Tuesday, September 24, 2013

24 September 2013

Takde entry pasal travel atau makanan yang tertarik or menarik apetah lagi da bomb.

Pagi tadi lebih kurang pukul 7 lebih dapat call dari mak aku. Aku dah rasa nervous sebab aku rasa aku dapat hidu sesuatu. Mak aku bagitau Pakcik aku iaitu adik arwah ayah aku baru saja meninggal pagi tadi setelah hampir sebulan di ICU Hospital Alor Setar. Aku baru saja melawat arwah hari Sabtu hari tu.

Melihat keadaan tubuhnya selagi masa hidup sangat-sangat memilukan. Aku berdoa masa tu, kalau boleh biarlah semua dipermudahkan. Tak sanggup lagi tengok dia macam tu.

Banyak jugak memori kami ketika dulu. Dialah pakcik yang menyerupai arwah ayah aku. Bila arwah abah pergi, tengok pakcik mesti teringat arwah. Al-Fatihah untuk arwah, Semoga mereka tenang di sana.

Waktu entry ni dipublish, aku tengah on the way balik kampung.

Apa-apa pun, tarikh hari ni inshaALLAH aku akan ingat selalu, sebab tarikh ni lah hari pertama aku melangkah ke dunia pekerjaan beberapa tahun yang dulu. Adakah aku akan terus setia atau berhijrah ke tempat lain? Jawapannya mungkin ya tapi selepas aku dah dapat apa yang aku nak. (Bukan nak rebut jawatan manager ye).

Al-Fatihah untuk arwah pakcik aku Radzi bin Yaakob. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin....


Tuesday, September 17, 2013

Tak Perlu Kata Apa-apa












Pasir halus memutih

Langit membiru

Air yang jernih kebiru-biruan

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa


Wednesday, September 11, 2013

Air Asia ke Maldives???


Aku tertido awal malam semalam. Lepas tu tengah-tengah malam terbangun, patutnya study, tapi aku ter’study’ benda lain pulak. Aku dok gatai bukak website AirAsia. Skali aku godek-godek ternampak nampak Male International Airport (Maldives). Saje try check flight. Eh, dah ada la.

Kalau tak silap, route ni under Air Asia X.


Maldives memang terkenal antara pulau yang tercantik di dunia. Terletak berhampiran dengan India dan Sri Langka, terselit pulau yang paling indah ni. Aku tau ramai antara kita memang berangan-angan nak jejak kaki ke Maldives. Kalau tengok review di blog, tak ramai yang tulis pasal ni lagi.


Maldives ni adalah satu negara tapi ada banyak pulau, 1,192 semuanya. Tapi cuma 200 pulau didiami oleh manusia.

MAS dah lama fly ke Maldives, pasal harga aku tak berapa pasti. Nak sampai ke Maldives dari Kuala Lumpur, tak la lama sangat. Cuma 4 jam ++. Aku berani kata, lepas ni memang ramai orang akan terbang ke sana. Betul tak ? Eh, jangan pandang orang lain. Awak-awak yang duduk depan pc ni lah.

Jom kita usha-usha apa yang cun sangat kat Maldives ni.

Only take 4 hours journey to reach here.





Pulau-pulau di Maldives



MALE ISLAND - landing kat sini lepas tu baru transfer ke pulau-pulau lain. Keluasan cuma 10km
Tak payah nak snorkeling dah, air jernih giler..


Pool houses? Mampu ko?






Berangan nak macam ni? Lepas tu jatuh dalam air...







Pasir yang memutih, air yang jernih dan water chalet lagi. Mampu nak tahan godaan Maldives?





Eh, nak makan macam mane ek kat sana ? Yang tu uols-uols tak payah risau lah..Sebab Maldives ni tak macam Boracay ye...Hampir 100% rakyat Maldives beragama Islam. So, semua boleh makan la. Ayam ke, daging ke, inshaALLAH halal. Seafood apetah lagi kan? Harga pulak sedang-sedang aje. (Ni aku tanye ade orang yang baru balik dari Maldives)
Seafood


 Orang Kedah kata Peknga = lempeng nyioq@kelapa
So, sekarang aku dah tau dari mana lempeng ni datang, dari Maldives rupanya.
Transportation kat sini pulak banyak pakai boat untuk pergi dari satu pulau ke pulau-pulau yang lain. Kalau rasa tak mampu nak duduk water chalet, duduk chalet-chalet biasa pun dah ok. Lepas tu posing-posing la kat tepi water chalet kengkonon korang duduk situ...

Currency di Maldives pulak dorang pakai Muldivian Rufiyaa (MVR), aku tak pasti kalau tukar dapat berapa. Zon waktu, Maldives lambat 3 jam dari waktu Malaysia. Lepas ni ramailah muka-muka Malaysia pakat terjah Maldives lepas ni. Mungkinkah lepas ni route ke Boracay akan tutup pulak lepas Air Asia launching flight ke Maldives. Tapi aku rasa, kita lagi prefer untuk terus sampai ke destinasi yang kita terus sampai dari kene transfer atau tukar flight untuk sampai ke satu destinasi tu. Tapi pulau ni ada keistimewaan masing-masing. Korek tabung, check ada berapa lepas tu terpulanglah kepada selera masing-masing.
Nak tau lebih lanjut tentang percutian ke Maldives, boleh refer ke blog ronaldieya. Mesti korang rasa meluap-luap nak pergi ke sana kan?
p/s : Sumber gambar-gambar ni dari google la.

Tuesday, September 10, 2013

Happy Birthday September


Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih terlebih dahulu untuk kawan-kawan yang sudi singgah dan follow blog aku. Tak sangka dalam masa tak sampai seminggu, follower mencecah 100. Ade jugak orang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Korang buat aku semangat sangat untuk menulis. Jangan ade yang termuntah sebab menyampah pulak...



Bulan ni aku rasa, separuh jiwaku pergi. Paling meruntun jiwa, partner team aku resign hujung bulan nanti. Aku dapat tau pun di hujung-hujung bulan lepas. Tak banyak masa dah yang tinggal. Aku faham bukan senang dia nak buat decision ni. Demi suami dan anak yang bakal lahir, dia terpaksa mengundur diri. Dalam saat ketika dia pergi, aku yang rasa patah sayap kiri sebab aku akan take over kerja dia untuk jangka masa yang aku tak tau sampai bile.

Jadi bulan ni, aku banyak spend masa dengan kawan-kawan. Lepas ni tak tau bile lagi kami akan bergather-gather macam sekarang. Bulan ni aku rasa banyak kisah suka dan duka yang aku rasa. Yang sedih, biarlah aku simpan sendiri dan yang gembira biarlah kita kongsikan bersama.

Baby new born 09 September 2013, 4 pm. Welcome to world my dear Syarifah Zara Hannah


                                         Baby Sara and her aunties born on 1st September 2013.

Gambar ni diambil masa jamuan raya 4 Sept yang lalu. Aku kene pergi Singapore hari tu. 5 of them actually..
Tapi 1 tak sempat sebab baby Sara tak sabar nak lihat dunia. So kawan aku yang baju merah tu terpaksa berlakon as Mommy Sara. Baby Zara belong to mommy with blue color shirt. Specky mommy with chocolate attire also tengah tunggu hari. Dia patutnya sebelum mommy Zara. Yang sorang lagi pakai warna coklat tu expected bulan 10. Last one mommy yang pakai hijau pucuk pisang, expected bulan 1 tahun depan, her second one.

Apa-apa pun, aku doakan semoga semuanya baik-baik saja. Habis pokai aunty-aunty nak kene bagi banyak angpau tahun ni.
My baby MILO
Wake Me Up When September End

Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends
like my father’s come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when September ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends
summer has come and passed
the innocent can never last
wake me up when September ends
ring out the bells again
like we did when spring began
wake me up when September ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends
like my father’s come to pass
twenty years has gone so fast
wake me up when September ends
wake me up when September ends
wake me up when September ends

Friday, September 6, 2013

Setengah hari di Singapore



2 hari lepas aku ade short trip ke Singapore. Plan asal pergi berdua., last minit tinggal aku sorang jer. Demi tugas, aku terima dengan redha.

Pukul 4.30 pagi aku dah bangun, siap-siap apa patut. Semalam tu aku dah ketiduran awal. Pukul 5 lebih aku dah bergerak ke epot. Nasib dah buat web check in semua, so mudah la sikit.

Sampai epot, aku terus pergi cop document, then kene proceed to Gate Y1 and Y2. Gate ni terletak di tepi domestic  gate yang biasa kita masuk di LCCT tu. Gate Y ni memang terasing dengan international departure yang lain. Kat dalam ni takde toilet, takde tempat nak beli makanan atau pun surau.

Gate Y1 & Y2


Dekat nak setengah jam jugak aku dulu sebelum ke kapal. Tak ramai sangat orang pagi-pagi ni. Actually nilah first time aku jejak kaki ke Singapore. Tempat-tempat jauh yang lain aku gigih pergi, tapi negara sebelah tak pernah jenguk. Habislah aku kene titik. Pergi ni pulak bukan sebab nak jimba-jimba, tapi sebab tugas.
 Last aku pergi sorang jugak. Dah kerja, nak ke tak nak, ko kene buat jugak kan. Masuk jer kapal, aku rasa nak lena sekejap sampailah sorang crew ni kejut aku sebab nak bagi departure card. 

Lepas kene kejut, aku terus bangun. Tak tidur dah lepas tu, isi departure card dan tengok-tengok dokumen sikit. View kat luar agak kabur sebab cuaca gloomy. Nak snap gambar pun nampak awan jer.


Aku suke tengok rupa muka bumi macam ni.


Aku tak tau nak cakap macam mana perasaan aku ketika tu. Hepy tu memang hepy tapi bila fikir balik this is first time aku nak kene deal dengan Singaporean, buat aku rasa cuak. I have to do my best, tu yang aku janji dengan senior aku yang tak dapat pergi tu. Segala-galanya terletak atas aku.

Teruja rasa tengok banyak betul kapal A380 kat sini. Tapi tak secantik kapal MAS kitalah. Sampai kat terminal 1, baru aku tau jauh jugak nak menapak keluar. Terus teringat airport Heathow. Sempat lagi aku menyelinap pergi Burger King untuk beli breakfast. 

Terliur tak? Hash brown die comel-comel.

Lepas tu aku terus tunggu taxi kat depan airport. Tak sampai 10 saat, dah dapat taxi. Naik taxi sorang uncle ni. Aku bagi alamat tempat yang aku nak pergi, sebenarnya dekat jer dengan airport, tapi kene pusing sebab terpisah oleh landasan.
Uncle ni dah start confuse sebab die kurang jelas dengan alamat kat jalan tu. Masuk jer taxi, hujan start lebat. Sayu rasa hati, takpelah hujan rahmat ni. Dah agak akan sesat nanti. Pusing sana sini, keluar situ, keluar sini. Last sekali jumpa tempat yang aku nak pergi. Dalam hujan aku berlari-lari ke pondok guard. Dorang memang menunggu aku. 

Kebanyakan polisi kat Singapore ni, kene tinggal passport kat guard dan baru dorang akan bagi pass untuk masuk. Sebab tulah sebelum tu dorang dah email mintak passport nombor untuk security. Aku rasa berdebar sebab tak tau dengan siapa aku akan berjumpa. Dorang sedia menunggu aku di lobby. Guard yang baik hati tu siap bagi payung untuk aku pakai.

Orang yang aku mula-mula jumpa, nama Edwin. Agak good looking orangnya dan very soft spoken. Edwin bawak aku ke main ofis, bersedia untuk meeting. Lama-lama debaran pun hilang tengok how the way they treat me. 

Meeting berlangsung sampai lepas lunch. Lunch aku dibawa makan di sebuah mall yang aku tak ingat nama. Lunch aku hari tu sushi. Aku makan sikit jer, control beb. Ni pergi meeting bukan pergi melantak. Habis meeting, aku dibawak tour ke sekeliling workshop. Ada jugak aku jumpa orang kita yang kerja di sana. Pukul 5.30 aku bergerak ke airport untuk pulang ke Malaysia.

Nama kami tertera kat sini..So orang tau ada visitor datang melawat...


Overall aku rasa hepy, sebab everything goes well and I know this is not the last time I will come to Singapore. Definitely I will come again and again, but most probably for work. Setel urusan check in, aku segera masuk ke departure hall. Sebab aku nak solat jamak, katanya surau ada di dalam. Rupanya jauh jugak. Aku kene pergi ke Gate D36, tapi surau di bahagian C. Memang totally bertentangan. Dari imigresen nak ke Gate D36, will take 10 minutes. Nak ke surau pun lebih kurang.  Betapa heavennya tengok airport Singapore ni. 

Orang-orang yang berdiri depan screen tu dok ambil gambar sebenarnya, lepas tu gamabr dorang keluar kat screen ebsar tu..Kelas ko budget cun sendiri..

Ape motif letak nama SOCIAL TREE kat sini

Aku ada jumpa kedai souvenir, tapi barang-barang di situ agak mahal. Terus aku tak jadi beli. Biarlah. Aku cuma tukar duit 50SD jer. Taxi pergi balik, dah jadi 25.50SD. Balance pun tak berapa banyak. Currency pulak mencanak naik. Takpelah, ade rejeki, next time boleh datang lagi. 

Prayer Room terletak di Departure Hall, kat bahagian C, tingkat 1. Memang agak tersorok. Facilities agak luas dan besar, cuma tempat wuduk agak terbuka. Redha ajelah. Nak buat macam mana di tempat orang. Usai solat, aku jeling jam. Dah pukul 6.20. Flight aku pukul 7.10. Takde mase sangat aku nak explore dalam ni. Snap jer gambar mana patut. Nanti tertinggal filght naya jer aku.

Berlari jugak aku nak ke Gate 36 tu. Tengok orang dah beratur untuk scan sebelum masuk ke kapal. Memang security Singapore agak strict. Tak bunyi pun kene raba jugak. Mula-mula dengan tangan, lepas tu guna scanner pulak. Semua orang kene atau certain orang jer yang kene. Rasa certain orang jer kot tambah-tambah nampak aku sorang. 

Flight agak full petang tu. Pukul 7.15 baru depart dan pukul 8 dah touch down kat LCCT. Balik tu sempat dinner sup meatball pasar malam dengan nasi lemak seringgit. Memang best rasa makan kat tempat sendiri. Motif la sangat. Hehehehe...