Gambo ihsan dari Cik Guggle
Dah hampir 10 hari dalam bulan Januari 2012 ni baru aku nak ucapkan Happy New Year 2012. Maafkan aku sebab terlambat. Aku tersangat busy menjelang tahun baru 2012.
Actually, banyak benda yang terjadi di saat-saat hampir bertukar tahun ni. Beberapa minggu sebelum 2012, aku dapat email berkenaan exam aku DCAM. Confirm aku kena seat for the exam on early January. Uwaaaaaaaa...Orang sibuk nak ber’new year’, tapi aku sibuk nak ber’exam’.
Dalam masa yang sama juga, ada auction yang kami take note, 30 Dec 2011, 9 Jan 2012 & 11 Jan 2012. Kerja aku sepanjang bulan 12 tahun lepas, check browser iProperty & Mudah.com. Semuanya sebab nak usha-usha rumah yang kami boleh masuk auction. At the same time, budak-budak ofis aku pulak mintak tolong aku carikan rumah sewa untuk dieorang jugak.
Tengah mencari-cari, ada iklan rumah di Kota Warisan untuk dijual. Kami siap pergi usha-usha lagi. Lokasi dia memang aku sangat-sangat puas hati lah. Tapi yang sedihnya, market value adalah rendah dari yang sepatutnya. We have to let go. Takde rezeki.
Aku teruskan activity searching aku. Nampaklah beberapa spot best. Tup-tup nampak few houses kat area Salak Tinggi untuk dilelong. Ape lagi, terus masuk dalam list. Next step pergi usha-usha rumah tu. Lepas usha, pergi bank tanye market value.
Rumah pertama yang kami tengok, rumah tu adalah rumah semi d yang dilelong pd 254k. Kawasan rumah tu memang idaman Mr L sebab tanah luas katanya. Second choice rumah teres 2 tingkat yang baru 2 tahun diduduki. Tulah advantagenya. Starting lelong 170k.
Next step, Mr L pergi tanya market value. Katanya rumah tu boleh pergi sampai 250k sebab rumah baru. So target kami, rumah tu mesti bawah market value kalau nak beli.
Menjelang hari kejadian, aku dengan tertekan dengan exam, tertekan dengan auction lagi. Aku tak berharap kami akan menang kali ni. Sebab aku dah pernah pergi auction untuk rumah area Enstek dulu. Bayangkan hampir 20 orang yang masuk auction mase tu, lepas tu muncul isu kaveat pulak. Memang aku terkejut beruk mase tu. Dah la first time, kena angkut cash yang banyak lagi, nak menghadapi ulat-ulat lagi, Mr L kat Mekah pulak masa tu. Beratnya tanggungjawab aku mase tu. Tapi kenangan manisnya, tulah first time aku bertemu dengan MF, teman dari alam maya. Tak sangka melekat sampai sekarang pulak. Kalau ingat memang gelak dekah-dekah. Macam pergi blind date pulak.
Mr L dah plan baik punya untuk pergi auction, dah siapkan bank draft. Tapi 2 hari sebelum hari kejadian, dia kena task yang banyak pulak. Balik kerja pagi, terus pengsan. Dia bagitau aku, boleh ke aku temankan dia pergi auction sebab dia takut tak boleh drive sebab ngantuk.
Pagi Jumaat yang barkah tu 30 Dec 2011, aku bangun awal dari biasa, siap-siap dan pergi ambil Mr L. Aku yang drive ke Shah Alam. Auction pukul 10.30, tapi kami kene register awal. Kami sampai awal, dah breakfast dulu. Nota n soalan exam ade je kat tangan aku, tak mo buang masa. Dengan kaki terhincut-hincut sebab muscle aku terkoyak skit, gagahkan diri jugak teman Mr L.
Bile pergi auction, aku akan berpakaian macam orang pokai takde duit. Sebab aku tak nak ulat-ulat datang kacau aku, nak offer itu ini. Dalam pukul 9 lebih, kami register untuk bidding.
Ulat dah start offer Mr L macam-macam. Tapi Mr L berkeras untuk masuk bidding jugak. Tak sampai 10.30 kami dipanggil masuk. Debor weh...Sebab aku teringat kes dulu, auction rumah di enstek. Ade bape orang jer yang masuk bidding untuk rumah ni. Seyes aku tak nak berharap. Nanti berharap kami sendiri yang akan kecewa. Aku redha, dapat or tak, lain cerita.
Gambo rumah Cik Google lagi
Lepas tu kami keluar sekejap untuk bagi laluan pada pihak bank sediakan dokumen. Ada drama sebabak pulak lepas kami menang rumah tu. Kalau aku rajin nanti, aku cite. Lepas drama tu, kami rasa sedikit tergugat.
Memang banyak risiko-risiko ambil rumah lelong ni, tapi semuanya kita harus kaji n study. Apa-apa pun, carilah rumah, kereta or barang-barang yang kita boleh ukur di badan sendiri. Bukan ukur di badan orang. Siapa yang tak nak rumah besar, kereta besar, tapi check kewangan kita dulu, mampu atau tak. Bila tak mampu, tapi kita nak jugak, then kita mula skip bayaran bulanan rumah tu dan mula jadi hutang tertunggak, maka lama-kelamaan rumah kita pun boleh dilelong.
Rumah ni bukannya boleh dilelong sehari dua, tapi kadang sebab dah berbulan-bulan tak bayar. Lepas tu sebab bank dah tiada kepercayaan lagi pada peminjam tersebut.
Kenapa rumah lelong yang jadi pilihan kami? Aku pada mulanya takut dengar istilah lelong. Sebab rumah lelong ni slalu digambarkan sebagai rumah yang buruk, usang, rosak teruk dan sebagainya. Siapa yang nak rumah yang buruk, huduh. Kita sebagai manusia normal, mesti nak rumah yang baru siap, cantik, ikut pilihan dan citarasa kita.
Lepas tu, korang tengok pulak harga rumah sekarang ni? Susah nak dapat harga rumah bawah 200k even setingkat. Sekarang harga rumah di area Selangor mencecah 300k - 400k ke atas. 500k,600k pun dah melambak sekarang. Banyak pasangan yang combine loan untuk masa sekarang. Bayar rumah saja dah beribu-ribu, masuk loan kereta lagi. Apa lagi, masyaALLAH. Menjelang 2012, harga rumah akan meningkat lagi 10%. Korang bayangkan macam mana. Meningkat lagi harga rumah, maka makin banyaklah rumah yang akan dilelong.
Aku n Mr L sama-sama kerja swasta. Memang susah skit untuk dapat loan kalau nak cari rumah yang over dari budget kitaorang. Bank kalau dengar kerja gov, hepy. Tapi kalau swasta, nak tengok slip gaji dulu, apa lagi hutang yang kita ada, berapa anggaran rumah yang kita nak beli. Kami target rumah yang bawah market value, so senang nak buat loan n yang paling penting kata Mr L, rumah tu dah siap dibina, kita tak risau rumah tu tak siap or terbengkalai. Cuma cons nya, kami kena laburkan cash yang banyak untuk beli rumah lelong. Tapi untungnya di kemudian hari. Apa yang aku tulis ni adalah pendapat aku n knowledge berkenaan rumah yang amat cetek ilmunya. Mula-mula memang aku kurang percaya dengan rumah lelong, tapi lepas aku sendiri kena turun auction, merasai pengalaman auction tu. Aku bukan turun auction bodoh-bodoh gitu jer, tapi aku memang study and buat research berkenaan rumah-rumah lelong ni. If tak study, takkan aku nak redah menonong jer. Tapi study and research tak memadai kalau tak buat praktikalnya. Aku tau pengalaman aku masih terlalu sedikit, tapi tak salah kalau aku share.
Malamnya aku masih lagi blur, mungkin banyak sangat bebanan dalam fikiran. Keesokkan harinya, kami pergi ke pejabat pemaju perumahan yang buat projek perumahan rumah tersebut. Saja nak tanya-tanya berkenaan rumah yang yang kitaorang menang lelong tu.
Dari hasil risikan yang kami dapat, tapi bukan berkenaan rumah yang kami menang, tapi berkenaan rumah baru. MFCB Developer will launch new phase houses in Taman Mawar @ Bandar Baru Salak Tinggi. Starting price RM298k for terrace double storey house with 4 rooms. Aku tak ingat berapa kaki persegi. MFCB will launching the new houses in March or April 2012. Untuk rumah yang tengah bina sekarang iaitu Taman Mawar Amelia, masih ade lagi few houses yang tinggal, semuanya End Lot and Corner Lot. Tapi harga dah mencecah RM380k.
Info berkaitan rumah :
2) Mawar Amelia
3) MFCB - antara pemaju yang boleh diyakini memandangkan dieorang ni terlibat dengan bisnes oil & gas.
Dalam pada masa yang sama, aku masih lagi fikir pasal rumah. Malam New Year aku rasa tak tenang. Padan muka sendirilah kan, sapa suruh amek exam dekat-dekat dengan New Year. Mase tengah jam road block malam tu, baru aku teringat yang lesen aku dah mati. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii...............Semua aku dah lupa, pressurenyaaaa.......
Mr L dah start prepare dokumen untuk submit loan. Kitaorang kene cepat, sebab masa yang diperuntukkan adalah 120 hari dari tarikh lelong untuk dapatkan loan bank, nak setelkan baki loan. Malam sebelum exam, aku tak boleh tidur, dapat semangat kobar-kobar pulak. 5 Jan 2012, Mr L teman aku pergi exam, sebabnya kami akan terus ke bank lepas tu untuk submit loan.
Terima kasih Cik Google
Debor aku nak pergi exam. Rasa macam nak give up pun yer jugak. Aku buat setakat mana yang aku mampu. MCQ beb, mana boleh goreng. Jawapan semestinya mau accurate. Lepas habis exam, Mr L dah separuh pengsan sebab tak tidur malam, baru habis shif teman aku pergi exam pulak (die tidur dalam kereta ok..bukan hantar aku sampai ke exam hall, malulah aku kalau gitu, nampak macam very tak independent pulak)
Kami ke Pejabat Pos dulu sebab nak renew lesen aku. Aku jadi pending renew lesen sebab pejabat pos penuh dengan orang-orang kaya yang nak update ASB. Last-last aku cancel sebab kalau aku tunggu, urusan bank aku tak berjalan lah nampaknya.
Lepas tu gagah ke JPJ tengok orang ramai ke tak.. Ramai jugak, jadi pemandu haram lagi aku. Singgah ke KWSP untuk ambil latest statement akaun. Photostat semua dokumen yang baru dapat. Yang lain-lain aku dah setel copy di ofis bersama pengesahan majikan lagi.
Aku terlupa, sebenarnya, aku n Mr L sama-sama beli rumah dalam 1 masa. Aku ambil rumah setingkat yang berharga 100k dan Mr L ambil rumah lelong yang berharga 210k. So, 2 loan kena submit dan asing-asing ya. Tapi Mr L tak dapat surat pengesahan dari majikan lagi, so akulah yang kena proceed dulu.
First bank yang kami terjah adalah CIMB bank, bank dari zaman aku sekolah lagi sampailah sekarang. Tengok berapa yang dieorang boleh tawarkan. Market value untuk rumah aku adalah 120k-130k. Tapi aku dapat dalam 100k. So aku ada extra 20k lebih kurang la. CIMB mintak aku buat salinan saving-saving aku di tempat lain sebagai dokumen tambahan.
Habis CIMB, kami bergegas ke RHB bank pulak. Tengok pulak berapa rate yang best untuk home loan. RHB pulak suruh aku isi borang pasal Health Condition dan satu surat yang ditandatangan oleh si pembeli dan si penjual, kira kena jumpa owner asal rumah tulah. Last untuk hari ni, Bank Islam. Bank Islam pulak suruh aku listkan hutang-hutang yang aku ada sekarang, keretalah apa lagi. Lain bank lain caranya Aku dah tahap mamai masa ni. Otak aku dah sangat-sangat letih. Semalam perah otak tak tidur malam, hari ni kejar pergi sana sini, memanjat tangga bank.
Apa yang aku dapat simpulkan, buat masa sekarang, aku tak nak komitmen bulan aku terlalu tinggi. Aku nak bayaran bulanan aku adalah rendah-rendahnya buat masa ni. Nanti dok kalut bayar rumah, macam mana nak saving untuk travel pulak. Dah setel semua, aku nak cepat-cepat balik, nak mandi semua. Malam tu aku tidur awal sebab kepenatan.
Meh aku listkan dokumen untuk submit loan pada bank supaya semuanya lengkap. Bila dokumen dah lengkap, memudahkan pihak bank untuk proses borang kita tu.
- Salinan IC depan belakang
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terakhir
- Surat pengesahan dari majikan – kalau probation or status kontrak memang susah la, kena cari gerantor pulak.
- Salinan statement bank – untuk tengok gaji masuk
- Salinan KWSP yang terbaru – nak tengok berapa jumlah dalam akaun kedua kita
- Salinan geran atau SMP – untuk rumah aku pakai salinan geran sebab rumah ni dah habis bayar
- Surat dari majikan terdahulu – kalau kita pernah tukar kerja sebelum ni
- Borang EA (borang cukai)
- Salinan simpanan-simpanan dalam akaun lain – ASB, Tabung Haji, AHB, Sijil Premium (sesetengah bank mintak untuk tengok kita ni jenis menyimpan or tak and nak tengok strong tak financial kita
And paling penting skali, sila mintak HR company anda sign dan cop setiap dokumen yang kita nak submit pada bank. Jangan lupa bawak original copy sebagai bukti semua salinan yang kita berikan. Bila semua dokumen dah lengkap, proses pinjaman tu agak mudah. Tak payah nak pergi 2,3 kali ke bank nak submit itu ini. Last-last orang bank pun jadi fedup.
Proses loan ni mengambil masa lebih kurang 2 minggu atau 10 hari bekerja. Pihak bank akan call kita untuk bagitau samada loan kita approved atau tak. Seelok-eloknya, kita submitlah loan untuk beberapa bank skaligus. Jangan malas atau nak senang-senang dulu, submit kat satu bank yang kita dengar atau konon-kononnya percaya boleh bagi rate paling rendah. Skali bank tu tak approve or tak bagi feedback baru kita kelam kabut nak submit pada bank lain. Dah jadi 2,3 kerja. Jangan pemalas yer. Biar penat skali, dari penat berkali-kali.
P/S: Untuk Lynd yang amek exam GRE pada 30/12/2011, aku selalu doakan hang berjaya and dapat sambung PHD di oversea nanti. To my BFF, Nurhikmah Farahzana yang ada interview SPA pada 5 Jan 2012 yang lalu, aku selalu doakan ko berjaya.
alhamdulillah, boleh dikatakan apa yg ko rancang hampir terlaksana. aku hrp urusan pindah milik rumah tu selesai dgn baik wlpun ada drama sebabak.
ReplyDeletemcm yg slalu kita sembang tu, siapa sangka dulu ko plan cam gini tetiba Allah bagi ko something yg lagi baik..obviously Allah adalah perancang yg terbaik. aku hrp lepas selesai hal rumah ni ko bleh la fokus utk persiapan kawin
all the best to u. aku tumpang gembira utk ko :)
baya tgk balik post ni baru aku ingat tarikh interview aku hihii Alhamdulillah doa ko makbul juga.. terima kasih my BFF
ReplyDelete