Kebizian aku 2,3 hari ni menyebabkan aku tak sempat nak update blog. Nanti aku sambung pasal previous entry yang aku janji tu. Tengah tunggu compilation gambar dari kawan-kawan.
Apa-apa pun, layan dulu lagu Selina Gomez ni, Who Says.
Aku minat lagu Who Says ni lepas tengok cerita Monte Carlo. Sebab utama aku tengok cerita ni adalah Eiffel Tower, Paris. Tulah tempat idaman aku selepas London. Semoga cita-citaku untuk menjejaki Eiffel Tower tercapai satu hari nanti insyaALLAH.
Destinasi Idaman - Eiffel Tower
Lirik lagu ni seolah-olah ada kaitan dengan aku. Since mode untuk away dah nak bermula, so aku akan dengar lagu ni berulang kali untuk ‘up’kan semangat aku. Lagu ni jugak yang aku akan ulang masa aku jogging. Semua untuk naikkan semangat aku.
Dalam post ni aku nak ucapkan Tahniah untuk bakal pengantin 27 Nov nanti. Untuk seseorang yang pernah interrupt seketika dalam hidup aku yang membawa banyak kisah sehingga aku dapat menjawab 26 Fakta@Auta Seorang Kaki Travel.
Aku dah maafkan semuanya, cuma masih sukar untuk melupakannya. Banyak transformasi yang dah berlaku sepanjang beberapa tahun ni. Dulu aku tikus, sekarang dah jadi rimau. Dulu badan aku gemuk pendek, sekarang dah kurus, tapi masih pendek lagi la. Haha....
Dulu penakut, sekarang dah jadi berani and more confident. Dulu lembap, tak suka sukan, sekarang dah hyper or super duper active. Apa-apa pun, yang berlalu biarkanlah berlalu. Untuk adik-adik yang baca dan pernah putus cinta, jangan buat perkara terburu-buru. Hidup kita masih panjang lagi. Banyak yang perlu diterokai. Aku menyesal sebab dulu kenapa aku tak start berlari. Kalau tak mesti aku dah boleh buat full marathon. Aku menyesal kenapa dari dulu aku tak belajar buat kek, kalau tak mesti aku dah boleh buat bisnes sekarang ni. Yang pasti ada hikmahnya semua ini berlaku. Jika tidak, aku tak terjun dalam bidang aku sekarang dan mungkin tak jumpa lelaki idaman yang selalu dalam mimpi aku.
Apa-apa pun, terima kasih pada Mr L yang selalu bersama aku, bagi semangat padaku. InsyaALLAH lepas Mr L dah mencapai cita-citanya, kita akan melangkah ke next step. Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.
Nak kena buat list sebelum away nih. Manyak busy la...Adoi!!!
No comments:
Post a Comment