Monday, December 19, 2011

Triffle Puding

Puding Triffle yang wallaaaaaaaaaaweeeeeeeeeeiiiiiii

Ada sorang kawan yang memperkenalkan puding triffle pada aku. Aku rasa puding triffle tu sangat-sangatlah sedap. Sebab aku tak pernah makan puding triffle sebelum ni. Triffle ni diambil sempena nama TRIPLE = TIGA. kalau kita tengok, puding triffle ni pun ada 3 lapisan. Lapisan kek, lapisan jelly dan kastard. Aku pun tanyalah macam mana nak buat respei ni, tapi memandangkan makcik dia yang buat resepi ni, so dia suruh aku google.Maka terjumpalah resepi mantap ni dari misz su dari My Resipi.

Last 2 weeks ada birthday boss di ofis, so aku pun buatlah puding triffle untuk dessert. Aku buat 3 bekas tupperwear yang besar. Untuk staff seramai 50++. Masa tu aku tak sempat ambil gambar puding sebab busy sangat. Last week aku buat lagi untuk dibawa pulang ke kampung. So dapatlah aku snap photo untuk masukkan dalam blog ni.
 

Puding triffle


Resepi dari misz su dari MyResipi yang sangat-sangat sedap. Tumpang share di sini ya sebagai rujukan nanti.


Boleh refer pada link di atas. Cuma saya ubah cara-cara pembuatannya mengikut nasihat kawan saya.


Bahan-bahan ( 5-7 )
  • 1 tin susu cair/ 400 ml fresh milk.
  • 1 sudu besar
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard = 400ml
  • Saya guna kek London Roll yang peket kecil-kecil tu, kek ni sangat sedap dan lembut.
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 
  • 1/2 tin buah pic - kalau tetamu ramai, gandakan sukatannya.
  • 1/2 cup buah blueberry**
  • 10 biji buah strawberry**
  • 1/2 tin nata de coco**
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona - saya guna perisa Rasberry, warna merah.
  • 1 mangkuk air panas/400 ml air untuk jelly.
Bahan yang bertanda ** adalah optional. Kalau takde pun takpe.

Cara-cara -

  1. Susunkan kek gulung tadi sehingga habis.
  2. Masukkan 400 ml air tadi bersama dengan serbuk jelly tadi. Dikacau sehingga semuanya hancur di dalam periuk atas api. Setelah semua jelly telah hancur, tutup api dan tuangkan di atas lapisan kek yang kita susun tadi.Biarkan seketika. Lapisan jelly diletakkan atas kek supaya manis-manis dan masam jelly akan masuk ke dalam kek. itulah yang kawan saya kata. Tapi terpulanglah pada individu masing-masing macam mana yang anda suka.
  3. Boleh juga letakkan separuh buah -buah campuran, blueberry, strawberry di atas lapisan jeli yang sedang menyejuk tadi. 
  4. Panaskan susu ideal di dalam periuk bersama gula. Kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air sejuk tadi. Kacau sehingga kastad betul-betul pekat dan tuangkan di atas lapisan jelly dan kek.
  5. Letak semua buah-buahan di atas lapisan kastad dan biarkan sejuk di dalam peti ais. Sedia untuk dimakan. Boleh juga letakkan whipping cream atas pudding untuk rasa seperti ais krim. 

 Lapisan pertama - lapisan kek bersama jelly

     Lapisan kedua - lapisan kastard dan buah koktel


 Lapisan terakhir - kek dan jelly sebagai penutup.

Sebenarnya saya ada buat 2 version triffle. Yang dalam gambar ni, saya buat 2 lapisan kek dan jelly atas bawah. Bahagian tengah adalah puding kastad bersama dengan buah-buahan.

4 comments:

  1. salam..
    petang baru akak dapat singah..
    sedapnya triffle salah satu dari dessert yang akak suka..
    dah lama dah akak tak buat triffle..
    kali ni mesti lagi sedap sebab berlapis2 dengan jelly..
    nanti akak nak cuba juga lah resepi ni nampak menarik!!

    ReplyDelete
  2. salam..

    kak ita..terima kasih kerana menyinggah rumah sy yang xseberapa ni..

    kwn sy yg perkenalkan puding triffle ni. klu x, xpernah makan pun...sbb sedap sgt, sy tanye resepi, tp die xtau n suruh sy google. sy pun ikutlah resepi dr myresipi ni...nk lg sedap letak whipping cream kt lapisan atas...mmg lg yummy lah jwbnya...tp sebab sy dh malas, sy bt lapis2 mcm tu jer...klu ikut rsepi asal, die suruh basahkan kek dengan air buah dalam tin tu, tp kwn sy ckp, lapiskan jer dnegan jelly...so air masam2 jelly tu akan meresap masuk dalam kek...tp terpulanglah kan..ikut taste dan cara masing2...

    ReplyDelete
  3. sedapnya triffle...

    kalau baru klua peti ais...lalu tekak , sangat2 la enaknya :)

    ReplyDelete
  4. Kak Es,

    Maafkanlah sy sebab lmbt nak reply post ni n terima kasih sebab sudi singgah. Sy busy sgt lately ni.

    Betul kata Kak Es, klu cuaca panas2, lepas tu menikmati triffle sejuk dari peti ais, alangkah nikmatnya...

    ReplyDelete