Travelogue Melbourne/Sydney - Day 1 (Part 1)
Boleh refer link atas yer untuk baca entry sebelum ni. Aku mintak maaf, aku busy amat untuk siapkan entry ni. Banyak lagi benda yang aku nak share dnegan korang nanti.
Meh aku sambung balik story sebelum aku makan nasi goreng kampung ni. Lepas dah ambil gambar semua, aku pun bercadanglah nak turun bawah sebab nak order dinner. Masa aku tolak pintu tu, tetiba ada orang tolak pintu dari luar. Ops! Aku share bilik dengan orang ke? Ada seorang kakak yang agak rugged menjengah masuk. Umur aku budget dalam 40-an.

“Saya kene pindah bilik sebab ada husband n wife nak masuk bilik sebelah,” ramah kakak tu berbicara.
“Saya pun baru sampai kak, baru masuk. Ni nak pergi order makanan.” Aku membalas.
Sempat berborak kejap dulu sebelum turun bawah. Kami bersalaman dan perkenalkan diri. Itulah Kak Teh, roomate baru aku. Memang ramah orangnya. Siap promote kata air teh tarik kat kitchen Malaysia Hall sangat sedap. Pergh!!!!!!!Terbaek!!!!!!!
Sebab perut dah berkeroncong, aku mintak diri nak turun bawah. Sebab lapar sesangat. Lepas dah makan, barulah aku rasa segar sikit. Dah dapat energy katakan. Sambung borak lagi dengan Kak Teh yang ramah tamah.
Kak Teh kata dia tunggu kawan dia, kalau kawan dia nak datang. Kalau tak datang pun tak ape. Yelah, last minit inform orang, mungkin orang tu sibuk or ada hal lain.
Dalam 15 minit, tetiba Kak Teh dapat call kata kawan dia dah sampai. Kawan dia pun naiklah ke bilik kami. Sekali kawan dia ajak Kak Teh keluar. Aku pun diajak sekali. Aku pada mulanya seganlah jugak. Hish, mula-mula sampai dah nak ikut orang. Biar benar aku ni? Tapi nampak kesungguhan Kak Teh dan kawannya, maka aku pun ikutlah jugak dengan muka tak tau malu.
Aku mintak izin salin baju sekejap memandangkan aku tak sempat mandi lagi. Dalam 10 minit kemudian, kami bergerak dengan Estima kawan Kak Teh. Aku ikut jer kemana diaorang bawak. Menumpang katakan.
Skali kawan Kak Teh, Kak Munirah namanya, bawak kami ke kedai makan. Alamak, perut aku dah kenyang ni. Macam mana? Ikut ajalah.
Kawan Kak Teh bawa kami ke kedai Taste of Thai, kedai yang agak kecil di tepi Randwick Street. Kami hanya mengikut apa saja yang Kak Munirah order. Kita kan menumpang, ikut sajalah.
Lebih kurang 10 minit drive, kami pun sampai. Parking kereta and menapak lah beberapa langkah. Hujan turun renyai-renyai pulak tu. Kami pun tiba di restoran Taste of Thai. Aku and Kak Teh serahkan segalanya pada Kak Munirah. Maklumlah dia dah lama di sini. Kami diberi menu, aku hanya melihat harga-harga dalam menu sambil terbeliak mata dalam hati. Kak Munirah order masakan panas bersama nasi putih. Pelayan yang mengambil order dari kami bertanya pada Kak Munirah sama ada mahu makanan dihidangkan satu persatu or sekali. Kak Munirah mahu semua sekali, tak nak hidang satu persatu. Sementara menunggu order siap, aku pun keluar ambil gambar.
Kedai Taste of Thai ni nampak sedikit kecil dan sedikit crowded, mungkin sebab orang tengah ramai masa ni. Lepas dah melihat-lihat keadaan di luar, jangan terkejut bila aku masuk dalam, makanan sudah dihidangkan. Rasanya tak sampai 10 minit kot. Express gila.
Aku saje jer tak nak bagitau menu-menu yang kami order..Saje nak dera korang sikit..
(02) 9399 7911

Restoran Taste of Thai
Kak Teh dah tunjuk thumb up nampak makanan yang sangat menyelerakan.
Aku pulak nak posing dengan makanan bersama Kak Munirah
Aku macam anak tengah tunggu mak hidangkan makanan
Menu utama : Padprik Beef King - seyes sedap gila, cukup rasa, tak terlalu pedas atau masam, manis sedikit.
Menu kedua : Mix Tomyum - ada seafood n ayam, aku memang cedok udang jer. Udang die besau and fresh tau. Lepas tu letak fresh white button. Rasa tomyum ni memang enak bangat. Aku asyik menghirup kuah sebab sedap sangat...Rasanya memang kena rasa sendiri, aku tak tau nak describe macam mana.
Menu ketiga : Salad lah kengkononnya.. Ni adalah gado-gado salad. Pergh kuahnya mantap, macam makan kuah pasemboq kat Penang tu aih...
Last but not least: Paradise Prawn - udang goreng tepung yang sangat fresh and besar. Best gilos...
Lauk-pauk di atas kami makan bersama nasi putih panas-panas. Air, cuma sky juice. Jaga kesihatan. Semua benda dah ada rasa, tak kan nak minum air manis lagi. Perut aku rasa nak meletup sebab kekenyangan and sangat-sangatlah sedap. Alhamdulillah rezeki bertemu Kak Teh and Kak Munirah.
Total semua makanan ni AUD 50.30 rasanya and semua ni Kak Munirah belanja. Ya-Allah, semoga Kau murahkan rezeki Kak Munirah sekeluarga di atas kebaikan yang telah dia taburkan pada kami yang datang secara mengejut ke Sydney.
Lepas dah selesai semua, Kak Munirah menghantar kami kembali ke Malaysia Hall. Macam balik hostel pulak rasa. Hujan dah semakin lebat. Rasa pulak makin sejuk. Aku ni dah macam kambing sebab sehari tak mandi. Lepas pekena hot shower, mata aku dah tak boleh bukak. Aku tidur dengan nyenyaknya sampai keesokan harinya.
Untuk sesiapa yang berminat nak makan di kedai halal Taste of Thai ni, boleh tengok alamat tertera di bawah ni. Cuma, jangan pengsan ya tengok harga nanti. Hehehe.. Mungkin nilah rezeki makanan aku yang kene buang sebelum ni...
23 Belmore Road
Randwick NSW 2031, Australia
Randwick NSW 2031, Australia
dulu masa pes time ke sini aku planning nak duduk kat msian hall. tapi apa yg aku rancang jadi lain, elok dah setel & confirm dgn org sana tetiba plan bertukar. sebab jauh dari city so aku tukar planning. aku dok kat 1 hostel di circular quay dan masa tu aku dpt menginap free sbb aku first customer. hehehe...rupanya tmpt tu baru launching & aku first guest :)
ReplyDeletethen aku duduk kat umah member kat sydney. kebetulan plak kwn aku tau aku dtg jadi dia bersungguh2 nak host aku.
aku pun rasa ni rezeki ko..wlpun sblm tu makanan yg ko bwk dah kena buang tetiba datang rezeki org nak belanja...pglmn masa jadi musafir ni mmg tak ternilai...selagi niat kita betul, insya Allah akan dipermudahkan :)
bertuahnya da org lanjerr...sedap tu makanan..
ReplyDeletezila,
Deletealhamdulillah...bak kata fatt, allah gantikan rezeki makanan yang dibuang sebelum tu..mmg sedap sgt makanan kt kedai tu..