Tuesday, November 27, 2012

B.B.Q Chicken Wing


Hari Chicken Wing pulak. Ni pasal teringat chicken wing kat Ikea tu. Tapi tak dapat pergi sana, buatlah sendiri. Google jerk at internet, dah jumpa resepi..thanks again to MyResipi sebab aku suka sangat refer sini kalau nak masak apa-apa. Thanks to Kak Fida yang sudi kongsikan resepi ni.


Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan  (aku guna 8 keping jer)
5 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1 sudu kecil cili serbuk
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula melaka - hiris halus
1 sudu besar cuka/jus limau kasturi/jus lemon  - aku guna jus limau kasturi

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.Campurkan dengan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali ayam di dalam sebuah mangkuk yang besar. Gaul rata.
2. Masukkan lepak ayam ke dalam mangkuk berisi sos-sos tadi dan gaul hingga rata. Perap untuk beberapa jam di dalam peti sejuk atau perap semalaman. (Masuk dalam plastic  lutsinar yang ada zip tu)
3. Jika panggang menggunakan oven,susun kepak ayam di dalam dulang pembakar yang dialas aluminium foil. Setelah 20 min, balikkan kepak ayam sambil disiram lebihan sos dan panggang terus hingga masak ikut kepanasan oven masing2. Aku bakar ayam ni pada suhu 200°C untuk 45 minit.
4. Jika memanggang menggunakan bbq pit, balik-balikkan kepak ayam sambil disapukan   lebihan sos dengan menggunakan berus khas. Panggang hingga masak.
5. Siap untuk dihidangkan.
- Selamat Mencuba -

Monday, November 26, 2012

View From Window


Lets picture tell the story…

The crowded of Kuala Lumpur

Cruising nearly to Banjaran Titiwangsa

Finally Banjaran Titiwangsa on the top

Malaysian Favourite All Time Menu - Nasi Lemak with Chicken Rendang @ Nasi Lemak Pak Nasser in AirAsia flight.



Good bye Sarawak



Awan nano nano nanoooo



Macam jalan cacing jer kalau tengok dari atas


Awan nano lagi


P/s : Sorry kalau gambar tak menarik. Aku hanya guna camera biasa. Tak dapat nak zoom jauh sangat.

Tuesday, November 20, 2012

Udon Black Pepper


Yummieeeee!!!!!!!!!

Teringat masa tahun 2008...first time dalam hidup aku kenal apa itu mee Udon, sejenis mee yang berasal dari Jepun. Saiznya lebih besar dari saiz mee biasa. Masa tu aku dengan kawan-kawan aku makan kat Nim’s Island yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Boleh tembus jalan dalam ke Bandar Baru Bangi...

Kawan aku tetibe nak order Udon Black Pepper..Terpinga-pinga aku kejap ape bende tu. Bile order sampai, kami semua pakat-pakat rasa..Best jugak..Tak rugi cuba benda-benda baru ni. Lepas tu, aku dah tak makan udon sampai sekarang...Sebab tak banyak kedai yang jual makanan ni.

Masa pergi Carrefour hari tu, aku tergerak nak beli mee udon. Terasa nak makan pulak. Sekarang tak susah, boleh masak sendiri. Nak resepi pun boleh google jer. Resepi ni aku ambil dari blog kak nolie. Aku nampak resepi dia agak mudah dan simple. Memang aku puas hati dengan resepi ni dan mengenyangkan..Jom kita cuba..



Resepi Udon Black Pepper (untuk seisi keluarga) - sebab aku sorang, aku buat sikit jerlah..
600g mee udon – aku guna 200g@ 1/3 dari bungkusan udon tersebut
3 keping dada ayam (potong ikut suka) / daging
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris nipis) / better guna cendawan shitake
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk halus
1 biji capsicum (potong ikut suka)/lada merah pun boleh
5 sudu besar sos tiram – aku guna sesudu besar sahaja
4 sudu besar kicap pekat – aku takde kicap pekat
3 sudu besar kicap manis – aku guna kicap manis lebih sikit
1 sudu besar sos tomato - optional
Carrot (dipotong panjang)- optional
Baby jagung - optional
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa – kalau kicap dah masin, tak perlu masukkan garam lagi

Udon Jenama Megah Mee - 600g

Dalam packaging tu ada 3 bungkusan kecil Udon seperti di atas

Cara membuatnya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan isi ayam atau daging. Kacau sekejap dan masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cendawan, carrot, baby jagung dan lada, kacau lagi. Akhir sekali masukan mee udon yang telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau rata...masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan ketika panas-panas.


Tips Udon:
Ikut arahan pada bungkusan udon, udon hendaklah direndam atau dibasuh dengan air panas untuk seketika untuk melembutkan mee tersebut. Lebihan Udon yang belum dibuka, boleh disimpan ke dalam peti ais untuk digunakan lagi.

Saturday, November 17, 2012

Penang in Memories


Cuti seminggu bakal berakhir esok lusa..Aku yang terpaksa postpone cuti, nak buat macam mana kerja. Aku teringat nak post pasal trip cuti sekolah mak aku dengan cousin-cousin aku minggu lepas. Tumpang dengar ajelah sebab aku tak dapat nak join. Mak aku berjalan-jalan ke Penang, lebih spesifik ke Bukit Bendera.

Dengar Bukit Bendera, teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Memang best kalau dapat jalan-jalan. Zaman tu, kalau dapat pergi Penang pun best dah. 40 minit jer dari rumah aku, kalau tak jam yer..

 Mungkin post aku kali ni dapat memberi sedikit sebanyak info untuk ibu bapa yang takde idea or plan nak kemana. Yang tak pernah pergi pun boleh pergi jugak..

Dulu masa kecik-kecik, masa sekolah rendah arwah ayah aku akan bawa aku sekeluarga ke Penang. Kalau rasa nak berkelah, kami bawak bekal nasi dan lauk-lauk siap-siap. Kalau tak, kami makan di Penang jer.


20 tahun lepas, masih boleh berhenti dan ambil gambar atas Jambatan Pulau Pinang. Memang syiok habis la time tu. Sekarang dah tak boleh sebab dikhuatiri accident or orang terjun jambatan pulak.

Lepas dah sampai Pulau, kami akan pergi ke  Tokong Ular yang terletak tak jauh dari Bayan Lepas. Memang terdapat banyak ular di Tokong ni. Tapi kebanyakkan ular di sini bukan ular berbisa. Tapi ular tetap ular kan? Geli weh..Even ular daun..

Tokong Ular
Kalau nak berkelah, kami selalunya pergi ke Kebun Bunga yang terletak di Tanjung Bunga, kaki Bukit Bendera. Memang best kat sini. Suasananya penuh dengan kehijauan, cuma tak tahan sebab banyak sangat kera yang menunggu mangsanya. Kat sini kena berhati-hati dengan beg tangan dan beg plastik. Pantang nampak, mesti dieorang nak ragut.
source : www.travel-penangmalaysia.co
Kalau tak berkelah kat sini, kami pergi berkelah di tepi Batu Feringgi. Masa tu takde Hard Rock Hotel lagi. Ala kat tempat cite Ali Setan tu. Best tau main kat celah-celah batu tu. Tapia de pulak cite-cite yang tak best aku dengar kat situ. Kat situ jugak banyak couple-couple bercanda dan ada pulak yang bunuh diri bila hajat tak kesampaian(pilihan tak direstuila). Sekarang tak lagi dah kot sebab kat Feringgi ni very happening.


Batu Feringgi - image from google
Dari Batu Feringgi boleh drive ke Balik Pulau. Tapi jalan macam ular kena palu. Boleh muntah tu kalau tak tahan. Di tepi-tepi jalan bleh Nampak pokok-pokok durian yang tersergam di lereng-lereng bukit. Durian kat sinilah durian yang terbaik di Penang. Harganya memang meletup-letup. Tokey-tokey durian kat sini memang kaya raya.

Pekan Balik Pulau, very the old skool.

Paling best bagi aku dulu, dapat naik cable car pergi Bukit Bendera. Masa aku kecik, suasana kat sini sejuk. Masa tu bolehlah feeling-feeling pergi oversea. Siap pakai sweater lagi. Bila awan lalu, habis semua kawasan kat atas tu berkabus. Dari atas puncak Bukit Bendera, boleh nampak view keseluruhan Penang.
Cable car masa aku kecil-kecil dulu
Dah penat jalan-jalan, selalunya arwah ayah aku akan bawa kami semua makan di Padang Kota. Kat situ memang terkenal dengan Pasemboq Penang. Fuihhhh, memang terbaek!!!!!! Ambil udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ketam, tauhu goreng, telur rebus. Lepas tu semua dipotong-potong halus. Letak sengkuang, timun dan kuah kacang Sedia untuk dihidangkan. Kalau dulu, sepinggan boleh dapat kurang dari RM30. Tapi sekarang aku tak taulah nak cakap. Tapi memang heavenlah mase tu. Peberet arwah ayah aku. Makan sambil layan angin laut yang bertiup nyaman memang best. Lepas tu hirup pulak ais kacang…Walawei…


Dah habis makan, kami ronda-ronda kat Penang dulu kejap sebelum menuju ke Jeti untuk naik feri..Selalunya kami akan pulang ke seberang dengan menaiki feri. Biar rasa semuanya..

Feri Pulau Pinang

Sebelum aku terlupa, aku pernah join satu program masa darjah 6. Program tu dibuat di USM. First time aku rasa duduk di asrama. Ada kakak fesi, abang fesi…Masa tu angan-angan tinggi melangit nak belajar di universiti. Masa tu jugaklah aku tau ada satu port yang menarik kat USM tu. Atas bukit yang menghadap laut. View kat situ memang cantik. Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang yang menjadi symbol kebanggaan negeri Pulau Pinang. Kalau jalan kaki, memang kena panjat la sikit. Nama pun atas bukit.

USM Pulau Pinang

If ada kesempatan, aku nak repeat balik momen-momen indah masa aku kecik-kecik dulu. Tapi aku kurang gemar dengan kesibukkan Penang yang mengalahkan KL sekarang ni, Bila teringat tu, terus potong.

Aku harap info ni dapat membantu rakan-rakan @ ibu bapa yang tak tau nak bawak anak-anak bercuti ke mana.
Internet malam ni sangat-sangatlah slow. Berejam aku depan laptop nih..
P/S: Gambar-gambar dari sumber google ye...




Friday, November 16, 2012

Asam Pedas Emak Hanis Zalikha

Over betulkan tajuk kat atas ni, tapi memang betul yer..Resepi dari emak blogger terkenal. Nak try bukak sebab mak die glemer or tuan punye badan glemer, tapi sebab rasa penyediaannya agak unik, lain dari cara yang biasa. Memang sedap sangat. Sebelum ni aku selalu guna resepi dari MyResepi tapi rasa nak ubah selera pulak. Sila ushar-ushar sini. Thanks to hot mama yer for sharing the recipe..


Asam Pedas Ikan Pari


Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo - aku guna ikan pari 2 slices jer.


Cili kering 10 - 20 batang (rebus dan cuci), ikut kuantiti ikan - gunting siap-siap untuk buang biji yer
buah keras 5 biji - boleh kurangkan kalau ikan tak banyak sangat
belacan 1/2 inci - aku tak guna belacan

Inilah buah keras untuk sesiapa yang belum kenal - source google

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)

Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci. - kalau takde, boleh jer letak sesudu kecil kunyit serbuk

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat

p/s: next time aku letak semua benda ni sebab kali ni aku masak takde bahan-bahan ni. tu pun dah sedap.


Cara-caranya,

1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.
Untuk orang yang tak pernah masak asam pedas, ikut jer resepi ni.InsyaALLAH jadik..Lain dari asam pedas yang aku selalu buat. Tipsnya, tumis cili kering tu sampai betul-betul masak yer..Kalau tak, tak sedap and boleh sakit perut nanti.
Info berkaitan buah keras: sumber Wikipedia

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Kegunaan dalam Makanan

Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [1]


Monday, November 12, 2012

Solution untuk gambar yang hilang dalam memori card.

Wiken lepas dah bermulanya cuti sekolah untuk penggal akhir bagi tahun 2012 ni. Minggu ni pulak double public holiday..Deepavali and Maal Hijrah. Mesti ramai yang dah sambung cuti stret seminggu. Aku pun plan begitu mula-mulanya, tapi oleh sebab ada tanggungjawab berat, aku let go sajak. Next time lah aku cover balik.. Intro yang takde kene mengena dengan tajuk.
Hari cuti pun aku jengah ke ofis, pulun nak buat kerja bagi siap. Kebetulan nak hantar member pergi Jepun. Dengan semangat waja, satria, kembara semua, gagahkan hati demi kerja. Dalam kul 1 tengah hari aku selamat tiba di LCCT...Lepas tu beriringan dengan member ke Taman Makanan. Misi, nak melantak n copy gambar. Oleh sebab gambar agak berat, ambik masa sikit nak copy. Aku pun sibuk gak transfer gambar dari Memory Card ke laptop. Tengah-tengah copy, aku tersilap tekan ke entah macam mana. Terus stop. Aku dengan confidentnya kata dalam hati, mesti  dah habis copy ni. Maka aku dengan lajunya, terus menekan delete pada gambar yang tersimpan dalam memory card.
Gambar dari www.OhDuit.com
Keadaan masa tu agak kelam kabut. Aku pun tak dapat berfikir dengan waras. Lepas tu aku check balik folder yang aku save dalam laptop. Alih-alih aku tengok kenapa ada 2/3 jer gambar dalam tu. Baru aku sedar yang aku dah buat a very big mistake. Aku dah panic dan sedih. Masa tu jugak kami bergegas nak hantar kawan aku, sebab flight pukul 2.45 petang. Pukul 1.45 patutnya dah masuk departure hall. Tapi kita orang masih kat Food Garden mase tu.
Apa yang aku boleh buat, cuma redha. Memang salah aku. Kawan-kawan aku yang berada di tempat kejadian pun kata, nak buat macam mana. Kalau dalam memory card, tak boleh nak buat apa dah. Aku memang kecewa sangat-sangat. Menyesal toksah cakap la...
Lepas kawan aku masuk ke departure hall, aku gerak menuju ke ofis. Pujuk hati untuk setelkan kerja. Semangat ni. Pukul 6 setel semuanya. Hujan pun dah reda. Call mak aku tak dapat-dapat. Seronok ber’cuti sekolah’ dengan adik-adik sepupu aku.
Nak pujuk hati, aku ke pasar malam bangi malam tu. Malas nak cakap pasal gambar aku yang hilang tu. Tapi dalam kepala masih berfikir-fikir pasal tu jugak. Rase nak google untuk cari solution. Harap-harap ketemu.
Lepas balik pasar malam, mandi solat semua. Get ready nak cari solution. Aku google tajuk, “Terdelete Gambar dalam memory card.” Keluarlah beberapa link pada tajuk yang aku type tadi. Aku tengok dulu satu persatu and aku pilih satu forum ni. Thanks Forum Putera. Dah excited dah sikit ni.
Teruskan bacaan. Zasssssss....Ada jawapan untuk masalah aku ni. Boleh guna satu software ni untuk recover balik file-file, gambar-gambar atau document-document yang hilang. Tapi software yang aku pilih ni more untuk gambar-gambar yang hilang. Sotfware ni nama Recuva. Ada macam-macam lagi sotfware sebenarnya. Tapi sebab dah ada link dalam forum, aku pun just klik and follow. Sebab dah tak sabar nak tau hasilnya.
Dalam 15 minit jugaklah sotfware tu scan dalam laptop aku nak cari gambar-gambar yang hilang tu. Lepas dah jumpa, aku kene select balik gambar tu satu persatu. Alhamdulillah, ketemu balik dah.
Lepas ni, kawan-kawan jangan susah hati ye. Boleh cari balik data/gambar/document yang hilang dalam thumbdrive ke, dalam memory card ke, dalam laptop ke, pc ke..Ade lagi solution untuk dapatkan balik apa yang kita simpan tu dengan syarat, kita tak save ape-ape untuk replace data tu lagi. Harap info ni dapat membantu kita semua.

Saturday, November 10, 2012

Saya rindu abah saya.

Cuti sekolah pun baru start semalam. Yang mana bebudak UPSR tu dah dapat result semua. Yang bebudak PMR, mesti debar-debar kan? Yang SPM baru start exam. Uh, teringat pulak cerita dulu-dulu. Nyesal pulak rase. Kalau tak, mesti aku dah fly ape. Udahla teringat-ringat. Takde rezeki, Allah dah bagi jalan lain mungkin lebih baik untukku. Kurang-kurangnya dapat  jugak feel fly sana sini.
Masa aku sekolah dulu, takde ke mana-mana sangat bila aku meningkat dewasa. Melainkan balik kampung di Langkawi sebab nenek aku ada lagi.  Bila masuk U pun macam tu jugak. Tak merasa ke sana ke sini. Boringkan hidup aku dulu. Bile tengok ada coursemate/classmate ada annual travel dengan family,  hati ni rasa teringin sangat-sangat. Tapi aku masa tu hanya mampu mendengar. Sedar diri ni sapa, mana mampu nak travel. Paling best pun time tu dapat kelah dengan family jer.
Last aku berkelah dengan arwah ayah aku masa bulan 12, 2008.  Kami berkelah ramai-ramai di Pantai Kok, Langkawi. Masa tu aku baru mula kerja. Aku belanja anak-anak buah aku makan KFC bucket. Hepy betul dieorang. Sebulan lepas tu, arwah ayah aku meninggal. Bagi aku, itu tamparan paling hebat dalam hidup aku. I really-really miss him. Kalau abah ada lagi, aku nak cerita macam-macam dengan abah. Kalau abah ada lagi, mungkin keadaan aku lebih baik dari sekarang. Aku tau dah qada’ n qadar. Kita sebagai manusia dan hamba Allah harus redha. Cuma bila teringat, hati ni jadi sayu sangat.
Aku terima tamparan paling hebat dalam hidup masa tahun 2006.  Memang aku rasa tak nak hidup dah lepas tu. Abah sempat tengok aku grade masa tahun 2008, Alhamdulillah. Aku dah laksanakan impian abah yang nak tengok aku dapat ijazah. Tapi jauh di sudut hatiku, masih ada sesuatu yang aku simpan. Aku simpan kemas-kemas and aku harap aku dapat capainya suatu hari nanti. Akhirnya tahun ni, 2012 offer itu datang kembali. Tapi keadaannya sangat-sangatlah menguji kekuatan aku.
I wish I could stand with what I wished before. I really miss you Abah.  I wish you could help me for this moment.  Help me Abah. Please...Aku tau aku hanya boleh menangis sebelum tidur sambil luahkan semua ni dengan harapan aku boleh jumpa my abah dalam tidur.
Abah aku biasa-biasa saja. But he teached me a lot. To be strong and tough. Thanks abah sebab dah besarkan aku. Kadang-kadang aku rasa, nak menangis kat kubur abah and tell him everything yang aku lalui after he gone.
Al-Fatihah untuk arwah.