Monday, October 10, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (ii)

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (ii)

Lepas melawat Foo Ling Kong, aku pun memecut Honda EX5 aku ke destinasi seterusnya, iaitu Kota Belanda yang terletak tak jauh dari kawasan Teluk Gadung. Aku round kawasan pantai dulu, baru aku patah balik ke Kota Belanda.

Kat tepi pantai Teluk Gadong, aku nampak beberapa orang tengah mencari sesuatu di kawasan pantai, mungkin mencari siput-siput kot. Aku singgah kejap jer ambil few photos sebab jalan tu lengang. Takde orang pun.



Dah ambil gambar kat tepi pantai, aku pun patah balik ke Kota Belanda.

Sedikit sebanyak info berkaitan Kota Belanda

Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di selatan Pulau Pangkor. Kota yang berusia 324  tahun ini dibina pada tahun 1680. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu  penjajahan pertama Eropah di Perak. Tujuan pembinaanya ialah sebagai sebuah kubu  pertahanan bagi mengelak serangan lanun dan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah Belanda. Kota ini juga berfunsi untuk mengawal laluan barang dagangan di Perak terutamanya bijih timah. Sejarah Kota Belanda bermula apabila pihak Belanda menempatkan tentera mereka di Pulau Pangkor pada tahun 1680. Walaubagaimanpun seorang pahlawan tempatan yang bernama Panglima Kulup telah menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehingga berjaya menewaskan Belanda dan menghalau mereka dari Pulau Pangkor.

Singboard Kota Belanda


Replika Meriam


Tinggalan sejarah kubu Kota Belanda


Kubu lain semua dah musnah, yang ni jer tinggal untuk sejarah



Pandangan depan kubu

Langskap sekitar Kota Belanda


Lepas dah bersiar-siar di sekeliling Kota Belanda, aku berjalan ke depan sikit untuk tengok Batu Bersurat pulak.


Info about Batu Bersurat:

BATU BERSURAT

  
Batu besurat di Kampung Teluk Gedung Pulau Pangkor iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda.

Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang seorang budak lelaki dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataan perkataan Belanda serta Inggeris iaitu 'if Carlo 1743'.Tahun yang tercatat  di katakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh saekor  harimau.Walau bagaimanapun menurut penduduk tempatan,kisah ini merupakan rekaan semata mata oleh Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun.

 

Signboard Batu Bersurat



 Batu Bersurat ni makin lama makin membesar. Ada teori tak rasmi menyatakan batu ni kalau di darat akan membesar dan kalau di laut akan terhakis (sebab batu ni hidup)

Lukisan Harimau di atas Batu Bersurat - Image from Google


Batu Bersurat yang ada alur di tengah-tengahnya

Sayang tempat ni tak dijaga sebaiknya. Banyak dah diconteng-conteng, persekitaran pulak kotor dengan sampah.


Alur Batu Bersurat


Aku tak dapat nak snap gambar Harimau tu dari handset aku sebab tak clear, penuh dengan conteng-contengan. Pemandangan di belakang kampung nelayan agak cantik dan tenang.


Seolah-olah pemandangan dalam lukisan


Macam lukisan yang arwah ayah aku lukis masa kecil-kecil dulu.


Aku patah balik ke Kota Belanda sebab aku bercadang nak masuk kedai souvenier yang ada di tepi tu. Saja nak tengok-tengok souvenier yang ade.

 
Anjung tinjau yang tak jadi sebab jauh dari pemandangan laut





Aishah Craft - Souvenier shop sebelah Kota Belanda



Aku suka tengok fridge magnet ketam, udang nih. Satu RM6.90, dua RM 10.00



Antara fridge magnet yang dijual di sini



Nanti aku sambung lagi part makan-makan pulak. Memang terbaeklah...

No comments:

Post a Comment