Wednesday, February 22, 2012

Mount Kinabalu Spirits!!!!!!!!



Patutnya aku masukkan enty ni minggu lepas, tapi sebab aku tersangat bizi bee. Aku baru boleh post entry ni.

Semalam ade seseorang sms aku suruh aku tengok 8TV, rancangan travelling. Tapi topik semalam adalah pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Aku sempat tengok sekejap rancangan tu even dengan keadaan tv rumah aku yang agak berbintik-bintik. Sorry guys, rumah aku takde Astro. Masa aku tengok tu, rancangan tu tinggal 5 minit lagi nak habis.

Aku cuma sempat tengok bila dah sampai di puncak. Ayat yang keluar dari mulut pendaki masa tu, “Kerja gila apa yang aku buat ni?”

Sebab apa aku cakap macam tu, sebab aku pun buat ayat yang sama ok! Memang aku rasa gila kot masa tu. Dah la penat gaban, macam-macam rasa masa tu, mual, loya, semua ada. Kenapa aku rasa macam tu, cuba imagine korang berada di tempat yang tinggi, bukan dalam kapal, sebab dalam kapal kita dah di’pressurize’kan. Bila makin tinggi, kandungan oksigen makin kurang. So, akan muncullah pelbagai simpton yang lebih dikenali sebagai “Altitude Sickness/Mountain Sickness”. Antara simptonnya adalah seperti rasa mabuk, mual, pening, muntah, mengantuk dan keletihan yang amat sangat.

Aku mula hilang selera makan masa di Laban Rata, tekak aku dah start rasa mual. So aku cuma makan kismis dan kurma untuk dapatkan tenaga. Ada kawan aku muntah-muntah di sepanjang jalan. Tapi Alhamdulillah, dia berjaya juga sampai puncak dengan rasa nak terbunuh jer.

Aku tak pernah rasa penat yang amat sangat macam tu. Jalan tak sampai 10 tapak, aku dah berhenti. Penguat aku lagi satu, aku cuba minum air ORS – garam untuk penyakit Cherry Berry tu.

Guider aku tak memang tak nampak rupa, sebab die hanya akan jaga orang yang di depan dan di belakang sekali sahaja. Sedangkan aku duduk di tengah-tengah. Aku ingat aku yang ketinggalan jauh, rupa-rupanya tak la jauh sangat. Ada lagi yang di belakang.

Masa naik dari Laban Rata lebih kurang pukul 2 pagi, keadaan sangat gelap gulita n kami hanya berpandukan headlamp di kepala. Dalam hati aku berdoa, janganlah aku ternampak benda pelik-pelik dalam gelap tu. Kalau tak mau aku pengsan. Aku hanya mengikut kaki melangkah. Habis panjat tangga, part pegang tali pulak. Aku hanya ikut arahan guider, suruh ke kiri, aku ke kiri, suruh ke kanan, aku ke kanan. Tak taulah apa ada di kanan dan kiri.

Lepas part tali, kami sampai di Sayat-Sayat Hut. Masa ni lah ko nak buat keputusan untuk proceed or tak. Siapa yang ada masalah lutut, berehatlah di sini..Sebab lutut anda memerlukan 3-4 jam untuk naik dan turun dari puncak. Masa ni jugak, ada sesetengah orang akan rasa mengantuk yang amat sangat. Tu juga simpton Altitude Sickness. Lepas dari Sayat-Sayat Hut, tiada lagi pondok untuk berteduh. Tu adalah pintu terakhir untuk sampai di puncak. Di Sayat-Sayat Hut, ada seorang yang akan jaga pintu masuk untuk ke puncak. Kalau cuaca buruk, pintu akan ditutup. Sebab sangat-sangatlah merbahaya kalau nak juga mendaki kalau cuaca kurang baik. Sebab angin terlalu kuat di atas sana dan jalan akan jadi lebih licin.

Langkah demi langkah, puncak masih tidak kelihatan. Masya Allah, jauhnya wei..Bila nak sampai ni? Kami akan bertanya mana-mana guider sama ada masih jauhkah lagi perjalanan ke puncak? Jawapan yang akan kami terima lebih kurang macam ni, “ Kamu jalan sikit lagi, nanti kamu akan nampak puncak.”

Dalam hati aku pun dah start sumpah seranah. Jalan-jalan, tak nampak jugak. Aku asyik berhenti sebab penat. Tiba-tiba ada seorang Mat Salleh ni tarik tangan aku, untuk bagi semangat pada aku. Aku ni pun boleh pergi jer turut die tu. Bila aku dah betul-betul tak larat, aku ucapkan thanks pada dia. Serius aku tak nampak siapa muka Mat Salleh tu.

Di pertengahan jalan ke puncak, ada juga beberapa group berhenti. Mungkin berehat seketika dan ada yang berhenti untuk muntah-muntah dulu. Kami sampai di signboard terakhir, 0.5KM lagi ke puncak. Hati aku dah rasa terubat sikit. Dah nampak puncak di depan mata. Nampak berbalam-balam lampu dari headlamp bergerak-gerak ke puncak.

Signboard terakhir sebelum sampai ke puncak - dah siang baru nampak clear


Akhirnya, itulah pendakian terakhir untuk sampai ke puncak. Masa tu aku jumpa balik kawan-kawan aku yang aku ingat dah laju ke depan semuanya. Semangat aku yang hilang kembali semula lepas aku jumpa balik kawan-kawan aku. Kami lama-sama memanjat untuk sampai ke puncak. Ya Allah, hanya Tuhan jer yang tau perasaan aku mase tu.

Gambar kami di puncak - aku boh gambar reramai yer.

Nanti aku sambung story mory pasal ni lagi. Nak releasekan stress dengan masukkan entry ni. Semoga semangat Kinabalu menyerap balik dalam diriku.

2 comments:

  1. ouh, cantek nye.. cantek nye view mase u daki.. subhanAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adek manis...

      cuaca sgt cantik masa tu...alhamdulillah

      Delete