Hanya
beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya. Tahun ni tak balik kampung aku
nampaknya...
Nak balik kat
darat, dua-dua jalan jam maklumlah pantai timur dan utara memang hotspot jam
ketika musim raya. Nak balik melalui udara, aku dah tak lepas..Sebab dah masuk
8 bulan...Malas nak ambil risiko..So, tahun ni kami semua beraya di
perantauan..
Raya tahun ni
aku rasa aku hanya bersederhana..Nak lebih-lebih pun mak buyung dah tak larat.
Lagipun teringat umat Islam di Gaza yang sakan berperang dan baru-baru ni tragedi
MH17 yang aku rasa meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Teringat
seminggu lepas, aku tertidur awal malam tu. Husband aku balik kampung melawat
mertua aku..Sebaik aku sedar tengah malam tu, aku tengok wassup dari husband
aku. Kapal MAS kene tembak dari Amsterdam. Aku yang blur-blur baru bangun tidur
mati-mati ingat MH370 yang hilang ghaib beberapa bulan lalu. Aku reply balik,
MH370 ke? Tapi husband aku dah pengsan gamaknya. Aku terus bukak tv. Masa tu
baru aku tau cerita sebenar.
Hati aku masa
tu terus rasa hancur berkecai. Mata aku terus celik tak boleh tidur. Bukak fb
pulak, macam-macam reaksi..Kawan aku yang kat Doha baru bukak puasa masa dengar
berita ni terus rasa nak tercekik dengar berita ni. Aku teringat jiran selang
dua buah rumah..Sebab jiran aku tu cabin crew MAS.
Aku tak boleh
tidur sampai sahur. Lepas sahur baru aku tidur sebab takut aku pening kepala. Pagi
tu aku drive pergi kerja memang terasa sayu sangat..Rasa tak bersemangat. Lagi
satu kapal Boeing 777 MAS jadi mangsa. Yang dulu 9M-MRO, yang ni 9M-MRD pulak. Kalau
crash sebab weather boleh diterima lagi, tapi sebab kene tembak. Aku rasa
memang tak boleh terima langsung. Kenapa kapal MAS? Kenapa kapal Malaysia? Tapi
kita kena percaya Qada’ dan Qadar yang ditentukan ALLAH.
Terus kepala
aku melayang teringat tahun 2013. Husband aku 2 kali transit di Amsterdam
sebelum ke Toulouse masa out station tahun lepas. Sekali bulan 5, sekali lagi
bulan 12. Aku yang tak pernah naik kapal MAS ke oversea tetibe naik kapal
MAS tahun lepas. Masa bulan 12 tahun
lepas, husband aku dengan teamnya naik kapal Boeing 777 MAS dari KUL ke
Amsterdam. Aku mula-mula nak join skali, tapi tiket terlalu mahal untuk
transit. So aku pilih route KUL ke Paris naik A380. Kami akan berjumpa di
Toulouse.
Flight malam
tu agak full sebab dekat nak Christmas. Dalam hati rasa bangga sangat dapat
naik kapal A380 under MAS, kebanggaan Malaysia kot. Cuma sedikit kecewa dengan
kualiti makanan. Takpelah, yang tu Chef Wan dah bagitau pun.
Dalam hati,
aku turut risaukan husband and husband pun risaukan aku..Mula-mula memang
husband aku tak berapa bagi aku follow die..Tapi aku nak ikut jugak. Aku kata,
aku sanggup transit Paris, naik low cost ke Toulouse. Sebab aku berkeras nak
ikut, suami aku bagi. Oleh sebab kapal MAS sampai di CDG, aku kene bergegas ke
Orly untuk naik Jetstar ke Toulouse. Masa yang aku ada cuma 2 jam. Aku pulak
silap, pergi naik bas. Apa lagi jam gilerlah jalan. Padan muka sendiri.
Husband aku
keep sms aku tanye aku kat mana. Risau kalau aku terlepas flight ke Toulouse.
Sebaik sampai di Orly, berlarian aku check in luggage. Nasib sempat. Dengan
pemeriksaan di Orly lagi strict dari airport CDG, padahal domestic flight jer. Aku
depart pukul 10.45 pagi. Tak sampai sejam aku dah sampai Toulouse. Aku yang
tunggu husband aku kat arrival. Terkejut die sebab ingat die yang sampai dulu.
Alhamdulillah semua on time and kami dapat ambil kereta sewa untuk ke hotel.
Tu antara
secebis memori aku, MAS dan Amsterdam. Tahun ni dengan keadaan aku, aku tak
pergi ke mana-mana. Tengok jer orang travel. Cuma bulan lepas aku teringin sangat
nak ke Perth. Aku berani sebab cuma 5 jam flight. Tu pun 2 jam after depart
turbulence agak teruk. Balik pulak 2 jam sebelum sampai kene turbulence jugak.
Cuak giler aku..Dulu sorang, sekarang bawak isi dalam perut. Baby pulak sangat
active masa kat atas sebab pressure kan.
Apa-apa pun
aku doakan semoga semua jenazah rakyat Malaysia MH17 dapat disempurnakan dengan
secepat mungkin. Kita sebagai umat Islam pun sedia maklum tentang ni. Dari kecik
aku membesar dengan kapal Wau MAS tu hingga kini walaupun aku sekarang banyak
terbang guna AA. Tapi kapal Wau MAS tetap di hati. Begitu jugak dengan husband
aku. Dalam jiwa kami memang tak dapat dipisahkan dengan kapal terbang.
Kita teruskan
berdoa untuk sahabat-sahabat Islam kita yang berperang di Gaza dan penumpang MH17 yang telah kembali ke ke
sisiNya. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang
beriman.
Mungkin tahun
ni tahun aku berehat dari travel, mungkin ada sedikit cuak dalam hati aku kalau
nak naik flight..Tapi aku rasa semangat untuk travel masih menebal dalam jiwa
aku.
Aku compress
semua cerita dalam satu post. Dalam tahun ni jugak, beberapa kali aku dan
husband join rumah lelong. Tapi acapkalinya kecewa. Biasalah, bukan senang nak
dapat kan? Alhamdulillah, setelah percubaan yang hampir ke 10 kali tahun ni,
akhirnya aku dan husband dapat grab 2 rumah lelong sekali gus. Setelah
macam-macam dugaan dan halangan. Rumah kene last minute called off, bank draft
salah tulis nama bank, kalah bidding tu memang perkara biasa. Aku dapat menang
reserve price mase auction kat Pej Tanah baru-baru ni. Petang tu pulak husband
aku menang auction kat Megan Avenue KL walaupun ade seorang pesaing. Sekarang
baru pening nak setel semua.
Untuk sesiapa
yang selalu tanyekan pasal Visa Australia kat komen, aku mintak maaf
banyak-banyak sebab aku memang jarang bukak blog sekarang ni. Ikut mood mak
buyung. Cik Intan masih lagi active buat Visa. Hari tu aku pergi Aussy pun buat
visa dengan dia..Tapi harap korang bersabarlah tunggu respond Cik Intan. Jangan
push orang sangat.
Salam Lebaran dari Perantauan - Toulouse 2013
Dattt!!! lama betul menghilang...rupanya dah masuk 8bln eh..alhamdulillah...so sekarang ni ada di msia atau Toulouse...baru2 ni JM ada hantar kad raya..harap2 sampai lah yek
ReplyDeleteAha..mmg lama tak update sekali update panjang lebar heee..utk kejadian yg berkalu ke atas MAS tu mmg memberi sedikitk esan kepada kaki travel termasuk JM ni..sedinh sgt dgn apa yg berlaku. Doa yg terbaek buat mereka yg dh pergi tu
JM,
DeleteSorry lame menghilang...penat sikit jadi mak buyung ni..tu yang kadang nak tengok blog pun tak sempat dah..nanti DATT check yer kat raya JM bagi tu..kene tengok kat rumah lama...
Hari ni spontan rasa nak update blog. Tu yang mengarang panjang lebar..Kita doa yang terbaik untuk mereka yang telah pergi...InshaALLAH semoga ditempatkan di jannah...tapi orang yang buat tu harus dapat pembalasannya..hampir 300 nyawa terkorban..paling banyak dalam sejarah..
Datt,
ReplyDeleteselamat bersalin nanti.
sila roger..akak nak tengok baby...
dan juga mak baby
ehehehehee
Selamat Hari Raya Aidilfitri-Maaf Zahir Batin
Terima kasih kak Anash..inshaAllah nnt sy khbrkan bile smp masanya..doakan sy yer kak..
Deleteselamat hari raya DATT.. tu concorde ke tu? kau naik tak?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya abg meng..blkg aku tu concorde..dapatlah naik posing2 dlm tu 20 minit..cockpit die mmg sempit skit..nk tersangkut dah laki aku..plg best aku blh tertggl glove dlm tu..
DeleteSelamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin! Lama betol menghilangnya...
ReplyDeleteHi John,
Deleteorang tu dah sampai uk rupenye..tahniah dpt further study sane..inshaALLAH nnt dh ade baby kembali rajin update blog..baby tak suke blog sgt la...balik x raya ni john? Selamat Hari Raya untuk org jauh n Maaf Zahir Batin jugak..
Lama menghilang ye dear...Dah tengah sarat la ni ye..Semoga selamat semuanya. Selamat hari raya, maaf zahir batin
ReplyDeleteHi Kak Ita, mood preggy ni up n down...saya pulak selalu tak sihat..tu yang xde mood sgt nak jengah blog..harap nanti semua urusan dipermudahkan...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin, nice to know you kak ita...
DeleteSalam Lebaran DAT, i wish you safe delivery, semoga menjadi mommy misali... all the best :')
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)