Thursday, July 11, 2013

Ayam Percik dan Bubur Jagung Simple.


Selamat Berpuasa untuk semua pembaca..Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan bererti untuk kita semua. Jom kita sama-sama tingkatkan amalan kita pada Ramadhan kali ini, insha-ALLAH.

Hari pertama berpuasa, tuan tanah berpeluang balik awal sebab training habis awal. So as reward, sempatlah masak something untuk hari ni. Malas nak ke Param (singkatan Pasar Ramadhan) sebab malas nak bersesak-sesak, lepas tu tak tau menu tu sedap or tak dan paling penting tak nak terjebak dengan membeli yang bukan-bukan. Sebab sebelum berbuka, mata yang terlebih lapar, tapi perut tak mampu nak sumbat.

Jom kita check it out resepi 1 Ramadhan. Kot-kot takde idea nak makan apa esok boleh cuba resepi ni. Sebenarnya dah banyak kali buat menu ni, tapi tak sempat-sempat masuk blog. Ni baru berkesempatan.

Resepi ayam percik mudah dari blog Ana Suzana.
 
Bahan-bahan
½ ekor ayam, ambil bahagian drumstick sedap sikit. Cuci bersih-bersih.
2 biji bawang besar – saya tukar pada 8 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
2 batang serai – 1 batang di blend, 1 batang lagi diketuk
2 cm halia
1 sudu kecil biji ketumbar – saya tak letak
4 ulas bawang putih – 2 biji bawang putih
sedikit air utk blender
*3 sudu besar cili blend
1 kotak santan 200ml
Garam secukup rasa
*1 inci gula merah
1 keping asam keping – saya tak letak pun
 
For me, less is more. Untuk ayam percik tak perlu terlalu banyak perencah. Cukuplah rasa rencah yang original.
Cara-caranya.
  1. Masuk ayam dalam kuali
  2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
  3. Masukkan juga serai yang diketuk tadi.
  4. Masukkan santan kotak.
  5. Lepas tu baru masukkan cili blend dan bolehlah dibuka api dapur. Tapi sederhana.
  6. Kacau-kacau ayam supaya sebati dengan kuah. Terbalik jugak ayam-ayam tu sebab takut masak sebelah jer.
  7. Masukkan garam dan gula Melaka sebagai bahan perasa.
  8. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..
  9. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..
  10. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..(Saya bakar untuk sejam dengan suhu 200 celsius sebab nak bagi ayam lagi garing, kalau anda suka yang moist terpulang pada selera masing-masing)
  11. Selepas ayam dibakar, bolehlah tuangkan kuah percik di atas ayam tersebut.
Set ayam percik bakar bersama nasi kukus.
 
    Lagi dan lagi.

    Jomlah cuba.




Nasi pulak, saya masak guna kaedah kukus untuk dimakan bersama ayam percik. Nasi kukus ayam percik, pasti tak kecewa punyalah. Cuma takde sambal belacan je kan? Kalau boleh buat lagi sedap. Saya tak boleh makan sambal belacan, sebab tu skip.
 
Tak lupa jugak dessert untuk sejukkan tekak. Bubur jagung simple. Tak perlu nak bersantan-santan. Mungkin setengah orang kata ni resepi pemalas, tapi yang penting rasanya memang owesome okay! Mak saya selalu buat masa saya kecil-kecil. Sedap bangat. Sebab tu saya rasa kurang gemar kalau makan bubur jagung yang bersantan. Rasa muak jer. Tapi bubur jagung ni, tak rasa muak dan sedap sangat dimakan sejuk-sejuk.
 
Balik dari terawih, bukak peti ais makan dessert yang sejuk ni memang best giler.
 

Resepi bubur jagung simple.
Bahan-bahan 
2 biji jagung, dipotong untuk mendapatkan isinya sahaja.
Air 900 ml
4 sudu besar gula
Secubit garam.
Sehelai daun pandan* - kalau takde pun takpe.
Cara-caranya: 
Masak semua bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih. Tutup api dan bairkan sejuk. Dah sejuk masukkan dalam peti ais, untuk dinikmati selepas berbuka. Bubur jagung ni banyak kegunaannya. Kalau dah tak nak makan bubur tu, esok boleh buat pudding jagung, tak pun cucur jagung. Kreatif kan? Kalau bubuh santan, susah sikit nak modified jadi benda lain. Lagipun ayam percik dah bersantan, so bubur tak payah lah nak letak santan.
 
Selamat mencuba semua.
 
 
p/s : saya mintak maaf kalau korang rasa terliur tengok gambar ni di siang hari. Saya cuma nak share resepi.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 

Monday, July 8, 2013

Rough Itinerary ke New Zealand (South dan North Island)

Aktiviti aku last weekend, kemas-kemas barang lama aku. Suku darinya penuh dengan sampah sarap. Kasi clear semua . Lepas tu akuu dapat jumpa balik koleksi fridge magnet aku yang lama-lama. Dapatlah sekotak kecil, termasuk keychain, poskad, clip and etc. Jumpa lagi itinerary yang lama-lama.
Hari ni aku nak share itinerary aku mase aku berkunjung ke NZ dulu-dulu. Itinerary ni kawan aku yang buat sebab aku betul-betul busy masa tu. Aku rasa nak job down kat sini supaya aku or kawan-kawan yang lain nak refer kot-kot nak ke bumi kiwi ni nanti.
Mula-mula aku ke sana, aku cover South Island. Lepas tu aku cover lagi North dan South sekaligus. Tapi banyak keNorth la. It’s very memorable trip that I ever had. Memang best sangat-sangat. Sampai sekarang aku masih merindui NZ.
Aku kalau dah start cakap, meleret-leretlah panjangnya. Jom kita sambung.
lonely planet


Itinerary 1: South Island
Day 1: KUL to CHC  (sampai tengah hari, ambil kereta dengan Shoe String) . Check in hostel dan malamnya kami shopping barang-barang dapur.
Day 2: Start our journey.                                                                                   
                CHC                          Lake Tekapo          
                Lake Tekapo            Salmon Farm      
                Lake Tekapo            Lake Pukaki    
                Lake Pukaki             Aoraki (Mount Cook)  - tidur di sini                                                            
                                              
Day3:  Mount Cook (sempat lagi pergi jungle trekking)then drive to Queenstown       (sampai dah malam)
Day 4: Lake Te Anau – Mildford Sound  
Day 5: Queenstown (Kiwi Bird Park, Gondola) – Wanaka (Puzzle World) - CHC          
Day 6: CHC to KUL (midnite flight)                                    
                                              
 
sumber: lonely planet

Itinerary 2 : North Island – South Island
Day 1: Fly from KUL to CHC – overnight kat airport. (tido depan pintu kot masa tu)
Day 2: Our journey begin, ambil campervan dari CHC Airport terus ke Akaroa. (Sempat lagi tuh). Dari Akaroa shut ke Picton. Kami sampai di sini mid nite kot. Overnight kat sini. Tunggu ferry next morning.
Day 3: Naik ferry untuk menyeberang ke Wellington. Lebih kurang 2 or 3 jam. Sampai di sini, jumpa sorang student Malaysia. Lepak dengan dia sekejap dan membersihkan diri dan bergerak ke Napier. Kami tidur di Napier malam tu. Pengalaman paling giler masa ni.
Day 4: Bangun pagi dan bersedia nak cari tempat nama yang paling panjang dalam dunia di Porangahau. Tak sempat nak ge Gisborne tengok first sunrise in the world. Dari situ kami bergerak ke Lake Taupo (nak tengok Huka Falls).
Day 5: Sampai di Lake Taupo, dapat tengok Huka Falls yang Subhanallah cantik sangat-sangat. Kami bergerak ke Rotorua (Sulfur Town) – lebih kurang bau busuk kentut. Dari sini kami teruskan journey ke Hamilton dan Auckland. Kami tidur di parking tak jauh dari airport sebab esok pagi dah nak catch flight ke CHC balik.
Day 6: Auckland ke CHC, ambil kereta dan bergerak ke Dunedin. Kami melalui Timaru, Oamaru dan sampai ke Dunedin. Misi ke Dunedin nak ke Cadbury World, Steepest Road dan Maoroki Boulders. Kami tidur di sini.
Day 7: Dari Dunedin bergerak ke Queenstown melalui jalan singkat iaitu tembus di Cromwell. Tidur di Queenstown.
Day 8: Dari Queenstown kami melalui Cromwell, Wanaka, Twizel dan singgah ke Lake Tekapo. Dari situ kami shut laju-laju menuju ke CHC. Sebab flight adalah midnite.
Day 9: CHC to KUL.
  
p/s: Rajin pulak letak 2 entry satu hari ni.

     
                                              
                                               

Precious June

2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan untuk tahun 2013. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ni.
Ada beberapa story aku nak update sepanjang bulan June yang lepas. Aku bersyukur sebab aku pass 2 test penting yang aku lalui sepanjang bulan Mei dan yang baru lepas baru-baru ni.
Aku pass test untuk auditor course. Syukur sangat-sangat sebab untuk freshie seperti aku ni, takde pengalaman langsung, agak blur mula-mulanya dan akhirnya aku lepas. Walaupun banyak dugaan untukku ketika itu. Bila dah pass, layaklah aku untuk dapat sijil dan dengan sijil tu bolehlah aku pergi lebih jauh lagi.
2 hari sebelum birthday aku bulan lepas, aku memberanikan diri re-seat balik paper yang aku pernah sangkut dulu. Ni 3rd attempt aku. Yang aku cerita aku betul-betul rasa nak give up dah. Tapi kali ni, aku usaha dan selebihnya “I LET GOD!” (berserah pada ALLAH). Kalau fail lagi, ambil lagi, aku dah set mind aku. Tak nak over stress, tension kecewa bagai nak gila lagi.
Aku sanggup pergi exam kat tempat lain sebab yang dekat kawasan aku ni dah full. Takpelah aku cakap, just try. Aku awal-awal pagi dah pergi ke tempat exam. Alih-alih ada drama pulak kat situ, kata tempat exam kene pergi tempat lain. Tak pasal-pasal tebalkan muka menumpang orang. Malu tak payah cakaplah. Dah la tak kenal, boleh pulak nak ride orang.
Pergi tempat satu lagi, kata exam kat tempat tadi lagi. Malu lagi aku. Buat tak reti jer lagi. Start pukul 8.45 orang dah start ramai. Ada 10 calon exam pagi ni. Boleh kata antara mereka tu memang dah kenal, sebab selalu bertembung time exam. So bile dorang nampak aku, dorang macam curious sikit.
Aku buang perasaan malu tadi, buat biasa-biasa. Dalam hati pulak fikir. Ok jugaklah aku pergi exam tempat lain, sekurang-kurangnya aku makin kenal ramai orang. Exam kali ni based on online. Paperless, tak macam sebelum-sebelum ni.  Berdebar sepanjang 65 minit seat untuk exam tu. Perasaan bercampur baur.
Habis exam, aku bergegas balik sebab petang tu kami ada kenduri arwah di surau. Aku yang kene sediakan menu, nasi lemak rendang daging. Nasiblah mak aku dah siapkan kuih awal-awal masa aku pergi exam tu. Tak lah kalut sangat.
Petang ni nak jadikan cerita almost seluruh Bandar Kuching black-out. Kelam kabut dibuatnya. Dengan hujan lagi. Masya-ALLAH. Dugaan, dugaan. Tapi akhirnya semua selamat. Masuk waktu Isyak, keadaan kembali seperti sedia kala. Orang pun makin ramai ke masjid.
Aku memang penat gile hari tu. Malam sebelum test aku tak boleh tidur. 2,3 malam dah macam tu. Takut punye pasal. Lepas exam berkejar ke sana ke mari nak siapkan masakan. Malam tu memang rasa penat gila. Tapi hati aku tergerak nak check email kalau-kalau result dah keluar. Rupa-rupanya ada. Berdebar sangat-sangat nak check.
Aku berdoa dalam hati, aku tawakal padaMu Ya ALLAH. Sekali aku jeling pdf attachment tu mengatakan aku PASS. Siap keluar markah lagi berapa. Aku rasa nak lompat kalau boleh masa tu. Malam tu aku tidur tersengih-sengih gamaknya. Rasa hilang debaran di dada. Bagi aku, itulah hadiah paling bermakna untuk aku menjelang birthday aku untuk tahun 2013 ni.
Aku memberanikan diri lagi untuk register beberapa paper yang lain. Aku ada 10 paper lagi untuk aku complete semuanya. Bagi aku sekarang, USAHA dan terus USAHA dan last sekali tawakal kepada ALLAH.

p/s :Tak sempat nak cari pantai weekend hari tu sebab cuaca di Kuching asyik hujan jer. Takpelah, tak rejeki.

Monday, July 1, 2013

Pengecualian VISA untuk ke JEPUN bermula 01 JULAI 2013

Berita gembira untuk semua. Bermula 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak lagi perlu submit VISA untuk ke JEPUN. So tak payah susah-susah dah macam dulu. Tapi pengecualian visa ni hanya untuk yang mempunyai biometric passport with an embedded microchip. Apa tu biometric passport with embedded microchip? Ala kalau depan passport tu macam ada gambar kamera tu maksudnya passport tu dah ada biometric microcip.
Selain tu, kene tunjuk jugak segala flight itinerary (return ticket) and etc macam kita submit visa di embassy dulu pada imigresen masa masuk Jepun nanti. Yang ni tak boleh skip yer. Untuk lebih detail, aku copy paste info dari Japan Embassy ni. Untuk maklumat lanjut, silalah berhubung dengan pihak embassy yer. Tapi bagi aku ni memang berita gembira.
Exemption of Visa for Malaysian Nationals holding biometric passport

with an embedded microchip that is compliant with

ICAOInternational Civil Aviation Organizationstandards starting from 1 July

                                                                                                                                                                       25 June 2013


1. From 1st July 2013, the Government of Japan has decided to abolish the requirement of short-term visa for Malaysian Nationals who hold ordinary biometric passports with embedded microchip that is compliant with ICAO standards(issued since February 2010) who wish to enter Japan for short-term stay.
However, this visa exemption only apply to Malaysian Nationals holding ordinary biometric passport with embedded microchip that is compliant with ICAO standards. Malaysian Nationals who do not hold ordinary biometric passport with embedded microchip that is compliant with ICAO standards are remain advised to obtain a visa to enter into Japan.

When you plan to visit Japan, please kindly check if your passport is a biometric passport with embedded microchip that is compliant with ICAO standards.
For checking method, click here.

Kebanyakan passport baru mempunyai biometric embedded. Passport sebelah kanan adalah passport lama.

2. In accordance with the above visa exemption, the duration of stay in Japan to be given to Malaysian Nationals at that time of entry inspection will be for maximum 90 days. (Those who plan to stay for more than 90 days or work in Japan, remain requested to obtain a visa as before.)
 
3. When you enter into Japan, your entry permit will be issued at the entry point by the Japan immigration (This is the same for those who enter into Japan with a valid travel visa). Please take note that you might be asked about your purpose of visiting Japan or requested to submit necessary documents (For example: Return flight tickets & etc.).
Please be aware that you might be denied entry if you are entering Japan for short-term stay but the total duration of your stay in Japan in a year exceeds 180 days.
4. If you have any enquiry, please contact the consular section of Embassy of Japan in Malaysia at the phone number below.

Consular Section, Embassy of Japan in Malaysia   Tel: 03-2177-2600
Sumber : Japan Embassy

Monday, June 24, 2013

Burger Bakar Deen Cawangan Sungai Petani

Jauh mai bak hang!!!!!
Kepada peminat-peminat buger bakar kat belah utara nun, especially Sungai Petani tak payah susah hati dah. Sekarang dah ada cawangan baru kat tempat baru. Sebelum ni yang aku tau RBB, Rawang Burger Bakar memang dah bertapak lama di Taman Ria Jaya, lebih specific kat Sungai Petani Utara la.
Meh sini aku nak perkenalkan cawangan Burger Bakar Deen yang dibuka di Taman Sejati, tak jauh dari Parkson Ria, nak detail lagi dekat dengan kedai gambar  kat tepi corner tu. Ni kira cawangan Sungai Petani Selatan. Tak jauh dari highway utara selatan.
Nak burger satu lapis, dua lapis, tiga lapis or berlapis-lapis. Semua boleh. Beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 4 petang hingga 12 malam.
Jom pakat serang ramai-ramai.


Burger ayam yang mengancam

Confirm terliur kan? Jom pergi serang!!!!!!!

Wednesday, June 12, 2013

Renew Passport 2013

4 tahun lebih dulu aku buat passport kat Kajang, Metro Kajang. Memang hazabedah masa tu. Orang ramai macam giler. Dengan tempat sesak, tak selesanya, panas.

Tiap-tiap kali aku pi travel mesti belek passport. Sebab asyik tengok bile tarikh expired. So tahun 2013 ni aku rasa susah hati bila tengok tarikh expired dah makin dekat. 6 bulan sebelum passport expired, dah tak boleh travel keluar Malaysia. So dah kene renew kalau nak travel.

Memang aku dah cakap aku takde mood nak ke mana-mana sekarang. Tapi passport kene jugak renew sebab kalau tetibe kene out station, tak ke naya. Nak jawab dengan boss passport expired? Tak professional kalau bagi alasan passport expired kat boss.
Aku google kat internet, try nak renew passport online jer lah. Baca kat blog Janggel, senang jer die renew passport. Aku pun macam agak hepy, rasa nak renew tak secomplicated dulu, terpaksa bersesak-sesak, berasak-asak nak buat passport.

Aku cuba masuk website Imigresen Malaysia. Klik kat  bahagian passport online. Follow link semua and klik button accept. Masukkan nombor passport dan IC, tekan next. Isi form dan sedia untuk pilih tempat collect passport. Sekali tengok, takde pun tulis Putrajaya. Yang ada, Bukit Kayu Hitam, Limbang, Lawas, Labuan, Lahad Datu and etc. Yang kat semenanjung ni semua takde.

Aku try 2,3 kali dan hasilnya tetap sama. Aku jadi fedup. Aku goggle lagi internet untuk dapatkan info. Aku target nak renew kat Putrajaya jer. Baca-baca blog orang, memang sengsara nak renew passport kat Putrajaya nun. Datang awal pagi, tapi tengok Q dah panjang giler.

So rasanya macam give up nak ke Putrajaya. Aku decide nak ke Pudu Sentral (Hentian Pudu) sebab kata review kat sini sangatlah convenient. Tak payah beratur lama-lama, cepat siap dan imigresen tak banyak cikadak. Waktu urusan pulak panjang, sampai pukul 10 malam.

Aku bergegas ke Pudu hari Sabtu 1 Jun hari tu. Sampai-sampai Pejabat Imigresen di Pudu, nampak lengang. Sekali ada notis kat depan tu. Katanya Pejabat Imigresen tutup pada 1 & 2 Jun sempena Hari Agong dan system seluruh negara offline. Ok, aku memang kecewa dan salah aku sendiri sebab tak alert. Aku balik dengan hampa.

Aku cerita pada kawan aku pasal urusan nak buat passport ni. Kawan aku beria-ria suruh aku buat kat Kiosk Pejabat Imigresen Putrajaya. Kejap jer siap katanya. 2 jam dah boleh dapat. Datang pagi-pagi then boleh tunggu passport siap dalam 2 jam . Aku akhirnya bersetuju sebab dah malas nak ke Pudu. Aku siapkan semua dokumen.

Untuk RENEW PASSPORT perlukan:
1. Salinan Photostat Kad Pengenalan (depan belakang)-sekeping
2. Gambar Passport background putih – sekeping (senang ambil siap sebelum pergi, tak kelam kabut nanti)
3. Passport lama – jangan lupa pulak
4. Duit
*Kad Pengenalan – kalau guna kiosk yer (make sure cip kat IC korang tu takde masalah)

3 benda ni kena bagi pada pegawai imigresen.

Dengan nekad, aku pergi ke Pejabat Imigresen Putrajaya kat Precint 15 tu hari Khamis lepas. Since dah terlambat bangun, lambat sikit sampai. Dalam pukul 7.55 pagi. Orang tak payah cakaplah, memang ramai giler.

Aku masuk kat bilik kiosk, ada notis kene ambil nombor jugak. Kawan aku cakap kene beratur jer. Aku pun bergegas pergi ambil nombor giliran dan kembali ke bilik kiosk. Kiosk bukak pada pukul 9 pagi. Awal-awal ni tak ramai lagi kat situ. Bilik kiosk tu bersebelahan dengan tempat ambil gambar dan Photostat. Ramailah yang baru nak ambil gambar, nak photostat bagai masa tu jugak.

Dalam pukul 8.30 ada pegawai yang buka pintu bilik kiosk dan masuk ke dalam. Start dari tu, kami dah start beratur. Aku yang paling depan. Alih-alih aku nampak pegawai tu pergi tampal notis, passport baru boleh ambil pada esoknya lepas jam 10 pagi. Dalam hati dah rasa bengkek dah. Kata buat kat kiosk, 2 jam boleh siap. Apehal esok pulak baru boleh ambil.

Dalam hati ni memang dah panas. Tapi kene bersabar. Dalam pukul 8.45, barulah pintu kiosk dibuka sepenuhnya. Tak tau dari arah mana nak duduk, tapi aku cari seat paling depan. Dah penat beratur depan tadi kan? Keadaan jadi tunggang terbalik kejap. Pegawai tu suruh isi tempat duduk yang panjang tu dulu baru isi kerusi di row di sebelah. Boleh refer gambar rajah. Muka pegawai tu dah ketat. Relaks la Mak Jemah, awal lagi kot. Tapi muka ko dah ketat.
Contoh keadaan dalam bilik KIOSK tu. Sorry kalau sketch aku buruk.

Ada orang tanya, tak boleh dapat passport hari ni ke? Dengan kereknya makcik tu menjawab, takdenye aku nak panggil die pegawai dah. Semua passport ambil esok, takde ambil hari ni. Kalau nak cepat pergi kaunter. Hamboi-hamboi, bagusnya bahasa.

Tanpa briefing apa-apa lepas tu, terus suruh start. Aku pun mulakan dengan bismillah. Tak nak cari pasal dengan makcik tu. Alhamdulillah nampaknya semua ok.Cip pada IC aku takde masalah. Kiosk tu cepat jer detect jari aku kanan kiri. Sampailah part last, aku kene masukkan passport lama, gambar passport sekeping dan salinan kak pengenalan dalam sampul, dan masukkan dalam peti kat kiosk tu. Aku pun masukkan dalam peti tu dan print resit. Sekali makcik tu panggil aku tanye, mana passport awak semua? Aku cakap aku masuk dalam box kat kiosk tu. Makcik tu dengan muka tak puas hati tanya aku, kenapa masuk dalam tu? Aku diam jer then makcik tu bergegas bukak box tu dan ambil semua passport, gambar dan salinan IC aku.

Dalam hati aku memang aku rasa nak marah balik makcik tu. Dah la takde briefing apa-apa sebelum mula tadi. Aku cuma ikut arahan mesin kiosk tu. Takde pun makcik tu bagitau dah habis, bagi semua butiran pada dia. Sumpah takde.. Alih-alih nak marah orang. Aku malas nak spoil mood pagi-pagi. Kalau ikut kemarahan aku memang aku sound. Nasiblah aku muda, terer bab-bab teknologi ni sikit-sikit. Agaknya kalau pakcik-pakcik or makcik-makcik tua yang start buat kat kiosk tu tadi, macam manalah agaknya.

Aku tak betah nak tengok muka makcik yang mintak selipar Jepun tuh. Aku cepat-cepat belah, pergi kaunter ambil nombor tadi sebab nak tanye boleh tak aku nak passport aku hari tu jugak. Nasiblah awek tu baik, jawab lemah lembut. Bagitau datang balik ambil pukul 3.30 petang nanti. Tak sempat nak siap pagi ni. Walaupun tengah panas, tapi kalau orang cakap lemah lembut, aku boleh terima. Janganlah buat muka kerek dan masam pada orang macam nak tak nak jer keje.

Petang tu aku datang balik pukul 4. Tunggu kat kaunter 7 or 8. Alhamdulillah passport aku dah siap. Nasib lawa. Walaupun putih, tapi gambar memang jelas. Pasport terbaru ni sampai 50 page. Extra 20 page berbanding dulu. Yang pasti, aku renew passport ni untuk 5 tahun sebab aku tak betah nak mengadap Pejabat Imigresen 2 tahun sekali untuk renew passport.

Bagi aku, untuk renew passport di Putrajaya memang korang perlu kesabaran yang amat tinggi. Kalau rasa kesabaran tu senipis kulit bawang, betterlah buat kat UTC Pudu Sentral. Kat situ tak ramai orang lagi dan waktu urusan lebih lama dari biasa.

kredit to blog http://untuqsemua.blogspot.com
p/s : Masih kecewa dengan kakitangan awam yang berkhidmat di bahagian Frontline ni. Masih banyak kekurangan dalam sistem Malaysia untuk mengaplikasikan teknologi untuk mempercepatkan proses-proses macam ni. Kalau dah tau ramai orang, silalah buat kiosk banyak-banyak. Bukan pro mana-mana parti, tapi inilah JANJI DITEPATI. Siapa yang renew passport tahun lepas kat kiosk Putrajaya, boleh jer dapat 2 jam. Tahun ni servis macam hampeh. Ops, lepas mengundi katakan. Habis semua janji dibawa lari.

Monday, June 3, 2013

Willkomen June

2 bulan ni aku rasa hidup aku up and down. Mungkin ujian untuk aku dalam mensucikan dosa-dosa yang ada. Lepas kena angin medu, aku demam dan sakit tekak. Sakit tekak yang amat sangat. Dah baik sakit tekak, aku kene flu pulak. Memang banyak dugaan untuk aku. Dalam pada tu jugak, mood aku untuk travel terus merudum jatuh. Yup, aku betul-betul takde mood.
Masuk bulan 5, aku busy dengan training. Berulang tiap-tiap hari ke KL. Ni pun pengajaran untuk aku. Bersyukur aku berada di tempat sekarang, kurang jam, kurang tekanan. Hari terakhir aku training, aku berada dalam insiden yang paling aku tak boleh lupa.
Sepanjang almost 10 tahun menggunakan ERL, kali pertama aku berdepan dengan situasi tu. Aku terperangkap dalam ERL.  As usual petang tu, aku berlari-lari mengejar train. Umat manusia pulak ramai giler. Aku cuba jugak untuk masuk sebab aku tak nak tunggu next train lagi. Sumbat macam ikan sardine. Last-last aku betul-betul berdiri rapat di belakang pintu ERL. Tersepit di antara 2 lelaki di kanan kiri. Sesak sangat dalam ERL tu. Dah macam komuter jadinya.
Lepas lalu stesen komuter Serdang, ERL mula bergerak perlahan dan tiba-tiba berhenti. Ada announcement. Tren ini mengalami kerosakan teknikal. Ya Allah, dengan panasnya, dengan tersepitnya. Macam-macam rasa dalam tu. Dah ada bau-bau sikit, kata dah petang kan. Nak gerak ke kiri kanan pun tak boleh.
Brother sebelah aku asyik mintak maaf kalau terlanggar aku. Rasa macam tak cukup nafas dalam tu. Kami hanya memandang sayu(sebenarnya geram) jer pada komuter yang lalu dari Serdang. Masing-masing dah start buat dialog, mesti kene kutuk dengan orang naik komuter sebab ERL rosak kat tengah-tengah jalan.
2,3 kali announcement ulang benda yang sama. Kerosakan teknikal, sila tunggu announcement seterusnya, sampai orang naik fedup. Entah-entah ERL ni rosak sebab overload kot.Sangkalku dalam hati. Ramai sangat yang naik time ni.
Tanpa announcement seterusnya, ERL mula bergerak 15 minit kemudian. Fuh, bertabahlah nak sampai ke Putrajaya.Nak tunduk pun tak boleh. Gerak sikit-sikit boleh lah. Kalau ada yang kentut bau telur tembelang dalam ni mesti ramai yang pengsan.Sampai di Putrajaya, ramai umat manusia keluar, legalah sikit.
Dari nak cepat, terus jadi lambat. Tulah kisah aku naik ERL selama seminggu tu.
Dalam bulan 5 jugak, aku boleh dikatakan asyik berulang ke airport dalam masa 2 minggu. Kejap ke LCCT, kejap ke KLIA. Pickup orang lah, hantar oranglah. 1st May, aku hantar adik aku balik kampung ke Kuching naik Malindo Air. Aku beli tiket dia dengan harga RM78 per way. Tiket balik pulak dia dapat RM68. Total tak sampai RM150. Beli pulak tiket dalam masa terdekat.
Lepas adik aku, hantar kawan aku ke KLIA lagi sebab nak ke Amsterdam. Adik aku pulak balik dari Kuching next weeknya, cousin aku pulak call mintak tolong pickup dia lagi di KLIA.
Aku sempat lagi hantar cousin aku balik di LCCT sebelum aku sambung training di Subang untuk 3 hari. Penutup cerita airport aku, aku pick up kawan aku kat LCCT sebab dia baru balik duty travel.
Siyes rasa penat sangat berulang ke airport. Tapi dah tanggungjawab. Kalut-kalut macam tu, adik angkat aku pulak call bagitau yang dia dah register masuk UNITEN. Tu pun buat aku terkejut. Semua datang serentak. Nak tak nak, aku kene jugak pergi tengok dia. Ops terlupa, aku ade hantar die ke KLIA malam sebelum ke LCCT (last day aku jadi driver tak bertauliah di airport) sebab dia nak balik Penang lepas orientasi.
Dalam kalut-kalut macam tu, Alhamdulillah ada juga rezeki untuk aku. Terima kasih Ya-ALLAH. Aku muhasabah diri, banyak kesilapan yang aku buat sebelum ni yang aku sedar atau tak sedar, aku banyak lalai dalam jalankan tanggungjawab aku. Oleh itu, Allah bagi ujian untuk aku sedar dan kembali ke jalanNya.




5 tahun lepas, aku pernah menangis di Anjung Tinjau KLIA ni. Bila aku pandang kapal terbang di sekeliling aku, aku jadi sayu dan sedih. Sejak kecil aku memang suka tengok kapal terbang. Segala-gala tentang kapal terbang. Aku pernah bercita-cita untuk jadi seorang juruterbang.
Lepas SPM, aku tersalah pilih jalan. Aku sedar masa aku dah 3rd year kat U. Kalau aku nak quit masa tu dan ikut kata hati aku, aku fikir, aku dah kecewakan parents aku. Aku kuatkan semangat untuk gembirakan hati parents aku dengan habiskan degree. Lepas habis degree, aku akan cuba perjuangkan kembali cita-cita aku itu.
After 5 tahun, aku berdiri lagi di sini. Tapi keadaannya berbeza. Alhamdulillah, aku dah berjaya capai sikit-sikit impian aku biar tak sepenuhnya lagi. Aku dapat melihat tempat orang, aku dah jejak ke tempat impian aku. Cuma, aku belum berkesempatan jejak ke tanah suci lagi.  Buat masa sekarang, aku terlalu ingin untuk sampai ke sana. Moga-moga termakbul doa hambamu ini Ya-ALLAH.



Aku pernah bercita-cita untuk bekerja di sini. Tapi hanya tinggal impian. ALLAH knows better.

Aku mahu mulakan bulan ini, sebagai permulaan untuk aku. Tambah lagi, hujung bulan ni usia aku akan menginjak lagi ke satu angka. Sudah masanya untuk aku serius tentang perjalanan yang akan aku lalui. Aku juga bertekad untuk teruskan perjalanan cita-cita aku yang selama ni aku rasa nyaris-nyaris atau nyawa-nyawa ikan dah nak terkubur. Wake up dear.
Di bulan ini juga, bermulalah perjalanan aku sebagai auditor, sebagai trainer dan sampingan-sampingan yang lain lagi. Redha ajelah. Aku akan lalui semua di depan aku ikut flow yang telah ditetapkan. Tak perlu nak soal apa-apa lagi, kerana kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. DIA dah plan yang terbaik untuk hambanya.

Aku pernah berjanji, jika aku dapat sampai ke negara ini lagi aku akan jejak kaki ke sini. Ya, akhirnya aku sampai jugak di Masjid ni. Di sini aku berdoa semoga impian dan cita-cita aku tercapai. Rasa sayu hati melihat masjid di negara yang masyarakat Islamnya adalah kaum minoriti. Semoga ALLAH sentiasa memelihara masjid ini.
Last but not least, jemput kawan-kawan blogger, yang selalu atau sudi singgah blog aku ni untuk LIKE page aku ni di FB. (Sempat lagi tu nak buat online bisnes).

https://www.facebook.com/#!/YayaBoutiquesCollection

p/s : Until today, aku tak pernah jejak ke terminal satelit di KLIA ataupun naik aerotrain kat situ.