Wednesday, June 12, 2013

Renew Passport 2013

4 tahun lebih dulu aku buat passport kat Kajang, Metro Kajang. Memang hazabedah masa tu. Orang ramai macam giler. Dengan tempat sesak, tak selesanya, panas.

Tiap-tiap kali aku pi travel mesti belek passport. Sebab asyik tengok bile tarikh expired. So tahun 2013 ni aku rasa susah hati bila tengok tarikh expired dah makin dekat. 6 bulan sebelum passport expired, dah tak boleh travel keluar Malaysia. So dah kene renew kalau nak travel.

Memang aku dah cakap aku takde mood nak ke mana-mana sekarang. Tapi passport kene jugak renew sebab kalau tetibe kene out station, tak ke naya. Nak jawab dengan boss passport expired? Tak professional kalau bagi alasan passport expired kat boss.
Aku google kat internet, try nak renew passport online jer lah. Baca kat blog Janggel, senang jer die renew passport. Aku pun macam agak hepy, rasa nak renew tak secomplicated dulu, terpaksa bersesak-sesak, berasak-asak nak buat passport.

Aku cuba masuk website Imigresen Malaysia. Klik kat  bahagian passport online. Follow link semua and klik button accept. Masukkan nombor passport dan IC, tekan next. Isi form dan sedia untuk pilih tempat collect passport. Sekali tengok, takde pun tulis Putrajaya. Yang ada, Bukit Kayu Hitam, Limbang, Lawas, Labuan, Lahad Datu and etc. Yang kat semenanjung ni semua takde.

Aku try 2,3 kali dan hasilnya tetap sama. Aku jadi fedup. Aku goggle lagi internet untuk dapatkan info. Aku target nak renew kat Putrajaya jer. Baca-baca blog orang, memang sengsara nak renew passport kat Putrajaya nun. Datang awal pagi, tapi tengok Q dah panjang giler.

So rasanya macam give up nak ke Putrajaya. Aku decide nak ke Pudu Sentral (Hentian Pudu) sebab kata review kat sini sangatlah convenient. Tak payah beratur lama-lama, cepat siap dan imigresen tak banyak cikadak. Waktu urusan pulak panjang, sampai pukul 10 malam.

Aku bergegas ke Pudu hari Sabtu 1 Jun hari tu. Sampai-sampai Pejabat Imigresen di Pudu, nampak lengang. Sekali ada notis kat depan tu. Katanya Pejabat Imigresen tutup pada 1 & 2 Jun sempena Hari Agong dan system seluruh negara offline. Ok, aku memang kecewa dan salah aku sendiri sebab tak alert. Aku balik dengan hampa.

Aku cerita pada kawan aku pasal urusan nak buat passport ni. Kawan aku beria-ria suruh aku buat kat Kiosk Pejabat Imigresen Putrajaya. Kejap jer siap katanya. 2 jam dah boleh dapat. Datang pagi-pagi then boleh tunggu passport siap dalam 2 jam . Aku akhirnya bersetuju sebab dah malas nak ke Pudu. Aku siapkan semua dokumen.

Untuk RENEW PASSPORT perlukan:
1. Salinan Photostat Kad Pengenalan (depan belakang)-sekeping
2. Gambar Passport background putih – sekeping (senang ambil siap sebelum pergi, tak kelam kabut nanti)
3. Passport lama – jangan lupa pulak
4. Duit
*Kad Pengenalan – kalau guna kiosk yer (make sure cip kat IC korang tu takde masalah)

3 benda ni kena bagi pada pegawai imigresen.

Dengan nekad, aku pergi ke Pejabat Imigresen Putrajaya kat Precint 15 tu hari Khamis lepas. Since dah terlambat bangun, lambat sikit sampai. Dalam pukul 7.55 pagi. Orang tak payah cakaplah, memang ramai giler.

Aku masuk kat bilik kiosk, ada notis kene ambil nombor jugak. Kawan aku cakap kene beratur jer. Aku pun bergegas pergi ambil nombor giliran dan kembali ke bilik kiosk. Kiosk bukak pada pukul 9 pagi. Awal-awal ni tak ramai lagi kat situ. Bilik kiosk tu bersebelahan dengan tempat ambil gambar dan Photostat. Ramailah yang baru nak ambil gambar, nak photostat bagai masa tu jugak.

Dalam pukul 8.30 ada pegawai yang buka pintu bilik kiosk dan masuk ke dalam. Start dari tu, kami dah start beratur. Aku yang paling depan. Alih-alih aku nampak pegawai tu pergi tampal notis, passport baru boleh ambil pada esoknya lepas jam 10 pagi. Dalam hati dah rasa bengkek dah. Kata buat kat kiosk, 2 jam boleh siap. Apehal esok pulak baru boleh ambil.

Dalam hati ni memang dah panas. Tapi kene bersabar. Dalam pukul 8.45, barulah pintu kiosk dibuka sepenuhnya. Tak tau dari arah mana nak duduk, tapi aku cari seat paling depan. Dah penat beratur depan tadi kan? Keadaan jadi tunggang terbalik kejap. Pegawai tu suruh isi tempat duduk yang panjang tu dulu baru isi kerusi di row di sebelah. Boleh refer gambar rajah. Muka pegawai tu dah ketat. Relaks la Mak Jemah, awal lagi kot. Tapi muka ko dah ketat.
Contoh keadaan dalam bilik KIOSK tu. Sorry kalau sketch aku buruk.

Ada orang tanya, tak boleh dapat passport hari ni ke? Dengan kereknya makcik tu menjawab, takdenye aku nak panggil die pegawai dah. Semua passport ambil esok, takde ambil hari ni. Kalau nak cepat pergi kaunter. Hamboi-hamboi, bagusnya bahasa.

Tanpa briefing apa-apa lepas tu, terus suruh start. Aku pun mulakan dengan bismillah. Tak nak cari pasal dengan makcik tu. Alhamdulillah nampaknya semua ok.Cip pada IC aku takde masalah. Kiosk tu cepat jer detect jari aku kanan kiri. Sampailah part last, aku kene masukkan passport lama, gambar passport sekeping dan salinan kak pengenalan dalam sampul, dan masukkan dalam peti kat kiosk tu. Aku pun masukkan dalam peti tu dan print resit. Sekali makcik tu panggil aku tanye, mana passport awak semua? Aku cakap aku masuk dalam box kat kiosk tu. Makcik tu dengan muka tak puas hati tanya aku, kenapa masuk dalam tu? Aku diam jer then makcik tu bergegas bukak box tu dan ambil semua passport, gambar dan salinan IC aku.

Dalam hati aku memang aku rasa nak marah balik makcik tu. Dah la takde briefing apa-apa sebelum mula tadi. Aku cuma ikut arahan mesin kiosk tu. Takde pun makcik tu bagitau dah habis, bagi semua butiran pada dia. Sumpah takde.. Alih-alih nak marah orang. Aku malas nak spoil mood pagi-pagi. Kalau ikut kemarahan aku memang aku sound. Nasiblah aku muda, terer bab-bab teknologi ni sikit-sikit. Agaknya kalau pakcik-pakcik or makcik-makcik tua yang start buat kat kiosk tu tadi, macam manalah agaknya.

Aku tak betah nak tengok muka makcik yang mintak selipar Jepun tuh. Aku cepat-cepat belah, pergi kaunter ambil nombor tadi sebab nak tanye boleh tak aku nak passport aku hari tu jugak. Nasiblah awek tu baik, jawab lemah lembut. Bagitau datang balik ambil pukul 3.30 petang nanti. Tak sempat nak siap pagi ni. Walaupun tengah panas, tapi kalau orang cakap lemah lembut, aku boleh terima. Janganlah buat muka kerek dan masam pada orang macam nak tak nak jer keje.

Petang tu aku datang balik pukul 4. Tunggu kat kaunter 7 or 8. Alhamdulillah passport aku dah siap. Nasib lawa. Walaupun putih, tapi gambar memang jelas. Pasport terbaru ni sampai 50 page. Extra 20 page berbanding dulu. Yang pasti, aku renew passport ni untuk 5 tahun sebab aku tak betah nak mengadap Pejabat Imigresen 2 tahun sekali untuk renew passport.

Bagi aku, untuk renew passport di Putrajaya memang korang perlu kesabaran yang amat tinggi. Kalau rasa kesabaran tu senipis kulit bawang, betterlah buat kat UTC Pudu Sentral. Kat situ tak ramai orang lagi dan waktu urusan lebih lama dari biasa.

kredit to blog http://untuqsemua.blogspot.com
p/s : Masih kecewa dengan kakitangan awam yang berkhidmat di bahagian Frontline ni. Masih banyak kekurangan dalam sistem Malaysia untuk mengaplikasikan teknologi untuk mempercepatkan proses-proses macam ni. Kalau dah tau ramai orang, silalah buat kiosk banyak-banyak. Bukan pro mana-mana parti, tapi inilah JANJI DITEPATI. Siapa yang renew passport tahun lepas kat kiosk Putrajaya, boleh jer dapat 2 jam. Tahun ni servis macam hampeh. Ops, lepas mengundi katakan. Habis semua janji dibawa lari.

16 comments:

  1. Datt,
    just to share my experience,
    saya pernah renew passport macam janggel ajar. pick up kat kajang, hari sabtu pulak.
    takyah beratur sebab guard tu terus amik slip saya and buh kat kaunter. memang tak sampai 2 jam je siap. masa tu baru pukul 8, orang dah beratur sampai luar pintu. memang smooth je procedure diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan,

      sy dh try masuk website imigresen. xde tmpt pickup yg dekat2 dgn sy pun.semua jauh2...sy pun terkejut..mmg xblh nak bt online..td letak post kt backpackers malaysia, ramai jugak yg merungut psl sistem passport skrg. lgpun passport dh tukar baru...guna polycarbone..

      Delete
  2. aku pon tgh berkira2 mau renew passport. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. JAD,

    selamat renew passport yer...try cari tmpt yg kurang org sikit...

    ReplyDelete
  4. DATT,

    JM pernah lalui pengalaman buat passport ni awal thn ni..tapi kiok tu belum boleh beroperasi (rosak). So buat kat kaunter..sperti yang di ckp lah..org mmg ramai..seawal pagi sampai ambil no dh beratus..pastu tggu giliran ke kaunter proses 2 jam baru sampai turun. Pastu perlu tggu plak kauter utk ambik passport..jam 4.00 petang baru dpt..kiranya satu hari di imigresen..sapa2 pun bengan dengn servis dorang tak pernah imrpove lembab yak amat..

    Thn 2012..JM pernah renew kat kiok..mmg tak ada pegawai jaga kat luar tu, tak perlu ambil no just beratus..pastu masukkan semua semua dokumen dalam sampul, pergi mesin..masukkan semua ke dalam mesin. bila keluar resit nanti pegi kaunter untuk ambil lepas 2 jam. Kiranya tahun ni sistem kiosk lebih teruk dari sebelemnya..arghh..JM baca entri ni pun dah tension..lagi lah org yg melaluinya kan..

    hamboi..lama tak singgah sini panjang lak komen nya yer heeee

    ReplyDelete
  5. datt

    sama. akak buat terus 5 tahun sebab tamau
    jumpa / lalui 'trauma' susah nak renew pasport.
    Mujur PKNS Shah Alam tuh...ok
    separuh hari je siap sume
    Alhamdullilah

    ReplyDelete
  6. Akak renew passport disember ari tu. Hari sabtu dan kebetulan masa tu cuti sekolah. Org memang ramai giler kat putrajaya tu. Dari jam 9 pagi di situ, jam 2 petang baru dapat passport. Sebaik jer akk letak jari scan masa ambik passport tu...terus blackout...huhuhu...walaupun akak terselamat, sian kat org lain yg tunggu lama cam akak.

    ReplyDelete
  7. Lorr.. before this ingatkan kat Putrajaya senang, orang x ramai.. rupa2nya dah terbalik erk.. hmm.. mine pun dah nak kena renew nih, tunggulah dekat2 time nak berjalan nanti, hehe.. btw, my friend awal thn hari tu buat kat Sg Pelek, sehari jugak baru siap.. tapi orang mmg tak ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne,

      sejak imigresen tukar passport baru ni, pakai polycarbone, mmg byk masalah....so bersedia utk menunggu dgn tabah...

      tp ape2 pun anne, nnt u pergi awal pagi yer..klu bt kt kiosk, ptg dh boleh amek...

      Delete
  8. Rasa tempat paling tak ramai kat wangsa maju.. dalam sejam lebih siap passport..
    sebab dah renew dua kali kat sana.. mmg ok jer sejam lebih siap.. :D

    ReplyDelete
  9. Eh..skrg sng je..x smpe 1 jam..dh blh collct psport...semua settle...

    ReplyDelete
  10. Mana yang tak sampai 2 jam ....
    Maknanya kawasan tu masih dalam PILIHANRAYA ler ..
    kikikikikikikik

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing...huhu mendebarkan as sy nak pergi besok ni haisyhhh malasnyerr hahahhaha

    ReplyDelete
  12. After 4 jam baru siap pasport di putrajaya

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye :)

    http://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/

    ReplyDelete
  14. Sampai ke tahun 2017 ni pun mmg mcm tu la muka kerek imigresen... Biadap sgt dengan pelanggan. Aku pon x tau ape masalah depa sbb mmg dh tu keje depa.. Byk sgt dh komplen pasai muke depa ni.

    ReplyDelete