Baru aku perasan, tetiba ramai yang view page aku especially page yang berkaitan telekung Siti Khadijah.
Aku pun tengok jugak edisi Nona semalam yang menyiarkan tentang telekung Siti Khadijah. Alhamdulillah makin berkembang sekarang. Actually aku dah pernah 2 kali membeli telekung Siti Khadijah ni. 2 kali beli pun dah kecoh kan? Aku hadiahkan untuk mak aku sempena bulan Ramadhan tahun lepas, yang kedua untuk makcik aku yang pesan. First time aku tengok telekung ni memang jatuh cinta. Memang berangan-angan untuk jadikan hadiah pada hari istimewa sebab bagi aku ia sangat-sangatlah spesel. Kain yang sangat sejuk, selesa n paling penting tak jarang. Mungkin harganya sedikit pricey untuk aku, tapi tak rugi pun kita membelinya. Beg tangan Gucci, Long Champ pakat boleh beli. Telekung mahal sikit tak boleh ke? Aku cakap macam ni sebab aku jarang sangat membeli barang mahal-mahal or branded. Sebab tangan aku terketar-ketar nak beli barang mahal. Tapi untuk telekung ni, aku tak ralat. Sebab aku sangat-sangat puas hati dengan kualiti n kainnya.
Telekung ni pun di’design’kan sendiri oleh tuan punya butik ni, iaitu Puan Padzilah Enda. Kilang telekung ni sebenarnya hanya dibelakang rumah beliau iaitu di Sungai Merab, Bangi. Kain-kain pula diimport dari Indonesia dan dijahit 100% di sini. Skali cuba mesti nak lagi.
Baru-baru ni ade kawan aku belikan aku telekung dari Indon, bagi aku agak mahal n aku tak puas hati sebenarnya. Sebab kainnya sedikit jarang. RM90 kot. Semua dah ok, tapi bab kain tu macam jarang sikit, terus aku rasa tak puas hati. Tapi aku just bayar jerlah n tak cakap ape-ape.
InsyaALLAH mak aku akan ke Umrah beberapa bulan lagi n dia dah siap-siap suruh aku carikan dia telekung. Mungkin telekung Siti Khadijah akan menjadi pilihan lagi. Yang penting semoga mak selesa untuk buat ibdah di sana. Memang dalam hati meronta-ronta untuk beli, tapi memikirkan pitih, kita dahulukanlah keperluan mak.
Aku bagi link untuk sesiapa yang nak view page telekung Siti Khadijah ni, FB Siti Khadijah. Website Siti Khadijah tengah jam sebab ramai sangat yang view page ni. Kalau rasa tak mampu, jangan risau. Aku akan bagi tips untuk dapat telekung ni dengan harga yang sedikit murah dari biasa.
Tips untuk dapat telekung murah:
1) Selalu view page Siti Khadijah, normally every month akan ade promotion untuk telekung-telekung ni.
2) Big sales selalunya akan dibuat pada sebelum awal musim Haji & Umrah – kene tengok calendar ye.
3) Pada hari-hari kebesaran bulan-bulan Islam, sebelum puasa, Maulidur Rasul, Awal Muharram – tapi tak sehebat promotion musim haji n umrah kot.
4) Paling best, beli masa clearance sales – masa ni dieorang nak habiskan stok-stok lama. Boleh dapat harga murah, RM150 untuk sepasang telekung. Tapi risiko susah untuk dapat size yang kita nak kan.
5) If korang terbekanan kat telekung yang display pun korang boleh dapat telekung tu dengan harga murah, RM200 untuk sepasang (aku pernah beli telekung display sebab aku nak sangat kain yang macam aku beli sebelum tu) - tapi lepas tu korang kenelah rajin sikit basuh dulu telekung tu sebelum pakai sebab mungkin ada kotor-kotor sikit, kata telekung display, mesti orang dok try-try.
Semoga tips-tips ni dapat membantu kawan-kawan untuk dapat telekung idaman dengan harga yang lebih murah.
Jom kita LIKE page Telekung Siti Khadijah beramai-ramai. Tak rugi pun yer.
terus mengoggle " telekung siti khadijah "
ReplyDeletehehehe baru first time dengar
GCC,
Deletehrp dh jumpa la carian telekung siti khadijah tu...hehe..thanks ye..
Salam,
ReplyDeleteCuba visit website www.myvalorem.com untuk telekung berbatu rhinestones. Free size, telekung extra besar, kain extra panjang dan ada 2 lapis dari kepala sampai bahu. Walau besar tapi sesuai untuk semua saiz badan kecil atau besar. Fabric japanese cotton. Sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.