200. Giler ke happe weh?????Dua ratus? Padahal visa tu free jer kot. Alasannya sebab Visa Jepun ni leceh. Kene ulang banyak kali. Gila menipu punya reason.

Dokumen semua dah lengkap, korang just submit dan collect balik. Tu pun nak charge sampai 200. Serius aku nak banned travel agent tu. Dulu masa aku tanya Visa Aussy pun dia nak charge sampai RM50. Padahal die boleh dapat harga murah dari tu..Memang cekik darah.

Lepas tu, aku pun nekad. Arghhh..Pergi sendiri ajelah. Kuar rumah awal pagi, sempat la masuk ofis lepas tu. The next day tu, aku set GPS dan drive ke KL. Aku memang tak reti jalan-jalan kat KL ni melainkan naik public transport. Aku tak suke kalau jalan jam.

Aku sampai awal sebelum Embassy bukak. Parking kat celah lorong kat depan Embassy sebab parking kat tepi tu semua dah penuh. Dalam pukul 8.25, dah boleh masuk dalam. Berdebar-debar sangat sebab aku risau bank statement aku kene reject.

Aku orang no 3 yang submit borang pagi tu. Skali tup-tup orang kat kaunter tu bising, kata gambar aku tak clear. Takut susah nak scan. Ayooo….Cuak dah aku. Kene reject ke? Skali dia bagi surat suruh collect visa 2 days after. Then orang tu cakap, kalau kene tukar gambar, dorang akan call aku.

Sepanjang 3 hari tu aku memang risau. Tunggu-tunggu jugak call, tapi takde pulak. At last, hari ketiga menjelma…Alhamdulillah, visa aku dah approve. Tak payah nak bayar RM200 kat travel agent tu kan

Akhirnya kini pasti...Visaku lulus!!!
Bila dah dapat visa yang diidam-idamkan, aku tak habis-habis belek passport sebab rasa tak caya. Aku tak tipu..Memang tulah perasaan yang aku rasa. Ni tak buat visa US lagi. Kalau US tu melonjak-lonjak gembira agaknya. 

Wednesday, February 6, 2013

A Step to Japan – Visa Application

こんばんわ
Konbanwa
Selamat petang @ malam

Seperti sedia maklum aku rasa ramai dah tau nak masuk ke Jepun ni kene pakai visa. Masuk Korea tak payah pakai visa yer. Sebab tu ramai yang lagi suka pergi Korea berbanding Jepun. Tulah halangan utamanya..

Kali ni aku nak share macam mana nak apply visa ke Jepun ni. Lame dok pikir macam mane nak tulis pasal visa application ni. Siyes tak reti la..Visa yang aku pilih ni, kategori Holiday & Transit


  1. Kene ada valid passport, maksudnya passport yang belum expired lagi la..Kalau ada lagi 6 bulan tempoh, baiklah renew siap-siap.
  2. Kena ada borang untuk visa application - boleh download sini
* Tak payah isi kat bahagian penjamin.

  1. 1 keping gambar berukuran 4.5cm x 4.5cm / 2 inci x 2 inci dengan background putih. Bagitau jer kedai nak gambar untuk visa Jepun. Selalunya dorang dah tau. Gambar tu kene latest at least 6 bulan dari visa application tu. Janganlah bagi gambar zaman 4-5 tahun lepas pulak. Sah-sah kene reject.
  2. Itinerary di Jepun nanti. Yang ni korang boleh jer google. Banyak dah orang post kat blog rasanya. Tips nak selamat kalau rasa kewangan cukup-cukup makan, letak jer satu tempat. Maksudnya, if korang nak ke Tokyo and ect,  tulis Tokyo sudah. Jangan p tulis satu Jepun pulak, susah la sikit nanti. Itinerary form boleh download sini
  3. Surat pengesahan dari company anda bekerja – kena ada position dalam company tu, department apa dan berapa lama dah berkhidmat. Jangan bagi surat confirmation pulak. Aku memula ingat surat confirmation or offer letter masa mula-mula tu. Korang gitau jer HR korang suruh buat surat ni. Kata nak buat surat untuk apply visa ke Jepun. Surat tu pulak kalau boleh guna company letterhead.
* Kalau bekerja sendiri/rakan kongsi/boss untuk 
   company sendiri, korang kene submit company
   registration.

 
     6.    Yang ni paling cuak sekali sebab kena submit
             personal savings,   Tabung Haji ke, ASB ke, Sijil
             Simpanan Premium BSN tu ke. Yang penting kene
             tunjuk yang akaun tu nama korang, nombor akaun
             dan  penyata terkini duit yang dalam akaun
             korang.  Ada kawan aku yang agak sengal siap
             suruh submit statement KWSP lagi.

                 * Kalau print statement thru online, bawak
                    statement tu pergi  bank untuk pengesahan 
                    original copy.
                 * Kalau rasa duit tak cukup, pinjamlah duit pada
                    orang-orang terdekat lepas tu bayarlah balik.
                   Jangan peram pulak.
                 * Kalau nak ASB statement, korang kene pergi 
                    ke pejabat PNB yang terdekat untuk dapatkan statement ASB. 
                    Selalunya dalam sehari kot baru dapat.

            Aku rasa takde jumlah fix berapa amaun minima
            yang  kena submit. Cuma ikut berapa lama korang
            stay kat sana la. Kalau  mengikut kawan aku, kena
            ada 10k dalam akaun. Macam nak pengsan aku
            dengar. Ada yang kata at  least 5k dalam
            akaun.  Ada yang kata 7k. Entah lah, aku pun tak
            tau nak cakap. Aku cuma submit 4+++ jer. Tu pun
            gigih cari bagi cukup.

   7. Kalau korang dah kawen, jangan lupa submit copy
       surat nikah skali dan surat beranak untuk sesiapa
       yang dah beranak pinak.
*** Paling penting kena susun semua ni ikut turutan dan photocopy semua dalam  size A4. Permohonan visa ni selalunya dalam masa 3 hari dah dapat kalau takde apa-apa masalah. Kalau apa-apa yang pihak embassy tak puas hati, selalunya dorang akan suruh korang bawak masa hari nak ambil visa tu nanti.

Mengikut kawan aku yang pernah apply visa di Penang (untuk orang Utara), embassy sana agak banyak songeh sikit. Dorang yang kata kena ada 10k minimum. Pejabat Embassy di  KL dan Kota Kinabalu ok pulak. Takdelah banyak songeh macam di Penang. Di Johor aku tak tau pulak macam mana. Mungkin ada sesiapa boleh share.

Da setel semua? Apa lagi, boleh la pergi sendiri ke Jalan Tun Razak, kat Persiaran Stonor. Ala tak jauh dari KLCC nun. Nak senang cari, Embassy Japan ni betul-betul depan Bombay Palace. Kalau nampak Bombay Palace dah betul la tu. Kot-kot kalau korang tak perasan mana la Japan Embassy ni.

OFFICE HOURS of Japan Embassy
MONDAY - FRIDAY
8.30 a.m. - 12.00 noon
2.00 p.m. – 4.00 p.m.
TEL: 603-2177 2600
FAX: 603-2143 1739
EMAIL: ryo@kl.mofa.go.jp

Alamat Japan Embassy

EMBASSY OF JAPAN
CONSULAR SECTION
11, PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR
http://www.my.emb-japan.go.jp/ <~ susah sangat klik sini jer.

* Yang penting Visa Jepun ni free, tak payah bayar. Cuma kena bayar duit minyak dan tol jer..Dengar kata nak apply Visa China pun dah makin susah sekarang. Kesat peluh jap.