Thursday, July 24, 2014

Cerita Julai 2014



Hanya beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya. Tahun ni tak balik kampung aku nampaknya...

Nak balik kat darat, dua-dua jalan jam maklumlah pantai timur dan utara memang hotspot jam ketika musim raya. Nak balik melalui udara, aku dah tak lepas..Sebab dah masuk 8 bulan...Malas nak ambil risiko..So, tahun ni kami semua beraya di perantauan..

Raya tahun ni aku rasa aku hanya bersederhana..Nak lebih-lebih pun mak buyung dah tak larat. Lagipun teringat umat Islam di Gaza yang sakan berperang dan baru-baru ni tragedi MH17 yang aku rasa meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Teringat seminggu lepas, aku tertidur awal malam tu. Husband aku balik kampung melawat mertua aku..Sebaik aku sedar tengah malam tu, aku tengok wassup dari husband aku. Kapal MAS kene tembak dari Amsterdam. Aku yang blur-blur baru bangun tidur mati-mati ingat MH370 yang hilang ghaib beberapa bulan lalu. Aku reply balik, MH370 ke? Tapi husband aku dah pengsan gamaknya. Aku terus bukak tv. Masa tu baru aku tau cerita sebenar.

Hati aku masa tu terus rasa hancur berkecai. Mata aku terus celik tak boleh tidur. Bukak fb pulak, macam-macam reaksi..Kawan aku yang kat Doha baru bukak puasa masa dengar berita ni terus rasa nak tercekik dengar berita ni. Aku teringat jiran selang dua buah rumah..Sebab jiran aku tu cabin crew MAS.

Aku tak boleh tidur sampai sahur. Lepas sahur baru aku tidur sebab takut aku pening kepala. Pagi tu aku drive pergi kerja memang terasa sayu sangat..Rasa tak bersemangat. Lagi satu kapal Boeing 777 MAS jadi mangsa. Yang dulu 9M-MRO, yang ni 9M-MRD pulak. Kalau crash sebab weather boleh diterima lagi, tapi sebab kene tembak. Aku rasa memang tak boleh terima langsung. Kenapa kapal MAS? Kenapa kapal Malaysia? Tapi kita kena percaya Qada’ dan Qadar yang ditentukan ALLAH.

Terus kepala aku melayang teringat tahun 2013. Husband aku 2 kali transit di Amsterdam sebelum ke Toulouse masa out station tahun lepas. Sekali bulan 5, sekali lagi bulan 12. Aku yang tak pernah naik kapal MAS ke oversea tetibe naik kapal MAS  tahun lepas. Masa bulan 12 tahun lepas, husband aku dengan teamnya naik kapal Boeing 777 MAS dari KUL ke Amsterdam. Aku mula-mula nak join skali, tapi tiket terlalu mahal untuk transit. So aku pilih route KUL ke Paris naik A380. Kami akan berjumpa di Toulouse.

Flight malam tu agak full sebab dekat nak Christmas. Dalam hati rasa bangga sangat dapat naik kapal A380 under MAS, kebanggaan Malaysia kot. Cuma sedikit kecewa dengan kualiti makanan. Takpelah, yang tu Chef Wan dah bagitau pun.

Dalam hati, aku turut risaukan husband and husband pun risaukan aku..Mula-mula memang husband aku tak berapa bagi aku follow die..Tapi aku nak ikut jugak. Aku kata, aku sanggup transit Paris, naik low cost ke Toulouse. Sebab aku berkeras nak ikut, suami aku bagi. Oleh sebab kapal MAS sampai di CDG, aku kene bergegas ke Orly untuk naik Jetstar ke Toulouse. Masa yang aku ada cuma 2 jam. Aku pulak silap, pergi naik bas. Apa lagi jam gilerlah jalan. Padan muka sendiri.

Husband aku keep sms aku tanye aku kat mana. Risau kalau aku terlepas flight ke Toulouse. Sebaik sampai di Orly, berlarian aku check in luggage. Nasib sempat. Dengan pemeriksaan di Orly lagi strict dari airport CDG, padahal domestic flight jer. Aku depart pukul 10.45 pagi. Tak sampai sejam aku dah sampai Toulouse. Aku yang tunggu husband aku kat arrival. Terkejut die sebab ingat die yang sampai dulu. Alhamdulillah semua on time and kami dapat ambil kereta sewa untuk ke hotel.

Tu antara secebis memori aku, MAS dan Amsterdam. Tahun ni dengan keadaan aku, aku tak pergi ke mana-mana. Tengok jer orang travel. Cuma bulan lepas aku teringin sangat nak ke Perth. Aku berani sebab cuma 5 jam flight. Tu pun 2 jam after depart turbulence agak teruk. Balik pulak 2 jam sebelum sampai kene turbulence jugak. Cuak giler aku..Dulu sorang, sekarang bawak isi dalam perut. Baby pulak sangat active masa kat atas sebab pressure kan.

Apa-apa pun aku doakan semoga semua jenazah rakyat Malaysia MH17 dapat disempurnakan dengan secepat mungkin. Kita sebagai umat Islam pun sedia maklum tentang ni. Dari kecik aku membesar dengan kapal Wau MAS tu hingga kini walaupun aku sekarang banyak terbang guna AA. Tapi kapal Wau MAS tetap di hati. Begitu jugak dengan husband aku. Dalam jiwa kami memang tak dapat dipisahkan dengan kapal terbang.

Kita teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat Islam kita yang berperang di Gaza  dan penumpang MH17 yang telah kembali ke ke sisiNya. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Mungkin tahun ni tahun aku berehat dari travel, mungkin ada sedikit cuak dalam hati aku kalau nak naik flight..Tapi aku rasa semangat untuk travel masih menebal dalam jiwa aku.

Aku compress semua cerita dalam satu post. Dalam tahun ni jugak, beberapa kali aku dan husband join rumah lelong. Tapi acapkalinya kecewa. Biasalah, bukan senang nak dapat kan? Alhamdulillah, setelah percubaan yang hampir ke 10 kali tahun ni, akhirnya aku dan husband dapat grab 2 rumah lelong sekali gus. Setelah macam-macam dugaan dan halangan. Rumah kene last minute called off, bank draft salah tulis nama bank, kalah bidding tu memang perkara biasa. Aku dapat menang reserve price mase auction kat Pej Tanah baru-baru ni. Petang tu pulak husband aku menang auction kat Megan Avenue KL walaupun ade seorang pesaing. Sekarang baru pening nak setel semua.

Untuk sesiapa yang selalu tanyekan pasal Visa Australia kat komen, aku mintak maaf banyak-banyak sebab aku memang jarang bukak blog sekarang ni. Ikut mood mak buyung. Cik Intan masih lagi active buat Visa. Hari tu aku pergi Aussy pun buat visa dengan dia..Tapi harap korang bersabarlah tunggu respond Cik Intan. Jangan push orang sangat. 

Salam Lebaran dari Perantauan - Toulouse 2013