Lama aku tak update blog, kerja di ofis agak melambak-lambak sekarang.
Boleh ke aku nak bercuti hujung bulan 11 nanti? Tengah kutip info lagi nih...Fulus lagi...
Weekend hari tu aku busy skit dengan wedding kawan sekolah aku di UPM and sekaligus gathering dengan kawan-kawan sekolah. Bila berjumpa, habis pecah gelak semua. Almaklumlah, tinggal kami-kami saja geng-geng yang masih single and kebetulan masing-masing dah duduk KL. Group kamilah yang paling kecoh skali kat dewan tu. Agak-agaknya malu pengantin dek gelagat-gelagat kami yang over acting nih.
Kami bersama Muzammil & Atikah - geng2 GGH
Kami berposing di meja makan - pecah dewan akibat gelak tawa kami.
Pengapit pengantin ni pun tak lama lagi, insyaALLAH bulan 3 tahun depan.
Actually kawan aku ni anak kepada pengasas Butik Siti Khadijah, Butik Siti Khadijah adalah butik yang menjual barang-barang keperluan Haji dan Umrah. Yang paling famous adalah telekungnya yang sangat-sangat berkualiti.
Tak salah rasanya kalau kita nak merasa pakai telekung mahal sekali sekala, tak pun kita boleh hadiahkan untuk mak kita, mak mertua ke (untuk yang dah ada mertualah). Kot-kotlah dapat duit bonus terlebih, bolehlah kita hadiahkan terlekung istimewa ni untuk insan yang tersayang iaitu mak kita or untuk diri sendiri.
Hadiah door gift dari pasangan pengantin - Telekung
Meh tengok website Siti Khadijah and boleh usha promotion yang ada.
Siti Khadijah Apparel
Lepas kenduri, kawan kami, Madie menjemput ke rumanhnya di Puncak Jalil untuk sambung gossip yang tak habis di kenduri Muzammil. Malam tu kami makan char key teow and pergi karaoke di Giant Equin Park. Macam nilah kalau kami berjumpa, mesti block date untuk aktiviti-aktiviti lain. Susah nak spend masa bersama-sama.
Siti Khadijah Apparel
Aku try rotate gambar ni tapi tak boleh pulak. Teleng orang tengok pamplet ni nanti
Kalau pakai telekung ni, tak payah pakai anak tudung dah. InsyaALLAH rambut tak keluar.
Hadiah beg telekung pemberian dari Siti Khadijah kerana testimoni kedua terbaik. Alhamdulillah...
Mesti korang nampak aku ni promote gegile pasal telekung Siti Khadijah kan? Mesti ingat aku dapat komisen apa-apa. Aku tak dapat apa-apa pun, cuma aku nak share keistimewaan telekung ni. Material yang digunakan adalah dari kain cotton yang tebal dan sejuk, yang penting tak jarang. Memang selesa sangat kalau buat solat. Dah lama aku mencari telekung macam ni, jenis kain tebal dan selesa. Sebelum aku lupa, design telekung Siti Khadijah ni direka oleh pengasas sendiri. Bukan dibeli secara pukal dan jual macam tu aje. Diaorang ada kilang di Sungai Merab. Kalau tak nak beli, datanglah tengok dulu, hati mesti terpaut, insya ALLAH.
Lepakking and gossiping di rumah Madie, bakal ibu Disember nanti
Resepi coklat moist macam yang sebelum-sebelum ni jugak.
Karipap frozen inti kentang dan daging - RM 5 = 10 biji
Resepi karipap daging/ayam (lebih kurang 70 biji karipap)
1 kg tepung gandum
5 sudu besar margerin/planta
400 ml air + 1 s/b garam
Cara-caranya:
1. Gaul margerin bersama tepung gandum
2. Masukkan air dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Tutup doh dalam bekas dengan kain supaya doh sentiasa lembab dan lembut. (Biarkan seketika)
Resepi untuk inti : Resepi asal mak aku
5 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
5 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
10 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1 inci halia – ditumbuk hancur
1 s/k jintan manis (kalau ada) – ditumbuk hancur jugak; habis pulak jintan kat rumah aku, so aku tak bubuh la
1kg ubi kentang dipotong dadu2
5 biji bawang besar (boleh dikurangkan kalau nak) dipotong dadu2 jugak
2 peket rempah kari ayam/daging Adabi – kacau dengan air dulu dalam bekas lain
½ peket daging cincang Ramly
1 sudu besar garam
Gula ikut suka
½ cawan minyak masak untuk menumis
½ s/b lada sulah/lada hitam
Cara-caranya
- Masukkan minyak dalam kuali
- Tumis bawang merah+bawang putih+halia hingga wangi
- Masukkan rempah kari yang dah dibancuh bersama air dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging cincang dan tunggu sehingga daging betul-betul masak.
- Bila daging dah masak, baru masukkan kentang yang dah dipotong dadu. Masak kentang agak lama sikit. Boleh tambah air
- Bila kentang dah sedikit lembut, masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
- Masukkan garam dan gula. Kacau rata.
- Tunggu sehingga kentang benar-benar masak dan bawang benar-benar layu. Masak lama sikit pun tak ape sebab tak nak inti cepat basi. Rasa garam sekali lagi, kalau tak cukup masin boleh tambah garam. Kentang memang menyerap banyak garam.
- Sejukkan inti sebelum mencanai karipap
Canai doh dengan menggunakan kayu penggelek dan terap bulat-bulat ikut cawan atau mangkuk untuk memudahkan doh tadi diletakkan dalam acuan karipap. Masukkan lebih kurang 1 s/b inti karipap dalam acuan tadi dan kepit. Kalau tak reti kelim karipap, biarkan saja ikut acuan. Kalau pandai kelim karipap, lebih baik dikelim supaya karipap lebih kukuh bila digoreng nanti.
Lepas dah siap buat karipap, masuk dalam plastic atau bekas, masuk dalam tempat freezer.
Sebelum pergi kenduri, aku sibuk menyiapkan tempahan karipap frozen dan moist coklat kek dari kawan-kawan sekolah.
biz karipap frozen lak ke sal...seronok tgk ko meniaga..ko buat ads dlm website mcm mudah ke? kasi tips skit!
ReplyDeletenti bila ko gi perth? sblm pi roger aku ek!
fatt...aku tak bisnez pun..ni request kwn2 sekolah...dieorg tu biase dok telan karipap mak aku..skrg order kat aku pulak...
ReplyDeletethanks for your tips..aku merangkak2 lg dlm donia blog nih...hehe..
fatt..aku mntk maaf, aku xjd pg perth...aku terjah melben duluk...sbb aku nak shoot pg sydney...aku dpt stay kt malaysia hall sana...perth aku nak pg thn dpn dgn mak aku, bwk mak aku backpackers....
aku nak tanye psl hostel kt melben dgn ko...aku tgk greenhouse backpackers tu mmg very nice...tp harga mahal sikit la...elephant backpackers mcm murah sikit...just tanye ko, mane satu lg ok? Malaysia Hall Melben full pulok mase tu...poning den...hehe