Monday, April 2, 2012

American Carrot Cake with Cream Cheese Cocktail

American Carrot Cake with Cream Cheese Cocktail

Saya pernah buat carrot kek sebelum ni, Heavenly Carrot Kek. Ada oat, ada nenas. Tapi kalau tak simpan dalam peti ais, boleh cepat rosak. Sambil-sambil blogwalking dan cari resepi untuk carrot kek, saya jumpa resepi American Carrot Kek dari rumah Miszlullaby. Nampak menarik dan sedap. Dari situ saya macam dapat idea untuk buat add on pada kek ni. So plan saya nak mix kan carrot kek dengan krim keju koktel, macam resepi yang pernah saya buat sebelum ni. Rasa-rasanya boleh masuk kot. Ni just try and error.

Saya tak boleh nak salin resepi dari blog Miszlullaby, so aku google, terjumpalah resepi yang sama dari Blog Potret Kasih. Nervous jugak saya nak tunggu hasilnya. 1 adunan kek ni boleh dapat 2 biji kek 8 inci. Banyak hasilnya. Saya buat 1 biji kek dalam loyang 8 inci dan 2 biji kek dalam acuan aluminium love macam di atas.
Meang ramai yang memuji, kek ni sedap sangat. Siap bertambah-tambah kawan ofis makan. Mungkin presentation saya tak cantik sangat, tapi yang pasti tak rugi kalau korang nak try. Memang thumbs up ok!!!

Resepi American Carrot Cake dari blog Potret Kasih dan Miszlullaby
Terima kasih sebab sudi kongsi resepi carrot kek yang sangat sedap ni.

Bahan-bahan
1 cawan walnut @ kacang pecan (100g)
2 1/2 cawan karot yang telah diparut (340g)
2 cawan tepung all purpose (260g) - saya guna tepung gandum jer.
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (300g) - saya tukar guna 1 cup susu manis
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola (240ml)
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
  1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi. Lepas tu hancur-hancurkannya.
  2. Dalam sebuah bekas, satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan dulu.
  3. Pukul telur telur hingga sebati (1 minit dengan mixer). Masukkan gula@susu manis dan pukul 3-4 minit lagi.
  4. Masukkan minyak jagung dan esen vanilla. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau perlahan-lahan.
  6. Gunakan spatula@senduk kayu, masukkan karot yang telah diparut bersama kacang walnut.
  7. Kacau hingga rata dan bakar selama 30-40 minit, pada suhu 185 C ikut kepanasan oven masing-masing. 
Resepi untuk cheese frosting @ cream cheese:

1/4 cawan butter (57g)
1 tube cream cheese tartura (270g)
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/2 cawan gula sahaja sebab tak nak manis sangat, ikut tekak memasing yer.
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut - tak letak pun sebab takde lemon.

Cara-caranya:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
  2. Masukkan gula, pukul hingga sebati dan rata @ gebu.
  3. Masukkan esen vanila dan kulit lemon. Gaul rata dan boleh dijadikan frosting.
 Carrot cake yang telah dibakar.

Sapu dengan lapisan cream cheese frosting sebelum letak cream cheese cocktail.

Resepi cheese cocktail, boleh refer di sini :
Cream Cheese Cocktail


Hasilnya yang tak seberapa - seeloknya simpan dalam peti sejuk semalaman.


Jangan salah faham - Fairy Tales Tree in Melbourne last Summer 2011.

Bulan ke-empat tahun 2012

A simple breakfast in 1st day of April.

Dah nak tengah malam baru nak tunjuk breakfast apa pagi tadi.

Roti telur + baked beans + mushroom soup

Simple Resepi :

1. Instant mushroom soup - guna Maggi punya, add 3 3/4 cup water and put mushroom soup. Kacau tak mahu bagi berketul.
2. Light Yoes Baked Bean - tuang sedikit minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus dan masukkan baked bean. Masak hingga mendidih dan tutup api.
3. Potong roti keras yang panjang-panjang tu. Lagi bagus kalau potong serong-serong dan sederhana nipis.Gunakan pisau yang tajam. Pecahkan sebiji atau 2 biji telur, masukkan secubit garam dan lada hitam, kacau sedikit bagi rata. Panaskan kuali, guna non stick kuali kalau boleh. Masukkan sedikit minyak, celupkan roti dalam telur dan letakkan di dalam kuali. Alih-alihkan roti sehingga kedua-dua belah masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Pengantin Baru untuk my officemate, majlis pada 31 Mac 2012 di Seremban.
Tahniah aku ucapkan. Semoga berbahagia ke akhirnya.


Last but not least, snow in London last Feb.