Showing posts with label Travel - Japan - Nara. Show all posts
Showing posts with label Travel - Japan - Nara. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Part 3 : Beautiful Nara


Beautiful Nara, sebut betul-betul yer kawan-kawan. Bukan Premium Beautiful pulak yer.


Konniciwa!!!!!!
Semangat skit ye hari ni…Orang Jepun selalunya mempunyai perwatakan yang hyper skit, sebenarnya mereka ni jenis bersemangat tinggi.


Okeh, ayuh. Aku nak cepat-cepat habis cerita Nara ni. Mesti korang rasa nak muntah dah baca cerita yang tak habis-habis lagi. Aku cuba type laju-laju eh. See what I saw?


 
Buddist Art Library


Nak buka mata pun malas..kenyang dah kot

Cubaan pertama ambil gambar berdua yang gagal

Berdua lebih baik

AMARAN KERAS! Sila jangan tiru aksi ini. menganiaya binatang namanya. padahal dulu aku pun pernah duduk atas kambing. zaman budak-budak harap dimaafkan.

Rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri lama.
Gambar-gambar selingan sepanjang permerhatian aku ketika jalan-jalan.

Aku tengok map di tangan. Nak kemana lepas ni? Rasa nak cari Pavillion la. Bukan Pavillion macam kat KL tu tau. Sila jangan emajin macam tu sebab korang tak kan jumpa punyalah.


Aku patah balik jalan aku mula sampai tadi dan menyusuri sebuah padang yang luas. Nampak keadaan agak sibuk di situ. Yelah dorang tengah sibuk setup untuk fireworks malam nanti.  Takde ape yang menarik kat situ.
Tengok boleh, ikut jangan. Kang jadi benda lain pulak.
Aku menyusuri padang yang berbukit tu, lepas tu baru aku tau aku dah stuck kat situ. Takde jalan melainkan aku kene lalu padang tu jugak sebab nak turun balik ke tepi jalan tu sangat tinggi ok. Silap-silap boleh guling Hindustan kat situ dan tak pasal-pasal tergolek atas jalan raya.


Aku rasa aku dah sesat. Tak tau mane jalan yang benar aku nak tuju. Sempat sumbat balance Takoyaki dalam mulut sebab stress. Duduk atas rumput untuk berfikir sejenak. Tak boleh nak lama-lama sebab sejuk. Aku patah balik ke tempat yang aku boleh keluar menuju ke jalan raya. Aku cross ke seberang jalan dan ikut laluan arah sebelah sana.


Jalan ni agak menyakinkan walaupun aku tak tau lah jumpa ke tak nanti dengan apa yang aku cari. Lepas tu ada tangga yang menuju ke bukit. Aku tengok orang lain pun lalu jalan tu jugak. Sampai di atas, aku nampak dah pavilion di tepi tasik. Tapi kene turun tangga dulu.

Pavillion bukan macam kat KL punyer yer..

Suasana nampak suram. Sebab langit gloomy. Pokok-pokok pulak tinggal ranting. Kalau datang time spring or autumn, mesti lawa banget kan? Sila gunakan imaginasi korang yang tinggi tu.


Pokok-pokok tinggal reranting kering jer..


Jangan tinggal daku, lepas aku snap die terus terbang

Sempat singgah sini

After mencapap gambar-gambar di sini, aku segera pulang. On the way balik ke station JR Nara, aku sempat tengok souvenier di kedai tepi-tepi jalan tu. FM memang agak mahal kat sini, lepas tu takde pulak yang lawa-lawa. Biase-biase jer.

Souvenier Shop

Aku cuma beli satu jer FM Nara sebagai kenangan, maklumlah semuanya mahal-mahal. Aku tengok di tepi deretan kedai, penuh dikerumuni dengan orang. Aku tak pasti pertunjukan apa, mungkin demo masakan barang kali. Aku nak tengok pun takde ruang, penuh sangat.

Lorong kecil yang penuh dengan deretan kedai-kedai

Aku saje jer jalan tepi deretan kedai-kedai. Banyak kedai yang menjual baju-baju musim sejuk. Aku terase nak mencari glove dan winter socks.

Aku singgah di sebuah kedai menjual baju-baju panas. Kebanyakan menggunakan wool. Harga pulak, tengoklah macam mana. Aku rembat sepasang socks dengan harga 89 yen. Aku consider its cheap. Walaupun hanya beli socks yang harganya murah, tapi layanannya sangat-sangat baik. Terharu aku.

Nak sewa, 3150 yen untuk 5 jam if not mistaken.
Selang beberapa buah kedai, aku nampak ade offer glove murah, 98 yen. Aku ambil jugak sepasang. Tuan kedai ni pun sangat baik. Dia nampak aku dok usung pamplet and peta bagai..Dia siap bagi aku plastic besar untuk aku letak semua barang-barang aku. Mak terharu hoccay. Lap ayer mata jap..Aku hanya sebut Arigatao, arigatao sambil tunduk-tunduk. Nak cakap yang lain, tak tau sangat. At least kita appreciate betul tak?

Nyesal tak beli sebab kat Osaka lagi mahal
Tak lama lepas tu aku berjalan ke station JR Nara. Nak cepat-cepat sampai sebab nak atur urat-urat kaki yang lenguh dan nak tidur dalam tren.  Eh, boleh pulak yer.


Aku ada misi lepas ni.. Tunggu bab seterusnya..


Expenses hari ni :


Subway : 230 yen

Takoyaki : 500 yen

Fridge magnet : 315 yen

Socks : 89 yen

Gloves : 98 yen


Total = 1232 yen


p/s : Terima kasih pada readers yag sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. Jangan lupa tinggal jejak yer, so boleh aku lawat balik.

Friday, March 22, 2013

Part 2 : Beautiful Nara


Cerita sebelumnya boleh ketik sini - Nara 


Sorry sebab lambat update cerita Jepun ni. Aku ada kerja yang kene setelkan tapi aku siyes malas sangat nak buat lepas aku tau supervisor aku dah berambus balik rupanya. Esok pagi aku kejar dia mintak sign. Dah la ada benda urgent nak kena submit, boleh pulak buat tinggalkan aku dengan janji-janji manis. Tunggu ko esok bos. Hemohh pulak..Aku kalau kerja banyak, memang tak ngantuk. Concentrate buat kerja. After tau supervisor aku tu balik, aku terus semangat nak mengarang cerita Nara ni. Jom kita sambung sebelum aku kembali mengarut. (ni cerita semalam)

Hari ni pagi-pagi aku dah kejar die. Tapi jawapannya tetap non hado. Tadi aku dah email big boss as gently reminder pada supervisor aku supaya die ingat.

Jom sambung pengembaraan Nobita yang tak habis-habis lagi ni.

Lepas dah tengok rusa telan kertas, aku berjalan sekitar Nara Park. Ada sesetengah rusa yang malas atau dah kenyang duduk bersantai sambil melihat keadaan sekeliling. Aku berjalan menyusuri jalan raya. Penuh gerai-gerai. Macam-macam menu ada. Bau wangi makanan dalam cuaca sejuk-sejuk ni memang menggugat iman. Di arah bersebelahan, kereta tarik ni dok mencari penumpang sape yang nak naik
Magic !!! Takde lagi




scroll lagi..


scroll lagi

Tara...Magic lagi..Kali ni ade orang dah. Sudah, tak payah nak buat magik sangat pun. Ko bukan terer merapu macam kak Coco pun.


Masuk ke jalan satu lagi, lagi meriah. Meriah dengan rusa, meriah dengan orang-orangan, meriah dengan gerai, meriah dengan kedai. Gerai-gerai ni seolah-olah memanggil aku untuk makan. Aku buat dulu satu pusingan then patah balik untuk decide gerai mana aku nak pergi. Aku tengok dulu apa yang terkandung sebagai bahan utama. Tak semua takoyaki halal ya. Ada jugak yang memasukkan unsur-unsur bab*.
Gerai-gerai makanan pelbagai menu
Makcik ni cepat-cepat cover bile aku nak snap gambar die? Meng, adakah makcik yang sama dalam gamabr ko?

Sini lagi meriah

Pikir dekat 10 kali jugak nak beli, bukannya murah wei..Last-last aku beli jugak nak bagi lepas teringin. 500 yen untuk 8 biji takoyaki. Kalau convert masa tu RM17.50, sebiji jatuh harga?? Yang tu korang kiralah sendiri. Pejam mata jerlah waktu bayar tu.
Gerai pancake 100 yen satu = RM3.50

Penjual tengah setup gerai takoyaki

Bahan utama yang menyedapkan takoyaki - sotong kurita

Murtabak sayur yang penuh sayur-sayuran, nampak menarik. Tapi aku tak try.

Masa terbalikkan baru aku nampak sayur-sayuran kat muratabak ni

Aku mencari pasal diri sendiri lepas ni. Sambil membawa bungkusan plastik yang berisi makanan aku berjalan-jalan sambil dok perati gelagat rusa. Memang tak segan silu mintak makanan..Hahaha..Bau takoyaki dalam plastic tu memang menarik perhatian rusa-rusa. Bape kali jugakla aku kene sondol dengan rusa dari belakang. Cis, ko main belakang yer. Depan belakang semua aku kena tuju. Padan dengan muka sendiri. Cuak jugak aku rasa masa ni.


Ahli jemaah rusa yang tengah berehat atau tidur

Mungkin deme dah kenyang, so deme tak kaco orang???

Cer fokus skit, aku tak tau la die lapar atau ape. Sampai gigit rantai ni..Mungkin jugak dia nak keluar
Bila aku dapat boloskan diri, aku cepat-cepat jalan nak cari port untuk menjamah takoyaki panas-panas ni. Dekat nak sampai, ada sorang mat saleh ni mintak aku ambilkan gambar die. Motif, sebab die nampak aku sorang-sorang. Aku nampak ada bangku kosong yang mengadap ke arah Todaiji Temple. Tapi jangan lupa usha-usha sekeliling dulu. Karang ada pulak rusa nak tumpang makan. Okeh, line clear. Ayuh cepat-cepat sebelum orang rampas tempat tu.

Makan takoyaki sambil usha Todaiji Temple
Dapat jer bangku tu, aku letak beg, bukak glove, ambil air dan bersedia untuk menikmati takoyaki. Wah...sedapnya makan makanan panas-panas dalam cuaca sejuk macam ni. Kalau ada banana fillet. Ewah banana fillet tenuk ko. Cakap jerlah goreng pisang. Mesti lagi terasa nikmatnya.

Tengok jer lah. Jangan pi jilat skrin pulak
Lepas seketul, seketul aku telan. Nampak sangat sedap and lapar. Bau die jer dah buat ko terliur tau. Aku pernah makan kat Malaysia takoyaki ni, tapi haram tak sedap macam ni. Rasa nak termuntah jer. Tapi kat Jepun ni memang betul-betul sedap. Kalau ikut tekak aku yang haloba ni, memang rasa nak telan semua sebab malas nak pegang plastic beg ni. Tapi perut aku tak mampu. So simpanlah balik takoyaki tu. Dah makan kenyang-kenyang, nak pergi toilet pulak. Hish, macam-macam la. Persekitaran toilet nampak ok, tapi bila masuk ade bau-bauan yang kurang menyenangkan. Maklumlah kat sini takde toilet bidet yang tekan-tekan tu.

View dari arah toilet, Todaiji Temple disebelah kiri gambar
Aku tak boleh nak lama-lama kat sini. Banyak tempat lagi nak pergi. Aku tak masuk pun Todaiji Temple. Malas rasanya. Setakat ambil gambar di luar cukuplah.  Kalau nak masuk temple ni kene bayar 500 yen kalau tak salah. Aku tak nak rugi macam semalam, termasuk ke Osaka Castle. Aku terlupa, sebelum sampai ke sini, ada satu gate besar atau lebih dikenali sebagai Nandaimon Gate (the Great Southern Gate). Gate ini dijaga oleh 2 patung garang yang aku rasa rupanya menyerupai hantu raya (siyes aku takut sebenarnya bila tengok patung ni).


Wooden gate @ Nandaimon Gate

Patung yang menjaga pintu ni. Scary weh..

Along the approach to Todaiji stands the Nandaimon Gate, a large wooden gate watched over by two fierce looking statues. Representing the Nio Guardian Kings, the statues are designated national treasures together with the gate itself.  - sumber Japan Guide


Permandangan di bahagian luar Todaiji Temple

Ada trek jogging juga diseberang tasik ni. Tapi kene tahan naik turun bukit yer.


Kemana aku pergi lepas ni? Tunggu dulu jap, aku nak rehat..Letih..Tapi sebenarnya aku sesat.

Kanak-kanak penyejuk mata


Sunday, March 10, 2013

Part 1: Beautiful Nara

Pukul 5 aku dah terjaga. Has kata waktu Subuh masuk awal. Aku siap-siap mandi dan solat Subuh. Pagi ni aku nak keluar awal. Sejuk gigil-gigil walaupun ada air panas. Masa ni rasa menyesal pulak datang time sejuk-sejuk.
Tengah aku bersiap-siap, Has bangun dan menyediakan sarapan. Keyteow goreng Jepun. Aku makan kenyang-kenyang sebelum keluar. Jangan tak tau, aku siap bawak bekal lagi.
Kat sana, pukul 6 lebih dah terang benderang ok. Tapi kalau nak kuar time tu, gigil aku rase. Sejuk!!!
Dekat pukul 8 lebih aku menapak keluar ke stesen Subway. Aku menuju kea rah yang sama dari semalam, Shin-mori Furuichi -> Shigino -> Kyobashi -> Tennoji (kalau tak silap). Aku guna route JR Nara Line dari Kyobashi - Tennoji - Nara.

Kalau lapar nampak ni mesti geram kan? @ Kyobashi Station
Aku beratur dekat dengan satu couple warga emas. Aku menyapa dengan bertanya,” Sumimasen, Nara?”. Dorang hangguk-hangguk. So aku rasa betul la ni perjalanan aku nanti.

Dalam perjalanan ke Nara
Tak ramai orang yang naik train ke Nara. Perjalanan agak boring skit, sampai aku rasa terhangguk-hangguk ngantuk. Tapi aku lawan juga perasaan ngantuk tu sebab tak nak lepaskan view di luar. Couple tu duduk tak jauh dari aku.
Tiba di satu station, aku lihat semua orang keluar dari train. Aku blur sekejap. Maklumlah mamai skit. Eh, rasanya tak sampai Nara lagi ni. Rupa-rupanya dorang nak tukar train pulak. Pakcik tu yang lambai-lambai ajak aku turun. Train tu nak buat maintenance ke ape entah. Aku berdiri dekat-dekat dengan couple tu. Masa tulah kami memulakan conversation.
“ You speak Japanese,” sepatah-patah dia tanya.
“ Sukoshi,” sambil tunjuk jari sedikit. Then dia pun menjawab, yang dia hanya tau berbahasa Inggeris sedikit jer. Aku faham dan tersenyum. Dia tanya aku dari mana. Aku jawab,” Malaysia jin des,”. Dia angguk-angguk. Wife dia hanya mendiamkan diri.
Aku cuba bertanyakan berapa suhu ketika tu. Tapi malangnya dia tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Dia ajar aku perkataan sejuk dalam bahasa Jepun, “Samui” sambil buat gaya gigil-gigil. Lepas tu perbualan kami seolah-olah terhenti sebab susah nak communicate.

Loving couple
Dalam 10 minit kemudian, ada train berhenti dan aku lihat semua orang naik ke train tersebut. Pakcik tu mengajak aku segera naik. Aku pun expect dia nak pergi Nara jugak. Rupa-rupanya dia berhenti satu stesen sebelum Nara. Aku sempat melambai dan ucap arigatao padanya. Dia tunjuk insyarat no. 1 pada aku. Maksudnya hanya 1 stesen lagi menuju ke Nara. Dia memimpin isterinya perlahan-lahan keluar dari train. Sayu jer hati. Mampukah kita melihat situasi ini di Malaysia? Pasangan warga emas berpimpin tangan? Ada kot, tapi tak banyak kan?
Aku kembali ke dunia nyata. Tak lama lepas tu aku sampai di stesen Nara. Memang ramai yang turun di sini. Keluar dari auto gate, aku segera mencari hala tuju ke Nara Park.
Tiba-tiba aku ternampak Tourist Information Centre di sebelah kiri. Ada orang di situ, aku lek lu. Nanti orang tu blah aku pergi la tanye.

Ada 2 orang perempuan yang bertugas di situ, sorang muda dan seorang makcik. Aku dapat yang muda. English dia memang ok. Dia bagi sehelai map untuk aku.

Ade je orang yang tanye kat kaunter information ni.
 

Aku ada dua pilihan, sama ada nak naik bas atau jalan kaki? Kalau naik bas, sekali naik 200 yen. 5 kali turun naik, dah berape? Cer kire. Ghupe-ghupenye hari tu dorang ade event fireworks malam nanti. Aku tak ingat hari apa yang dorang sambut, tapi macam ritual jugak la. Siap berarak dari bukit ke tepi padang lapang then orang akan bakar bunga api kat situ. Pompuan tu siap cakap aku beruntung sebab datang hari tu, boleh tengok fireworks. Kalau aku tengok fireworks tu, pukul berapa pulak aku nak balik? Takpe, kita layan jer.
 
Dah puas die explain, aku ucap terima kasih dan mula bergerak menuju ke destinasi seterusnya. Aku sempat snap-snap gambar di sekitar station Nara.
 
Keadaan di sekitar station Nara
 JR Nara Station

Keluar dari station, terus ke kiri untuk ke Nara Park


Berpandukan map yang ada, aku mula menyusuri jalan untuk ke Nara Park. Keluar dari station Nara, di sebelah kiri, ada traffic light. Korang akan lintas jalan dan terus menyusuri kedai-kedai untuk ke Nara Park. Jarak perjalanan lebih kurang 1.2km. Estimate dalam 20 minit. Kalau tak sejuk ni, boleh la aku jalan laju-laju. Ni dengan jaket berat lagi..Fuh, rasa macam siput jer. Macam aku cakap tadi, kalau sayang nak bakar lemak or banyak pitih, boleh la naik bas. Aku tak nak, sebab nak jimat. Lagi satu nak jogging katanya..Hehehe..
 
Kofukuji Temple

Tengah perlahan-lahan menapak, aku nampak orang turun naik kat satu bukit ni. Aku pun apa lagi, panjatlah jugak. Rupa-rupanya, di sinilah Kofukuji Temple. Aku tak lama pun di sini, cuma tengok-tengok jer. Aku cuma tertarik dengan tempat "wudhuk" dorang jer. Takut-takut jugak aku nak snap. Mana tau takut orang dorang kata aku tak hormat pulak kan.
 

Nampak tu tempat "whuduk" dorang?
 

Lepas dah tengok Kofukuji Temple, aku berjalan ke kawasan sekitar. Nampak Three Story Pagoda. Kat sini barulah aku nampak beberapa ekor rusa. Teruja sebenarnya.. Besar-besar jugak tau.
 
 
Gambar dari jauh
 
 
Nampak sorang anak Mat Saleh tengah bagi makan rusa. Dah habsi makanan tu, bontot budak tu pulak kene sondol. Boleh tahan ganas rusa-rusa di sini. Dorang nak lagi makanan. Tak cukup yang budak tu bagi.
 
Has sempat ajar aku macam mana nak stopkan rusa-rusa tu bila makanan dah habis. Dengan buat isyarat tangan macam nak reverse tu.. Tapi terbalik. Korang faham ke tak ni? Nantilah aku lukis..Bila zaman tu ek?
 
Aku kesian kat budak tu, so aku pun ajarlah apa yang Has kata kat aku pagi tadi. Kalau rusa tu tak dengar jugak, memang salah ajaranlah nampaknya. Skali betul-betul rusa tu pergi dari situ. Nasiblah dia faham, kalau tak, Shame on you la aku kat situ.
 
Anak mat saleh yang aku ceritakan di atas.

 
Kofukuji Three Story Pagoda
 
Rusa-rusa tu kurang tertarik dengan aku sebab aku takde makanan. Tapi memang ralit tengok rusa-rusa ni. Dah la besar-besar. Jinak pulak tu. Geram tengok. Tapi aku takut-takut jugak nak pegang lagi.
 
Orang memberi makan pada rusa lagi.
 
Aku berjalan lagi dan melalui sebuah padang yang tak berapa besar.  Nampak lagi rusa-rusa yang berkeliaran. Dorang ni memang suka duduk dekat dengan gerai jual makanan ni. Aku tak beli pun makanan rusa tu. Aku tengok jer. Kejam kah aku?
 
Muka mengharap makanan dari aku, tadi non hado..Kijam!!!Aku cuma amek gambar dia tanpa upah.

Si penjual yang tak sempat melarikan diri dari camera.
 
Kalau aku beli, takde sape pun nak tolong ambil gambar untuk aku. So aku rase, tak payah la beli kesimpulannya.

Sedang aku lalu kat sebuah kedai ni, aku nampak makin ramai umat rusa. Takut pulak aku tengok. Aku hanya memerhati keadaan sekeliling. Ada sorang lelaki ni beli makanan rusa dan bagi rusa-rusa ni makan. Dorang ni memang kebulur agaknya. Ada sekor rusa tu boleh pi rentap kertas kat tangan lelaki tu. Tak sempat nak tarik, sakan rusa tu kunyah kertas.  Aku jatuh kesian dengan rusa tu. Sampai kertas pun ingat makanan dah. Aku cepat-cepat snap gambar ni sebelum aku kene serang dek rusa ni.
 
Mampu ko nak lawan kalau dah ramai macam ni. Sapa muncung paling depan, die la yang menang tau.
Choto matte kudasai - take turn boleh?
150 yen untuk makanan rusa.

 
Closed up tengah kunyah kertas. Lapo punye pasal.
 
Memang ralit tengok rusa-rusa ni. Lepas makanan habis, rusa ni datang kat aku pulak. Sondol-sondol mintak makan. Cuak dowh. Aku buat isyarat suruh berambus pun deme buat bodo jer. Alamak, ilmu aku tak menjadi la. So adalah lebih baiknya aku segera angkat kaki.
 
Kalau mampu, boleh naik beca ni. Mampu kah aku?
 

Orang lain dah naik, aku hanya mampu melihat..Teruskan berjalan kaki.
 
 
Sambil melihat gerai-gerai di tepi jalan.
Tak ketinggalan small pond yang kelihatan tenang.
Aku stop sampai sini dulu. Aku rasa dah panjang giler entry ni. Sorry, sebab banyak sangat gambar retis rusa yang aku post. Aku memang enjoy tengok gelagat dorang. Jakun sebab baru dapat pegang rusa.