Malam aku pulang dari Kobe, aku terasa
macam ada habuk-habuk jatuh atas kepala. Rupa-rupanya snow turun di Osaka . Masa aku sampai di rumah, terus aku
bagitau Has. Has nampak teruja bila dengar snow turun. Kami semua menjenguk di
tingkap. Tak lama lepas tu kami sama-sama turun ke bawah untuk ke pasar raya
berdekatan.
“Betul la snow,” kata Has pada Syuk. Syuk
sengih jer tengok bini die ngan aku yang terlebih excited tengok snow. Patutlah
sejuk sangat masa aku balik tadi. Selalunya bila snow nak turun, suhu akan
drop.
JR Thunder Bird |
Dalam train ke Kyoto |
"Where you want to go?"
"Kyoto," jawabku ringkas. Dia ucapkan terima kasih sambil memberi tiket aku semula.
Keadaan dalam train ni agak cantik, siap ada meja lagi untuk makan dan minum. Tak ramai yang naik tren ni. Mengikut google maps, tren ke Kyoto mengambil masa lebih kurang 26 minit.
Sebelum sampai, datang lagi pemeriksa tiket memeriksa tiket aku. Strict jugak yer tren JR Thunder Bird ni. Kalau naik ten yang biasa, takde pulak kene check macam ni.
Sebaik aku tiba di station Kyoto, aku tak sangka rupanya lebih kurang macam Osaka Station jugak. Banyak platform. Tren pula bersimpang siur. Tapi tak susah nak cari jalan keluar. Aku ingin mencari Tourist Information Centre yang berada di 2nd Floor.
Memang ramai orang kat sini. Aku rasa, rata-ratanya orang luar. Aku pergi ke kaunter paling hujung. Kaunter lain nampaknya dah penuh, pakcik ni jer kosong takde orang.
Ramainya orang di setiap kaunter. |
Pakcik tu bagi penerangan sedikit sebanyak pada aku sambil keluarkan map untuk aku. Aku tanye ape beza kalau aku guna Kyoto 1 Day Pass dengan Kyoto 1 Day Bus Pass? Kyoto 1 Day Bus Pass berharga 500 yen, aku boleh naik turun bas sesuka hati berapa kali aku nak. Tapi kalau nak ke Arashiyama area, aku kene extra charge sebab dah berada di luar kawasan. Kalau aku ambil Kyoto 1 Day Pass, harga 1200 yen, aku boleh naik bas sampai ke Arashiyama area tanpa kene extra charge and aku boleh guna semua line subway foc. Semua dah termasuk dalam ni. Selain tu, ada juga kupon diskaun untuk tempat-tempat yang boleh dilawati. Setelah berfikir sejenak, aku decided untuk ambil Kyoto 1 Day Pass yang berharga 1200 yen. Lagi pun aku cuma ada sehari jer di sini.
JR Kyoto Station, besar sangat-sangat ok. Macam station Osaka. |
Pejabat Pos Kyoto di sebelah kiri Kyoto Station jika keluar dari arah dalam station. |
Pass yang aku ambil tu akan activate bila aku naik bas nanti. Aku segera menghala keluar station menuju ke terminal bas. Aku bercadang untuk ke
Arashiyama dulu memandangkan perjalanan ke sana agak jauh. Untuk ke Arashiyama, aku boleh beratur di platform C6 atau D3. Aku boleh naik bas no. 28, 73 dan 74 untuk ke Arashiyama.
Tak lupa juga Kyoto Tower |
Dekat 20 minit jugak aku tunggu, tapi non hado basnya. Aku tukar plan..Takut tak sempat. Aku renung kertas laluan bas. Kebetulan aku nampak bas no. 100 untuk ke Kiyomizudera Temple. Bas ni berhenti di platform no. D1. Ramai juga yang naik bas ni. Untuk activate pass aku, aku kene masukkan tiket di mesin tiket di pintu belakang. Untuk dapat maklumat lebih lanjut tentang 1 Day Bus Pass dan cara menaiki bas di Kyoto, boleh kelik blog Backpackers Busuk. Aku malas nak tulis pasal benda ni.
Nanti aku sambung lagi yer. Penat dah menaip ni.
Expenses setakat ni :
Tiket subway : 270 yen
Kyoto 1 Day Pass : 1200 yen