Thursday, December 31, 2020

Good Bye 2020, Welcome 2021

 Assalammualaikum semua, esok dah nak masuk tahun 2021, hari ni baru dapat  seru nak tulis blog...Tiba-tiba rindu pulak dengan blog.

Mungkin hujung-hujung tahun ni banyak memikir, jadi banyaklah mimpi-mimpi zaman travel muncul kembali...Almaklumlah tahun ni pergerakan kita semua terbatas akibat Covid-19.

Sudahlah, tak nak sedih-sedih lagi...InshaALLAH akan ada sinar baharu untuk kita di tahun 2021. PM pun dah umum akan mula berikan vaksin pada Feb 2021. Tak lama lagi dah tu...

Menjelang hujung tahun 2020, hari ni banyak urusan aku di luar. Ke bank dan Pejabat Zakat. Dah hujung-hujung tahun ni baru nak buat kan...Biasalah last minute namanya....😅😅

Urusan di bank pun dah sejam, bukan aku aje nak berurusan...Orang lain pun ramai jugak kan?

Perut dah berkeroncong, nak terus ke Pejabat Zakat nanti ramai orang lagi...Maka, aku pecut kereta nak makan di Moru Autism Cafe di Nilai. Tak jauh pun dari kawasan aku...Pusing sana, pusing sini, dalam 10 minit dah sampai...

Pagi tadi terliur pulak nampak posting dalam group di FB tentang Cafe ni...Padahal aku pernah tengok masa ke pejabat LHDN dalam 2 bulan lepas..Masa tu tak tahu apa nak order kan...

Aku tengok review macam best jugak. Jadi hari ni aku ambil keputusan nak cuba menu Nasi Goreng Petai Seafood. Katanya antara menu paling top di sini selain Set Ayam Penyet...

Masa aku sampai tu, ada staff Jaya Grocer Nilai tengah collect makanan yang mereka order. Ada 2 meja yang ada customer dan aku yang ketiga..Tak lama lepas tu, tinggal 2 meja sahaja termasuk aku..Menu asalnya Nasi Goreng Petai Daging, tapi aku lebih suka petai makan dengan seafood, barulah ngam aku rasa.

Tunggu order dalam 10 minit, makanan pun sampai...Memang betul banyak sungguh petai dalam Nasi Goreng tu....😂😂

Portion bagi aku banyak, mengah jugak nak habiskan tadi...Ada juga sambal penyet dan sup..Rasanya pedas-pedas manja, tapi bagi aku serius sedap...Sambil tunggu makanan siap, aku tengok dinding-dinding di cafe yang penuh dengan gambar Ekspedisi Mendaki Gunung...Fuih, lagi lah feeling lepas aku tengok gambar Gunung Kinabalu, Gunung Santubong. Rindu lama bertandang kembali..

Gambar paling latest mereka mendaki Gunung Kinabalu adalah pada 1-2 March 2020, 2 minggu sebelum kita semua kena PKP. Owner yang mengurus Cafe ini adalah seorang wanita, rakyat Sabah rasanya..Cantik jugak orangnya...Aku rasa, dialah yang jadi lead untuk aktiviti mendaki gunung ni...

Total bayaran untuk lunch tadi RM10.00 sahaja..Nasi Goreng Petai Seafood RM8, minuman panas RM2. Bagi aku, harga dan makanan sangatlah berbaloi. Memang puas hati..

InshaALLAH nanti aku akan tepek senarai  menu di cafe ni..


    

                                                         Nasi Goreng Petai Seafood - RM8



Set Nasi Ayam Penyet - RM9, tengok portion boleh tahan kan? Juga antara top menu di sini, selain menu Ikan Talapia, Itik Berempah dan ada juga Nasi Lalap Sabah.

    

                                                                    Cafe yang simple.


                                               

         Boleh search dan google Moru Autism Cafe di Nilai, bersebelahan pejabat LHDN Nilai sahaja...


Semoga hari yang lebih baik untuk kita di tahun 2021. Itu sahaja untuk posting tahun 2020 ini...Bolehlah buat welcome..Stay safe everyone...