Monday, May 3, 2021

Cerita sedih March dan April 2021

 Part 1, Tragedi March 2021





Salam 21 Ramadhan...

Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Mei, dah masuk fasa terakhir Ramadhan..

2 bulan aku tak update apa-apa di blog, fb, ig melainkan tentang bisnes sahaja.. Aku rasa berat sungguh nak menulis apa yang terjadi...

Tragedi di bulan March, di mana kucing kesayangan aku, Milo telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..Aku membela Milo hampir 9 tahun lamanya..Dari aku bujang, sampailah anak dah tiga..

Kejadian tu berlaku di waktu tengah hari di mana Milo telah dibelit dengan ular sawa Batik sejurus selepas makan tengah hari. Aku di dalam bilik waktu tu, tiba-tiba mak aku teriak dari dapur kata Milo dibelit ular..Terus berderau darah aku...Mak aku suruh call Bomba..

Dalam terketar-ketar aku cuba dail nombor 999 untuk beritahu hal kecemasan ni.. Nasiblah suami aku ada di rumah waktu tu..Kalau tak lagi lah tak boleh buat apa.

Suami aku sedaya upaya cuba menahan ular sawa tu dari masuk hutan di belakang rumah aku..Dia dah tahu yang Milo dah tak ada sebenarnya waktu tu...😢😢😢

Sejurus lepas aku call Bomba, aku dapat call dari pihak JPAM yang kebetulan ada berhampiran di rumah aku..Tak sampai 10 minit, bell di depan berbunyi..Aku terus buka pintu dan maklumkan yang kejadian berlaku di belakang rumah..Mereka terus bergegas ke belakang rumah.

Dengan tindakan pantas pihak JPAM, salah seorang pegawai JPAM lantas menarik ekor si ular sawa dengan kuat tanpa sebarang senjata. Tujuannya supaya ular sawa tu tak dapat lari masuk ke dalam hutan. Dengan pantas juga, pegawai tersebut dapat menarik ekor dan mencekak leher si ular sawa. Milo dah terkulai lemah dalam belitan ular sawa tersebut di samping beberapa gigitan di sekitar badannya..

Aku rasa nak menjerit tengok tubuh Milo yang dah terkulai. Setelah bergelut dengan ular sawa itu lebih kurang dalam 5 minit, ular sawa itu selamat ditangkap ke dalam guni oleh pegawai JPAM tersebut. Kata pegawai JPAM tu, bagus tindakan suami aku yang menganggu tumpuan ular sawa tu dari masuk ke dalam hutan, jika tidak lagi susah nak tangkap ular tersebut dan kami pun akan rasa ketakutan sebab tahu ular sawa tersebut masih di situ...

Tak mustahil juga kucing-kucing aku atau jiran-jiran akan menjadi mangsa ular tersebut lagi..Dalam linangan air mata, aku memeluk Milo kuat-kuat..Kami tutup tubuh Milo dengan kain sementara menunggu lepas Asar sebab cuaca terlalu panas ketika itu..

Aku memanggil abangnya si Boboiboy dan kakaknya si Yaya untuk mencium tubuh adiknya Milo buat kali terakhir. Jiwa aku jadi kacau seharian...Malam tu aku tak boleh tidur teringatkan Milo yang dibelit ular sawa.

Milo bukanlah kucing yang manja dengan keluargaku..Tapi aku suka melihat kelibat Milo yang agak gebu dan warnanya yang putih oren, menjadikan dia begitu comel..Banyak kisah yang terjadi dengan Milo sejak dari kecil. Masa tahun 2014, aku dan suami tak tahu rupanya Milo terkurung dalam rumah selama seminggu kami balik ke kampung..Sejurus kami sampai dari kampung, aku tengok rumah kucar kacir..Rupanya Milo tertinggal di dalam rumah..Kesian Milo kelaparan. Alhamdulillah masih panjang lagi usia Milo ketika itu.

Tahun lepas, sejurus sebelum PKP 1.0, Milo hilang dari rumah 3 hari..Masa tu aku kata, mungkin dah sampai masa Milo..Sekali suami aku nampak Milo selang beberapa buah rumah dalam keadaan lemah. Jadi suami aku tangkap Milo dan bawa pulang. Aku cuba call Vet dtapi klinik dah tutup.

Esok pagi aku terus bawa Milo ke klinik. Kasihan tengok keadaan Milo yang lemah, makan pun tak berapa lalu. Seminggu juga Milo di klinik, kena masuk air. Doktor kata Milo kena HIV dan Leukemia..Doktor dah buat blood test dan resultnya positive untuk kedua-dua penyakit tersebut. Doktor kata Milo boleh survive ikut antibodi badannya..Kalau antibodinya kuat, Milo akan terus survive, jika tidak, sampai dah masa Milo untuk pergi.Masa tu aku dah redha jika itu ketentuanNYA.

Suami aku tak sampai hati tengok Milo dicucuk masuk air dan mengambil Milo setelah seminggu di Vet. Masa aku di kedai, suami aku takut nak bagitau aku yang Milo dah hiang dari rumah lagi..Katanya dia nak jemur Milo sekejap di luar sebab Milo kena jaundis juga. Tapi tak sangka yang Milo boleh rempuh pintu cage sampai tercabut dan lari keluar...šŸ˜‚

Masa tu aku fikir, mungkin Milo nak bawa diri dah tu...Sekali masa aku balik dari kedai petang tu, ada kelibat Milo berlegar-legar di bawah kereta....šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Syukur Alhamdulillah, Milo masih balik rumah..Aku pun terus tangkap Milo dan masuk dalam cage. Malam tu baru Milo start nak makan semula..Dalam beberapa hari, tengok kesihatan Milo kembali pulih seperti sedia kala..Aku memang bersyukur sangat.

Masa bulan 9 atau 10 tahun lepas, mak aku pulak bagitau, Milo asyik mengigit ekornya dan ada bau busuk dari situ..Tengok ekornya macam ada terkepit. Aku pun tangkap Milo dan bawa ke Vet lagi. Doktor beritahu yang ekor Milo dah busuk dan perlu dipotong. Alang-alang Milo nak kena operate, aku suruh doktor buat Lion Cut untuk Milo..Habis bulu Milo yang gebu jadi kucing Firaun yang tak berbulu tuuu..

Suami aku kata, dah habis dah 9 nyawa Milo bertarung dalam hidup ni..Redhalah dengan pemergiannya..Setiap kebaikan yang kami lakukan padanya pasti akan dapat balasan di hari Akhirat nanti..Memang aku yang selalu bawa Milo ke klinik kalau Milo tak sihat..Milo sebenarnya adalah seekor kucing yang agak garang..Suami aku dah banyak kali kena cakar dengan Milo sebab Milo ni memang tak berapa reti nak bergurau..Time makan jer manja..

Tenanglah dikau wahai Milo di sana..10 March 2021, hari Rabu, Milo dalam kenangan...Maaf, suami aku tak bagi ambil gambar Milo yang dah mati sebagai tanda menghormatinya..Jadi aku cuma tepek gambar tidur Milo yang selalu jadi kenangan untuk aku...

Monday, March 8, 2021

 Bulan 3 di tahun 2021.

Bulan February lepas memang tak sempat update, dah masuk hujung bulan, banyak pulak task kena buat...

Biasalah, dah last minute baru nak buat kan...šŸ˜…šŸ˜…šŸ˜…

Dalam masa seminggu, boleh siapkan 3 report akaun..Nasib separuh data dah key in..So, tak lah teruk sangat. Ni semua preparation untuk renewal sijil.

Lepas tu busy dengan anak-anak yang dah start sekolah..Sempat jugak siapkan menu list untuk new branch nanti dan submit document, InshaALLAH...

Task ketiga, dah masuk PKPB baru teringatlah nak renew lesen pulak..Tengok di website PBT, memang tak membantu betul..Bila pejabat dah buka, baru boleh walk in untuk tanya dokumen apa yang perlu disediakan...Alhamdulillah, tak sesusah masa nak ambil lesen dulu..kena submit itu ini..

Dalam masa sejam, dah boleh siap semua dokumen..Cepat-cepat nak pergi submit Jumaat lepas dalam cuaca panas lit-lit orang Kedah kata...Sekali system down pulak daaa..Konon rajin nak pergi petang tu, memang tak lah sebab cuaca terlalu panas...Tak apa kita KIV, Isnin nanti..Alhamdulillah dah dapat setel.

Dalam masa sama, sempat jugak aku buat 1-2 RnD untuk benda baru nanti..Tapi masih belum pass lagi..Masih perlu gigih usaha..Nak dapat semangat pun satu hal, feel pun masalah jugak..Sebab banyak benda yang aku fikir dalam kepala...Fikir nak update blog pun ada...Sebab nak cari semangat jugak...šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Setakat ni dululah aku merapu meraban untuk hari ni..Yang penting, aku happy sebab aku dah mampu selesaikan task yang wajib aku siapkan...


XOXO 08 March 2021


Thursday, January 7, 2021

Makan di awal tahun 2021

 Minggu pertama di tahun baru 2021.


Aku tidak kemana-mana, balik kampung telah lagi sebab mak aku pun duduk dengan aku..Tengok kes Covid pun boleh tahan juga semalam dan hari ini..Bertabahlah hati bila semua ini nak habis.

Dah lah, kita tinggalkan cerita Covid dulu..Kita cerita yang happy-happy saja..

Kebetulan aku ada kerja berdekatan dengan KLIA2, jadi gatal kaki jugaklah nak melangkah ke airport. Ada kedai yang masih belum beroperasi dan ada yang terus tutup. Kos sewa adalah kos yang tinggi dalam perniagaan selain kos gaji..Airport masih lagi sunyi tidak seperti sebelum-sebelum ini yang penuh sesak dengan penumpang dari pelbagai negara dan bangsa..

Misi aku ke airport sebab nak ke foodcourt yang telah berpindah di kawasan arrival di tingkat bawah. Lepas tu singgah sekejap di Jaya Grocer tengok buah-buahan segar di situ.

Di foodcourt, kebetulan aku datang waktu tengah hari, jadi ramai staff yang makan di situ..Aku terus order di kedai feveret aku iaitu kedai Korea Food.

Menu aku senang je, sama ada Dol-sot Bibimbap atau Kimchi Fried Rice. Aku mula cuba makan makanan Korea masa tahun 2015 sebenarnya..Masa tu makanan korea baru start famous amos di Malaysia ni, tengok pulak kawan-kawan post aku pun teringinlah nak cuba. Aku tengah mengandung anak yang nombor 2 masa tu..Sekali cuba, wah...Sedap juga rupanya Bibimbap ni..Tambah makan panas-panas..Aku cuba makan di foodcourt IOI Putrajaya masa tu.

Masa tahun 2018, ada pulak kedai Korea yang baru dibuka berdekatan rumah aku iaitu Myeondong Topokki. Boleh kata setiap bulan wajib makan kat situ..Masa tu aku baru belajar cuba makan Kimchi Fried Rice, bagi aku sedap..Tak sangka pulak..Masa ni aku dah boleh makan kimchi yang dulu aku tak boleh nak telan. Sebab kimchinya kena dengan rasa Malaysia, tak terlalu masam.

Actually aku tak layan atau makan ramen-ramen atau mee korea yang selalu viral tu..Tapi aku suka makanan korea. Bak kata kawan aku, makanan korea ni pedas, sebab tu boleh makan...Betul jugak...Memang ada sorang kawan aku yang layan jugak selera Korea ni, so memang jadi geng aku lah kadang-kadang nak makan atau lepak di Myeongdong Topokki.

Cuma last aku datang Myeondong Topokki tahun 2019 sebab aku kecewa tengok presentation Bibimbap yang aku order, tak macam selalu. Bila aku tanya, katanya Management yang suruh buat begitu..Memang frust aku..Sejak tu aku tak pergi dah Myeondong dan lupakan makanan Korea seketika.

Kebetulan masa hantar mak aku naik flight bulan 12 hari tu, aku saja nak cuba makanan Korea di foodcourt KLIA2, tak sangka rasanya masih sama macam aku mula-mula makan di situ dulu.. Tu yang buat aku jatuh cinta balik..Bagi aku sangat puas hati..Dalam 5-7 min dah siap order aku..

Bibimbap perlu digaul semuanya dahulu sebelum makan..Aku suka Bibimbap sebab banyak sayur, lepas tu masa gaul tu, hot stone bowl tu masih panas, rasa makan atas kuali panas..Berasap-asap..Sos Gochujang yang digunakan pun sedap..Memang kena selera aku..

Kimchi Fried Rice pula kimchi yang digoreng bersama nasi, sos Gochujang, cili flakes, sos ikan dan minyak bijan. Makan panas-panas, memang terbaik..Siapa yang tak suka sayur dan kimchi, memang tak suka nak makan Nasi Goreng Kimchi ni..

Nah, aku tepek gambar google bagi korang tengok dulu...Nanti aku edit gambar aku sendiri ya...



Kimchi Fried Rice - lagi pedas lagi sedapp

                                           

                                                     Dolsot Bibimbap - Hot Stone Bibimbap

Thursday, December 31, 2020

Good Bye 2020, Welcome 2021

 Assalammualaikum semua, esok dah nak masuk tahun 2021, hari ni baru dapat  seru nak tulis blog...Tiba-tiba rindu pulak dengan blog.

Mungkin hujung-hujung tahun ni banyak memikir, jadi banyaklah mimpi-mimpi zaman travel muncul kembali...Almaklumlah tahun ni pergerakan kita semua terbatas akibat Covid-19.

Sudahlah, tak nak sedih-sedih lagi...InshaALLAH akan ada sinar baharu untuk kita di tahun 2021. PM pun dah umum akan mula berikan vaksin pada Feb 2021. Tak lama lagi dah tu...

Menjelang hujung tahun 2020, hari ni banyak urusan aku di luar. Ke bank dan Pejabat Zakat. Dah hujung-hujung tahun ni baru nak buat kan...Biasalah last minute namanya....šŸ˜…šŸ˜…

Urusan di bank pun dah sejam, bukan aku aje nak berurusan...Orang lain pun ramai jugak kan?

Perut dah berkeroncong, nak terus ke Pejabat Zakat nanti ramai orang lagi...Maka, aku pecut kereta nak makan di Moru Autism Cafe di Nilai. Tak jauh pun dari kawasan aku...Pusing sana, pusing sini, dalam 10 minit dah sampai...

Pagi tadi terliur pulak nampak posting dalam group di FB tentang Cafe ni...Padahal aku pernah tengok masa ke pejabat LHDN dalam 2 bulan lepas..Masa tu tak tahu apa nak order kan...

Aku tengok review macam best jugak. Jadi hari ni aku ambil keputusan nak cuba menu Nasi Goreng Petai Seafood. Katanya antara menu paling top di sini selain Set Ayam Penyet...

Masa aku sampai tu, ada staff Jaya Grocer Nilai tengah collect makanan yang mereka order. Ada 2 meja yang ada customer dan aku yang ketiga..Tak lama lepas tu, tinggal 2 meja sahaja termasuk aku..Menu asalnya Nasi Goreng Petai Daging, tapi aku lebih suka petai makan dengan seafood, barulah ngam aku rasa.

Tunggu order dalam 10 minit, makanan pun sampai...Memang betul banyak sungguh petai dalam Nasi Goreng tu....šŸ˜‚šŸ˜‚

Portion bagi aku banyak, mengah jugak nak habiskan tadi...Ada juga sambal penyet dan sup..Rasanya pedas-pedas manja, tapi bagi aku serius sedap...Sambil tunggu makanan siap, aku tengok dinding-dinding di cafe yang penuh dengan gambar Ekspedisi Mendaki Gunung...Fuih, lagi lah feeling lepas aku tengok gambar Gunung Kinabalu, Gunung Santubong. Rindu lama bertandang kembali..

Gambar paling latest mereka mendaki Gunung Kinabalu adalah pada 1-2 March 2020, 2 minggu sebelum kita semua kena PKP. Owner yang mengurus Cafe ini adalah seorang wanita, rakyat Sabah rasanya..Cantik jugak orangnya...Aku rasa, dialah yang jadi lead untuk aktiviti mendaki gunung ni...

Total bayaran untuk lunch tadi RM10.00 sahaja..Nasi Goreng Petai Seafood RM8, minuman panas RM2. Bagi aku, harga dan makanan sangatlah berbaloi. Memang puas hati..

InshaALLAH nanti aku akan tepek senarai  menu di cafe ni..


    

                                                         Nasi Goreng Petai Seafood - RM8



Set Nasi Ayam Penyet - RM9, tengok portion boleh tahan kan? Juga antara top menu di sini, selain menu Ikan Talapia, Itik Berempah dan ada juga Nasi Lalap Sabah.

    

                                                                    Cafe yang simple.


                                               

         Boleh search dan google Moru Autism Cafe di Nilai, bersebelahan pejabat LHDN Nilai sahaja...


Semoga hari yang lebih baik untuk kita di tahun 2021. Itu sahaja untuk posting tahun 2020 ini...Bolehlah buat welcome..Stay safe everyone...

Saturday, March 24, 2018

De Kuching Homestay

Short vacation ke Kuching awal bulan tempoh hari..

Alhamdulillah dapat stay kat Homestay yang sangat best. Kebetulan homestay ni pun baru saja launching bulan February lepas.

Homestay 3 bilik 1 tingkat, rumah Semi-D yang terletak di Taman Hijuan Haziq, Matang, Kuching.


Ruang tamu yang santai, dilengkapi dengan tv serta Astro. Tak lupa juga aircond. Perabot  
                     yang minima sesuai untuk seisi keluarga berehat di sini.








              Bahagian dapur. Perkakas masak memang lengkap. Rasa macam rumah sendiri...





Bilik master yang dilengkapi aircond dan water heater.


                                      Bilik untuk kanak-kanak. Aircond pun ada jugak.



Bilik ketiga aku lupa nak snap. Tapi kecil sikit. Overall aku bagi 5 bintang..3 malam aku stay kat sini dengan family. Toilet ada 2. Satu dalam bilik master, satu lagi di luar. Semua ada water heater.

Rate untuk satu malam:
RM200/night
RM150/night untuk lebih dari 2 malam.
FB : De Homestay Kuching
IG: @ainilkasma (owner Homestay ni)
Contact No: 010 - 2259240

Friday, March 3, 2017

KIA ORA NEW ZEALAND 2017


Assalammualaikum,

Tengok-tengok dah masuk tahun 2017. Konon nak update dari tahun lepas.

Tahun 2016 memang tahun agak busy untuk aku..Dengan kehadiran orang baru dan dalam masa yang sama struggle untuk bisnes. Aku rasa non-stop aku bekerja. Di tambah dengan zaman gawat sekarang.

Bak kata guru bisnes aku, tiga tahun pertama adalah saat paling getir untuk kita sacrifice dalam bisnes. Fasa start up, fasa ikat perut.. Masa ni tengok orang travel, pejam mata rapat-rapat sambil buat tak layan...

Eh, tahun 2017 tak busy ke? Busy jugak sebenarnya, tapi sebab dah ada partner, boleh la share busy tu sikit...cewahhhh...

Sebenarnya rindu nak update blog, tapi asyik tak menyempat...(alasan lagi)

Alhamdulillah, kedatangan tahun 2017 membawa semangat baru dalam diri aku.. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga menjejak kaki ke NZ setelah bertahun-tahun merindui...

Ramai jugak blogger dah publish cerita tentang NZ. 

Plan asal aku nak ke Perth dulu sebenarnya..Ingat tahun-tahun depan baru nak ke NZ untuk trip. Tapi entah macam mana terjebak booking tiket ke NZ. Tapi kali ni aku cuma ke North sahaja.

Flight aku dari KLIA2 pukul 11.10 malam, 14 Feb 2017 yang lalu.. Naik Air Asia jer beb.
Berdebar rasa sebab dah lama tak travel jauh dan membawa si kecik berdua.. Takut anak tak boleh tidur dalam flight..Meraung ke dalam flight non stop. Tak ke haru tu...

Flight dari KUL ke Gold Coast ambil masa dalam 7 jam 45 min. Kami sampai di Gold Coast lebih kurang pukul 9.55 pagi (timing di Malaysia lebih kurang 7.55 pagi)

Cantiknya pantai di Gold Coast, terus datang rasa rindu nak marathon di sini macam dulu..

Aku ingat kami tak payah turun di Gold Coast kalau ke NZ, tapi salah...Kami kena transit di airport Gold Coast sebelum sambung flight ke Auckland.

Kena angkut budak-budak, lalu kastam untuk scan dan masuk semula dalam flight. Masa kami ada cuma sejam..Nak pergi toilet pun tak boleh tau. Masuk balik dalam flight terus pergi toilet.

Flight dari Gold Coast ke Auckland ambil masa cuma 2 jam 45 min. Cuaca agak gloomy semasa perjalanan ke Auckland. Kami touch down di Auckland lebih kurang pukul 4.25 petang, waktu New Zealand, beza 5 jam lebih awal dari Malaysia.

Pukul 6 lebih baru kami settle urusan dengan imigresen dan kastam. Kami naik shuttle service ke bandar. Kos naik shuttle, 17 NZD untuk seorang. Anak sulung dah lebih 2 tahun, maka kena full charge. Total kami bertiga 51NZD.

Kami menginap di Princeton Apartment di Auckland. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Lepas check in, kami solat jamak takhir lepas tu pengsan..Jetlag katanya. Lepas tu tengah malam bangun ikut timing Malaysia. Tengah malam tu lah kami makan meggi, biskut apa yang ada. Anak-anak pun bangun sekali.

Sebab aku pergi time summer, subuh masuk awal dalam pukul 5 lebih..Lepas Subuh aku sambung tidur sekejap kemudian bangun balik. Hujan tak berenti dari pagi... 

Kami siap-siap barang dan ready untuk check out. Kena pindah hotel lain pulak malam ni. Plan kami hari ni cuma berjalan-jalan di sekitar Auckland..Aktiviti bebas. Malas nak rushing dan paksa diri sebab kita bawa anak-anak kecil kan.

Kami tinggal barang di hotel dulu dan plan untuk ke Queen Street. Tak jauh dari Princeton Apartment. Kami singgah makan di Pita Pit, restaurant Halal di seberang jalan. Lepas tu baru ke Queen Street. Hujan renyai-renyai tapi memang boleh basah. Aku dukung baby dalm baby carrier dan husband aku bawak anak sulung dengan stroller. Memang mencabar la aku cakap, berjalan dalam hujan.

Kami bercadang nak naik bas HOP ON HOP OFF dari tak boleh ke mana-mana. Kami tunggu bas di CIVIC Theater, Queen Street.

 

Monday, March 7, 2016

Taip Blog from Mobile???

Mungkin orang lain dah lama tau kot..aku jer yang jakun baru tau nk tulis blog thru mobile apps..

Harap-harapnya lepas ni rajinlah nak update blog tahun 2016 ni...

Wednesday, January 13, 2016

Frozen HALAL Dim SUM

Sambil-sambil tengah mood rajin update blog ni...

Aku nak share 1 page di mana kalau korang berminat nak beli DIM SUM HALAL.

Tapi yang ni, frozen punya la...korang nak boleh kukus, goreng atau rebus sendiri...

Rasa, InshaALLAH setanding di Papparich...Kualiti Premium...

Ada pelbagai perasa, sama ada berminat nak single flavour atau mix flavour. Semua boleh ye...

Korang boleh LIKE page https://www.facebook.com/FrozenHALALDimsum/ atau hubungi no. 0176842906..

Dim Sum ni boleh dipos ke luar kawasan juga ye...

Haa..Terliur tak?



 
       

Welcome 2016, Welcome back NEW ZEALAND!!!!!


Dah masuk 13 January 2016 baru nak ucap Selamat Tahun Baru...

Belum terlambat lagi kot...Baru nak 2 minggu..Eh cewahhh...

Aku tau ramai orang tengah excited sebab route ke NZ telah dibuka semula...Betul tak?

Tak payah tengok orang kanan kiri, tengok depan cermin jer...Hihi...Aku lah tu...Jeng.Jeng..

Moh la kita ramai-ramai ke New Zealand lepas ni..Dulu terus direct terbang ke Christchurch..Sekarang terus pergi ke Auckland,transit di Gold Coast dulu...Aku tak kisah, janji dapat sampai New Zealand sudah...Walaupun dulu dah jejak kaki ke sana, New Zealand adalah negara yang sangat-sangat aku rindui...

Semalam kat group Backpackers Malaysia (BBM) ada yang share dia dapat return flight ticket dalam RM900++, almost 1k jugaklah..But still worth it kan?

Walaupun orang kata tahun ni adalah tahun yang amat genting dan mencabar disebabkan ekonomi kita yang tidak stabil, tapi kalau dah jiwa kental kaki travel mesti nak travel juga kan. Tak apa, teruskan menabung..InshaALLAH..Tak pun kenalah buat 2-3 kerja satu masa untuk tampung hobi kita ni..

Dah tak payah nak duduk lama-lama depan laptop ke, pc ke..Jom book cepat-cepat flight ke NZ sekarang...

Monday, December 7, 2015

Assalammualaikum DUNIA...

Assalammualaikum semua...

Almost a year I left my blog...Ada ke yang rindu? Perasannya...

Biasalah dah jadi mak-mak orang ni...Busy dengan anak, ececewahhhh..Alasan jer kan.. Namee Roslan tu relax jer boleh update blog, dah anak dua dah pun..hihi...

Actually tahun 2015 ni banyak mengubah hidup aku...Not easy for me to start all over again..

Nanti aku ada mood aku story lah yer..Sebenarnya lama tak update blog sebab laptop aku dah rosak..Netbook aku ada kat adik aku...Nak update thru handset macam tak best pulak...

Last sekali,aku decided beli laptop baru..Aku pilih ASUS...Tak payah la nak mahal sangat,janji mampu milik sudahhh...Yang penting aku boleh guna untuk bisnes aku yang baru nak bercambah ni...

Tahun ni aku tak travel ke mana-mana sebab aku nak mantapkan dulu bisnes aku untuk persediaan tahun 2016 yang semakin mencabar nanti. InshaALLAH tahun depan kita akan sambung travel balik...So marilah menabung untuk tahun depan...

By the way aku seronok tengok kawan-kawan yang masih tegar ber'travel'. Takpelah tu rezeki masing-masing. InshaALLAH ada rezeki kita tak kemana juga kan.





Saturday, December 13, 2014

The Day I Delivered my baby

Assalammualaikum..

Last post aku 1 Sep 2014..3 bulan lepas..

Rupa-rupanya, malam tu dah turun tanda..Pagi esoknya, aku dah selamat bersalin..

Aku ada type entry masa dalam pantang,sekali post tu hilang..terus rasa sendu..lepas tu terus tak jenguk blog dah..dalam hati ni rindu jugak nak berblog..

Tahun 2014 ni, hidup aku berubah 100%..Aku buat big decision dalam hidup aku, tapi kalau aku teruskan pun tiada guna sebab hati aku dah tawar kat situ..Semoga Allah buka jalan lebih mudah untuk aku lalui..

Aku harap tahun depan aku dapat kembali travel macam sebelum2 ni..Cuma lepas ni akan lebih mencabar dengan kehadiran si kecik..

Semoga Aisyah Zara Medina membesar menjadi anak yang solehah..

4.52 am, 2nd Sept 2014
Mommy love u a lot my dear Baby Z

Till we meet again..

Monday, September 1, 2014

Homemade Nasi Arab


Korang suka makan Nasi Arab tak? Aku memang hantu makan Nasi Arab…Kalau nasi tu jer dah sedap, lauk pun tak heran sangat..Yang penting kena ade sos Harrah, ala...Macam sos tomato tu ataupun lebih kurang macam air asam kita lah…

Aku paling suka Nasi Arab De Arab CafĆ©..Aku kalau ikut rasa nak jer buat sendiri nasi Arab ni.. Tapi bab-bab rempah nak masak ni yang payah sikit..Bukan senang…

Skali kawan ade promote guna Rempah Nasi Arab yang sedia ada…Aku pun apa lagi, semangat nak try. Sekali memang menjadi, Ya Allah sebijik macam kat kedai. Sejak tu aku rasa tak nak dah makan kat kedai. Lagi bagus masak sendiri…

Aku share gambar dengan korang yer…Nanti aku update resepi sekali…

Nasi Arab Mandy Kambing

Nasi Arab Kabsah Ayam


1 kotak Rempah Nasi Arab ni disertakan dengan Rempah Ratus dan Beras Nasi Arab sekali…Cuma kita kena tambah ayam/daging/kambing sebagai bahan mentah…

Tak pernah masak, rasa tak reti nak masak? Jangan risau…Resepi dan cara-cara memasak semua ada kat belakang kotak.

Bagi aku sangat-sangatlah berbaloi masak Nasi Arab sendiri di rumah..Sebab apa, lagi murah dan puas hati…Kalaulah ahli keluarga tu ramai, makan kat kedai sah-sah boleh cecah puluh-puluh ringgit tak pun ratus-ratus ringgit.  Kalau dah makan, mesti nak order air lagi..

Harga cuma RM15 sekotak.. Boleh makan untuk 4-5 orang satu hidangan…Masa aku masak hari tu, 6-7 orang jugaklah makan termasuk budak-budak..Alhamdulillah berbaloi sangat-sangat. Sekejap jer dah siap.

Sesiapa yang berminat nak cuba Nasi Arab Homemade ni boleh pm/sms/wassup di 013-2906246. FB, Dapur Cik CT.




Ada 4 jenis pilihan rempah Nasi Arab:

1) Nasi Arab Mandy Kambing
2) Nasi Arab Mandy Ayam
3) Nasi Arab Kabsah
4) Nasi Arab Maghluba

Thursday, July 24, 2014

Cerita Julai 2014



Hanya beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya. Tahun ni tak balik kampung aku nampaknya...

Nak balik kat darat, dua-dua jalan jam maklumlah pantai timur dan utara memang hotspot jam ketika musim raya. Nak balik melalui udara, aku dah tak lepas..Sebab dah masuk 8 bulan...Malas nak ambil risiko..So, tahun ni kami semua beraya di perantauan..

Raya tahun ni aku rasa aku hanya bersederhana..Nak lebih-lebih pun mak buyung dah tak larat. Lagipun teringat umat Islam di Gaza yang sakan berperang dan baru-baru ni tragedi MH17 yang aku rasa meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Teringat seminggu lepas, aku tertidur awal malam tu. Husband aku balik kampung melawat mertua aku..Sebaik aku sedar tengah malam tu, aku tengok wassup dari husband aku. Kapal MAS kene tembak dari Amsterdam. Aku yang blur-blur baru bangun tidur mati-mati ingat MH370 yang hilang ghaib beberapa bulan lalu. Aku reply balik, MH370 ke? Tapi husband aku dah pengsan gamaknya. Aku terus bukak tv. Masa tu baru aku tau cerita sebenar.

Hati aku masa tu terus rasa hancur berkecai. Mata aku terus celik tak boleh tidur. Bukak fb pulak, macam-macam reaksi..Kawan aku yang kat Doha baru bukak puasa masa dengar berita ni terus rasa nak tercekik dengar berita ni. Aku teringat jiran selang dua buah rumah..Sebab jiran aku tu cabin crew MAS.

Aku tak boleh tidur sampai sahur. Lepas sahur baru aku tidur sebab takut aku pening kepala. Pagi tu aku drive pergi kerja memang terasa sayu sangat..Rasa tak bersemangat. Lagi satu kapal Boeing 777 MAS jadi mangsa. Yang dulu 9M-MRO, yang ni 9M-MRD pulak. Kalau crash sebab weather boleh diterima lagi, tapi sebab kene tembak. Aku rasa memang tak boleh terima langsung. Kenapa kapal MAS? Kenapa kapal Malaysia? Tapi kita kena percaya Qada’ dan Qadar yang ditentukan ALLAH.

Terus kepala aku melayang teringat tahun 2013. Husband aku 2 kali transit di Amsterdam sebelum ke Toulouse masa out station tahun lepas. Sekali bulan 5, sekali lagi bulan 12. Aku yang tak pernah naik kapal MAS ke oversea tetibe naik kapal MAS  tahun lepas. Masa bulan 12 tahun lepas, husband aku dengan teamnya naik kapal Boeing 777 MAS dari KUL ke Amsterdam. Aku mula-mula nak join skali, tapi tiket terlalu mahal untuk transit. So aku pilih route KUL ke Paris naik A380. Kami akan berjumpa di Toulouse.

Flight malam tu agak full sebab dekat nak Christmas. Dalam hati rasa bangga sangat dapat naik kapal A380 under MAS, kebanggaan Malaysia kot. Cuma sedikit kecewa dengan kualiti makanan. Takpelah, yang tu Chef Wan dah bagitau pun.

Dalam hati, aku turut risaukan husband and husband pun risaukan aku..Mula-mula memang husband aku tak berapa bagi aku follow die..Tapi aku nak ikut jugak. Aku kata, aku sanggup transit Paris, naik low cost ke Toulouse. Sebab aku berkeras nak ikut, suami aku bagi. Oleh sebab kapal MAS sampai di CDG, aku kene bergegas ke Orly untuk naik Jetstar ke Toulouse. Masa yang aku ada cuma 2 jam. Aku pulak silap, pergi naik bas. Apa lagi jam gilerlah jalan. Padan muka sendiri.

Husband aku keep sms aku tanye aku kat mana. Risau kalau aku terlepas flight ke Toulouse. Sebaik sampai di Orly, berlarian aku check in luggage. Nasib sempat. Dengan pemeriksaan di Orly lagi strict dari airport CDG, padahal domestic flight jer. Aku depart pukul 10.45 pagi. Tak sampai sejam aku dah sampai Toulouse. Aku yang tunggu husband aku kat arrival. Terkejut die sebab ingat die yang sampai dulu. Alhamdulillah semua on time and kami dapat ambil kereta sewa untuk ke hotel.

Tu antara secebis memori aku, MAS dan Amsterdam. Tahun ni dengan keadaan aku, aku tak pergi ke mana-mana. Tengok jer orang travel. Cuma bulan lepas aku teringin sangat nak ke Perth. Aku berani sebab cuma 5 jam flight. Tu pun 2 jam after depart turbulence agak teruk. Balik pulak 2 jam sebelum sampai kene turbulence jugak. Cuak giler aku..Dulu sorang, sekarang bawak isi dalam perut. Baby pulak sangat active masa kat atas sebab pressure kan.

Apa-apa pun aku doakan semoga semua jenazah rakyat Malaysia MH17 dapat disempurnakan dengan secepat mungkin. Kita sebagai umat Islam pun sedia maklum tentang ni. Dari kecik aku membesar dengan kapal Wau MAS tu hingga kini walaupun aku sekarang banyak terbang guna AA. Tapi kapal Wau MAS tetap di hati. Begitu jugak dengan husband aku. Dalam jiwa kami memang tak dapat dipisahkan dengan kapal terbang.

Kita teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat Islam kita yang berperang di Gaza  dan penumpang MH17 yang telah kembali ke ke sisiNya. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Mungkin tahun ni tahun aku berehat dari travel, mungkin ada sedikit cuak dalam hati aku kalau nak naik flight..Tapi aku rasa semangat untuk travel masih menebal dalam jiwa aku.

Aku compress semua cerita dalam satu post. Dalam tahun ni jugak, beberapa kali aku dan husband join rumah lelong. Tapi acapkalinya kecewa. Biasalah, bukan senang nak dapat kan? Alhamdulillah, setelah percubaan yang hampir ke 10 kali tahun ni, akhirnya aku dan husband dapat grab 2 rumah lelong sekali gus. Setelah macam-macam dugaan dan halangan. Rumah kene last minute called off, bank draft salah tulis nama bank, kalah bidding tu memang perkara biasa. Aku dapat menang reserve price mase auction kat Pej Tanah baru-baru ni. Petang tu pulak husband aku menang auction kat Megan Avenue KL walaupun ade seorang pesaing. Sekarang baru pening nak setel semua.

Untuk sesiapa yang selalu tanyekan pasal Visa Australia kat komen, aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku memang jarang bukak blog sekarang ni. Ikut mood mak buyung. Cik Intan masih lagi active buat Visa. Hari tu aku pergi Aussy pun buat visa dengan dia..Tapi harap korang bersabarlah tunggu respond Cik Intan. Jangan push orang sangat. 

Salam Lebaran dari Perantauan - Toulouse 2013

Friday, June 20, 2014

Chocolate Moist Cheese Leleh




Musim Cheese Kek Leleh masih hangat di pasaran...Tapi aku baru terhegeh-hegeh nak try buat...saje jer try..Alhamdulillah menjadi...

Tapi aku lagi prefer kalau kek yang aku buat ni di kukus, lagi moist rasanya...

Apa-apa pun jom try resepi mudah ni...

Terima kasih pada blog Zarena Heeney atas resepi Kek Coklat Cheese Leleh ni..


Choc Moist Cheese Cake Meleleh
-2 cwn tepung gandum
-1 cwn koko
-1 cwn milo
-1 cwn susu pekat
-1 cwn minyak masak/olive oil
-1 cwn air panas
-1 cwn gula
-4 bjk telor
-1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Membuat
masukkan semua adunan ke dalam bekas
mix kan semuanya sehingga sebati
bakar masak sehingga 30-45 minit..masak sehingga masak

Untuk Cream 
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
**Aku tambah fresh yogurt nak gantikan Whipping Cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan 
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap. 

Sebiji kek yang telah dibelah dua, lapisan pertama

Lapisan kedua

Krim cheese leleh - cheese+susu manis+whipping cream+fresh yogurt

Sapukan topping cream cheese di atas lapisan pertama.

Kemudian kite letak lagi blueberry filling atas lapisan cheese, nak bagi lagi terangkat..

Sekarang kita combine kedua-dua lapisan tadi..

Tutup dengan cream cheese leleh...

Parutkan cheddar cheese di separuh kek, kalau nak bubuh satu kek pun ok..

Separuh lagi aku letak coklat Hersheys dan coklat chips...

Ok, dah siap...

Lagi, nak bagi korang terliur...