Showing posts with label Travel Tips - Info. Show all posts
Showing posts with label Travel Tips - Info. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Update Transportation ke LCCT dari TBS dan SHAH ALAM



Update pengangkutan terbaru dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) - LCCT,
 LCCT - TBS
TBS (Bandar Tasik Selatan) <<--->> LCCT (Airport)

JETBUS (Bas color OREN)

JETBUS, RM8 per way

RM8 Per Way...

Cost efficient and less traffic congestion to depart/arrive @ TBS (Bandar Tasik Selatan)

Parking in TBS cost RM3 per day, no worry about high parking rate!

REASONS TO CHOOSE JETBUS
- NEW BUS
- BUSES ARE EQUIPPED WITH GPS AND SAFETY BELT
- DEPARTING/ARRIVING TO THE WORLD CLASS BUS TERMINAL
- TBS HAS INTEGRATED PUBLIC TRANSPORTATIONS INCLUDES KTM, STAR LRT,  RAPID KL CITY BUS, CITY TAXI AND EXECUTIVE TAXI
- DEPARTING FROM A COMFORTABLE AND CONVENIENT BUS TERMINAL

So lepas ni makin senanglah untuk parking di TBS, cuma bayar RM3 sehari dan boleh naik JETBUS untuk ke LCCT. Jimat pun jimat, selamat pun selamat, inshaALLAH.

Jadual Perjalanan

Pilihan di tangan anda, nak naik bas ke, teksi ke, ERL ke, kereta ke.

 
Satu lagi aku nak update pasal bas dari/ke SHAH ALAM untuk ke LCCT. Satu hari aku tengah drive, sekali ternampak sign kat bas menunjukkan LCCT àSHAH ALAM. 

Shah Alam To LCCT
Service Provider
From
To
First Trip
Last Trip
Fare (RM)
Aerobus
Shah Alam
LCCT
4:15am
10:30 pm
15.00 (Adult)
8.00 (Child)
Komplex PKNS Shah Alam
LCCT


10.00
Hentian Bandar Shah Alam
LCCT


10.00
Shah Alam
LCCT
12:00 pm
7:00 am
10.00 (Adult)
8.70 (Child)
LCCT
Shah Alam
7:00 am
1:45 am
10.00 (Adult)
8.70 (Child)
·     Note: Frequency for Aerobus is every 1 hour.

 
Plusliner Bus Schedule
 
From LCCT
From Shah Alam
7:00 am
12:00 pm
8:00 am
1:00 pm
10:30 am
2:00 pm
12:00 pm
4:00 pm
2:00 pm
6:00 pm
3:00 pm
8:00 pm
4:00 pm
10:00 pm
6:00 pm
11:00 pm
8:00 pm
12:00 am
10:00 pm
1:00 am
12:00 am
3:00 am
12:45 am
5:00 am
1:45 am
7:00 am


p/s : Sorry sebab aku lambat update pasal ni, maklumlah tuan rumah busy atau pemalas nak update blog.

Saturday, January 19, 2013

Shuttle Bus dari Airport JB ke Singapore

Aku tengah godek-godek website AirAsia, skali aku ternampak link Shuttle Bus dari Airport JB ke MRT di Singapore.  Aku rasa macam menarik sebab tak payah la nak book flight pergi Singapore, tapi boleh book flight sampai JB. Sebab airport tax ke Singapore jer bukan main mahal even harga tiketnya murah. Bolehlah aku share info ni same-same dengan korang semua..Boleh klik sini - JB Shuttle Bus yer..
 

Exclusive Sky Shuttle from Singapore to Senai Airport


Introducing the Sky Shuttle, a joint effort between AirAsia and Causeway Link to transport AirAsia guests conveniently to Singapore and back!

Book your e-ticket here and save on the usual shuttle fare of RM8!

How does it work?


  • Step 1:
    Book your Causeway Link e-ticket after confirming your AirAsia flight.
  • Step 2:
    Present your AirAsia Itinerary and Causeway Link's e-Ticket to our staff to board Sky Shuttle at Public Concourse Aero Mall, Senai International Airport to transit at CIQ Malaysia (1st Link).
  • Step 3:
    Proceed to bay 22 & 23 (Malaysia CIQ). Present e-Ticket again to our staff to board cross-border bus (CW1 / CW2 / CW5).
  • Step 4:
    You have arrived at Kranji MRT station/Queen Street bus station/Newton Circus.

Sky Shuttle Bus schedule (Senai International Aiport ⇔ Singapore)


CIQ (JHB) to Senai International Airport Senai International Airport to CIQ(JHB)
0600 0700
0800 0900
1000 1100
1200 1300
1400 1500
1600 1700
1800 1900
2000 2100
2200 2300*


*Note: Bus will pick all remaining guests and transport guests all the way through customs to drop off point at Kranji MRT in Singapore.

Click here for more information and further terms and conditions.

**Bus transportation and scheduling are provided by Causeway Link.

Friday, September 7, 2012

Tempat-tempat yang boleh Transit sebelum/selepas ke Airport.

Tempat menunggu yang sesuai sebelum pick up orang kat airport – LCCT@KLIA.

Masjid KLIA

Masjid KLIA @ Masjid Sultan Abdul Samad - image dari abunuha.wordpress.com (boleh refer sini untuk tengok gambar-gambar lain yang leibh menarik lagi)

Atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samad. Terletak sebelum roundabout ke LCCT dan tak jauh dari susur keluar Tol Highway Elite.

Kalau dari Shah Alam nak ke LCCT, keluar dari tol Elite, jalan depan sikit akan nampak Masjid KLIA di sebelah kiri. Di situ juga ada landmark bangunan Malaysia Airport Berhad yang agak besar. Siap boleh nampak air pancut lagi di tepi jalan tu.

Kat tepi Masjid ni jugak tengah didirikan Kompleks Tabung Haji yang terbaru untuk menggantikan Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya tu. Lepas baca review aku ni, korang dah tau la mana tempat nak lepak sebelum pick up or hantar orang ke airport.

Boleh lah nak lelap-lelap mata kejap kat sini sejam dua kalau orang yang korang tunggu tu lama sangat delaynya. Condition masjid ni sangat best. Tenang jer mata memandang. Telekung-telekung pun bersih sebab selalu ditukar.

DOWNTOWN KLIA

Pintu Gerbang Downtown KLIA

Ada beberapa kedai makan yang best kat sini antaranya kedai Mawar Putih kalau aku tak silap la. Sementara nak tunggu kawan2 ke, family korang ke sampai di KLIA, bolehlah makan-makan kat sini dulu. Ada kedai mamak, kedai Cina and kedai Seefood jugak. Harga makanan kat sini reasonable jugak especially kat kedai makan Mawar Putih. Sebabnya, kat sini ramai pakcik-pakcik teksi datang makan. Makanan kat situ memang best pun. Dah lama tak makan kat situ, teringat sup tulang yang sedap...

Restoran Chinese Muslim Cuisine yang agak femes juga terdapat di DOWNTOWN KLIA ni - blog zana-norzana

McDonald  Drive Thru @ Petronas KLIA


Gambar sisi jer dapat

 McD ni terletak di seberang jalan kalau kita menuju ke KLIA (kira arah bertentangan). Di depan Petronas tu ada stesen Minyak Shell.
Boleh singgah selepas balik dari KLIA sebelum masuk Highway Elite. Kot-kot la kalau korang teringin nak makan fast food ditengah-tengah malam buta.


McDonald  Drive Thru @ Shell Kota Warisan

McDonald Kota Warisan from fadzil.com

McD ni terletak sebelum traffic light bawah jambatan @ simpang sebelum kita ke KLIA @ LCCT. Belum sampai ke Masjid KLIA lagi ye. Ni kalau korang guna Highway Max yang keluar kat Putrajaya tu. Orang dari Putrajaya pun mesti pakai jalan ni untuk ke airport.

Korang boleh tapau McD kat sini siap-siap sebelum pergi airport (tak nak kene tax mahal sangat kan). Boleh tapau banyak-banyak kalau nak naik flight pergi oversea.

Kat Kota Warisan ni jugaklah terletaknya Stesen ERL Salak Tinggi tapi kene masuk ke dalam sikit.

Surau Maybank @ LCCT

Klinik Perubatan PUSRAWI - kat sebelah kiri nilah terletak surau Maybank sebelum ke LCCT
Sorry kualiti gambar agak kurang memuaskan.

Ni antara port menunggu yang agak femes. Banyak kereta yang menunggu di tepi-tepi jalan sebelum ambil passenger kat LCCT. Surau ni terletak di tepi jalan sebelum sampai ke traffic light LCCT. Nak senang nampak, surau ni terletak di sebelah PUSRAWI. Depan sikit korang akan nampak bangunan Maybank di tepi jalan. Kat celah Maybank tu ada foodcourt yang dibuka 24 jam. Tapi tak banyak kedai la macam kat Food Garden LCCT.

P/S: Aku akan ambil gambar yang lebih jelas kalau ada kesempatan nanti. Kebanyakkan gambar ni aku ambil dari google dan aku dah letak link blog tersebut.

Tuesday, February 28, 2012

Transportation ke airport KLIA & LCCT

Entry kali ni aku nak sentuh pasal transportation ke KLIA/LCCT.
Mungkin ramai yang dah tau pasal ni or mungkin masih ramai yang belum tahu tentang perkhidmatan ERL ke LCCT.

Aku harap info yang aku sampaikan dapat membantu ramai pembaca yang masih keliru dengan budget yang mereka perlu sediakan untuk ke LCCT.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pergi dan balik dari LCCT/KLIA untuk ke KL, antaranya :

  1. Naik cab (slalunya business man yang naik ni sebab senang, terus sampai ke hotel) – budget besor, RM85 sehala. Boleh refer di sini - Taxi/LIMO
  2. Naik Skybus warna merah or bas warna kuning yang agak slow – harga RM9, ni memang menjadi pilihan ramai sebab murah dan senang, refer sini ye - Skybus
  3. Naik shuttle ERL – harga depend pada tempat, ramai yang masih keliru sebab ingat mahai bebonor naik ERL ni. (ni komen aku slalu dengar)
  4. Parents, sedara-mara or kawan yang datang pick up dari airport – paling terbaiklah, modal belanja makan or buah tangan.
Untuk aku, aku slalu guna pakai naik shuttle ERL and kawan pick up. Kalau dah takde orang n aku pulak travel tak lama, aku prefer tinggalkan kereta di ERL station. Sebab nanti senang nak balik, tak menyusahkan orang nak pergi amek.

Sejak 2010, syarikat KLIA Express memperkenalkan perkhidmatan bus shuttle dari Stesen ERL Salak Tinggi ke LCCT. Sebelum ni aku nak sentuh apa beza perkhidmatan KLIA Express & KLIA Transit.

KLIA Express

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 28 minit dari KL Sentral ke KLIA, non-stop tren. Transport paling laju untuk ke airport dari KL. 1 way tiket berharga RM35 untuk dewasa, dan RM15 untuk kanak-kanak.


KLIA Transit

Perjalanannya sedikit lambat sebab tren ni berhenti di beberapa stesen, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi. Harga bagi perkhidmatan tren ni lebih murah berbanding KLIA Express. Untuk ke LCCT, penumpang akan turun di stesen Salak Tinggi. Shuttle bus untuk ke LCCT akan menunggu di depan stesen. Perjalanan ke LCCT dari stesen ERL Salak Tinggi akan mengambil masa lebih kurang 15 minit – 20 minit.

Shuttle bas untuk ke LCCT

Senarai harga tiket ERL untuk ke LCCT



Segala info berkaitan dengan perkhidmatan KLIA Transit & KLIA Express, korang boleh bukak link ni, KLIA Ekspress/Transit. Korang boleh check bila jadual perjalanan untuk memudahkan perjalanan korang. Aku harap info ni dapat membantu.

Tiket bas dari ERL Salak Tinggi ke LCCT - RM5.50, harga termasuk tiket ERL dari Putrajaya ke Salak Tinggi dan tiket bas (update 25 Nov 2012)


P/S: Gambar-gambar dalam ni aku ambil dari google yer.