My Caramel Cake
My First Trial
Aku selalu tengok Kak Ita dari blog Masam Manis buat kek karamel. Yang aku tau kek ni memang very colourful. Aku tak pernah rasa pun sebelum ni. Satu hari, housemate aku bawak balik kek ni dari rumah makcik dia. Aku pun rasalah sepotong. Ya-ALLAH Subhanallah...Sedapnya nok.... Aku la yang dok ulang-ulang makan kek tu. Bagi aku sangat sedap....
Maka aku pun tetiba nak buat kek ni untuk diberi pada seseorang sebagai buah tangan. Huh, ada hati nak buat experiment tuh. Aku pun godek-godeklah rumah Kak Ita. Kak Ita, kalau Kak Ita baca ni, memang saya selalu ikut resepi akak. Sebabnya saya jadi teruja bila baca blog akak, semua saya nak try kalau boleh.
Bukan calang-calang nak buat kek ni, tapi kek ni sangat sedap, so...Aku nekad nak buat kek ni. Aku dok baca beberapa resepi dari internet. Aku nak betul-betul faham macam mana cara membuatnya. Ada 4 bahagian atau turutan untuk membuat kek ni.
Rupa sebelum masak lepas dilorekkan dengan lidi.
Rupa selepas masak - kek dha renggang dari acuan
Rupa selepas diterbalikkan - pudding karamel sedikit cacat.
Resepi asal dari : Kak Munira Baharum
Tunjuk ajar oleh : Kak Ita Blog Masam Manis
Kak Ita, saya copy and paste resepi dari rumah Kak Ita ye. Senang untuk kawan-kawan refer sumber resepi ni nanti. Saya ada olah resepi ni ikut cara saya and terpulang pada kawan-kawan untuk ikut cara masing-masing.
1. Gula Hangus & Karemel
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

**Saya punya gula hangus cair tak sekata, jadi berkumpul di tengah. Lain kali kene cepat sengetkan loyang sebelum gula mengeras.
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair – saya gandakan jadi 1 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla – 1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur – saya guna 6 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut. (mula-mula confuse sebab ingat kene kacau atas api, tapi rupanya tak payah, tak perlu guna mixer pun)
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
2. Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

***Lepas dah buat merinque ni , baru saya blend bahan untuk kek. Sebab bagi saya macam susah pulak kalau dah blend bahan kek and baru nak blend merinque. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing yang mana senang.
3. Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4. Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja
Pembahagian warna.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak - (saya buat 4 warna)
Letakkan pewarna yang anda sukai - (warna yang saya pilih, burgundy, hijau, peach and putih – sebab tu kek saya terlalu colourful)
Letakkan pewarna yang anda sukai - (warna yang saya pilih, burgundy, hijau, peach and putih – sebab tu kek saya terlalu colourful)
**Warna putih tu nak cover warna yang terlalu colourful tu sebenarnya.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C – mungkin oven saya kena guna suhu 170C sebab pudding caramel masih lagi berair.
Gunakan api bawah sahaja.
Gunakan api bawah sahaja.
** Saya mintak maaf sebab tak ikut cara Kak Ita, dah buat tengah-tengah malam, saya nak cepat habis jer dan pembahagian warna kek pun tak sekata, first time cuba.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Rupa kek selepas di potong - pudding karamel telah mengeras di dalam peti ais.
** Saya cadangkan, kita simpankan kek ni dalam peti ais dulu supaya pudding karamelnya betul-betul mengeras. Sebab tak sabar nak tengok kejadiannya, saya terbalikkan di atas pinggan tanpa simpan dalam peti sejuk dulu, sekali tengok-tengok terabik sikit. Nak buat macam mana, tapi bila makan sedap jer.
Apa-apa pun, nilah first time saya cuba kek ni. Memang harus repeat lagi untuk dapat rupa kek yang lebih cantik. Terima kasih pada Kak Ita blog Masam Manis dan blogger-blogger lain yang telah sudi mengajar cara step by step untuk membuat kek yang mencabar ni.
No comments:
Post a Comment